TG Telegram Group Link
Channel: Kapsul Tazkirah
Back to Bottom
Ujian Banjir

Hujan di beberapa tempat di Malaysia. Antara doa yang boleh diamalkan sebagai usaha kita memohon rahmat dan perlindungan Allah SWT daripada sebarang musibah dan bencana yang tidak diingini;

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻴِّﺒًﺎ ﻧَﺎﻓِﻌًﺎ

“Ya Allah turunkanlah pada kami yang bermanfaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺣَﻮَﺍﻟَﻴْﻨَﺎ ﻭَﻟَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ,ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻋَﻠَﻰ ﺍلآكَاﻡِ ﻭَﺍﻟﻈِّﺮَﺍﺏِ ﻭَﺑُﻄُﻮﻥِ ﺍﻟﺄَﻭْﺩِﻳَﺔِ ﻭَﻣَﻨَﺎﺑِﺖِ ﺍﻟﺸَّﺠَﺮِ

“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan di dataran tinggi, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pokok- pokok.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ, وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ, وَفَجْأَةِ نِقْمَتِكَ, وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari lenyapnya nikmat-Mu, dari beralihnya keselamatan (yang merupakan anugerah)-Mu; dari datangnya siksa-Mu (bencana) secara mendadak, dan dari semua kemurkaan-Mu. (HR. Muslim)

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Hadith riwayat Abu Dawud, no. 5088, at-Tirmizi, no. 3388, Ibn Majah, no. 3869, Ahmad, no. 497)

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ وَدَرَكِ الشَّقَاءِ وَسُوءِ الْقَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ

Ya Allâh, kami berlindung kepada-Mu dari beratnya musibah yang tak mampu ditanggung, dari datangnya sebab-sebab kebinasaan, dari buruknya akibat apa yang telah ditakdirkan, dan gembiranya musuh atas penderitaan yang menimpa. (Muttafaqun ‘alaih)

Bagi yang mampu membantu, hulurkan lah tangan dan ringankan lah beban mereka yang diuji dengan banjir. Moga kita tergolong dalam hadis di bawah.

Daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ 

“Barangsiapa yang membantu
seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.”
(Riwayat Muslim (2699))

https://hottg.com/kapsul_tazkirah
Ayuh berdoa!

الساعة التي ترجى في يوم الجمعة بعد العصر إلى غيبوبة الشمس

‎"Carilah oleh kalian waktu doa mustajab pada hari Jumaat selepas Asar sehingga matahari terbenam." [Riwayat al-Tirmizi]

https://hottg.com/kapsul_tazkirah
Muhasabah Akhir Tahun 2023

Apa khabar iman kita sepanjang tahun 2023? Adakah semakin hebat menjelang tahun baru 2024?

Kita tahu, Iman seseorang adakalanya meningkat, kadang-kala akan merundum jatuh. Justeru perlunya kita sentiasa merawat Iman.

Ayuh menjelang kedatangan tahun baru 2024 ini kita usahakan agar iman kita sentiasa meningkat antaranya dengan:

Sentiasa Bersama Orang Soleh

Kata Imam Ahmad Ibn Hanbal:

وَإِخْوَانُهُ الأَدْنُونَ كُلُّ مُوَفِّقِ   بَصِيرَةٍ بِأَمْرِ اللهِ يَسْمُو إِلَى الْعُلاَ

“Saudara yang dekat dengannya adalah setiap orang yang beroleh taufik, memahami perintah Allah serta suka kepada hal-hal yang meninggikan darjat” 

Sahabat yang dekat atau yang kita sering dampingi ialah mereka yang boleh mendorong kita menjadi orang yang solleh. Mereka yang selalu memberi nasihat kerana Allah.

Kata Zainul Abidin Ali ibn Hussain:

إِنَّمَا يَجْلِسُ الرَّجُلُ إِلَى مَنْ يَنْفَعُهُ

“Sesungguhnya lelaki yang sejati hanya ingin duduk (bergaul) bersama orang yang dapat memberi manfaat bagi agamanya” 

Ayuh kita pastikan, orang serta sahabat yang kita dampingi sama ada secara fizikal mahupun di media sosial seperti FB, WhatsApp  Group, telegram dan lain lain adalah mereka  yang sentiasa mendorong kita melakukan kebaikan dan amal soleh.

