TG Telegram Group Link
Channel: Ruang Aksara
Back to Bottom
“Takmaulah. Kalau mak nak jalan, mak nak jalan dengan pakcik. Mak seronok. Rasa macam puteri raja. Pakcik selalu ambil berat. Selalu tolong. Jalan ada tahi kucing pun dia jaga. Tolong bukakan pintu.” Bercahaya matanya dan tak lekang senyum di mulutnya ketika bercerita tentang bapa tiriku itu. Jelas bahagia terpancar di seri wajah tuanya.

Ada berjuta perasaan aku bercampur baur mendengar ayat itu keluar dari mulut ibuku. Entah. Aku sedikit cemburu mungkin. Tumpang gembira melihat ibu sendiri bahagia. Moganya aku juga bertemu dengan seseorang yang aku boleh dijadikan teman yang aku boleh bersembang apa sahaja dan aku sebahagia itu ketika aku bercerita tentangnya.

Alahai, semudah itu perempuan dibahagiakan, bukan? Hanya dengan diberi perhatian dan extra kasih sayang.

Seperti babak ibu bapa Aria tadi, bukanlah pedal ayam itu yang dititik beratkan, tetapi ingatan dan usaha apa yang orang yang kita sayang itu buatkan kepada kita pula. Setulus ingatan itulah yang penting walaupun nilai pedal ayam itu hanyalah selalu dibuang orang.

Inilah yang selalu disalahfaham oleh lelaki. Bukanlah nilai mahalnya sesuatu itu yang sering didambakan perempuan, tetapi ingatan apa yang diingati oleh pasangan tentang dirinya pula yang akan memberikan senyum melangit tinggi.

Babak lain, aku taknak sentuh, engkau tengok sendiri sahajalah.

Cumanya semasa Kisah Bukan Salah Ibu Mengandung, berkenaan Myra, seorang fashion influencer, benci akan make-up sejak dia mengandung sehingga memberi kesan kepada kareernya, membuatkan aku terfikir;

Kenapa perempuan kalau terlebih emosi sahaja, akan menyalahkan “Ah, nak period lah tu.”

Sejujurnya aku benci mendengar ayat itu. Berbanding menyalahkan period, tidak bolehkah kalian bertanya dahulu apakah sebab/punca terjadinya ledakan emosi sama ada sedih atau marah sebegitu?

Mungkin benar disebabkan perubahan hormon, tetapi pasti ada sebab yang mencetuskan ledakan emosi tersebut. Aku yakin akan ini. Pasti ada sebab walaupun sekecil-kecil atau seremeh-remeh sebab. Walaupun bagi kalian sebab/punca di sebalik itu bagi kalian adalah kecil/tak logik, bagi kami tetap besar dan adakalanya sendiri sukar memahami kenapa boleh rasa demikian.

Mungkin semasa mahu datang bulan, emosi sebegini hanyalah dikira level 1, semasa mengandung level 10.

Pada akhirnya, melihat Sa Balik Baju ini membuatkan aku benci menjadi perempuan, tetapi lebih besar syukurnya termasuk golongan hawa.

@Ruang_Aksara
Selagi kita masih mampu buka mata, selagi itulah Allah masih beri peluang pada kita.

Selagi masih bernyawa, selagi itulah Allah mahu tunjuk kasih sayang-Nya pada kita.

Setiap hari, apabila kita bangun, kita kena ada perasaan ni. Kena rasa kasih sayang Allah. Kena rasa Allah sayang kita.

Walaupun malam tadi, kita tidur sambil menangis sampai bengkak-bengkak mata, tapi Allah masih sudi bangunkan kita.

Dia mahu beri peluang lagi pada kita. Ambil peluang ini sebaik-baiknya.

Kalau semalam kita derhaka, hari ini tebus semula. Jangan lupa, kebaikan boleh hapuskan kejahatan.

Jadi hari ini tanam azam untuk berbuat baik. Jangan putus asa.

Kalau semalam kita tidur dalam keadaan resah macam tak redha dengan ujian Allah, pagi ini beristighfarlah.

