TG Telegram Group Link
Channel: 🌺 NOTA TAZKIRAH 1🌺
Back to Bottom
hottg.com/notatazkirah

Semua orang kejar bahagia. Nak kawin sebab nak bahgia. Nak rumah landed sebab nak bahgia dan buat famili bahgia. Nak harta sebab nak bahgia. Adakah bahgia itu? Tak ada. Percayalah, semua itu bukan bahagia sebab bahagia hanya ada pada Allah

- Muharrik Daie -
hottg.com/notatazkirah

وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ

Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).

- Surah Yassin ayat 9 -

📌 Amalkan setiap kali mahu keluar rumah agar terhindar dari segala musibah dan mengelakkan dari rumah dicerobohi oleh orang asing.
InsyaAllah dengan izin Allah SWT.
hottg.com/notatazkirah

Silaturrahim adalah kunci terbukanya rahmat dan kasih sayang Allah. Dengan terhubungnya silaturrahim maka akan terjalinnya ukhuwwah Islamiyah yang Baik ❤️

@sentapwords
hottg.com/notatazkirah

💌 NOTA PAGI

Jangan jadi batu api untuk memusnahkan persahabatan yang sudah bertahun lamanya.Dan juga memusnahkan tali persaudaraan  yang dulunya elok-elok sahaja akhirnya menjadi dingin dan hambar.Hilang sudah rasa kasih sayang.
hottg.com/notatazkirah

💌 NOTA PAGI

Hati yang bersih akan mengeluarkan kata-kata yang baik Hati yang kotor akan mengeluarkan kata-kata buruk dan menghina.Apa tersemat di hati itulah yang akan keluar melalui lisan.
Berhati-hatilah dalam bicara..
hottg.com/notatazkirah

Kita semua ada anak, jadi usahlah mengutuk jika sesuatu ujian jatuh pada anak orang. Takut berbalik pula kepada kita. Doakan yang baik-baik. Kita pun bukan sempurna.  🙏

- Dr. Tengku Asmadi-DTA -
hottg.com/notatazkirah

💌 NOTA PAGI

Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, kemewahan kita, pengaruh kta tapi bahagianya kerana orang hargai, selesa dan tahu makna sebuah kasih sayang.
hottg.com/notatazkirah

Kadang-kadang orang yang tegur kita bukanlah sebab dia suci dan dia anggap kita kotor . Tetapi , boleh jadi mereka tegur kita sebab mereka sudah pernah hidup dalam kekotoran dan dia mahu selamatkan kita dari terjerumus ke dalam penjara dosa .

@thekeyreminder
hottg.com/notatazkirah

💌 NOTA PAGI

Hidup kena tahu erti mengenang budi.Jangan seperti kacang lupakan kulit, bila sudah senang hilang terus dari pandangan.Belajar menghargai kerana membalas kebaikan dengan kebaikan itu sudah amat membahagiakan.
hottg.com/notatazkirah

💌 NOTA PAGI

Jangan takut kehilangan apa yang kita miliki, hakikatnya apa kita miliki bukan milik kita, tapi milik Allah SWT.Dia boleh tarik segalanya dengan sekelip mata.Maka selalulah bersyukur atas segala nikmatnya.
hottg.com/notatazkirah

Semakin kita meningkat usia..
Dalam kesusahan..
Dilanda penyakit..
Semakin kita sedar kita memerlukan orang di sisi.

Oleh itu jangan rasa diri hebat kerana bila-bila masa sahaja kita akan diuji.
hottg.com/notatazkirah

Iman kita senipis kulit bawang.
Mudah terkoyak tanpa pisau, mudah terbang di tiup angin.
Maka berhati-hatilah dengan lisan dan tulisan.

Kerana ianya lebih tajam dari pisau
Kerana lisan dan tulisan mampu merosakkan iman.
hottg.com/notatazkirah

💌 NOTA PAGI

Hati itu mahal...
Kerana Allah melihat hati bukan rupa paras yang cantik.Tidak berguna menjaga paras rupa tapi tìdak menjaga hati dan adab.
hottg.com/notatazkirah

Aurat.. jangan kata sentuh, tengok pun dapat dosa.
Al-Quran? Jangan kata baca, tengok pun dapat pahala.
Pilihlah yang elok untuk dilihat, moga mata kita jadi saksi kebaikan saat dihisab.

Credit: Farra Naffy
hottg.com/notatazkirah

💌 NOTA PAGI

Kalau tak boleh memikul amanah yang diberi janganlah sampai membiarkan orang lain menanggung akibatnya.
Tak boleh gembirakan hati orang lain, jangan cuba nak tambahkan sakit hati orang lain.
hottg.com/notatazkirah

Sikap mengenang budi adalah sifat terpuji dan disukai oleh Allah SWT.Normal kebaikan tidak dibalas dengan baik, walau ucapan terima kasih.

Budi baik harus dikenang sepanjang hayat kita.Jadilah manusia yang tahu menghargai bukan ego sombong merugikan diri.
hottg.com/notatazkirah

💌 NOTA PAGI

Bertemu orang yang baik juga rezeki, oleh itu jagalah perhubungan itu dengan penuh kasih sayang.
hottg.com/notatazkirah

Berhentilah membenci.
Bahagiakah jika hati selalu bersangka buruk, hati yang meluap dengan api kebencian hingga tidak nampak walau satu kebaikan.

Hati yang membenci tanda hati sudah rosak.Jangan biarkan hati menjadi keras dan hitam kerana waktu itu kita sudah kehilangan orang-orang yang satu masa dulu amat sayang dan ambil berat tentang kita.

Ikhlaslah, tenang-tenang saja..
Dunia hanya sementara.
Mahukah mati dalam kebencian dan tanpa kemaafan?
HTML Embed Code:
2024/06/14 06:53:43
Back to Top