TG Telegram Group Link
Channel: TarbiyahFillah🌼
Back to Bottom
Forwarded from Jentik Hati
Forwarded from Jentik Hati
Kerana hidup cuma sekali lah jangan terlalu enjoy. Sebaliknya, manfaatkan setiap waktu untuk memperbaiki diri, dekatkan diri dengan Allah lebih dekat lagi. Dunia bukan tempat enjoy, tempat enjoy adalah di syurga.
Forwarded from Jentik Hati
Forwarded from Jentik Hati
4 benda yang wajib ada dalam doa kita. 4 benda ni wajib kena selalu minta dengan Allah :
.
❤️ Rahmat.
.
Tanpa rahmat Allah, siapa la kita. Dengan rahmat Allah juga, manusia masuk syurga.
.
Rahmat ni macam blessing la. Restu dari Allah. Bila Allah restu, segala kerja buat kita jadi lancar. Bila Allah restu, takde masalah yang tak boleh diselesaikan.
.
Bahasa orang muda, rahmat macam payung. Ke mana kita pergi, apa kita buat, semuanya dalam perlindungan Allah.
.
❤️ Nikmat.
.
Banyak benda boleh jadi nikmat. Kadang-kadang kecil, kadang-kadang besar. Kadang-kadang kita nampak, kadang-kadang tidak. Kadang-kadang benda kita suka, kadang-kadang benda yang kita benci.
.
Tanpa nikmat, hidup jadi tak lengkap. Hanya dengan nikmat saja, kita akan rasa senang. Senang diri, senang hati. Semua tu nikmat dari Allah.
.
Jadi kena minta Allah bagi kita nikmat. Nikmat dunia dan nikmat akhirat.
.
❤️ Hidayah.
.
Ini benda yang sangat penting. Nikmat dalam iman dan Islam. Nikmat berada di jalan yang benar lagi lurus. Nikmat yang didambakan oleh seluruh manusia di alam ini.
.
Jangan take for granted. Mentang-mentang kita dah lahir sebagai Islam, Allah bagi hidayah kat kita. Tak semestinya begitu.
.
Sebab tu Allah ajar kita selalu supaya minta Allah tunjukkan kita jalan yang lurus. Walaupun kita dah pun dalam agama Islam.
.
Hidayah itu milik Allah. Dia boleh bagi kat siapa Dia nak bagi. Dia juga boleh cabut hidayah dari siapa yang Dia nak cabut.
.
Siapa yang Dia bagi hidayah, tiada siapa lagi yang boleh menyesatkan. Siapa yang Dia sesatkan, tiada siapa lagi boleh memberinya hidayah.
.
❤️ Taufiq.
.
Taufiq ni bahasa mudahnya ialah kekuatan. Istiqamah dalam melakukan kebaikan dan pahala adalah contoh kekuatan.
.
Bukan senang nak jaga iman. Bukan senang nak jaga solat. Bukan senang nak jaga diri dari buat benda haram. Bukan senang nak jaga hati dari riya’, ‘ujub, takabbur dan tidak ikhlas.
.
Sebab tu kena minta taufiq dari Allah. Kita ni tiada daya tiada upaya melainkan dengan izin Allah. Maka selalu la minta Allah perkuatkan diri kita. Agar kita kuat buat apa Allah suruh dan kuat untuk tinggal apa yang Allah larang.
.
Ya Allah, rahmatilah hidup dan mati kami.
.
Ya Allah, kurniakan nikmat kepada kami di dunia dan akhirat.
.
Ya Allah, campakkan hidayahMu kepada kami dan janganlah engkau palingkan hati kami setelah diberikan kepada kami hidayahMu.
.
Ya Allah, berilah kami taufiq agar kami kuat dengan segala macam cabaran di dunia. Hanya kepadaMu kami berserah dan bertawakkal.
.
Amin ya Rabbal ‘alamin.
Labuhnya tudung tidak bermakna dia seorang ustazah.

Labuhnya tudung juga tidak bermakna dia bakal bergelar seorang ustazah.

Memakai tudung yang labuh bukan hanya untuk ustazah.


Bahkan hak dan kewajipan untuk semua wanita yang bergelar muslimah.

@tarbiyahfillah
Segala sesuatu yang berharga selalunya tertutup. Seorang wanita yang berpakaian menutup aurat ibarat mutiara yang berada di dalam cengkerangnya💎

Semoga setiap titisan peluh kita di dunia ini asbab menutup aurat menjadi pahala untuk kita🌻
"Merasai kehadiran Allah dalam hati menjadikan kita sentiasa berteman walaupun keseorangan..

kosongnya hati kita dari mengingati Allah membuat kita kesepian walaupun berada ditengah keramaian

Jadi penuhilah hati kita dengan mengingatiNYA..moga hidup kita sentiasa terisi dengan kasih dan rahmatNYA"..

