TG Telegram Group Link
Channel: Bent Yazid 🥀
Back to Bottom
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Makcik yang jaga kambing2 ni, lengkap berjubah hitam dengan khimar dan topi kebun 😍
بسم الله الرحمن الرحيم

🍃 Penjaga kunci Darul Faqih 🍃

Menemani ku saat tulisan ini ku nukilkan adalah kegelapan, bilik sederhana kami ini sedang suram, hanya diterangi oleh lampu dari gadget milik temanku dan alunan qasidah dari pembesar suara milik gadget yang sama.

Beginilah kota kerinduanku ini, akan mati bekalan elektrik hampir setiap hari, sekaligus mengakibatkan bekalan air juga kerap terhenti di asrama kami ini, apalagi sekarang sedang musim panas, hampir berjam2 lamanya bekalan eletrik mati, membataskan sedikit sebanyak aktiviti bermain telefon kami, membasuh baju, mengecas MP3, lampu dan kipas mini kami,

Malah musim panas ini sedikit menguji keimanan kami orang2 luar dari Tarim yang sudah biasa hidup dengan keselesaan, rasanya semua air yang ku minum sepanjang beberapa bulan ini akan keluar menjadi peluh kerana tingginya suhu pada musim ini, tapi hal itu menyebabkan kulit kami terlihat sedikit putih dan 'glow' dari kebiasaannya, tidur yang tidak ditemani air cond dan kipas ketika berjam2 bekalan eletrik mati menyebabkan baju dan tilamku basah saat ku bangun dari tidur, kadang2 memang sampai subuh aku berjaga, mengipas2 badan dengan kipas tangan, kadang2 ke tandas membasahkan badan, baju yang ku jemur di ampaian kalau dibiar seharian tidak diangkat akan keras seperti kertas, juga ada sandal getah temanku mengecut seperti ikan kering, lucu sekali, lantai simen di ruang terbuka asrama ku ini kalau dipijak akan meranalah tapak kami yang manja ini, malah temanku pernah menjemur mee segera di ruang terbuka itu, dan beberapa minit mee itu segera lembut,.

(Dan penulisanku malam itu terhenti gara2 ustazah sudah meminta2 telefon kami dikembalikan semula kepadanya.)

Hari ini ku sambung kembali penulisan ini setelah beberapa bulan lamanya. Musim panas kini hampir dipenghujungnya, kami telah berpindah ke asrama baru yang lebih selesa, bekalan air tidak lagi terhenti jika bekalan elektrik terputus, dan kalaupun bekalan elektrik mati, kami di asrama baru ini disediakan generator, dengan itu, tilam kami tidak lagi basah kerana peluh2 kami, sekarang kami sedang teruja dalam penantian menuju musim dingin dan menuju bulan terindah, Rabiul awwal.

Teman2, Tarim memang sebuah Kota yang barakah, maka kebaikan2 yang sedang kami semua sedang usahakan untuk mendapatkan nya di sini bukanlah perjuangan yang mudah. Kota ini luar biasa dan ujian2 yang datang juga bukanlah ujian yang biasa2. Sepanjang beberapa bulan tanpa satu pun penulisan di telegram ku ini, adalah waktu2 yang sedikit mencabar yang tidak dapat digambarkan sekadar melalui penulisan sederhanaku di sini.

Penulisan hari ini juga setelah aku lelah mencari sambungan wifi yang susahnya hanya tuhan yang tahu. Bayangkan, kami hanya mendapatkan telefon sebulan sekali, mencari wifi sahaja sudah setengah hari, mahu beli modem harganya setaraf perbelanjaan sepanjang 2-3 bulanku, menunggu 'sim card' Yaman yang lebih murah dan mudah untuk menelefon ke rumah hampir setahun belum aku terima,. Tapi ini semua keindahan2 pengalaman yang akan ku rindukan nanti.

Teman2, hari ini ingin aku kongsikan tentang sosok wanita yang kami gelarnya dengan kholah Aminah, beliau adalah penjaga kunci pintu Darul Faqih. Sosok wanita ini kelihatan biasa2 sahaja, kulitnya berwarna gelap, bola matanya kalau memandang kepadamu, yang kiri dan kanan akan berbeza arah,
beliau berjalan sedikit pincang dan aku masih susah memahami perkataan arab kampungnya yang kalau beliau berkata seperti Bullet Train itu.

Menurut anak2 lama di sini, beliau telah beberapa kali bermimpi Rasulullah dan pernah juga bertemu Saidina Faqih Muqaddam juga melalui mimpinya.

Pasti ada sesuatu dalam dirinya. Malah setelah mendengar kisah beliau mendidik anak2 nya, aku tidak hairan kalau hari2nya didatangi Rasulullah.

