TG Telegram Group Link
Channel: Usrah Santai
Back to Bottom
Baginda Rasulullah berjuang keras untuk menegakkan kebenaran demi kebenaran
Baginda secara rahsia berdakwah pada mulanya. Cinta kepada Allah, membuat ringan setiap derita. Ujian tidak terhenti kekejaman bermaharajalela.
Kematian Abu Talib telah meruntuhkan benteng-benteng penghalang kemarahan umat Quraisy kepada Muhammad. Dahulunya, dibaling dengan batu dilempar kata dusta dan dibaling najis. Namun Baginda melawan dengan kesabaran kepada umatnya.
Baginda lebih sedih apabila kematian isterinya Khadija r.a tercinta. Penyejuk dikala resah
Rasulullah ๏ทบ benar-benar pilu, kehilangan kekasih, pengubat, penyejuk dan penyembuh jiwanya.

Dan israk Mikraj ialah hadiah pengubat kesedihan buatnya sekaligus untuk menunjukkan bahawa Allah adalah sebaik-baik sandaran ketika dalam kekecewaan ataupun kesedihan.

Sesungguhnya Dialah Maha Mendengar lagi Mengetahui

#usrahsantai
Rentetan dari serangan Isreal ke atas Rafah semalam. ๐Ÿ’”

Sama-sama kita terus mendoakan agar kesengsaraan mereka berhenti.

Allah sebaik-baik penolong.

#usrahsantai
#freepalestine #ceasefirenow
Itu bukan tanda kelemahan. 
Itu tanda kemenangan. 
Kemenangan mengawal perasaan marah.

Sabar..

ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠู‘ูุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู„ู ุณูŽูŠู‘ูุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏ

#usrahsantai
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jika kita lihat fitnah yang kian melata, adakah jari ini laju menyebarkan / mengata atau memilih untuk diam dan jaga hati?

Jaga-jaga. Belum pun kedatangan Dajjal, tak ramai yang menjaga dari sibuk dengan fitnah orang lain.

Semoga Allah melindungi Aib kita dari terjadi fitnah. Amin Bijahi Nabi ๏ทบ. ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

#usrahsantai
Ahlan Wa sahlan Ya Ramadhan.

Bulan keampunan penuh keberkatan. 
Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan 1445 H buat anda sekeluarga. โœจ๐ŸŒ™

#usrahsantai
Jangan kita menambahkan lagi beban kepada orang tua. Cukup kepada ุงู„ู„ู‡ tempat mengadu. ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

#usrahsantai
Doa Hari ke-19 Puasa Ramadhan.

ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠู‘ูุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุงูฐู„ูู‡ู– ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู– ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูู…ู’

#usrahsantai
Muhasabah sempena minggu akhir Ramadan.

Saya bukan nak bercakap soal ibadat. Itu berdasarkan kemampuan masing-masing dan hanya Allah yang menilai amalan setiap hambaNya.

Saya ingin bercakap soal hubungan sesama manusia dan peluang berkhidmat kepada orang-orang yang datang untuk beribadat di masjid atau surau atau di mana-mana sahaja tempat yang menyediakan kemudahan untuk manusia beribadah.

Percayalah, anda sebenarnya tidak kenal pun siapa yang datang ke tempat ibadat yang anda berkhidmat itu.

Macam biasa, saya selalu berjalan ke merata masjid dan surau sejak dulu. Saya hanya akan beri beberapa contoh kejadian yang berlaku di hadapan mata saya.

Insiden 1
Hari pertama Ramadan, bermakna hari pertama juga masjid menyediakan jamuan berbuka puasa. Maka layanilah tetamu dengan sopan. Ada seorang lelaki berpakaian biasa tetapi kemas. Dia baru melangkah masuk di entrance masjid. Tiba-tiba seorang pengawal keselamatan (warga Malaysia ye) mengherdik lelaki itu. Katanya kawasan berkasut setakat di luar sahaja. Lelaki tersebut berkata, dulu dia selalu datang ke masjid itu dan boleh berkasut sampai ke hadapan tempat rak-rak kasut berada nun di sana. Pengawal keselamatan itu dengan tidak sopan berkata, โ€œItu dulu.. engkau dah lama tak datang sini kot!โ€ Ketika itu juga muncul seorang AJK masjid lalu menyapa lelaki tersebut dengan panggilan โ€œustazโ€. Katanya lama betul ustaz tak datang sini. Rupa-rupanya lelaki tersebut merupakan tenaga pengajar tetap di masjid itu suatu ketika dulu. Pengawal tersebut merah padam mukanya menahan malu. Tapi dia hanya berjalan semula ke kerusinya dan rasa berat mulut untuk meminta maaf.