https://hottg.com/kapsul_tazkirah
Mulakan Awal Tahun 2024 Dengan Doa Keselamatan

اللَّهُمَّ افْتَحْ لَنَا أَبْوَابَ الخَيْرِ وَأَبْوَابَ البَرَكَةِ وَأَبْوَابَ النِّعْمَةِ وَأَبْوَابَ الرِّزْقِ وَأَبْوَابَ القُوَّةِ وَأَبْوَابَ الصِّحَّةِ وَأَبْوَابَ السَّلَامَةِ وَأَبْوَابَ العَافِيَةِ وَأَبْوَابَ الجَنَّةِ
اللَّهُمَّ عَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلَاءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الآخِرَةِ وَاصْرِفْ عَنَّا بِحَقِّ القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَبِيِّكَ الكَرِيْمِ شَرَّ الدُّنْيَا وَعَذَابَ الآخِرَةِ غَفَرَ اللهُ لَنَا وَلَهُمْ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ  سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلَامٌ عَلَى المُرْسَلِيْنَ وَ الْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَلَمِيْنَ

"Ya Allah, bukalah bagi kami pintu kebaikan, pintu keberkatan, pintu kenikmatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu afiyah, dan pintu syurga.

Ya Allah, jauhkan kami dari semua ujian dunia dan azab akhirat. Palingkan kami dari keburukan dunia dan siksaan akhirat dengan hak al-Quran yang agung dan darjat nabi-Mu yang pemurah. Semoga Allah mengampuni kami dan mereka. Wahai, Zat yang Maha Pengasih. Maha suci Tuhan, Tuhan yang penuh keagungan, dari segala yang mereka sifatkan. Semoga salam tercurah kepada para Rasul. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

https://hottg.com/kapsul_tazkirah
Alhamdulillah. Berita kemenangan di Hari Jumaat penuh barakah

https://x.com/marchfoward/status/1743161338686579051?s=46&t=nQ3pbVuGjUA41ZYqqvZpEQ

Mari terus bermunajat pada saat doa mustajab ini 🤲🏻
Takut dan Berharap

Di saat Musa AS ketakutan akibat terbunuh seorang lelaki dari kaum Firaun, Nabi Musa AS menuju ke Madyan sambil berdoa agar diberi petunjuk sepanjang jalan.

Setiba di Madyan pula, Musa AS membantu penduduk di sana walau dirinya sedang dilanda masalah dan ketakutan dibunuh oleh Firaun. Setelah itu, Nabi Musa AS berehat sambil berdoa memohon kebaikan

رب إني لما أنزلت إلي من خير فقير

“Ya Tuhan, sesungguhnya Aku amat menagih kebaikan yang engkau turunkan buatku.”

Itulah doa dan pengharapan yang amat tinggi di saat dunia terasa sempit. Walaupun perasaan dirundung takut, risau dan sedih dengan ujian dunia, yakin lah Allah SWT tidak sesekali pernah meninggalkan kita biarpun kita terkadang leka dari mengingatiNya.

Kuatkan hati, teruskan berharap dan perbanyakkan berdoa. Moga Allah SWT menuntun hati-hati kita yang sedang takut, risau dan bersedih ke arah yang lebih baik.

https://hottg.com/kapsul_tazkirah
Senja Jumaat barakah yang diturunkan hujan padanya. Waktu mustajab doa 🤲🏻
Genap 100 hari peristiwa berdarah Palestin-Israel. Kita terus yakin dan berdoa.

From the river to the sea, Palestine Will Be Free!

🇵🇸
Lakukan Kebaikan Sekecil Manapun

Jika engkau melihat seekor semut terjatuh kedalam air, maka angkat dan tolonglah. Barangkali itu menjadi penyebab pengampunan dosa bagimu di akhirat.

Jika engkau menjumpai kayu kecil di jalan yang boleh menggangu laluan, maka buangkanlah. Barangkali itu menjadi penyebab dipermudahkan jalanmu menuju syurga.

Jika engkau menjumpai anak ayam terpisah dari kumpulannya, maka ambil dan letakkan ia dengan kumpulannya. Semoga itu menjadi penyebab Allah mengumpulkan dirimu dan keluargamu di syurga.

Jika engkau melihat orang tua memerlukan bantuan, maka bantulah ia. Barangkali itu menjadi penyebab kelapangan rezekimu di dunia.

Jika engkau bukanlah seorang yang mengusai banyak ilmu agama, maka ajarkanlah alif ba' ta' kepada anak-anak, setidaknya itu menjadi amal jariyah untukmu yang tidak akan terputus pahalanya walaupun engkau berada di alam kubur.

