TG Telegram Group Link
Channel: Pertubuhan Peduli Insan Malaysia
Back to Bottom
Baju Raya Untuk Kanak-Kanak Pelarian di Idlib, Utara Syria😍

Hadiah pakaian baru ataupun baju raya sempena Hari Raya Aidilfitri sudah semestinya memberi kegembiraan buat anak-anak ini.

Seramai 65 orang kanak-kanak Sindrom Down dan 35 orang anak yatim telah menerima sumbangan pakaian baru untuk hari raya.

Asbab infaq anda semua, kita dapat membawa sedikit kegembiraan dan senyuman pada wajah anak-anak kecil di Idlib. Terima kasih!😊

Ihsan Demi Insan
.
Ikuti Telegram Peduli Insan: https://hottg.com/peduliinsan
Gambar udara ini menunjukkan kemusnahan besar-besaran yang terjadi di bandar G@za akibat pengeboman berterusan oleh Isr@el.💔

.

Ikuti Peduli Insan di Telegram: https://hottg.com/peduliinsan
Ini adalah Masjid Salim Abu Musallam di Beit Lahia, utara G@za sebelum dan selepas ia dimusnahkan sepenuhnya oleh pesawat pejuang Isr@el.

Masjid yang dulunya tersergam indah kini telah hancur musnah akibat kezaliman Isr@el.💔

Kredit: Mohamed Al Masri
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Ya Allah, jelas terpancar kegembiraan di wajah anak-anak G@za ini apabila menerima hadiah sempena hari raya Aidilfitri yang diagihkan oleh wakil Peduli Insan di sana. Syukur Alhamdulillah.🥰

Terharu dan juga sebak rasa hati melihat senyuman yang terukir di wajah mereka. Semoga anak-anak ini tetap kuat untuk menempuhi hari-hari yang mendatang.

Terima kasih buat rakyat Malaysia yang sudi menghadirkan senyuman di wajah mereka disebalik 1001 keperitan dan penderitaan yang mereka terpaksa lalui. Hanya Allah saja yang dapat membalas kebaikan anda semua.

Ihsan Demi Insan

.

Telegram Peduli Insan: https://hottg.com/peduliinsan
Alhamdulillah, kita telah menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan. Setelah seminggu berhari raya, sudah ramai antara kita yang mula berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal.

Puasa sunat enam Syawal adalah antara amalan sunat yang menjadi rebutan umat Islam.

Berdasarkan riwayat daripada Abu Ayub al-Ansari RA, Rasulullah SAW telah bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Maksudnya: Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.

Jom semua, kita hayati kelebihan puasa sunat 6 Syawal dan sama-sama mengambil peluang ini untuk melakukannya.😊
Kegembiraan jelas terpancar di muka lelaki P@lestin ini apabila berjaya membeli roti di Bandar G@za. Allahu Akbar.

Tiga kedai roti di Bandar G@za kembali beroperasi pada Ahad dengan bantuan Program Makanan Sedunia (WFP) dan ribuan orang hadir serta beratur untuk membeli roti sejurus selepas pengumuman dibuat bahawa ia akan kembali dijual.
KUAT..

Adik ini masih mampu duduk tersenyum walaupun dirinya sendiri sedang tercedera.

Senyuman itulah tandanya mereka di sana masih menaruh harapan untuk kembali hidup normal semula.

Kita sama-sama doakan supaya urusan mereka dipermudahkan. Kalau ada yang nak bantu, boleh klik link di bawah. 🥰

𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐥𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧
<< https://ezy.la/jpr >>
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
BANTU SELAMATKAN NYAWA ADIK REEM

Reem mungkin tidak akan hidup lama jika tiada rawatan segera. Itulah realiti yang terpaksa dihadam selepas dia dilahirkan dengan menghidap penyakit hidrosefalus.

Lebihan cecair yang semakin banyak membuatkan kepalanya membengkak 1 cm setiap hari.

Reem memerlukan pembedahan segera untuk membuang lebihan cecair di dalam otaknya.

Ayuh semua! Adik Reem perlukan bantuan kita untuk terus hidup.

➡️ https://kecemasan.peduliinsan.com/order/form/124
Hari ke-200 sejak perang Isr@el-P@lestin meletus pada 7 Oktober lalu.

Masih tiada tanda ia akan berakhir, sedangkan angka korban dan kemusnahan terus meningkat.

Ini merupakan perang paling lama berlarutan dan paling berdarah antara Isr@el dengan P@lestin sejak 1948.

.

Join Telegram Peduli Insan: https://hottg.com/peduliinsan
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون


اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَعَافِهِمْ وَاعْفُ عَنْهُمْ


Salam takziah kepada ahli keluarga 10 anggota TLDM yang terkorban dalam insiden 2 helikopter terhempas pada pagi tadi.


Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hari ke-200.

Bilakah penderitaan rakyat Palestin akan berakhir?

Apa lagi yang tinggal untuk mereka?
HTML Embed Code:
2024/05/19 17:48:19
Back to Top