TG Telegram Group Link
Channel: 💎Zikrul Maut Official💎
Back to Bottom
*🌾۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🌾*

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana


*[At-Taubah : 71]*
Forwarded from Fatehteam
Kita mungkin selalu dah dengar Kuliah. Bagaimana dengan anak-anak, adik beradik dan pasangan kita. Miliki Koleksi Kuliah persiapan kematian untuk keluarga kita agar menjadi Motivasi iman

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2279398102097333&id=320932057943957

@TeamFatehteam
Forwarded from Fatehteam
🌼 MENGINGATI KEMATIAN MENJADIKAN DIRI LEBIH BAIK

Janganlah kita membenci kematian kerana itulah jalan untuk bertemu dengan Kekasih iaitu Allah SWT.

“Sesiapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, nescaya Allah pun tidak suka bertemu dengannya.”
(Bukhari, Muslim)

“Perbanyakkanlah mengingati mati yang memecahkan kelazatan.”
(Turmiz, An-Nasa’i, Ibnu Majah)

Seorang lelaki Ansar bertanya :

“Siapakah manusia yang paling pintar dan paling mulia wahai Rasulullah?”

Nabi saw menjawab :

“Mereka yang paling banyak mengingati mati dan yang lebih kuat membuat persediaan untuk itu. Mereka itulah orang-orang yang pintar, yang pergi dengan kemuliaan dunia dan kehormatan akhirat.”
(Ibnu Majah, Ibnu Abi Dunya, dengan sanad baik)

Ka’ab al-Ahbar berkata :

“Sesiapa yang mengenal mati, nescaya menjadi mudah baginya musibah dunia dan kesusahannya.”

Safiyyah ra berkata :

“Ada seorang wanita mengadu kepada Aisyah ra tentang kekesatan hatinya.

Maka Aisyah ra menjwab :

“Perbanyakkanlah mengingati mati, yang akan menghaluskan (melembutkan) hati engkau.”

- Petikan dan ringkasan daripada kitab Ihya' 'Ulumuddin : KItab Mengingati Mati.

Baca lanjut artikel bertajuk Persiapan Kematian : http://www.fatehteam.com/persiapan-kematian/

@teamfatehteam
Forwarded from Fatehteam
Beri jawapan di tempat kosong di bawah ini dan mohon dijawab dengan jujur di dalam hati masing-masing..

1. Allah menciptakan tertawa dan __
2. Allah itu mematikan dan __
3. Allah menciptakan lelaki dan __
4. Allah memberikan kekayaan dan __

Kebanyakkan kita tentu akan dengan mudah menjawab:
1. Menangis
2. Menghidupkan
3. Perempuan
Tapi bagaimana no. 4? Adakah Kemiskinan menjadi jawapannya???

Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian firman Allah dalam Surah An-Najm ayat 43-45, dan 48, sebagai rujukan:
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ
"dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (QS. An-Najm : 43).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ
"dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan." (QS. An-Najm : 44).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki-lelaki dan perempuan. " (QS. An-Najm : 45).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
"dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan." (QS. An-Najm : 48).

Ternyata jawapan kita semua betul untuk no. 1-3, tetapi jawapan untuk no. 4 ramai keliru.
Jawapan Allah Ta'ala dalam Al-Qur'an bukan Kemiskinan, tapi KECUKUPAN.

Subhanallah..
Sesungguhnya Allah Ta'ala hanya memberi Kekayaan dan Kecukupan kepada hamba-Nya. Dan ternyata yang "menciptakan" kemiskinan adalah diri kita sendiri.

Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang sentiasa bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa miskin!

Jadi, marilah kita bangun rasa kesyukuran dan kecukupan di dalam hati dan fikiran kita, berhenti mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, agar kita menjadi hamba-Nya yang selalu bersyukur.

Semangat menjemput rezeki yang halal, biar semakin berkat.. Insha'Allah

Bahagia Itu di : http://www.fatehteam.com/bahagia-itu-di-hati

@teamfatehteam
Forwarded from Fatehteam
🍄 ISTIGHFAR- SOLUSI HIDUP
[Disampaikan oleh Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa]

Dalam kehidupan ini kita diuji dengan pelbagai masalah.

Sudah pasti masalah tersebut merupakan suatu cabaran untuk upgrade diri kita.

Percayalah setiap ujian yang berlaku mesti ada solusinya.

Ikutilah perbahasan ini!

In syaAllah tidak rugi anda mendengarnya.

Tonton kuliah (via Facebook):
👇👇👇
https://www.facebook.com/teamfatehteam/videos/2020755211345121/

Sebarkan Ilmu Dan Kebaikan

@TeamFatehteam
Forwarded from Fatehteam
Andainya kita ditakdirkan mati sekarang, adakah kita dah sedia untuk mengahadapi alam barzakh?

Rasanya ramai akan jawab, "Tak!!"

Tapi berapa lama lagi kita nak hidup di dunia yang tak kekal ni?