Jika engkau tidak mampu berbuat kebaikan sama sekali, maka tahanlah tangan dan lisanmu dari menyakiti orang lain ....setidaknya itu menjadi sedekah untuk dirimu.

Al-Imam Ibnul Mubarak Rahimahullah berkata:

رُبَّ عَمَلٍ صَغِيرٍ تُعَظِّمُهُ النِّيَّةُ ، وَرُبَّ عَمَلٍ كَبِيرٍ تُصَغِّرُهُ النِّيَّةُ

“Berapa banyak amalan kecil, akan tetapi menjadi besar kerana niat pelakunya. Dan berapa banyak amalan besar, menjadi kecil kerana niat pelakunya”

Janganlah meremehkan kebaikan, boleh jadi seseorang itu masuk syurga bukan kerana puasa sunatnya, bukan kerana panjang solat malamnya tapi boleh jadi kerana akhlak baiknya dan sabarnya ia ketika musibah datang melanda.

لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

“Jangan sekali-kali kamu meremehkan kebaikan sedikitpun, meskipun (hanya)bertemu dengan saudaramu dalam keadaan tersenyum".

https://hottg.com/kapsul_tazkirah
Pesanan Buat Anak

Luqman al Hakim berpesan pada anaknya seperti yang diceritakan dalam surah Luqman. Buat anak-anak, Ingatlah pesanan ini;

1. Jangan melakukan perbuatan Syirik.

وَإِذْ قَالَ لُقْمَٰنُ لِٱبْنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يَٰبُنَىَّ لَا تُشْرِكْ بِٱللَّهِ إِنَّ ٱلشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, pada waktu ia memberi pelajaran kepadanya, ‘Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah (syirik), sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Luqman: 13).

2. Berbaktilah kepada kedua ibu bapa sama ada semasa mereka hidup mahupun selepas kematian keduanya.

وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَٰلُهُۥ فِى عَامَيْنِ أَنِ ٱشْكُرْ لِى وَلِوَٰلِدَيْكَ إِلَىَّ ٱلْمَصِيرُ

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu” (Lukman: 14).

3. Ingat, setiap perbuatan kita akan menerima balasan walau sekecil manapun sama ada perbuatan itu baik atau sebaliknya.

يَٰبُنَىَّ إِنَّهَآ إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُن فِى صَخْرَةٍ أَوْ فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ أَوْ فِى ٱلْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا ٱللَّهُ إِنَّ ٱللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ

(Luqman berkata), ‘Wahai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha halus lagi Maha Mengetahui.” (Luqman: 16).

4. Dirikan solat, laksanakan tugas dakwah dengan mengajak orang lain kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran serta bersabar

يَٰبُنَىَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأْمُرْ بِٱلْمَعْرُوفِ وَٱنْهَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَٱصْبِرْ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ ٱلْأُمُورِ

“Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (Luqman: 17).

5. Jangan sombong dan angkuh, jaga adab ketika berbicara dengan orang lain

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِى ٱلْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Luqman: 18)

6. Bersifat tawadhu’, bersederhana dalam berjalan dan pertuturan

وَٱقْصِدْ فِى مَشْيِكَ وَٱغْضُضْ مِن صَوْتِكَ إِنَّ أَنكَرَ ٱلْأَصْوَٰتِ لَصَوْتُ ٱلْحَمِيرِ

“Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” (Luqman: 19).

Semoga pesanan ini sentiasa diikuti.

https://hottg.com/kapsul_tazkirah
Semarakkan Ibadahmu

Alhamdulillah, fenomena semarak Subuh macam Jumaat semakin mendapat sambutan masyarakat. Ini petanda baik menandakan amal soleh wajar diajak dengan pelbagai cara agar ramai terlibat sama.

Berkata Al-Imam Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah:

لكن قد يستحب إظهاره ممن يقتدي به على إرادته الاقتداء به ويقدر ذلك بقدر الحاجة

“Akan tetapi terkadang disunatkan menzahirkan amal kebajikan dari seseorang yang akan menjadi ikutan ramai dengan kerja kebajikannya itu. Dan hendaklah ia dengan sekadar hajat jua.”

Namun, perlu sedikit waspada agar niat terus diluruskan dan ikhlas, bukan hanya sekadar “waktu viral”. Kita cuba sedaya upaya untuk teruskan amalan terpuji ini biarpun satu hari nanti sudah tidak semeriah kini. Kita akan terus semarakkan setiap ibadah sampai ke akhir hayat.

Bermula sekarang!