Ziadatul khair

@tarbiyahfillah
Forwarded from Jentik Hati
Forwarded from Jentik Hati
Peringatan buat kita semua:
.
1) Jangan tinggal solat sunat qobliah Subuh sekalipun bangun jam 6:45 pagi kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Kecuali dah terlampau hampir waktu Subuh habis, maka hendaklah segera kerjakan solat fardhu Subuh.
.
2) Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jangan ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana inilah zikir khas buat anak Nabi SAW, Fatimah sebagai zikir istiqamah penguat semangat.
.
3) Berusahalah sedaya upaya untuk solat Subuh berjemaah di rumah2 Allah, @ paling kurang berjemaah dengan anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat Subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.
.
4) Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu2 mustajabnya doa.
.
5) Pelajari serta hayati setiap bait2 bacaan dalam setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah2 kita berbisik2 mengadu hal dengan Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dengan yang demikian hati kita sentiasa berada dalam solat, mudah2an dengan asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yang sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.
.
6) Jangan dilepaskan Al-Quran setiap hari terutama selepas solat Subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda Nabi : Bacalah Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat2nya.
.
7) Jangan ditinggalkan solat-solat sunat qobliyyah ba'diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.
.
8 ) Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti2 masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah2 Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita yang utama.
.
9) Lazimi menjaga wudhu' setiap masa kerana orang yang punyai wudhu' akan didampingi para malaikat2 Allah.
.
10) Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah2 taubat @ kalimah2 tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.
.
KESIMPULAN : Berusahalah menyantuni akan setiap perkara2 sunnah serta perkara2 ma'ruf setiap masa kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah.
Ketika kita merenung dalam keheningan, itulah saat jiwa kita berbicara paling jujur.
Jiwa yang terluka adalah seperti pohon yang patah; dengan waktu, ia akan tumbuh kembali lebih kuat dan lebih indah.
Senyum itu juga tanda reda dan syukur, sebab itu senyum itu sedekah. Dan orang yang memberi sedekah, akan lebih lapang dan bahagia.

- inche_lebah
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Benda yang kita boleh control adalah diri kita.

Belajar melihat kesalahan diri kita agar kita boleh berubah menjadi lebih baik. Jangan cepat salahkan orang lain. Renungi diri. Muhasabah. Banyakkan istighfar.

Lihat kekurangan diri untuk kita berubah.

Muhasabah  dengan upgrade diri melalui ilmu agar kita dapat menambah nilai diri  dan menjadi insan yang terbaik dan bertaqwa.

=============

🌷Jom sertai Circle Exclusive:
Mutiara Hikam By Ustazah Norhafizah Musa Disember ini.
Daftar disini sekarang
👇👇👇
https://yup.la/mutiarahikam

https://www.wasap.my/60145097966/daftarmutiarahikam
Forwarded from Jentik Hati
Forwarded from Jentik Hati
"Syarat untuk bahagia, redha dengan takdir Tuhan." ❤️
Forwarded from Jentik Hati
Forwarded from Jentik Hati
Sehebat mana pun kita sebagai manusia, ketika Allah mencabut ketenangan dari dalam hati kita maka sekelip mata sahaja dunia ini akan terasa sempit.
.
Kita akan mencari perlindungan ke hulu dan ke hilir.
.
Yang hebat tidak lagi kelihatan hebat.
.
Bumi yang sangat luas sudah terasa sempit.
.
Hari-hari yang dilalui terasa singkat kerana dibelenggu oleh kegelisahan.
.
Benar lah kata ulama,
"Bahawasanya kekayaan yang paling agung di muka bumi ini adalah ketenangan di dalam hati."
.
Hidup ini cuma ada dua pilihan.
.
1 - Hidup didalam keredhaan Allah.
2 - Hidup didalam kemurkaan Allah.
.
Hidup kita yang abadi cuma ada dua tempat.
.
1 - Kekal didalam Neraka.
2 - Kekal didalam Syurga.
.
Semoga kita sentiasa didalam rahmat Allah. Semoga kita sentiasa dipermudahkan segala urusan. Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki. Semoga kita sentiasa diberi kesihatan yang baik. Aamiin..
Terkadang kau nak lupakan semuanya,
Terasa mahu 'reset' hidup kalau bole,
Lelah dengan semuanya
These silents battles
Ada orang yang runtuh tempat tinggalnya, namun mampu bahagia kerana utuh imannya.

Ada yang utuh tempat tinggalnya, bahkan berkecukupan hidupnya, tapi sukar mengecapi bahagia kerana runtuh imannya.

Mereka mengajarkan kita banyak hal 🥲🇵🇸🇵🇸🇵🇸💞

-Izzati Elya
HTML Embed Code:
2024/06/09 15:21:42
Back to Top