TG Telegram Group Link
Channel: Kepimpinan & Personaliti
Back to Bottom
Sempena musim orang datang ke rumah untuk ziarah menziarahi tips ini menarik untuk diamalkan.

Membuat PR semudah memilih topik perbualan.

@kepimpinandanpersonaliti
hottg.com/kepimpinandanpersonaliti
Sebab utama manusia melakukan sesuatu pekerjaan adalah kerana rasa kepuasan melakukannya. Atau maksud lain, perbuatan yang dilakukan itu pleasant/statisfied keinginan hawa nafsu kita.

1. Kenapa kita rasa sangat excited apabila kita check notification gadget di pagi hari selepas bangun dari tidur? berbanding waktu-waktu lain dalam sehari.

Kerana banyaknya notification dalam whatsapp, facebook, instagram, twitter yang terkumpul itu membuatkan kita rasa seronok untuk check satu demi satu, rasa seronok untuk membalas komen-komen, rasa seronok untuk mengetahui update terkini. Kita rasa kepuasan darinya.

2. Kenapa kita rasa seronok duduk di atas sofa/kerusi selepas balik dari kerja? kerana kita rasa kepuasan merehatkan badan selepas seharian berletihan bekerja dan berfikir.

3. Kenapa kita rasa cukup seronok tidur selepas melakukan solat fardu subuh? kemungkinan besar kerana kepuasan yang ada dalam perbuatan tersebut kerana malam semalam kita tidur lewat malam hingga apabila terjaga untuk subuh otak dan badan kita berada dalam keadaan yang cukup letih dan menagih untuk sambung tidur.

Namun, ramai orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang mampu menahan kepuasan sementara untuk mendapat kepuasan yang lebih besar dan bermakna.

@kepimpindanpersonaliti
hottg.com/kepimpinandanpersonaliti
Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang membenarkan apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak mengubah (janjinya).” (QS. Al-Ahzab: 23).
MAP READING

"The ability to read maps relies on spatial awareness, which includes the ability to picture in the mind the shape of things, their dimensions, co-ordinates, proportions and movement. It also involves being able to imagine an object being rotated in space. Women have for years been ridiculed by their other halves for having to turn maps around in the direction they are going in order to work out their route, while men seem to be able to perform the feat easily in their heads.

According to Allan and Barbara Pease there have been “thousands” of documented scientific studies that confirm male superiority in spatial skills while brain scans show that men have specific areas of the brain (in the right side) dedicated to spatial ability. Women do not. While spatial ability is located in both brain hemispheres for women, it doesn’t have a specific measurable location"
Apabila seseorang hilang fokus ketika sedang melakukan sesuatu perkara, secara purata kita akan mengambil masa 25 minit untuk kembali fokus melakukan tugasan yang telah ditinggalkan.

Langkah terbaik apabila terfikir akan sesuatu perkara ketika sedang menyiapkan sesuatu tugasan adalah dengan mencatatnya dalam senarai to-do-list. Setelah siap tugasan atau sedang berehat, capai semula senarai to-do-list untuk memikirkan atau menyelesaikanya.

@kepimpinandanpersonaliti
animation.gif
105.9 KB
"Ini ialah satu kenyataan yang menyedihkan dalam kehidupan kebanyakan para pendakwah."

Muhammad Ahmad Ar-Rasyid
"Ini ialah satu kenyataan yang menyedihkan dalam kehidupan kebanyakan para pendakwah.

Dakwah mengajar mereka tentang fasahah (kefasihan) dan kehebatan yang memungkinkan mereka untuk memperolehi banyak peluang yang baik. Tetapi apabila memperolehinya, mereka menjadi lemah.

Dakwah membuka pintu baginya untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi. Sebelum dia memperolehi peluang tersebut kemungkinan beberapa orang sahabatnya berusaha memujuk pihak bertanggungjawab dalam kerajaan agar dia memperolehi biasiswa kerajaan atau skim zamalah dan sebagainya. Atau kemungkinan sehingga mereka membantunya dari sudut kewangan juga. Manakala sahabat-sahabatnya di tempat pengajian pula membantunya menghilangkan perasaan kerinduan kerana berjauhan dengan keluarga semasa pengajiannya. Mereka menjaganya daripada ditimpa fitnah dan sebagai ganti kepada kaum keluarga.

Tetapi apabila lulus pengajian dan kembali pulang, dia menjadi lemah dan berfikir untuk mencipta keuzuran yang boleh melepaskan dirinya daripada bekerja dan melakukan tugasnya.

Kadang-kadang dakwah menjadi gedung perniagaan kepada penuntut-penuntut dunia.

Mereka berdamping dengannya untuk suatu tempoh tertentu, sehingga apabila telah menjadi pegawai besar, pensyarah universiti atau pakar dalam bidang tertentu, mereka meninggalkan dakwah dan sibuk membina masa depannya sendiri.