#GengSubuhMacamJumaat
#SemarakSubuh
#SemarakkanIbadahmu

https://hottg.com/kapsul_tazkirah
Pesan Buat Anak-Anak

Wahai anak-anak!

Ingatlah pesanan Nabi Ibrahim AS kepada anaknya agar terus kukuh dalam agama Islam serta mati di dalam agama ini.

وَوَصَّىٰ بِهَآ إِبۡرَٰهِ‍ۧمُ بَنِيهِ وَيَعۡقُوبُ يَٰبَنِيَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ ١٣٢

“Dan Ibrahim telah mewasiatkan dengan agama itu kepada anak-anaknya, demikian juga Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam”. (Surah Al-Baqarah ayat: 132)

Wahai anak-anak!

Ingatlah pesanan Nabi Yaakub AS kepada anaknya agar menyembah Allah SWT dan patuh kepadaNya sahaja.

أَمۡ كُنتُمۡ شُهَدَآءَ إِذۡ حَضَرَ يَعۡقُوبَ ٱلۡمَوۡتُ إِذۡ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعۡبُدُونَ مِنۢ بَعۡدِيۖ قَالُواْ نَعۡبُدُ إِلَٰهَكَ وَإِلَٰهَ ءَابَآئِكَ إِبۡرَٰهِ‍ۧمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ إِلَٰهٗا وَٰحِدٗا وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ ١٣٣

“Adakah kamu hadir ketika Yaakub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apa yang kamu sembah sepeninggalku?” Mereka menjawab: “Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya”. (Surah Al-Baqarah ayat: 133).

Wahai anak-anak!

Ingatlah pesanan Nabi Muhammad SAW kepada anak-anak dan ahli keluarganya yang lain agar mendirikan solat.

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا

“Dan perintahkanlah (wahai Muhammad) kepada ahli keluargamu supaya menunaikan solat, dan hendaklah kamu bersabar atasnya (atas urusan ini). (Surah Taha ayat: 132)

Menurut al-Imam al-Qurtubi, setelah turunnya ayat ini, Rasulullah SAW akan singgah pada setiap pagi di rumah anaknya Saidatina Fatimah dan Saidina Ali, menyeru mereka supaya menunaikan solat. Lihatlah walaupun anak tersebut telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai suami, Rasulullah SAW masih mengingatkan anaknya supaya menunaikan solat. (al-Qurtubi, al-Jami Li Ahkam al-Quran, al-Qahirah, 1964, 11/263).

https://hottg.com/kapsul_tazkirah
Semoga Allah SWT memakbulkan setiap doa yang dipinta saat waktu mustajab ini.

Terkadang rasa buntu dengan ujian yang menimpa, namun kita tetap percaya dan yakin, Dia tidak mungkin meninggalkan hamba-hambaNya yang tidak pernah putus asa dan harap.

يا مجيب الدعوات ويا قاضي الحاجات، استجب دعائنا
Memilih Sahabat

Kehidupan bermasyarakat menuntut kita memiliki orang lain di samping kita. Mencari dan memilih sahabat yang baik adalah suatu keperluan. Suka saya memetik kata-kata Imam Ahmad Ibn Hanbal:

وَإِخْوَانُهُ الأَدْنُونَ كُلُّ مُوَفِّقِ بَصِيرَةٍ بِأَمْرِ اللهِ يَسْمُو إِلَى الْعُلاَ

Maksudnya: “Saudara yang dekat dengannya adalah setiap orang yang menjadi sahabat kita, yang dengan sebab dia, kita beroleh taufik, dengan sebab kita berkawan dengan dia, kita dapat memahami perintah Allah serta dengan sebab dia, kita suka kepada hal-hal yang meninggikan darjat (di sisi Allah)”

Betapa pentingnya memilih sahabat yang baik sama ada sahabat di alam maya di media sosial mahupun sahabat secara fizikal. Baginda Rasulullah SAW menyebut di dalam sabdanya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُؤْمِنُ مِرْآةُ الْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنُ أَخُو الْمُؤْمِنِ يَكُفُّ عَلَيْهِ ضَيْعَتَهُ وَيَحُوطُهُ مِنْ وَرَائِهِ

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Seorang mukmin itu cermin bagi mukmin yang lain, dan seorang mukmin itu saudara bagi mukmin yang lain; ia membantu saudaranya ketika kesulitan (ikut menanggung kesusahannya) serta menjaganya (membelanya) dari belakang.” [HR Abu Daud 4272].

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 119.

