TG Telegram Group Link
Channel: Bent Yazid 🥀
Back to Bottom
Rap Outlandish-try not to cry bisu seketika, apabila butang pause pada my music ditekan. Bait lirik terhenti pada noyores, nofeardas, lafey, lasey yang entah apa maknanya. Earphone ditarik melepasi lubang telinga. Badan dengan six pack yang hilang five pack seberat 62 kilo dipaksa bangkit dari empuk tilam. Sesekali bunyi aneh muncul dari dapur, ditambah bunyi laga air dan lantai mengganggu halwa telinga yang sedang khusyuk menghayati lagu, mengacau roh yang hampir mahu lepas dari jasad.

" Aku nak tido lah! "

Raket tennis di sisi kanan kepala katil dicapai malas. Dengan tangan gaya mahu smash bola felt versi vita lores, bersedia membidas kepala penyamun yang berani masuk kerumahnya. Anak tangga ke dapur dituruni dengan berhati-hati tanpa bunyi.

" Penyamun!! "

Teriaknya dari belakang.

Tubuh montel yang agak rendang itu segera berpaling kebelakang. Belum sempat sepatah bersuara, dahinya selamat merasa kayu tennis seberat 396 gram. Padu libasannya, ibarat sedang digelanggang memukul bola felt kuning bergaris putih membalas pukulan lawan. Sudu yang sedari tadi mengacau air terlepas dari genggaman.

" sakit ! "

Tangan pantas menggosok dahi yang kesakitan, darah mula keluar, lajunya sama seperti laju manusia membatch kak ma kembong bila bukak tudung. eh!

" Tuan Ahmar "

Sepatah si montel rendang bersuara.

" Siapa kau? "

Panggilan berbalas soalan.

" saya bibik ita "

Jawabnya ringkas. sambil hujung tudung dibawa kedahi menggelap darah yang hampir menapak ke lantai.

" Oh bibik."

"Bibik?"

Kali ini dengan nada terkejut, baru sedar siapa yang dibelasah dengan kayu tenis tadi.

Mama ni, sejak bila ada bibik baru? Dengusnya sendirian.

Suis lampu utama dapur ditekan. Baru kelihatan raut wajah si montel rendang itu. Penuh kedutan namun bercahaya.

" Maaf bik. saya ingat pencuri. buat apa pukul empat pagi di dapur. risau saya. dahla saya spesis susah tidur. "
Sambil tisu dari atas meja dicapai. membersihkan titisan kecil darah yang jatuh ke lantai.

" Sini bik saya ubatkan lukanya. duduk." lembut.

" Tak pe tuan Ahmar, sikit je ni. lagipun bik ita nak solat kemudian bersahur. takut tak sempat. minta maaf kalau bibik ganggu tidur tuan "

Tambah bik ita.

" Oh yeke bik, kalau macam tu, saya tak mau ganggu, jangan lupa doakan saya "

Balasnya.

" Terima kasih "

Langkah kembali menapak ke bilik tidurnya, kaki lambat lambat berjalan, hatinya sedikit terganggu.
Setiap gerakkan Bik Ita diperhati dari ruang kecil balik pintu. Niatnya yang tadi mahu kembali tidur terbatal, langkahnya menapak ke bilik Bik Ita. takbir, rukuk, sujud hinggalah salam terakhir. Hatinya sedikit tersentuh, jarang sekali melihat situasi begini di rumah ini.

Manusia sukar sekali berdiri pada waktu begini, tetapi yang mampu, pasti dapat berdiri dengan bantuan iman dan taqwa. Melihat Bik Ita, dia sedar, betapa dirinya yang masih muda ini kalah dgn org yg lebih berusia begini dalam soal perjuangan iman dan amal. Walau jelas, kudrat yg muda lebih kuat berbanding yg tua. seharusnya mereka lebih gigih lagi dalam pengabdian kepada Tuhan.