Tunjukkan pada Allah, kita boleh pujuk hati kita. Tunjukkan pada Allah yang kita berusaha.

Kita dah dapat tidur sekejap malam tadi, itu tanda kita dah dapat rehat. Otak kita dah rehat. Tubuh kita dah rehat.

Jadi, pagi-pagi ini jangan mulakan dengan mengeluh penat. Buatlah apa yang patut kita buat. Cari ruang dan peluang untuk menambah pahala dan menghapus dosa.

Jangan lupa apa pun yang berlaku dalam hidup kita ini adalah ujian. Semua orang yang kita jumpa adalah ujian. Pada akhir nanti, cuma tinggal cerita kita dengan Allah.

Masa hari perhitungan nanti, orang lain dah tak penting lagi. Jadi, jangan serabutkan otak kita dengan kerenah orang.

Kita jaga diri kita, buat bahagian kita. Berjaya atau tidak, itu cerita lain. Yang penting, kita cuba!

@Ruang_Aksara
Saat ini ada hati yang merindu. Tapi tiada siapa tahu.

Saat ini ada hati yang terkoyak. Tapi lukanya tidak tampak. Ada dada yang sesak menahan esak.

Ada harapan yang terlerai. Lalu, air mata kembali berderai dengan emosi yang kian longlai.

Hukumlah aku dengan apa pun yang kau fikir. Adililah aku dengan apa pun yang kau mahu. Buatlah apa pun yang kau suka. Fikirlah seenaknya. Terserah!

Aku sudah jenuh. Sungguh! Hati ini sudah belayar terlalu jauh. Tidak lagi kutemui tempat berteduh untuk kulabuhkan sauh. Tidak kutemui lagi sebarang jeti untuk kutamatkan destinasi hati. Tiada! Lalu kubiarkan saja ia hanyut ke satu arah tanpa nama.

Bawalah aku duhai bayu. Bawalah aku bersama degupan rindu akan kebenaran itu. Bawalah aku bersama keikhlasan yang masih pandai berlagu.

Kini, tiada lagi jemu. Tiada lagi sesiapa yang perlu dengari suara itu. Sungguh. Takdir ini ternyata sudah berhasil menutup lisanku.

Aku tidak akan menjelaskan apa-apa lagi. Aku tidak akan merayu agar dimengerti. Kerana aku tahu semua itu sia-sia. Tiada sesiapa yang mampu memahaminya. Tiada!

Justeru, biarkan rindu ini terus berlagu. Bersama irama yang liriknya cuma aku sahaja yang tahu. Biar ia terus berlagu. Bersama melodi rahsia itu. Sebuah melodi bisu.


@Ruang_Aksara
Tengah berjalan pulang, cermin mataku berwap gara-gara memakai pelitup muka. Kabur pandangan.

Aku buka sekejap untuk dilap dengan kain baju. Lalu aku memandang ke depan.

Masih kabur. Lalu ku teruskan juga berjalan. Cermin mata dibiarkan sahaja dipegang. Sengaja. Tengah membersihkan fikiran.

Kabur pandangan ku jika tanpa bantuan cermin mata ini. Akan susahkan aku dalam banyak hal tanpa khidmatnya. Pemanduanku akan jadi bahaya. Mencari barang pun tak nampak. Tambahlah kalau baca perkataan dari jauh, tak jelas. Sudahlah rabun jauh aku agak teruk dan tidak sama kuasa antara kedua-dua mata.

Lemah betul aku ini tanpa cermin mata. Adakalanya, kita harus menerima yang kita ini sendiri tidak akan mampu selesaikan masalah kita sendiri. Wajib meminta tolong atau bantuan dari orang lain. Harus ada sokongan dari luar yang membantu. Kalau tidak ada akan selamanya kita buntu.

Teringat ketika aku mula-mula pertama kali membuat cermin mata, itupun mendapat baucar diskaun di sebuah kedai cermin mata di Baling. Tingkatan 3 waktu itu. Sedikit perasaan takut, ada menyelinap entah mana-mana untuk pergi ke kedai cermin mata membuat pemeriksaan. Entah apalah yang aku fikirkan.