Temanku pernah bercerita, Anak lelakinya akan bergembira kalau disuruh mengirim makanan atau sesesuatu ke rumah2 orang, budak ini akan menunggu di depan rumah sehinggalah tuan rumah mendoakannya kalau tidak, dia sendirilah yang akan meminta tuan rumah untuk mendoakannya,
Kholah Aminah mengajarkannya anak lelakinya,

"Kalau engkau pergi memberi, engkau akan didoakan kebaikan oleh orang"

Dan setiap kali dia disuruh ibunya, dia akan bertanya,

" Wahai ibu, orang2 akan mendoakan aku kan?"

Lebih ajaib kalau mendengar kisah anak perempuannya, anak perempuannya jarang2 keluar rumah, sehingga belajar pon hanya di rumah melalui rakaman mp3 yang dirakam oleh ayahnya untuknya.

Pernah suatu ketika, dalam tempoh beberapa ketika beliau belajar kitab "Adab Sulukil Murid" karangan Imam Abdullah Al Haddad seperti biasanya di rumah sahaja melalui rakaman mp3 yang dirakam langsung oleh ayahnya yang ketika itu disyarahkan oleh Almarhum Habib Ali Masyhur, guru tercinta kami.

Lalu ada seorang lelaki pernah mengetuk pintu rumahnya dan bertanya kepada ayahnya,

" Apa amalan kalian wahai ahli rumah ini? "

Lalu jawab ayahnya,

" Tiada apa-apa, kami biasa2 sahaja "

" Tidak mungkin, jawab lelaki tadi "

Lalu setelah beberapa hari, datang lagi lelaki ini mengetuk pintu rumah mereka dengan soalan dan jawapan yang sama diberikan oleh ayahnya, lalu berkata lelaki itu,

" Tidak mungkin tiada apa2 amalan, kerana aku melihat Imam Abdullah Al Haddad setiap malam mundar mandir di rumah kalian ini "

Ajib, Subhanallah!

Teman2, itu baru sahaja penjaga kunci Darul Faqih, belum guru2 nya dan pendirinya,. Entah Bagaimana lah hal mereka.

Hubabah Mariam, guru kami di Darul Faqih, akan ke Malaysia beberapa hari lagi, ambillah peluang bertemu dengannya, pandanglah matanya, berdoalah dengan namanya, berbuallah dengannya melalui suara hati kalian kerana dia mendengar nya, datangilah dia, kerana kami telah bersusah payah menanggung rindu melepaskannya pergi berdakwah ke sana.

Dan kalau bertemunya, beritahu dia,

" Saya adalah teman kepada muridmu Azimah, anak lughah di Darul Faqih "

Dari Negeri Pagar Gunung,
Bent Yazid,
Tarim, Hadramaut 🥀
بسم الله الرحمن الرحيم

🍃 Sayyidil Habib 🍃

Saya berdoa, semoga sepanjang saya di Tarim, di kota barakah, kota cahaya, kota ilmu dan kota ulamak ini, diri dan mata saya dapat menatap beliau secara nyata. Tanpa penghalang dari kaca tv atau kaca gadget yang selama ini hanya melalui mereka sahajalah ketenangan wajah beliau dapat ku tatap.
.
Kadang2, aku cemburu dengan laki2 yang senang sekali boleh menjabat dan mencium tangannya, mereka sangat mudah untuk melihat beliau sering2 secara nyata, sedangkan aku hanya berfikir2 entah Bagaimana lah sosok yang sering bertemu Rasulullah ini, sosok yang mengarang puluhan kitab dan maulid ini, Bagaimana lah tinggi sebenar beliau, warna kulit sebenar beliau, haibah beliau, senyuman beliau,.
.
Dan Maha baik Allah, yang menimbang atur harapan hambanya, semalam aku dan beberapa orang temanku menunggu waktu yang sangat lama di sekolah untuk ke rumah teman kami yang lain,