Sesekali tangannya menampar nyamuk yang bebas mencuri darahnya untuk hidup. Mustahil nyamuk meminta keizinannya,

" Hai nyamuk, aku baru nak feeling sedih. tau la sekarang ni zaman kebebasan, kau pun nak jadi macam manusia ke, hidup bebas yang terbabas. eh! "

Melihat bik ita mengusap muka, segera langkahnya masuk menghampiri jasad tua itu.

" Sudah bik?" soalnya.

" Ramli!! Ramli!! " latah bik ita terkejut dengan sapaan itu.
Terbawa doa untuk arwah ayahnya tadi. sambil tasbih dibaling mengenai muka yang menegur. pecah ketawanya.

Menghiburkanlah si montel ni.

" Ya Allah. Ahmar! buat apa kat sini? " tanya bibik sambil mengusap dada.

Lelaki itu mengambil tempat di hadapan bik ita lalu membuka medical kit. Sambil tangan kanan menghulurkan secawan milo dan roti bakar.

" Nah! buat sahur. ubat ini nnti sapu di dahi." arahnya.

Bibik hanya menuruti tanpa kata.

" Bik. saya bukan Ahmar. dah gaya penyakit bunyinya." senyum diukir segaris.

" Amar Husain. saya Amar Husain " jelasnya lagi.

" Tenang saya tengok bibik solat pada waktu begini. membuktikan mama mempunyai pembantu rumah yg baik" katanya.

bik ita ter senyum.

"1/3 malam. waktu terindah berdating dengan Allah. meluah rasa, menangisi dosa, hajat dipinta, keampunan didamba." jelasnya.

"benar. tetapi saya dan orang di dalam rumah ini jarang sekali melakukannya. yang fardhu pun masih tunggang langgang." balas Amar.

bik ita khusyuk menikmati milo suam diselangi dengan kunyahan roti bakar.

"5 minit lagi, Tuan Amar dah nak mati ke?" tanya bibik.

"Hahh?" keningnya terangkat sebelah. kasarnya bik!

Bik ita ketawa menampakkan geraham.

" Kalau belum tau bila kita nak mati, selagi ada angin yang keluar dari hidung tu, selagi dada turun naik mengawal udara, selagi itu Amar ada kesempatan menambah ibadah. Sikit-sikit Mar, sebulan sekali pun jadilah "

Semangat bik ita menuturkan, sambil tangan digerakkan dari hidung ke udara mengikut pergerakkan udara yang keluar masuk dari tubuhnya.

" Siapa tau kan bik, boleh jadi sesaat lagi saya mati " Sayu lantunan suasana.

Bik ita risau dia tersalah bicara.

" Tuan, baik tuan mengucap sekarang ! " Tiba tiba, bik ita lantang bersuara.

Tangannya kuat menampar belakang lelaki itu, seiring talkin dibacakan ke telinganya.

Pandangan aneh dia lemparkan pada bik ita. Lantas kedua duanya pecah dengan ketawa.

" Bibik ni, luar jangkauan betul "

" Oh ya bik, jangan bertuan dengan saya, panggil Amar je, saya bukan bos di pejabat, saya bukan ketua, bukan menteri "

Jelas Amar, kekok dan segan dengan panggilan itu..
"Mar. tau tak, pada waktu begini, 1/3 malam, Allah itu mengundang hambaNya untuk mengadu, merintih dan berdoa kepadaNya." kata bik Ita.

"dan kalau kita tak bangun solat, maka kita tidak penuhi undangannya Allah. rugi kan?" sambungnya.

"saya malu bik. saya masih muda tetapi saya telah kalah. kalah dgn org seperti bibik. saya muda, sepatutnya saya lebih kuat berusaha dalam hidup ini. kudrat saya lebih banyak. ilmu saya segar. kesihatan saya baik. saya malu, baru tahun ini saya cuba untuk solat fardhu lima watu penuh. itupun dikeranakan saya mendengar bahawa sebaik2 hamba yang meminta pertolongan atau berhadapan dgn masalah adalah melalui solatnya kepada Allah". tambah Amar.