Risau macam manalah kedai tu periksa mata aku nanti. Pakai mesin yang kita akan nampak belon udara panas/rumah di padang yang luas tu pun rasa seram sejuk. Waktu tu sahajalah. Sekarang dah champion.

Padahal rabun jauh aku ini sudahpun aku sedar sejak dari sekolah rendah. Tetapi disebabkan aku takut untuk buat cermin mata, makanya hanya ketika aku di hujung Tingkatan 3 sahaja, berani untuk pergi. Itupun tak tahan sebab aku tak nampak teruk dalam kelas.

Begitulah hidup teman-teman. Adakalanya bila kita menerima kita punya kelemahan dan harus mencari pertolongan, kita akan berasa takut.

Takut akan perkara yang tak pasti. Takut akan macam-macam perkara.

Akan banyak kali dalam hidup kita harus berdepan dengan ketakutan, sama ada kita mengambil risiko atau terus berada dalam ketakutan.

Risiko berdepan dengan ketakutan nampak berbahaya, menakutkan dan sebagainya. Selalunya apabila keberanian dikumpulkan lalu berdepan dengan risiko akan ada banyak kelebihan menanti di hadapan. Apabila sudah melepasi ketakutan yang kita hadapi itu, lalu pandang belakang, bersyukur nasib baik berani mengadap ketakutan.

Bayangkan jika aku berterusan memegang rasa takut, makanya sampai ke hari ini pandanganku masih kabur dan aku akan tidak cukup menikmati, ah, indahnya dunia jika dapat melihat dengan lebih jelas dan terang.

If we don’t conquer our fear, our fear will conquer us.


@Ruang_Aksara
Pada satu senja, bersama seorang teman sambil ditemani kopi. Ada banyak perkara yang kami bualkan, tentang perasaan, hidup dan manusia.

Salah satunya adalah tentang ihsan.

“Kak, kita ni kan. Kalau ada apa-apa masalah. Adu sahaja pada Allah. Setakat ni kan, saya adu pada manusia, manusia kecewakan kita, kak. Apa-apa sahaja yang saya adukan pada Allah, tak pernah sekalipun Allah kecewakan saya, kak.”

Diam. Tekun sekali aku mendengarnya. Tak pernah lagi aku kecewa mendengar nasihatnya.

“Jangan persoalkan kenapa Tuhan bagi kita ujian sebegini.”

“Setakat ni Alhamdulillah saya tak pernah lagi menyoal Tuhan. Saya terima.”

“Ada 4 perkara yang kita kena buat bila kita tengah sedih.”

“Apa tu?”

“Pertama. Tingkatkan amalan.

Kedua, banyakkan taubat. Dengan betul-betul merasai kita benar-benar mahu minta maaf dengan Allah. Kita ni banyak salah kak. Mengakulah salah kita pada Allah. Katakan sahaja sebegini, ‘Ya Allah. Aku memang salah. Aku minta maaf, ya Allah.’ Tak perlu pun nak tunggu berdoa. Kadang-kadang masa saya tengah bawa motor pun saya bercakap dengan Allah.

Ketiga, lupakan seketika dengan berbuat sesuatu perkara yang lain. Cari benda lain.

Keempat, tawassul dengan amalan kita. Pilihlah mana-mana amalan kita lalu bertawassuah dengannya.”

Tidak terasa pahitnya kopi yang diminum kerana manisnya pertemuan ini.

Aku belajar dengannya sebenar-benar sifat ihsan, iaitu sentiasa merasa Allah itu ada dengan kita. Sembang sahaja dengan Dia di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Begitulah, adu pada Allah, tidak pernah sekalipun Allah kecewakan kita. 🙂


@Ruang_Aksara
" Sebenarnya saya rasa hidup saya tak ada makna dah. Saya tak tahu nak buat apa lagi. Perit, penat sangat."

Laju air matanya mengalir. Saya berikan peluang untuk dia meluahkan. Tisu di depan hampir habis, tudungnya basah lencun dengan air mata.