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَكُونُواْ مَعَ ٱلصَّدِقِينَ ١١٩

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar”.

Pendek kata, sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah memilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasulullah SAW

الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ

“Seseorang itu akan mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” [HR Tarmizi 2378] Status: Hadis Sahih

Pastikan sahabat yang menjadi teman karib kita dari kalangan orang yang baik dan mendatangkan manfaat.

https://hottg.com/kapsul_tazkirah
Hidup Dengan Manusia

Manusia adalah makhluk unik ciptaanNya, punyai pelbagai ragam dan tingkah. Banyak faktor mempengaruhi tindak tanduk seseorang yang menjadikannya seorang yang berperwatakan sedemikian.

Islam mengajar kita melalui tauladan utama iaitu Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sangat mengenali manusia di sekelilingnya sehingga baginda tahu bagaimana menyantuni setiap yang hadir. Baginda SAW pernah berpesan tentang manusia;

عن جابر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « المؤمن يألف ويؤلف ، ولا خير فيمن لا يألف، ولا يؤلف، وخير الناس أنفعهم للناس »

Dari Jabir, ia berkata: Rasulullah shollallahu alaihi wasallam bersabda, ”Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR Thabrani dan Daruquthni).

خَيْرُكُمْ مَنْ يُرْجَى خَيْرُهُ وَيُؤْمَنُ شَرُّهُ

“Sebaik-baik kalian adalah orang yang diharapkan kebaikannya dan (orang lain) merasa aman dari keburukannya.” (HR. At-Tirmidziy no. 2263).

مَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

“Barangsiapa menutupi aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.” (HR Muslim)

لَقَدْ رَأَيْتُ رَجُلًا يَتَقَلَّبُ فِي الْجَنَّةِ، فِي شَجَرَةٍ قَطَعَهَا مِنْ ظَهْرِ الطَّرِيقِ، كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ…

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam mengisahkan, “Aku melihat seorang lelaki yang mendapatkan kenikmatan di syurga kerana sebuah pohon yang dipotongnya di badan jalan yang mengganggu orang lain.” (HR Muslim)

Begitu penting menjaga hubungan sesama manusia sepertimana firman Allah SWT yang menekankan tentang حبل من الله (hubungan dengan Allah) dan حبل من الناس (hubungan sesama manusia).

Berusaha sebaik mungkin memelihara hubungan bukan hanya dengan Allah SWT, tetapi juga sesama insan. Moga kita termasuk dalam kalangan makhluk yang dicintai olehNya dan seluruh makhlukNya.

https://hottg.com/kapsul_tazkirah
Yang bersedih, Allah SWT pasti gantikan dengan gembira,

Yang sedang berusaha, Allah SWT pasti berikan kejayaan yang ditunggu,

Yang baik, Allah SWT pasti hadirkan yang baik sebagai teman yang mendampingi,

Yang sedang diuji, Allah SWT hadiahkan solat sebagai solusi,

Yang sedang menanti, semoga Allah SWT mempermudah jalan beroleh kebahagiaan.

واستعينوا بالصبر و الصلاة
فإن مع العسر يسرا

Salam Isra’ wal Mi’raj 1445H

https://hottg.com/kapsul_tazkirah
Mari panjatkan doa dan munajat di senja Jumaat. Moga termakbul segala hajat yang dipinta tanpa jemu 🤲🏻
Rafah pula sedang diserang dahsyat oleh Zionis 🇮🇱

Mari kita terus berdoa dan bersolidariti dengan saudara-saudara kita di sana 🇵🇸

اللهم عليك بالصهيون
وانصر إخواننا المستضعفين
Serangan kali ni lain dari yang lain. Kerajaan Zionis dah persiapkan kekuatan dan sokongan Barat untuk serangan kali ni selama berminggu-minggu. Silap-silap Mesir akan join sekali sebab gempuran Rafah akan menjejaskan sempadan mereka. Dalam beberapa jam pertama, mujahidin kelihatan agak overwhelmed. Orang awam pula tak ada tempat nak lari dah.

Fasa kali ini bukan just another day in Gaza.

Netanyahu nak tebus maruah dia depan geng-geng dia. Kalau dia kalah gempuran kali ini, tak ada apa yang dia boleh buat nak tebus air muka dia lagi

Fokus doa lebih dan ajak semua ikut sekali di media sosial mendoakan dan bangkitkan kesedaran.

🇲🇾 ❤️ 🇵🇸
HTML Embed Code:
2024/06/14 05:24:13
Back to Top