TG Telegram Group Link
Channel: Nadir Al-Nuri
Back to Bottom
Insan ini sememangnya sangat istimewa.

Beliau dah bagi manfaat kepada puluhan malah ratusan ribu orang, orang yang belajar menulis daripada beliau ramai sangat yang dah dapat manfaat dalam memaksimakan media sosial sampai boleh dapat manfaat kewangan selain manfaat berdakwah dan berkongsi pengaruh.

Bayangkan banyaknya pahala beliau, semua yang berdakwah di medsos beliau ada sahamnya, termasuklah saya yang pernah ikut kelas penulisan content beliau.

Yang tu mungkin ramai orang tahu.
Yang ramai orang tak tahu ialah Tuan KHM ini adalah 'secret weapon' keluarga kami. Yang kenal beliau dulu ialah adik saya Musa kemudian saya pun mula kenal beliau dan seterusnya ahli keluarga saya.

Bila perlukan untuk lancar kempen, bila perlukan bahu untuk menangis, bila perlukan teman untuk minta pedoman, beliau inilah yang kami cari, tapi asing-asing. Saya biasa cari bila perlu khidmat influencer ratus ribu followers ni. Yang suka cari teman nak mengadu dan menangis tu adik saya yang lain.

Kali ni saya memilih untuk berganding lagi dengan KHM untuk lancarkan ebook saya yang pertama sebab saya tahu beliau memang pakar ebook, dah ada puluhan ebook dihasilkan dan dah ada sistem semua siap untuk uruskan.

Walaupun super sibuk dengan 1001 ujian beliau terus bersetuju nak bantu, alhamdulillah. Teman yang baik ni, bukan time kita susah dia bantu. Tapi time dia diuji pun dia masih nak bantu kita.

Terima kasih banyaklah tuan KHM dan team menjadikan ebook pertama saya realiti. Terima kasih menjadi 'adik' no 9 kami, menumpang bahu tempat bersandar, menyumbang tangan tempat .

Saya ajak kalian di hari terakhir Ramadan ini untuk sama-sama menyokong beliau dengan mendapatkan 15 ebook beliau berkaitan jatuh bangunnya dan mutakhir dengan nikmat seorang anak bernama 'Abdullah' dengan harga terbuka di sini,

https://ezy.la/KHM_Ebook

Untuk mendapatkan ebook saya yang kami usahakan bersama, bercerita tentang kisah-kisah saya dan famili di dalam perang, dapatkan di sini, juga dengan harga seikhlas rasa,

https://ezy.la/healingcaragaza

Jom support kami hujung-hujung Ramadan ni!
Ebook 'Healing' Cara G dah mula diemel kepada semua pembeli. Terkejut juga belum apa-apa dah banyak review baik-baik yang masuk, alhamdulillah.

Memandangkan kita dah mula blast maksudnya yang beli selepas ni, ebook akan dihantar secara automatik kepada kalian, tak perlu lagi tunggu.

Jom dalam keseronokan nak menyambut raya, kita tak melupakan kesedihan nak meninggalkan Ramadan. InshaAllah ebook ini akan mengingatkan kita supaya bersederhana dalam bergembira kerana saudara kita di sana masih dianiaya.

Saya kongsikan isi kandungan ebook untuk kalian belek menariknya apa yang kami kongsikan. Dapatkan ebook di sini cepat ya, sementara kami buat harganya masih seikhlas hati,

https://ezy.la/healingcaragaza

Tolong kongsi manfaat ini, boleh?
Melukis kegembiraan di wajah anak-anak di waktu perang, dengan memberikan mereka hadiah baju raya, memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Bayangkan di tengah bedilan roket dan gendosid yang berterusan, tanpa disangka-sangka insan-insan peduli nun jauh dari Malaysia sana hadir memberikan mereka sinar bahawa masih ada yang peduli, masih ada yang cakna.

Lega sedikit menyambut hari raya apabila ada sesuatu yang dapat kita hadiahkan terlebih dahulu buat mereka.

Tapi ini bukan berita besar yang saya nak kongsikan. Berita paling besar, paling berharga akan saya kongsikan tepat jam 9pm malam ni. Ada yang nak tahu ke? Kita nantikan sama-sama ya!
ALHAMDULILLAH.
ALHAMDULILLAH.
ALHAMDULILLAH.

Selepas usaha panjang akhirnya kami disatukan.

Perbincangan beberapa bulan.
Pendapat ramainya ulama'.
Usaha begitu banyak pihak.
Dan paling penting doa kalian semua.

Banyak yang perlu kami ceritakan, hero yang perlu kami dendangkan tetapi buat masa ini biarlah kalian beraya, sehingga esok lusa.

Selepas itu kami akan ceritakan bagaimana ia bermula, siapa di balik tirai misi 'gila'.

Untuk hari ini, terima kasih kepada semua atas hadiah paling istimewa di hari raya pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin semua. Dan dari sedalam hati kami, terima kasih ❤️
Masa untuk kami membina semula masa depan. Jom dapatkan ebook terbaru saya menceritakan apa yang sedang berlaku di genosid Gaza dan pengajaran daripada kesabaran penduduk. Dapatkan ebook 'Healing' Cara Gaza dengan harga seikhlas rasa di https://ezy.la/healingcaragaza 🤲🙏
Selalu pengalaman di G ni macam filem Black Hawk Down atau Behind Enemy Lines.

Kali ni lain sikit, macam filem Extraction pun ada. InshaAllah satu hari nanti semua ini akan diceritakan sama ada dalam bentuk buku atau filem.

Ramai watak dalam filem kali ini tetapi ada 'man behind the scenes' yang perlu kami letak di dalam 'spotlight'. Bukan beliau seorang malah 'immediate circle' di sekeliling beliau juga memainkan peranan besar bagi menjayakan 'misi gila' ini.

Malam ini saya akan ceritakan bagaimana ia bermula..
HTML Embed Code:
2024/06/01 06:59:18
Back to Top