" Saya tak pernah pun nak jadi doktor in the first place, saya penat sangat, tak ada orang faham kot..Penat sangat. Orang kata fasa HO ni memang tough, tapi saya dah penat, penat sangat, berapa kali saya nak cakap?" Dia tunduk.

" Tak apa saya faham, spill.."

Session selama 1 jam berlalu dengan pantas.

Tapi entah kenapa rasa nak je peluk dia.
Penat dan sakit, semua orang ada ujian masing-masing.

Untuk menerima Qadr Allah, tak bermakna kita tak akan sakit. Yes it will. A lot.

Hati kita akan rasa sakit, akan rasa hancur dulu.
Air mata kita akan mengalir setiap masa.

Dalam kepala kita tak boleh nak sense apa yang berlaku.
Sampai satu tahap mungkin kita tertanya tanya,
'kenapa begini ya Allah?"

Tak apa, menangislah..
menangis sepuasnya.
Jangan ditahan lagi.

Dengan rasa sakit, dengan rasa serabut, pedih, lelah, sesak dan segala tangisan itu lah proses untuk menerima takdir Allah.
Percayalah, itu semua proses.
Proses menjadi lebih kuat.
Itu lah yang membuatkan kita kuat dan belajar menerima takdir Allah.

Semua orang buat silap. Its okay.
Semua orang pernah gagal. Its okay.
semua orang pernah jatuh. Its okay.

"Kadang, tanda cinta Allah terhadap seseorang itu Allah akan biarkan hati dia hancur berkali-kali sampai dia rasa tak ada lagi harapan di dunia ini.Dan itu akan membuat dia punya harapan hanya untuk Allah saja."– Syeikh Abdul Qadir Jailani.

Tarik nafas.
Bertenang.
Ambil masa untuk bersendiri.
I know, it’s never easy.
Never easy.
.
Ada satu doa yang sangat best yang saya nak kongsikan,
وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”.

Baca lah berulang ulang kali.

Kita semua akan diuji dengan titik terlemah kita sehingga kita terduduk tak terdaya.

Apa yang dah berlaku tak mampu untuk diubah, its okay.
Apa yang akan terjadi juga kita tak tahu. Its okay.
Its totally okay.

We all make mistakes, have struggles, and even regret things in our past. But we are not our mistakes, we are not our struggles, and we are here now with the power with the help of Allah to shape our day and our future.

Its okay.
Every single thing that has ever happened in our life is preparing us for a moment that is yet to come.

One day all the pain will disappear.
Yang bersedih akan tersenyum.
Yang diuji akan tabah.
Yang patah hati akan bahagia.

Susah, memang susah.
Penat, memang penat.
sometimes we may not understand the reason behind certain things but for sure, He knows best.
Tapi Allah tahu. Dia tahu. Dia faham.
Bahagia pasti akan tiba.
Have faith dear! 🙂

@Ruang_Aksara
Are you utilising every day of your life to the best?

Most people don't because they are either regretting their yesterday or worried about their tomorrow.

The reality is that we cannot change our past or future with regrets or worries but what we can do is to make the best use of the chance of life we have in our today. When we see every day as a new chance, we become more enthusiastic about our day. With a fresh mind, we get fresh ideas, new energy and we are able to achieve something little every day. These little achievements give us the confidence to face the next day of life.

No matter how hard was your past or how impossible your future looks, don't be disappointed. You have the now in your hand that can change everything for you.


@Ruang_Aksara
I always wonder why most people when they have conflicts with other people they tend to run away from it and avoiding to confront that conflict?

Conflicts can not be resolved by running from it or worse sweeping it under carpet. No, it can’t go away like that, my dear. Eventually you will make it worse and bigger problem in future.

Maybe they are afraid they might hurt other person or to be hurt. I guess. But in order to resolve the conflicts. Must. Confront. That person. No other way round.

Only the bravest and courageous could do that. But most of us are not. Heh.

“Our greatest human endowment is the ability to reframe and reinterpret a difficult circumstance in a more enlightened and empowering way. Dogs cannot do this. Cats cannot do this. Monkeys cannot do this. This gift belongs only to us and is part of what makes us human. Blaming our circumstances for the way we feel is nothing more than excusing ourselves.

