TG Telegram Group Link
Channel: PDRMsia_Official
Back to Bottom
#BiarJasaJadiKenangan

POSTING PILIHAN: TIGA JARI TERPUTUS BAIKI MOTOSIKAL, MUJUR ADA ‘ABANG POLIS’ BANTU

Nilai, 11 Jun 2024 – Nampak kecil, tetapi usaha murni dua anggota polis ini berjaya membantu lelaki yang terputus jari ini mendapatkan rawatan segera dengan tindakan pantas mereka menghantar mangsa ke hospital, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, lelaki berusia 40-an itu dikatakan terputus tiga jari tangan kanannya ketika membaiki motosikal Yamaha 125Z yang mengalami kerosakan di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, lelaki itu kemudiannya dikatakan meminta bantuan sepupunya untuk dihantar ke hospital, namun kereta dinaiki pula mengalami “overheat” (terlalu panas).

“Ketika kereta peronda Ibu Pejabat Daerah Nilai dinaiki Koperal Mohd Rizad Roshlan dan Koperal Mohd Hazuan Azari Zakaria yang menjalankan penugasan rondaan di kawasan Nilai-Labu ditahan seorang lelaki di Kawasan Perindustrian Nilai 7.

“Lelaki itu memberitahu sepupunya mengalami kecederaan terputus tiga jari tangan ketika membetulkan motosikal yang mengalami kerosakan di lebuh raya dan perlu dihantar ke hospital dengan segera,” katanya, hari ini.

Superintendan Abdul Malik berkata, anggota terbabit menghantar mangsa ke Hospital Salam dekat Senawang untuk rawatan kecemasan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/06/1099373/3-jari-terputus-baiki-motosikal-mujur-ada-abang-polis-bantu

Sumber: Polis Daerah Nilai dan Harian Metro

https://www.facebook.com/share/p/N3QAuTAjvhybEyBL/?mibextid=WC7FNe
POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJN HADIR MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS BERSAMA KDN DAN KKM

Kuala Lumpur, 11 Jun 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Khaw Kok Chin telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi membincangkan cadangan Pindaan Akta Penagih Dadah (APD) (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Pullman, hari ini.

Mesyuarat yang diadakan bertujuan membincangkan isu-isu berbangkit dalam cadangan pindaan APD 1983 melibatkan KDN dan KKM lanjutan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 April 2024.

Hasil perbincangan akan dibentangkan bagi bacaan kali pertama Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas 2024 akan datang selepas dibawa kepada Peringkat Jemaah Menteri.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hj. Dzulkefly Ahmad, Ketua Setiusaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi dan Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)

https://www.facebook.com/share/CeTTf7ZahUKH6g9Q/?mibextid=xfxF2i
HEBAHAN: LARIAN HARI POLIS COMMUNITY SAFETY RUN 7KM

Ayuh!!! Sertai Larian Hari Polis Community Safety Run 7 Kilometer (km) yang bakal diadakan pada 6 Julai 2024 (Sabtu) jam 6.30 pagi di Istana Kehakiman, Putrajaya bersempena Sambutan Hari Polis Ke-217 tahun 2024.

Kategori larian yang dipertandingkan adalah 7km dan terbuka kepada semua peringkat umur.

Selain menerima kit larian dan medal, para peserta turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dalam cabutan bertuah seperti sebuah motosikal, basikal, hamper serta barangan elektrik termasuk hadiah utama, sebuah kereta Ativa yang ditaja khas oleh pihak Perodua.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Perodua dan semua pihak yang terlibat atas tajaan hadiah kepada program larian ini.

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan seperti Solat Subuh Macam Jumaat, pameran Polis Diraja Malaysia (PDRM), gerai jualan, pertunjukan payung terjun daripada Pasukan Gerakan Khas, 69 Komando dan yang paling ditunggu-tunggu, kaunter pengurangan saman trafik sebanyak 50 peratus!

Apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang secara online menerusi pautan:

i) Portal - https://www.heyjom.com/events/540
ii) Google Playstore - https://play.google.com/store/apps/details?id=com.heyjom.android
iii) Apple Store - https://apps.apple.com/my/app/heyjom/id1589012729

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh menghubungi Majlis Sukan PDRM di talian: 03-22668446.

Jangan lupa kongsikan hebahan ini kepada seluruh rakan anda! Jumpa anda di sana nanti!

#LarianHariPolisCommunitySafetyRun7km
#HariPolis217
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#11062024

https://www.facebook.com/share/YHfqYdCKmf2DmgKV/?mibextid=xfxF2i
HTML Embed Code:
2024/06/11 18:15:06
Back to Top