"Alhamdulillah. indah melihat seorang hamba berusaha untuk menjadi yg terbaik di hadapan tuhannya. "

''Mar, syukur Allah masih beri peluang. benar, muda adalah waktu emas. Islam ini terbangun kerana golongan-golongan muda seperti Anas bin Malik, Zaid bit thabit dan Afraq. bibik skrg menyesal dulu2 tidak berusaha sehabis baik dgn kebaikan. tapi, biasalah jiwa muda, nakal2 sedikit itu biasa. tapi kalau dia baik, itu luar biasa. skrg bibik sudah tua. orang tua itu umpama tanaman yang semakin hampir waktu penuaiannya." kata bibik.

"maksudnya?" balas Amar. "senang cakap, hei orang tua, cukuplah waktu jatuh bangunmu di dunia, sekarang berusahalah untuk akhiratmu." balasnya.

"ohh. saya faham. saya yg muda ni pun akan tua kan bik? tak tua pun boleh meninggal. hmm. moga Allah ambil nyawa saya saat saya gembira dgn kebaikan dan amal soleh. saat saya benar2 bersedia." tambah Amar.

"Inshaa Allah. siapapun belum kalah selagi dia bernyawa. yg penting kita berusaha menyemai di dunia ini. berlumba2 menjadi hamba yg disayangi Allah. Allah, kalau sudah sayang kepada seorang hamba, Dia akan berkata : "wahai Jibril, Aku sayangkan dia, maka sayangilah dia". kemudian Jibril memanggil malaikat dan penduduk langit lainnya yakni bulan, bintang, dll untuk turut menyayangi hamba tersebut. maka apabila hamba itu disayangi oleh penduduk langit, apa sahaja yang dia minta, Allah akan makbulkan." Masyaa Allah!!!!

Seketika, azan berkumandang menandakan waktu subuh telah bermula. "Mar, sudah azan. mari solat. Kamu imam ! " Ajak bik ita.

" Err , boleh bik, tapi saya mampu baca surah ringkas saja, " balasnya.

" Bagus! Tak pe Mar, Mungkin solat Amar tu lebih tinggi nilainya di sisi Allah berbanding orang lain "

" Bibik tunggu ya, saya wuduk, dan cuba panggil abah, mama dan adik untuk solat sama "

-Tamat- 🍃
EPISOD 1 🍃

10 butir peluru jenis Star Gene dimasukkan pada cilinder M-gun. lima das tembakan bertubi-tubi dipacukan pada haiwan buruan, mayat yang telah diawet, takungan air, konkrit dan besi. Miller benar-benar ingin memastikan bahawa M-gun ciptaannya mampu menembusi kelima-lima sasaran tersebut. andai berhasil, maka ciptaannya berjaya.

"trigger ade, muzzle cantik, cilinder kemas, sight, hammer semua cukup. apalagi yang kurang dengan kau ni? hampir sebulan hadap muka kau tau tak." Miller memandang M-gun yang telah siap digabungkan komponennya. nada kesal dan kecewa jelas dilontarkan. ujian balistik bagi M-gun ciptaannya kurang memuaskan hati. sebutir peluru pon sukar menembusi dinding konkrit dan besi yang dibinanya sendiri untuk ujian itu.

"Miller, keluar sini cepat. tengok ni" tiba-tiba satu suara kedengaran dari luar rail bengkel kereta, diiringi ketukan kuat berkali-kali pada rail menaikkan kemarahan Miller.

Miller menolak rail bengkel ke atas. sudah sebulan bengkelnya ditutup gara-gara mencipta M-gun yang sehingga sekarang belum menjadi.

kerusi roda Miller disambut jovian. lantas jovian menolaknya ke arah laman bengkel.

"see" kata jovian sambil tangannya menunjukkan ke arah bola kecil yang sedang terbang diudara. senyuman tak lekang dari bibirnya. riak kebanggaan dan teruja untuk menunjukkan hasil kerjanya pada Miller jelas terpamer. kemudian menyambung kata-katanya,

"mustahil untuk seseorang mngejarnya. kelajuannya tahap super tinggi dan mampu......" belum sempat jovian menghabiskan kata-katanya. Miller menyambung,

"terbang dan berputar 360 darjah. bola ini kecil namun bersayap. you call it as Silver snitch. right jovian???" jovian tercegang dan menggaru kepala. Miller kembali bersuara,

"jovian,. aku kenal kau bukan sehari. ini mainan budak-budak. kau plagiat idea sukan quidditch dari cerita harry potter. kau hanya tukar Golden snitch dalam cerita itu kepada Silver Snitch. kan? Jovian,kita mahukan senjata. bukan mainan bodoh yang membuang masa."

pedas hamburan kata Miller pada jovian.