In handling any problem, we must have the courage to assume a measure of responsibility for what ever situation we are in and then realise that we also have the capacity to use to set back to our advantage.Life greatest setbacks always reveal life’s biggest blessings.” - Life Lessons From The Monk Who Sold His Ferrari; Robin Sharma.


@Ruang_Aksara
How do our thoughts nourish us?

Our thoughts become our actions and it is our actions that bring inner satisfaction.

When we think positively and always have good intentions towards others, although we might not be able to always do what we think of, our thoughts can also spread positive vibes. There are times when we meet unknown people. We instantly feel a deep connection. We feel at peace around them. It is nothing else but interaction with a satisfied soul. A soul that is well nourished through positive thoughts and actions can only bring others at ease.

Think positive and wish well for others. It will bring comfort to others and nourish your own soul.

@Ruang_Aksara
Are you true to yourself?

If you are, you will always find reasons to love yourself.

There are people who find it difficult to embrace themselves. They often feel inadequate and this feeling of inadequancy leads to their desire to be like someone else.

Such people easily get influenced by others and their lifestyle. They often try to change their looks, attitude or behaviour to become like someone else. This creates more dislikeness towards self. To love oneself, you don't have to always look a certain way but be a certain way. If you are a true person who lives life with feeling of care and compassion, you will always love yourself.

Be true, kind and generous. The more you give to the world around you, the more satisfied you will feel with the person inside you.

@Ruang_Aksara
Are you keeping positive?

Every day of life is different. When our day is bumpy, we begin to lose hope in life. We feel as if it will never end.

We must not forget that every event in life is temporary. Difficult journeys are a part of life but we must not be afraid of walking on them. With hope and positivity, we can complete any journey, however tough it may seem. But if you lose hope in the middle of it, you actually miss out on seeing the best of life.

Keep going, the light within you is always shining. The One who made us is a part of us and if we are a part of that eternal light, how can we ever think we will stop shining.

@Ruang_Aksara
Semalam dengar podcast Aida Azlin bersama Najwa Latif.

Subhanallah, Najwa Latif such a beauty with brain. Sudahlah humble.

Beliau ada mengatakan yang semasa mula-mula nama beliau baru hendak naik. Pengurusnya ada memesan kepada beliau.

Dalam industri seni, tidak ramai yang berkelakuan baik. Jadinya, Nakwa boleh menjadi seseorang yang menjadi idola remaja yang berakhlak.

Jawab Najwa, “saya tidak mahu berkelakuan akhlak baik kerana menjadi idola sesiapa. Tetapi saya mahu berkelakuan baik kerana itu baik kepada diri saya sendiri. Jikalau baik kepada diri saya, moganya jadi teladan kepada yang lain.”

Benar. Kita buat baik bukan kerana orang lain. Tetapi kerana diri sendiri.


@Ruang_Aksara
Bila terbaca papan tanda ni, terus teringat ada satu talk Mufti Menk yang membicarakan perihal peranan kita dalam perubahan iklim. Beliau mengaitkan dengan hadis mengenai menanam pokok, kemudian selagi mana pokok itu mendatangkan manfaat kepada haiwan dan manusia dikira sebagai sedekah.

Ada satu point yang Mufti Menk sebutkan yang aku macam baru tersedar, walaupun dah tahu lama. Pokok adalah sumber oksigen dihasilkan. Selagi pokok itu hidup, walaupun bukan jenis pokok yang berbuah, tetapi tetap memberikan manfaat iaitu menghasilkan oksigen.

Pokok takkan pernah berhenti menghasilkan oksigen melainkan pokok itu mati. Ini betul-betul amal jariah yang berpanjangan.

Robin Sharma dalam bukunya, Life Lessons From The Monk Who Sold His Ferrari, juga menceritakan ketika setiap anaknya lahir, beliau akan menanam pokok dan melihat perkembangan pokok tanda bersamaan pekembangan tumbesaran anaknya.

