TG Telegram Group Link
Channel: Kun Anta
Back to Bottom
Dah macam part dalam filem la pulak 😱

Sebenarnya ini adalah rupa seekor semut dari dekat. Jurugambar Eugenijus Kavaliauskas memenangi hadiah pada Pertandingan Fotomikrografi Dunia Kecil Nikon 2022 untuk gambar dekat ini yang dibesarkan lima kali di bawah mikroskop. 🐜 👹

"...Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." (Ali'Imraan : 191)

Foto📸: Eugenijus Kavaliauskas/Nikon Small World
Kredit : John Cosmos

#kunanta
#postingka
Subhanallah Wabihamdihi..

Kenapa paru-paru seekor kuda sangat besar?

Paru-paru seekor kuda bukan sahaja sangat besar malah ia sangat efisien berbanding paru-paru manusia. Paru-paru kuda mampu menyerap oksigen secara maksimum bersamaan 60 liter udara.

Dengan saiz paru parunya yang besar, ia mampu menyedut udara sebanyak 5 liter untuk sekali sedutan.

Di samping itu, di saat kuda berlari atau membuat pecutan, sedutan udaranya meningkat sehingga 10 liter sekali sedutan dan dalam satu minit kuda mampu bernafas 140 kali sedutan yang menjadikan ia seolah olah seumpama enjin turbo berkuasa tinggi.

Namun begitu, kuda hanya mampu bernafas menggunakan hidungnya dan tidak boleh bernafas menggunakan mulutnya. Ini kerana struktur farinknya mempunyai tisu palate yang menghalang rongga mulut darinya kecuali untuk menelan.

Kredit : Khairul Azli

#kunanta
#postingka
Allahu.. Malunya..

Inilah yang berlaku di G sekarang. Lebih 500 kanak-kanak sedang sibuk memperdengarkan hafalan al-Quran mereka. B@m ke, peluru ke, lapar ke, dah tak hairan dah sebab semua tu jadi makanan harian mereka 💔

#inspirasika
Saya tengok antara lagu raya yang paling tular pada masa kini adalah lagu ini…

Habis makcik makcik, pakcik pakcik, guru guru, misi, isteri orang, berjoget kerana lagu yang satu ini. Maafkan saya…

Lagu ini semakin menjadi-jadi.

Mula-mula saya terfikir mengapa mereka guna lirik “Alamak Raya lagi….”. Sedang kita umat Islam semua ternanti-nantikan kedatangan Syawal. Syawal adalah hari keriangan yang datang setahun sekali.

Dari kecil kita semua sudah diajar untuk menyambut kedatangan Syawal. Tidak kira kecil, besar, tua, muda.

Tapi penggunaan lirik “Alamak Raya lagi…”, seperti terkejut, tidak bersedia, mengeluh kah?

Kemudian tergerak hati nak buat carian lirik lagu.

Lalu saya terjumpa perkataan yang kurang molek digunakan dalam lagu. Saya faham, ejaan yang ditulis tidak penuh. Ikut cara masing-masing untuk menginterpretasi. Saya semak di YouTube….

Tapi begitulah cara mereka sebut pada minit 2.17 - 2.18.

“Tapi wifi macam ba (ah)”…..

Lagu yang buat ramai orang berjoget itu telah mempromosikan penggunaan bahasa tidak molek yang telah menjadi ikutan ramai dalam tidak sedar.

Fikir-fikirkan…

Kredit : Dzuriasikim Dzulkefli
Cara untuk buat anak² bersyukur dan kuat hubungan dengan Allah adalah kita ceritakan tentang anggota badan dan kaitkan dengan Allah. Guna 3 skrip ini untuk kaitkan anggota badan dengan Allah 👇

1. Mata

"Allah cipta mata. Kita boleh tengok macam-macam. Kita boleh tengok ikan berenang, burung terbang dan kita boleh pejam dan celik. Subhanallah.."

2. Telinga

" Allah cipta telinga. Dengan telinga, kita boleh dengar suara anak kucing. Miaauu.. Miaauu.. Dengan telinga juga kita boleh dengar al-Quran, azan dan macam-macam lagi. Allahuakbar.."

3. Mulut

" Allah cipta mulut. Sebab Allah sayang kita, Allah bagi mulut. Kalau tiada mulut, kita tak boleh makan. Di mulut juga, Allah bagi gigi. Gigi yang Allah bagi ni kuat sangat. Kita boleh kunyah dan gigit makanan dengan gigi kita. Alhamdulillah.."

Ibubapa yang ingin melahirkan anak yang fasih bercakap tentang Allah, anda sangat-sangat disarankan untuk mendapatkan buku 'Saya Sayang Allah' ini dan ada lagi 12 buku dari pelbagai topik menarik & berkesan untuk nak didik anak kenal Allah.

Boleh terus dapatkan di sini :
https://amalbookshelf.com/order/form/SSA/590
HTML Embed Code:
2024/06/12 11:20:24
Back to Top