Insiden 2
Berkaitan jamuan berbuka puasa. Saya melihat sepasang suami isteri yang agak berusia sedang duduk di meja dewan makan. Tak jauh dari mereka terdapat dua meja bankuet panjang. Satu meja terletak pek-pek makanan berbungkus dengan beg plastik berwarna merah. Manakala satu lagi meja terletak hidangan buffet yang masih bertutup. Tiba-tiba datang seorang lelaki berbaju melayu lalu berteriak, โ€œBoleh siap-siap ambil makanan dulu ye! Hari ni kita makan terus dan lepas tu baru solat Maghrib kerana kami nak selesaikan majlis Khatam al-Quran dengan pelajar-pelajar tahfiz dalam dewan utama.โ€
Ketika itu, masih ada masa kira-kira 50 minit sebelum berbuka. Orang pun belum begitu ramai. Lalu lelaki itu mengulang lagi pengumumannya sambil memberitahu bahawa jangan sentuh makanan dalam pek plastik warna merah kerana itu makanan khas untuk pelajar-pelajar tahfiz. Saya masih ingat dia sebut begini, โ€œMakanan dalam pek tu lauk dia lain sebab pelajar-pelajar tahfiz ni tinggi darjatnya ya.. kalau nak makan ambil nasi dan lauk yang buffet tu. Lauk tak sama dengan pelajar tahfiz, kita bagi diorang special sikit.โ€ Saya dengar dia ulang macam tu 3 kali (atau lebih) sehingga pasangan suami isteri tadi sudah berubah wajah sedang mereka beratur untuk mengambil makanan ke dalam pinggan.
Si suaminya sambil senduk nasi ke pinggan mula bersuara, โ€œSimpan la makanan tu kat dalam, nanti ada juga orang yang terambil.โ€
Lelaki tadi hanya menjawab dengan selamba, โ€œTakpe just nak remind je jangan ambil makanan dalam pek ni, khas untuk pelajar tahfiz. Mereka ni lebih tinggi darjatโ€ Isteri saya yang baru duduk pun terperanjat mendengar dia bercakap begitu. Suami isteri tadi duduk semula, mereka hanya ambil sedikit sahaja nasi dan lauk. Wajah mereka nampak tak ceria seperti mula-mula tadi. Ketika saya sampai tadi suaminya sedang membuka laptop. Mungkin sedang menyiapkan urusan kerjanya. Daripada cara suami isteri itu berbual, saya dapat mengagak mereka bukan orang biasa. Bahkan mungkin mereka mampu jika mahu berbuka puasa di restoran mewah. Saya juga rasa sedikit tersinggung, mahu sahaja saya baca semua surah yang saya hafal di hadapan lelaki berbaju melayu tadi. Mungkin saya ada peluang dapat hidangan yang โ€œtinggi darjatโ€ itu.
Insiden 3
Ambang Moreh.
Solat tarawih berhenti selepas 4 rakaat, ada penceramah jemputan sedang memberi tazkirah. Seorang lelaki separuh usia yang sedang duduk di beranda surau memanggil anak-anaknya yang sedang bermain dan berlari dari arah dewan makan surau itu.
Lelaki itu menyuruh anak-anaknya agar jangan bermain dan duduk sahaja dalam surau. Anaknya memberitahu tadi mereka pegi minum air. Lalu ayahnya berkata, kalau dah siap air boleh la bawakan satu cawan untuk ayah. Dua anaknya pegi semula ke dewan makan. Tak lama kemudian kembali bersama satu cawan kertas berisi air minuman sejuk. Salah seorang anaknya berkata, โ€œTadi pakcik yang kat dapur tu tanya kenapa datang ambil air dua kali?โ€
Anaknya bercerita, โ€œSaya ambil untuk ayah saya.โ€ Pakcik tu tanya lagi, โ€œAyah kamu tak boleh berjalan sendiri ke?โ€
Anak tu bercerita, "Ayah saya sakit kaki."
Pakcik tu kata lagi, โ€œSuruh ayah kau datang sini pakai tongkat!โ€ Anak tu buat tak endah dan tetap bawakan ayahnya secawan air minuman.
Kelihatan ayahnya minum air dengan tawar hati. Mungkin air yang sejuk terasa โ€œpanasโ€ dan air yang manis itu terasa โ€œtawarโ€.
Mungkin ayah itu seorang yang ada jasa dalam masyarakat atau pernah berkhidmat seperti pakcik kat dapur tu. Mungkin dia pernah memegang jawatan di masjid yang lebih besar dari surau terpencil itu.