Berbanding menghadiahkan diri dengan sesuatu yang material, beliau menanam pokok yang mana jauh lebih membawa banyak manfaat.

Itulah, harapnya kita semua lebih suka menanam pokok berbanding menebangnya.


@Ruang_Aksara
Pernahkah kau benar-benar berlari kepada Tuhan?

Saat kau berasa buntu dengan segala jalan?
Saat kau berasa hampa dengan semua manusia?
Saat kau hanya nampak kegelapan di hadapan?

Pernahkah kau benar-benar kembali berlari kepada Tuhan?

Sekadar tahu kau mahu dan akan kembali berbeza sekali dengan pembuktian penyerahan jiwa kau.

Sedangkan jika merangkak kembali, Tuhan sudah pun berlari menerima kedatangan kita. Apatah lagi jika kita datang dengan berlari, lebih laju dan terbukanya Tuhan menerima kita dalam keadaan apa jua sekalipun. Asalkan kemahuan dan penyerahan kita sebenar-benar kembali.

Kembali dengan mengadu segalanya kepada Dia.
Kembali dengan mengakui segala dosa dan silap kita.
Kembali dengan meminta ampun, istighfar serta tunjukkan kita benar insaf dengan solat taubat.
Kembali dengan menambah extra apa-apa ibadah kita kepada dia yang selama ini sentiasa kurang dan tidak sempurna.

“Tuhan, aku mengaku aku betul silap dan banyak berbuat dosa kepada-Mu. Ampunkan aku, Tuhan. Sama ada yang aku sedar ataupun tidak sedar. Ampunkan aku, Tuhan.”

“Tuhan, aku banyak berdosa dengan manusia lain. Berikan aku kekuatan untuk memohon maaf daripada mereka. Jangan biarkan aku tenggelam dalam keangkuhan keegoan.”

“Tuhan, sungguh aku mahu saja berputus asa dengan semua jalan. Tunjukkan aku jalan.”

“Tuhan, Engkaulah sumber ketenangan, berikan aku ketenangan. Tenangkanlah hatiku yang seperti ribut ini.”

“Tuhan, sungguh aku benci segala perbuatan jahat yang orang lakukan kepadaku. Hanya pada-Mu aku mengadu. Aku maafkan mereka. Tunjukkanlah mereka jalan. Berikanlah mereka kesedaran.”

“Tuhan, aku sangat takut dengan segala kemungkinan yang aku takutkan terjadi di masa hadapan. Engkau Maha Pelindung sejati Aku mohon segala perlindungan dan kekuatan. Mohon Engkau jauhkan aku dari segala kejahatan serta berikanlah aku kekuatan.”

“Tuhan, aku mahukan apa yang hatiku mahukan. Jikalau ini yang terbaik buat diriku, permudahkanlah. Jika ini buruk bagi ku, Kau jauhkanlah. Jadikanlah aku meredhainya. Asalkan aku tidak kehilangan akan Engkau. Cukuplah bagiku.”

“Tuhan, tunjukkan segala yang benar dan haq itu benar. Dan tunjukkan aku segala pembohongan dan kebathilan itu bathil. Hanya Engkau sebenar-benar pembeza haq dan bathil.”

Sekecil-kecil pengaduan kepada Dia bukan lagi kepada manusia, adalah tanda kita benar kembali pada Dia.

Bila kau sudah pun terbiasa mengadu kepada Tuhan, segala apa yang kau mahukan tetapi kau belum lagi meminta, al-Malik, pemilik segala apa yang ada di bumi dan langit secara ajaibnya akan sudahpun diberikan kepada kau.

Semua jalan sentiasa dipermudahkan.

Kekuatan dan ketenangan entah datang dari mana.

Begitulah bezanya jika benar-benar berlari kembali kepada Tuhan. Tidak akan pernah dikecewakan.

Makanya teman, berlarilah kembali kepada Tuhan.


@Ruang_Aksara
Pada akhirnya aku benar-benar paham bahwa pernikahan bukan event siapa paling cepat. Bukan juga doa yang benar-benar dipaksakan.