"Betul. tapi Miller, berikan aku peluang untuk menerangkan. aku yakin kau akan menyukainya. sukan Quidditch itu inspirasi dn aku telah menginovasi Silver Snitch ini mnjdi senjata."
EPISOD 2 🍃

"Maafkan aku Jovian. go on terangkan Silver snitch kau ni"

Jovian mengeluarkan satu objek kecil dari poket bajunya. satu butang pada objek itu ditekan. tindakannya menyebabkan bola itu berhenti dan begerak kearahnya.

"apa tu?" tanya Miller.

"Snitch Controller" balas Jovian.

"oh, macam Pendrive bentuknya. smart." puji Miller.

"Miller. ingat tak masa kita dipenjara Nablus (penjara israel) dulu? Yvone sahabat kita pernah jelaskan pada kita macam mana peluru israel berfungsi terhadap tubuh saudara-saudara kita di Gaza.

"Ingat. Desert Eagle. senjata canggih yang dicipta israel. pelurunya yang terkena pada mangsa akan berputar-putar pada tubuh sehingga terburai daging-daging mereka. senang cerita, peluru akan meledak apabila mengenai sasaran. daging akan bertaburan di tanah, dinding dan lantai. daya hancurnya sangat parah dengan berat peluru 325 gram." terang Miller.

"Yes. jadi, apa yang kau lihat pada bola Silver snitch ni, hampir sama seperti peluru israel. cuma bola ini bertindak dwi fungsi, iaitu sebagai peluru ataupun bom, mengikut pilihan kita. Bola ini ada pisau pada sayap kecilnya dan kelajuannya sangat mustahil untuk seseorang mengejarnya. bulat, maka Snitch ini mampu berputar 360 darjah tanpa mengurangkan sedikit pon kelajuannya." jelas Jovian.

"Subhanallah. hebat. badannya dicipta dari apa? dan controller tu, fungsinya apa?" soal Miller.

"badan dan sayapnya aku guna besi Osmium. antara besi terkeras di dunia. controller ni aku dah sistemkan. ada cap jari aku ditengah-tengah supaya snitch tau aku tuan dia. setiap butang kecil ini ada fungsinya. terbang, berputar, laser mencari mangsa, pisau pada sayap, dan yang paling menarik ialah klon snitch." semangat jovian menerangkan. dan Miller makin tertarik dengan kemampuan bola kecil itu.

"klon snitch?? kalau diperhatikan controller kau ni. aku agak bola snitch ni dalamnya terkandung lebih banyak snitch. dan bila butang klon ditekan. snitch yang lebih kecil akan keluar. macam beranak. kan jovian??" Miller mencuba teorinya pada rekaan jovian.

"sangat betul Miller. untung ada sahabat bijak macam kau ni. cepat pick up. kepala otak persis detektif. by the way, aku ambil masa 3 minggu untuk siapkan Silver snitch ni.
EPISOD 3 🍃

"muslim?" tanya Yvone pada dua orang tahanan baru yang masuk di ruang lock up nya.

"ye." jawab Miller.

"kenapa di sini? tanya Yvone.

"ditahan sebab kami tampal risalah mengenai Gaza,Palestin di tempat-tempat tumpuan." jelas Miller.

"sama." balas Yvone. "untuk pengetahuan kalian, di sisi kiri penjara ini semua orang islam. kalian akan menderita untuk satu tempoh yang lama. maka iman kalian juga harus dikekalkan dalam tempoh itu." sambung Yvone.

"in shaa Allah." balas Jovian. Miller mula tak tenang.