Akan datang juga kita akan kembali padaNya jua.
Buatlah persediaan. Berubahlah. Berhijrahlah. Tinggalkan jahiliah.
Gapailah syurga Allah bersama.

Ajak keluarga, kawan-kawan, dan masyarakat bersama untuk ke syurga.

*Baca artikal lanjut Ziarah Aku Di Pusara* : http://www.fatehteam.com/ziarah-ke-alam-barzakh/

Dapatkan CD Kompilasi Ziarah Alam Barzakh yang meghuraikan pelbagai hal seperti masalah kematian, keutamaan dan keadaan manusia menjelang sakaratulmaut, keadaaan roh setelah meninggalkan jasad, keadaan di alam kubur, fitnah, seksaaan dan sebagainya.

*Tempahan*
👇🏻👇🏻👇🏻
http://www.wasap.my/60196066697/SayaNakZAB
@teamfatehteam
Forwarded from Fatehteam
🌹 ALLAH SURUH TUTUP AURAT
[Disampaikan Oleh Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa]

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Tonton Kuliah (Via Facebook):
👇🏻👇🏻👇🏻
https://www.facebook.com/teamfatehteam/videos/524860321354354/

@teamfatehteam
Forwarded from Fatehteam
LARANGAN KETIKA ZIARAH MAYAT
[Disampaikan Oleh Ustaz Ahmad Dusuki]

Berpesan pada anak-anak agar saat kita meninggal dunia keluarga kita tahu adab saat ada jenazah di rumah.

Tonton Kuliah (via Facebook):
👇👇👇
https://www.facebook.com/teamfatehteam/videos/965438810169327/

Sebarkan Ilmu Dan Kebaikan

@teamfatehteam
Kematian itu tidak kira usia baik yang berumur mahupun muda. Ada juga yang sihat meninggal dunia.

Bila usia dah nak masuk 40 tahun ni, rasa macam masa dah tak banyak untuk diri.

Tiba-tiba rasa takut, sedih dan gementar.. Takut dengan dosa yang pernah kita buat. Sedih sebab banyak insan kita zalimi. Gementar dengan keadaan diri ketika alam kubur & akhirat..

Bila teringat hadith ni:

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
1. Masa sihat sebelum sakit.
2. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
3. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
4. Masa mudamu sebelum datang masa tua
5. Dan masa hidup sebelum tiba masa mati.

(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Dengan mengingati kematian menjadi penasihat yang terbaik untuk kita jadi lebih baik. Ramai sahabat dan kaum kerabat terdekat dengan kita telah pergi meninggalkan kita. Sungguh kematian itu benar. Dan pasti kita juga akan lalui. Dengan mengingati kematian juga   menjadikan kita lebih dekat denganNya dan sebagai peringatan kita dah tak ada masa untuk berbuat perkara tak baik.

Maafkanlah andai terluka, maafkanlah andai tersalah, maafkanlah andai membenci..

Sebab bila mati, semuanya kesempatan, ruang dan peluang tertutup..

Yang masih hidup, jom kita cari kesempatan untuk memaafkan, meraikan, meleraikan, berusaha untuk kebaikan bersama..

Moga Allah akhirkan kita dengan husnul khotimah
🍁 Pertemuan ada perpisahan

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sama ada waktu, jarak, kematian dll memisahkan kita.

Analogi kehidupan, masa sekolah rendah, ada antara kawan kita yang kita tak bertemu sampai sekarang. Habis belajar dah tidak berjumpa lagi.

Ibarat kematian. Terpisahlah si mayat dengan seluruh ahli keluarganya, sahabat handai, jiran tetangga hingga ke hari kiamat. Itu pun belum tentu dapat bertemu.

"Peliharalah diri kita dan keluarga kita dari azab api neraka.

Mg kita dapat bertemu di syurga nanti. Amin. .."

Ajal maut di tangan Allah. Tidak lambat dan tidak cepat walau sesaat. Bagaimanakah pengakhiran kita?

Kita sentiasa minta pada Apa yang Allah sudah jamin pada kita seperti rezki, jodoh, anak.

Sejauh mana kesungguhan kita berdoa supaya Iman yang sihat dan pengakhiran yang baik untuk kita.

Doalah pada Allah agar Allah akhirkan hidup kita dengan kesudahan yang baik. Insyallah perjalanan kehidupan kita mesti baik2. Kerna kita minta yang episod akhir hidup  kita adalah last ending yang baik , bahagia dan membahagiakan.

Pendrive Persiapan Kematian https://yup.la/Ppk
"Jangan menangisi dan berduka terlalu lama pada urusan duniamu. Kerana satu masa ianya akan berakhir tatkala jasad mu berada didalam perut bumi.

Akan tetapi menangislah pada urusan akhirat mu. Kerana ianya bakal bermula.

Kerana sebenar-benarnya alam kehidupan adalah alam akhirat (alam selepas kematian)."

-Imam Ibnu Athoillah As-Sakandari-

🍀 Pendrive Persiapan Kematian : https://yup.la/Ppk
HTML Embed Code:
2024/06/16 10:49:33
Back to Top