TG Telegram Group Link
Channel: KEMENTERIAN KOMUNIKASI
Back to Bottom
Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil melalui kementerian komunikasi akan terus berusaha mempercepatkan perluasan capaian, serta meningkatkan kelajuan Internet di seluruh negara.

Facebook: https://www.facebook.com/100044354712977/posts/pfbid0KKwmaFuTEJK6RbzbyEqVpL1XZJzz6LNHb9Tg6VjQ7CzB5BQLMznQ6YZJMTNBCC1ml/?d=n
๐๐€๐†๐€๐ˆ๐Œ๐€๐๐€ ๐€๐Š๐“๐€ ๐Ÿ•๐ŸŽ๐Ÿ— ๐Œ๐„๐๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“๐Š๐€๐ ๐“๐€๐ƒ๐๐ˆ๐‘ ๐”๐‘๐”๐’ ๐ƒ๐€๐“๐€ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐€๐ƒ๐ˆ?

๐Ÿ“Œ Menjelaskan peranan Akta 709 melalui kitar hayat data (data life cycle)
๐Ÿ“Œ Menyediakan standard pengurusan data
๐Ÿ“Œ Mengenal pasti risiko terhadap data
๐Ÿ“Œ Meningkatkan langkah kawalan keselamatan
๐Ÿ“Œ Memperkenalkan sistem integriti data

#kementeriankomunikasidandigital
#KKD
#LindungiDataPeribadiAnda

Facebook: https://www.facebook.com/100044354712977/posts/pfbid0256KG6sD7KkvxhS4BXW45MTqDXCsx1fzuUsJtPyj91DGmZtZuxACs6xvhRo8hv2DGl/?d=n
๐Š๐Š๐ƒ ๐Š๐„ ๐€๐‘๐€๐‡ ๐ƒ๐„๐Š๐€๐ƒ ๐Š๐„๐„๐Œ๐€๐’๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹

Prasarana Komunikasi, Keselamatan Siber dan Ekonomi Digital merupakan antara halatuju strategik Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yang disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil semasa Perhimpunan Bulanan KKD hari ini.

Dalam majlis yang sama YB Fahmi Fadzil menyampaikan amanat agar Dekad Keemasan Digital dapat direalisasikan melalui program yang memberi impak besar kepada rakyat Malaysia.

Dilaksanakan dalam konsep hibrid, Perhimpunan Bulanan KKD dihadiri hampir 900 warga KKD secara fizikal dan dalam talian.

Hadir sama Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching (ๅผ ๅฟต็พค); Ketua Setiausaha KKD, Datoโ€™ Sri Haji Mohammad bin Mentek dan pengurusan tertinggi Kementerian, Jabatan serta agensi.

#KKD #MalaysiaMADANI

Facebook: https://www.facebook.com/100044354712977/posts/pfbid0FxZujggeNvdWXYDdoi7iPAQE9fECsQ6MM8YWB6btcXr1kTajutGFFtws49QjUkksl/?d=n
Sekitar Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital Bil. 2/2023 yang dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil bersama-sama Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching (ๅผ ๅฟต็พค) hari ini.

#KKD #MalaysiaMADANI

Facebook: https://fb.watch/j5AooIg2L5/
Alhamdulilah gembira dapat bersama dengan warga Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam Majlis Perhimpunan Bulanan KKD bagi bulan Mac.

Kementerian ini mempunyai tugas dan tanggungjawab besar untuk menjayakan agenda Kerajaan Perpaduan serta mengembalikan suasana harmoni dan bersatu padu dalam kalangan rakyat jelata.

Saya percaya program-program yang telah dikenal pasti di bawah Pelan Strategik KKD 2023-2025 dan Agenda KKD 2023 akan menyokong halatuju Kerajaan Perpaduan dalam pembangunan infrastruktur digital, ekonomi digital, penerangan serta penyiaran negara.

#MalaysiaMadani

Facebook: https://www.facebook.com/100044354712977/posts/pfbid02CFyB4DjLhPxHRFVSEZx1TwwhSq2J3ch3uvYrKgUzeztiwcWHGfUTGPPjXm5wdpD3l/?d=n
๐’๐„๐’๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐€๐‹๐Ž๐† ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐Š๐€๐’๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€-๐’๐€๐Œ๐€ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil dalam sesi dialog (town hall) bersama-sama rakyat pada 6 Mac 2023 turut menjelaskan isu keselamatan dalam talian akan terus ditangani bagi mengawal ancaman kebocoran data peribadi.

Inisiatif Pakej Perpaduan juga akan terus ditambah baik melalui kemudahan untuk mengakses Internet pada harga yang lebih murah melalui perkhidmatan yang lebih baik - 'Cheaper but better'.

Turut hadir semasa sesi dialog, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) KKD, Mastura binti Ahmad Mustafa; Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid dan Ketua Pegawai Operasi MCMC, Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.

#KKD #MalaysiaMADANI

Facebook: https://www.facebook.com/100044354712977/posts/pfbid0NUmCPXLBKVSzDrzFs5UKU9k7m9oqBZaEfbCea13C966G1W5WFkxy4Ppr6hm7JauXl/?d=n
๐Ÿ“ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‹๐š๐ ๐ข - ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐“๐ž๐ค๐š๐ ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐š๐๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ก๐ข ๐‡๐š๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ง

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim *pada 16 Julai 2023 (Ahad), pukul 9.00 pagi di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh, Perak*.

https://www.facebook.com/100044354712977/posts/pfbid02niFuthwWHNcTHwwXr1SZb1Qvu1T5m8KNozkAMgBa5zgJzQ6UDrqVY14bfuMePxbkl/?mibextid=afzh1R

https://twitter.com/kkd_gov/status/1678568493091000320?s=46&t=8kCU6i7k5vGhKKxs-PPirQ

https://www.instagram.com/p/CuiaUE5vajT/?igshid=YzcxN2Q2NzY0OA==
Messages in this channel will be automatically deleted after 1 week
HTML Embed Code:
2024/03/28 18:37:33
Back to Top