"apa jadi pada badan kau?" tanya Miller pada Yvone.

"dicucuh rokok oleh 25 orang polis di sini. sekotak setiap seorang. jangan risau. dah tak sakit. iman aku tak terbakar pon." jelas Yvone.

tanpa sedar, air mata Miller dan Jovian serentak mengalir. mereka cuma risau, mampukah mereka mempertahankan akidah seperti Yvone.

"tengok depan kalian. beruntung kalian disatukan dengan aku di sini. lock up depan ini sudah terlalu padat. 100 orang semuanya. termasuk mayat-mayat yang mereka tindih tu. sudah dua minggu mereka mati tapi tidak dikeluarkan. bayangkan baunya. kalian boleh mati hanya kerana bau dan kesesakan itu." terang Yvone.

"kami akan dilayan begitu?" tanya Miller.

"tak tau. setiap orang lain deritanya. kalau beruntung, kes kalian akan disidangkan secepatnya." jelas Miller.

"tengok lelaki yang berdiri tu. sudah sebulan dia berdiri. semalam dia jerit pada aku. katanya, dia lebih sanggup berdiri, tahan berak dan kencing daripada duduk bersama mayat dan dihentak tahanan lain. cuma zikir yang dia mampu."

Miller dan Jovian saling berpandangan. kerisauan yang hadir tak mampu disorokkan.
"tidurlah kalian. tomorrow never die. rehatlah sepuasnya malam ini. siapa tau, mungkin esok sudah tidak dapat nikmat rehat ini."
EPISOD 4 🍃

"tiga minggu? kau tau jovian, aku berusaha keras menghadap senjata rekaan aku selama hampir sebulan. namun masih tiada hasil." luah Miller.

"boleh aku tengok. mana tau aku boleh bantu." kata jovian.

kedua-duanya bergerak ke tempat kerja rahsia Miller. tersorok di penghujung bengkel.
"sekarang giliran kau. terangkan apa yang kau cuba buat." minta jovian.

"ini M-gun. pistol berbentuk seperti telefon pintar. cuma tiada screen. persis pistol Glock 20. kecil dan ringan. hampir sempurna. cuma satu yang tidak memuaskan hati. pelurunya tidak berjaya menembusi besi dan konkrit ini." jelas Miller. sambil Jovian terangguk-angguk mendengar penuh khusyuk.

"M-gun. menarik. aku fikir ini casing phone kau. tak sangka ini pistol. boleh aku cuba?" tanya Jovian.

"silakan." tambah Miller.
tangan Jovian sudah diposisi menembak. M-gun dihadapkan pada dinding konkrit. pantas trigger ditekan sekaligus peluru pantas keluar menghala ke arah konkrit. Miller hampa, peluru terlekat di dalam konkrit. tak berjaya menembusinya. membuktikan M-gunnya belum secanggih senjata musuh islam. kalau boleh, dia mahu senjatanya itu mampu membunuh musuh hatta mereka disebalik dinding. tiada belas kasihan dan peluang melepaskan diri.

"Miller. daya hentakkannya terlalu kuat. kau sendiri boleh cedera. pelurunya pergi sejauh 1.900 kaki per detik, boleh tahan. tapi untuk menembusi konkrit dan besi kau perlu lebih." ulas Jovian setelah mencuba M-gun.

"ada idea Jovian?" tanya Miller.

"untuk mengurangkan hentakkan ni. kau perlu gunakan polimer. 1.900 itu sudah mantap bagi aku. cuma, perlu baiki struktur peluru. pernah dengar bullet train kan? apa kata kau gunakan tu sebagai idea untuk ubah M-gun ni. jadikan bahagian dalam barrel ni sebagai magnet. pelurunya juga magnet namun kutubnya berlawanan dengan barrel. peluru akan terapung. bila trigger ditekan, peluru umpama terbang. kejauhannya bergerak automatik akan bertambah." panjang lebar Jovian mengeluarkan ideanya.