Ini adalah perkataan pahit yang wajib diterima oleh para pendakwah. Bahu dakwah ini sudah banyak kali mengeluh kerana menanggung beban ramai orang yang tidak tahu membalas jasanya."

[Al Masar, Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid]
Lelaki secara kesuluruhannya lebih banyak bercakap berbanding wanita.
Golongan wanita lebih dikenali dengan sifat mereka yang lebih banyak bercakap berbanding lelaki.

Namun kajian yang dilakukan seorang pakar psikologi, Campbell Leaper dan Universiti of California Santa Cruz, mendapati golongan lelaki secara kesuluruhannya lebih banyak bercakap berbanding wanita.

Ketika merancang dan berbincang untuk membuat sesuatu keputusan, lelaki lebih banyak bercakap berbanding wanita. Tetapi apabila bercakap tentang keadaan diri dan aktiviti seharian, perempuan lebih banyak bercakap berbanding lelaki.

Golongan lelaki melihat perbualan perlu mempunyai objektif dan matlamat. Bagi mereka di sebalik sesuatu perbualan, adalah permasalahan yang perlu diselesaikan. Oleh itu lelaki cenderung untuk memberi solusi terhadap situasi atau cerita yang dimaklumkan dalam perbualan.

Wanita pula menggunakan komunikasi untuk menyampaikan bagaimana perasaannya dan apa yang dia mahu katakan. Dia melihat perbualan sebagai ruang untuk berkongsi dan peluang untuk meningkatkan hubungan yang lebih akrab.

Mencadangkan sesuatu solusi kepada permasalahan yang terkandung dalam sesuatu perbualan adalah satu kepuasan bagi golongan lelaki, manakala wanita pula berasa puas apabila perbualannya didengari dan difahami.

hottg.com/kepimpinandanpersonaliti
Aidilfitri dan Salafussoleh | Enam bulan selepas Ramadan

قال معلى بن الفضل: كانوا يدعون الله تعالى ستة أشهر أن يبلغهم رمضان،ويدعونه ستة أشهر أن يتقبل منهم

Mu’alla bin Al-Fadhl berkata: Dulu para sahabat, selama enam bulan sebelum datang Ramadan, mereka berdoa agar Allah mempertemukan mereka dengan bulan Ramadhan. Kemudian, selama enam bulan sesudah Ramadan, mereka berdoa agar Allah menerima amal mereka selama bulan Ramadhan.”

(Kitab Lataif al-Maarif oleh Ibnu Rejab)

www.muis.org.my

@kepimpinandanpersonaliti
Kita mahu lahirkan pemimpin yang jiwa mereka macam 5 rukun Islam:

i) Ada visi dan tujuan seperti SYAHADAH kepada Tuhan

ii) Disiplin setiap hari solat dan bangun qiamullail ibarat rukun SOLAT

iii) Berintegriti dalam kerja seperti ibadah PUASA tanpa pengetahuan sesiapa

iv) Peduli dengan orang lain ibarat keluarkan ZAKAT

v) Hidup penuh pengorbanan dan tawadhuk seperti nilai ibadah HAJI

(Arifin Manan, Ketua Pemuda ISMA)

@kepimpinandanpersonaliti
KITA kini melangkah ke dekad baru. Insan berjiwa besar tentunya sedang menyusun semula langkah bagaimana menjadi lebih cemerlang dan berjaya berbanding tahun-tahun lalu. Sejujurnya, rahsia kejayaan ini sebenarnya mudah. Semuanya berkait dengan perlaksanaan atas idea yang kita memang telah sedia tahu.

Justeru 2020 ini harus kita jadikan sebagai tahun kita mengambil tindakan atas apa yang kita sedia tahu dan kemampuan untuk menolak tepi gangguan-gangguan kecil yang menyekat kita maju. Secara purata, orang biasa-biasa menghabiskan dua hingga tiga jam sehari dengan internet, menonton televisyen, melihat Youtube dan lain-lain sedangkan kita harus fokus kepada perkara yang betul-betul membina impak dalam kehidupan ini, dunia dan akhirat.

“Victims are interested in entertainment. Leaders are interested in education”

Beberapa cadangan untuk 2020, Insya-Allah dengan melaksanakan ini, kita akan menjadi insan berbeza.

http://bit.ly/9Langkah2020

@kepimpinandanpersonaliti
@ismaweb
WORK FROM HOME

If you work from home, getting your morning routine down to a tee will have a huge impact on how you work — and feel — for the rest of the day.

Ultimately, it’s about doing what works for you, but here are a few pointers that will hopefully help you start your day right.

https://bit.ly/COVIDWorkFromHome
HTML Embed Code:
2024/04/29 01:52:37
Back to Top