Ini tentang dua manusia yang bahu membahu dalam mencintai yang sesungguhnya. Pernikahan adalah panggung di mana rasa cinta bukan bualan dan ucapan dalam puisi.

Dia lebih berbentuk tanggung jawab dan kerja keras. Dua manusia yang saling membangunkan ketika malam. Dua manusia yang menceritakan kisah para nabi dan orang sholeh melalui murajaah.

Atau dua manusia yang berbagi nasi yang hanya tersisa satu sendok saja.

Masing-masing memainkan perannya sebaik mungkin, kamu menjaga lewat doa. Aku membimbing dan memberitahu mana yang butuh kamu ubah.

Perjalanan ini sangat panjang nyaris tidak memiliki sudah. Tetapi, orang-orang yang saling menggenggam dalam doa mereka tidak akan dilepas oleh apapun.

Ada banyak hal di dunia ini yang belum kita ketahui, ada banyak ujian di depan sana yang menunggu untuk kita lalui.

Peraturannya cuma satu; Jadikan Allah satu-satunya tempat bertahan. Meminta dan berharap. Karena selain Allah tidak ada satu pun makhluk yang mampu menyelesaikan persoalan manuisa tanpa izin dari-Nya.

@Ruang_Aksara
Semuanya berasal daripada dua sosok manusia. Adam dan Hawa. Itulah asalnya. Dua orang insan mulia yang pernah mendiami syurga.

Adam, bertaraf nabi. Namun anaknya Qabil membunuh adiknya sendiri, Habil.

Ironi? Begitulah. Sebahagian hal memang Allah buat begitu. Melawan arus.

Kalau mengikut fitrah biasa, tentulah ibu bapa yang baik akan membenihkan jiwa yang baik-baik.

Namun, sengaja Allah tunjukkan peranan dan kekuasaan-Nya untuk mengubah apa-apa pun yang Dia suka sesuai dengan kecenderungan seseorang hamba itu sendiri.

Begitu jugalah dengan firman Allah di dalam surah An-Nur tentang jodoh lelaki baik untuk perempuan yang baik-baik. Itu satu janji.

Namun, bagaimana pula dengan kisah Firaun dan Asiah? Sejahat-jahat manusia menjadi suami kepada seorang wanita solehah!

Special case! Memang! Ini adalah contoh-contoh kes terpencil.

Justeru, apa agaknya yang boleh dibuktikan di sini? Sungguh, di sisi Allah, tiada yang mustahil.

Hal-hal terpencil seperti inilah yang seharusnya memberikan kekuatan kepada mereka yang teruji dengan takdir yang tidak menggembirakan.

Seorang anak yang punya ibu bapa yang jahat masih boleh menarik nafas lega. Seorang isteri yang mempunyai suami yang jahat masih boleh menaruh harapan untuk menjejaki syurga.

Benar. Sirah seperti inilah yang membuktikan bahawa dosa dan pahala seseorang manusia tidak terikat kepada sesiapa.

Nafsi-nafsi. Hidup bersama, melalui siang malam bersama, tetapi engkau adalah engkau dan aku adalah aku! Kita masuk syurga atau neraka kerana kita. Bukan kerana sesiapa!

Maka, apa yang perlu dilakukan bukanlah untuk mengeluh tentang keburukan orang lain, sebaliknya terus berjuang untuk memperbaiki diri sendiri.

Biar lebih sabar. Biar lebih rajin. Biar lebih gigih dan sentiasa cuba untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Itulah yang lebih utama!

@Ruang_Aksara
Is there a right time to begin?

That right time is this very moment. If you begin now, it is likely that you will be able to make use of all those opportunities that come along your way.

Every time we envision a dream, we also give a form to the opportunities that can help us achieve. The reason why most people are unable to achieve what they want is, they think too much but act very less.It is important to prepare and plan but if you don't begin, you cannot make things happen. With time, things change and opportunities don't remain the same. The opportunity you have today might not be available tomorrow.

If you want to achieve success, begin. Success belongs only to those who make an attempt.

@Ruang_Aksara
HTML Embed Code:
2024/06/16 04:47:21
Back to Top