"aku rasa nak peluk kau Jovian. bernas ideanya. genius tidak pernah mengecewakan. untuk peluru, aku akan ubah dengan masukkan unsur letupan di dalamnya. bila terkena sasaran, peluru akan berputar dan meletup sekaligus."
tambah Miller. "Nice one bro.
EPISODE 5 🍃

"bila kau akan dibebaskan Yvone?" tanya Jovian.

"entah. paling kurang mungkin 6 tahun penuh aku di sini sebelum dibebaskan. ditahan tanpa tuntutan." Jelas Yvone.

"selepas ini kalian akan dibawa ke Khiam. moga bersedia." tambah Yvonne.

"Khiam?" Miller tertanya-tanya.

"tempat paling mengerikan bagi tahanan. segala jenis siksaan kalian akan rasai di sana. setelah keluar dari sana, kalian mungkin tak mampu berjalan, gegar otak, buta dan badan kalian mungkin seperti aku." jelas Yvone.

Miller dan Jovian dibawa ke Khiam.

Kedua-duanya diikat pada kerusi besi. baju mereka ditanggalkan. dua baldi air dijirus pada badan Jovian. penyambung elektrik disambung pada kerusi besi yang diduduki Jovian. suis segera dihidupkan. air, besi dan elektrik. sukar ditafsir kesakitannya. manakala Miller. kakinya ditoreh sedikit demi sedikit oleh anjing israel menggunakan pisau kalashnikof. setelah puas, kesan torehan itu disapu garam likat. padu! anjing israel berseronok dengan hiburan mereka. mereka diberi kebebasan untuk menyeksa tahanan sesuka hati. andai 3000 yang ditahan. hampir 1400 yang bakal mati.

cuma, dengan penderitaan ini. Miller dan Jovian teringat akan pesanan Yvone bahawa. ini semua kecil berbanding syahid dalam agama Allah. jauh lebih baik berbanding seksaan nerakaNya. yakinilah syurga yang telah dijanjikanNya.

setelah tiga hari diseksa. Miller dan Jovian kembali ke lock up penjara Nablus.

sepanjang perjalanan pulang ke Nablus, mata mereka disantap dengan lebih banyak siksaan dan penderitaan pada saudara-saudara seislam mereka. ada yang disula kemaluannya, wanita dirogol dihadapan bapa mereka, digantung tanpa pakaian, pekikan suara yang tinggi sehingga keluar darah dari telinga, malah ada bapa yang dipaksa untuk menyetubuhi anak mereka sendiri.

Miller sudah tidak mampu berjalan. dia dibantu Jovian yang keadaannya juga menyedihkan.
EPISOD 6 🍃

6 tahun telah berlalu. kata orang, alah bisa tegal biasa, lebih baik menderita demi keredhaanNya.

Yvone, Miller dan Jovian akhirnya dibebaskan setelah kes mereka berjaya disidangkan walaupun dengan penantian yang panjang dan pengkhianatan yang sukar dimaafkan.

"Alhamdulillah. 6 tahun yang memenatkan bukan?" tanya Yvone.

"Alhamdulillah. boleh tahan." serentak Miller dan Jovian membalas.

"kalian tau kenapa anjing israel semuanya begitu. hati kering, kejam namun tersusun?" tanya Yvone lagi.

"ini kerana, kibutsats Israel. sejenis sistem tarbiah israel yang sistematik. kibutsats adalah bandar-bandar yang dibangunkan di sempadan israel apabila cukup 100 orang lelaki yang kesemuanya tentera. terdapat banyak kibutsats. 100 tentera ini akan tinggal di sini bersama anak dan keluarga mereka. satu hal yang menarik, hidup mereka sangat terikat dengan peraturan. mereka akan makan bersama, latihan ketenteraan sama ada anak kecil hingga dewasa dan sistem pendidikan yang kemas." Jelas Yvone.

"Bagusnya mereka." tambah Miller.

"sistem pendidikan? apa yang mereka belajar?" tanya Jovian.