Sebelum zohor kami menunggu ustaz menjemput kami, sehingga selepas zohor ustaz belum datang, kami menunggu lagi sehingga asar, dan ustaz kami masih belum datang, sehinggalah setelah asar, kami mendapat khabar, ustaz kami keluar berdakwah di tempat yang kurang lebih satu jam dari tempat kami, maka akhirnya kami terpaksa menaiki teksi untuk ke rumah teman kami itu.
.
Aku yang keluar lebih awal melihat pemandunya sedikit tergopoh gapah. Maka aku memasuki teksi terlebih dahulu untuk mengurangkan gopoh gapahnya, atau kalau lebih lambat, dia akan marah2 dan rosaklah kegembiraan kami hari itu.
.
Menunggu beberapa detik di depan Masjid Baalawi itu, teman2 ku yang lain masih belum keluar dan dia kembali menutup semua pintu kereta dan menghidupkan ejen kereta.
.
" Belum, masih ada teman2ku " kataku kepada pemandu itu.
.
" Aku tahu, tapi aku perlu mengalihkan kereta ini, kerana sekejap lagi Habib akan keluar" balasnya.
.
" Habib siapa? " Tanyaku pantas setelah mendengar kalamnya itu. Dan aku semakin teruja dan berharap semoga itu Habib Umar Ben Hafidz.
.
" Habib Umar lah " katanya.
.
Mendengar nama itu, aku seperti cacing kepanasan,
.
" Aku ingin melihatnya " kataku.
.
Dia diam dan langsung memandu keretanya. Kami sudah jauh sedikit dari masjid, dia memasuki lorong dan menaiki bukit.
.
" Aku ingin melihatnya " kataku lagi. Bimbang kami di sini dan Sayyidil Habib sudah tiada.
.
Dia diam seribu bahasa dan memusingkan keretanya, kami kembali di depan sekolah kami. Dan Sayyidil Habib masih belum keluar. Namun jemaah masjid sudah mulai berkumpul di luar.
.
Pemandu tadi memanggil lagi teman2ku untuk segera memasuki keretanya,.
.
Setelah semua teman2ku sudah masuk, maka Keluarlah Permata bercahaya yang ingin ku tatap ini dari pintu kecil Masjid Baalawi, memakai jubah putih di dalam dan jubah kuning cair di luar. Memakai serban putih sebagai tanda memuliakan ilmu di dalam dirinya, tanda memuliakan Al Quran dan Hadis yang tersimpan agung di dalam dirinya, memuliakan kalimah syahadah di dalam ruhnya.
.
Orangnya tenang menyalami semua muhibbin yang berkumpul di luar untuk mengiringinya pulang, tersenyum dari awal beliau keluar sehingga kaki menjejaki kereta hitam mewah yang mungkin menjadi hadiah dari tuhan buat kezuhudannya dahulu. Dan di sampingnya ada Habib Kazim As seggaf yang setia bersama di perjalanan dakwahnya.
.
Dan mengiringi tatapanku ini, adalah sebuah teksi yang bergerak mahu memberinya laluan sebagai tanda hormat, semakin teksi debu ini bergerak maka semakin jauhlah tatapanku pada beliau ketika itu.
.
Petang itu tenang, dan bercahaya. kepenatan kami menunggu hilang sekelip mata. Kereta terus berjalan mencemburui detik2 kami waktu itu.
.
Semoga mata ini tidak diharamkan melihatmu lagi nanti di dunia, di dalam mimpi2 kami, di barzakh, dan di dunia sana.
.
Entah Bagaimana lah kalau diberi kesempatan melihat Rasulullah kekasihmu,
.
Salam cinta dari pencintamu,
.
Dari Negeri Pagar Gunung,
Nuwaidarah,
Tarim, Hadramaut.
Jumaat,
25 November 2022
Dulu masa awal2 belajar di Darul Faqeh belagak tak nak belajar kitab rendah2. Nak belajar kitab tinggi2, Sebab rasa lama belajar Asas bahasa arab, dekat setahun juga. Umur pon dah tua.

Tapi diri ni lupa, mana ada orang sampai puncak tanpa naik tangga satu2. Kalau dia mampu loncat pon, mesti akan jatuh dan kesakitan jatuh dari tempat tinggi adalah kesakitan yang paling perit.

Dah belajar baru tahu, ilmu ni rupanya tak de yang rendah, semua tinggi.

Kitab yang dulu rasa rendah, bila belajar dan disyarahkan oleh guru2 yang belajar kitab tinggi, anak orang2 hebat, anak mufti, orang2 soleh, rupanya diri sendiri tak mampu pon nak faham dan tanggung (faham dan amal) semuanya.

Diri ni lupa, kitab2 yang kita rasa rendah, adalah karangan orang2 soleh, ulama', pewaris dan zuriat nabi, entah berapa banyak barakah yang ada pada satu kitab tu yang mata orang yang bodoh ni tak nampak.

Kata guru kami, ketika mensyarahkan kitab yang diri ni rasa rendah,

"Satu kitab ni,  kalau kalian belajar betul2, faham dan amal. Dah cukup untuk kalian, cukup untuk kalian bawa pulang di negara kalian.

"Orang yang belajar dari bawah, ilmu dan kefahamannya akan benar, kukuh dan kuat"

Busuk dan hinanya pemikiran dulu, pemikiran orang bodoh dan sombong. 

Ilmu untuk dihargai, Bukan direndahkan.

Tulisan orang bodoh,
Dari Negeri Pagar Gunung,
Tarim, Hadramaut.
6 Syaaban 1444 hijrah, 26 Februari 2023.
HTML Embed Code:
2024/06/05 23:05:51
Back to Top