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah yang seperti ini berlaku dalam masyarakat kita.

Nasihat saya kepada mereka yang sedang dan masih mahu berkhidmat kepada para tetamu yang datang ke surau dan masjid, ikhlaskan diri anda dan jagalah akhlak dan tutur kata.

Anda rasa macam sedang membuat pahala, sebenarnya anda sedang mengumpul dosa.

Kalau tak reti layan orang, jadi jemaah biasa je la datang solat dan balik. ๐Ÿ˜Š

Credit : Ustaz Imran Al-Malizi

Muhasabah bersama.

#usrahsantai
Tengah sibuk beraya lagi ke tu? Haaa dalam pada masa ke rumah sanak-saudara atau sahabat handai, adab dan akhlak cuba jaga sebaiknya InshaAllah.

Antara adab yang lain perlu dijaga :
~ Menjaga tutur kata.
~ Bersyukur dengan hidangan yang diberi.
~ Tidak menyebarkan keaiban tuan rumah.
~ Menjaga batas lelaki & wanita yang bukan mahram.
~ Menjaga anak sendiri dari bebas kacau barangan di rumah orang.
~ Tidak bertanyakan soalan peribadi yang boleh mengguris perasaan orang.
~ Tidak bergurau kasar.
~ Tidak berlama-lama di rumah orang.
~ Hormati privasi yang tertutup oleh tuan rumah. Jangan main serbu / hendap.
~ Banyakkan senyum.

Mesti korang lebih memahami kan. ๐Ÿค—

#usrahsantai
Baca setelah selesai solat agar hati kita selalu tersambung dengan Sayyidah Fatimah Az Zahra. ๐ŸŒน

FATIHAH KHUSUS UNTUK SAYYIDAH FATIMAH AZZAHRA R.A

ุฅูู„ูŽู‰ ุฑููˆุญู ุณูŽูŠู‘ูุฏูŽุฉู ููŽุงุทูู…ูŽุฉูŽ ุงู„ุฒู‘ูŽู‡ู’ุฑูŽุงุกู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง ูˆูŽุฃูŽุฑู’ุถูŽุงู‡ูŽุง ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูŠูŽุบู’ููุฑู’ู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽูŠูŽุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูŽุง ูˆูŽูŠูุนู’ู„ูู‰ ุฏูŽุฑูŽุฌูŽุงุชูู‡ูŽุง ูููŠ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉู ูˆูŽูŠูŽู†ู’ููŽุนูู†ูŽุง ุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ูŽุง ูˆูŽุฃูŽุณู’ุฑูŽุงุฑูู‡ูŽุง ูˆูŽุฃูŽู†ู’ูˆูŽุงุฑูู‡ูŽุง ูˆูŽุนูู„ููˆู’ู…ูู‡ูŽุง ูˆูŽู†ูŽููŽุญูŽุงุชูู‡ูŽุง ูููŠ ุงู„ุฏู‘ููŠู†ู ูˆูŽุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ูˆูŽุงู„ู’ุขุฎูุฑูŽุฉู.

Atau yang paling ringkas,

Ilaa ruhi Sayyidatina Fatimah Az-Zahra bintu Rasulillah Sallallahu 'alaihi wasallam al-Fatihah.

#usrahsantai
Semoga Allah lindung dari panahan mata jahat dan sifat dengki manusia.

Elakkan dari terlalu 'menonjol / menunjuk' dalam berkongsi sesuatu.

ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠู‘ูุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู„ู ุณูŽูŠู‘ูุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏ

#usrahsantai
HTML Embed Code:
2024/05/21 19:46:04
Back to Top