"Tujuan kibutsats ini diwujudkan adalah semata-mata untuk membina diri individu, keluarga, masyarakat dan negara mereka agar kuat dan kebal. maka sistem pendidikan mereka semuanya ke arah itu. sebagai contoh, soalan matematik mereka ialah, Andai jony mengetuai lima pasukan tentera termasuk pasukannya sendiri. dan dia perlu menyerang 10 daerah negara arab. berapakah pasukankah yang perlu dibahagikan agar semua daerah arab diserang?" jelas Yvone.

"masya Allah. hebatnya. sedangkan mereka bukan islam. tapi mereka sangat bersatu untuk mencapai matlamat mereka. bukan seperti soalan matematik negara kami yang hanya bertanya jumlah buah-buahan dan kenderaan dalam soalan peperiksaan." tambah Miller.

"dari sudut ini. dapat disimpulkan, Palestin teraniaya bukan kerana israel, tapi kerana kita yang mengabaikan mereka." celah Jovian..

"sebab itu, kalian jangan cuma hanya berdoa untuk Palestin, tapi berusaha juga. baikilah hati, bina diri dan keluarga kalian. hatta senjata kita untuk menyerang musuh pon hasil ciptaan musuh sendiri yang ideanya dicuri daripada ciptaan senjata islam dan berjaya dikembangkan.
EPISOD AKHIR 🍃

"Nah." dua objek kecil diserahkan Jovian pada Miller.

"transparent?" tanya Miller.

"aku tau kau benci warna silver, jadi aku buatkan snitch untuk kau tanpa warna. transparent. lebih menarik, bila snitch kau ini terbang, orang mungkin tak dapat kesan." jelas Jovian.

"Sweetnya kau ni. terima kasih. aku juga buatkan J-gun untuk kau." sambil keningnya diangkat dan digerakkan.

"J-gun? buruknya nama." kata Jovian.

"Jovian-gun. kau baru tau ke nama kau buruk." tambah Miller sambil ketawa.

"Dah siap semuanya. lega." kata Miller.
"bengkel ini juga kembali beroperasi" tambahnya.

"segala puji bagi Allah yang telah memberi ilham dan kekuatan untuk kita buat semua ni." balas Jovian.

"sedikit debaran dan ketakutan sebenarnya. senjata kita akan dipersembahkan pada negara. meyakinkan orang dengan sesuatu yg baru bukanlah perkara mudah."
kata Miller.

"jangan risau. ingat pesan Yvone, cinta sesama islam, maka kamu muslim sejati. ini semua untuk islam. hidup ini terlalu bermakna untuk disiakan. hidup ini terlalu indah untuk peperangan dan penderitaan. kasihan saudara seislam kita." tambah Jovian.

"betul." balas Miller.

"Jovian, aku ada satu lagu untuk kau. dengar ye. suara aku memang sedap. jadi tak perlu tutup telinga." Miller bersemangat. seteguk air dimasukkan pada tekaknya. bersedia untuk menyanyikan sebuah lagu yang menjadi inspirasi hidupnya.

🎶Be happy, be unique. live proudly in this life. do not care, the excellence comes with hardwork. take the decision to start and dont wait. people wont succeed without attempts. be a knight in this age. he is the brave who is not afraid......🎶

perlahan-lahan Jovian melangkah ke belakang dan berlari keluar dari bengkel sambil telinganya ditutup.

"Jovian! jangan lari. lagu belum habis." pekik Miller.

kemudian Jovian bersuara "aku tak tau pulak suara kau sesumbang ni. tapi aku nasihatkan, jangan menyanyi depan orang lain. suara kau memang tak sedap. aku gerak dulu." jerit Jovian. Namun, Jovian sebenarnya mendengar setiap isi lagu yang Miller nyanyikan, sedikit menyentuh batinnya.
senjata mereka perlu direalisasikan. mereka cuba menjadi pejuang di usia ini. impiannya digenggam kemas. "aku tak akan sia-siakan hidup ini."

-Tamat-
Serasa mahu menyimpan cerita yang pernah saya karangkan suatu masa dahulu di sini. Sekarang tak sempat menulis dan malu mahu menulis. Banyak salah dalam pemikiran dan pemahaman dalam kehidupan.
HTML Embed Code:
2024/05/16 15:45:07
Back to Top