TG Telegram Group Link
Channel: Ibu Rose - Mesejnya Kasih Channel
Back to Bottom
Memberi pada manusia ni terkadang tidak dilihat. Tak nampak pun kebaikan, jasa dan pengorbanan kita.

Sungguh pun begitu, teruskanlah
Teruslah..teruslah memberi tanpa mengharapkan balasan. Biar Allah saja yang mengganjarkan mengikut kehendak-Nya.

Namun percayalah sayang, apa yang kita beri pasti akan berbalik kepada diri kita.
Kalau kebaikan yang kita beri, Insya-Allah kebaikan juga akan kita dapat.
Kalau pun bukan di dunia, mungkin di akhirat nanti.

Husnuzon selalu.
Bersangka baiklah.
Bersangka baiklah pada orang lain,
Bersangka baiklah pada diri sendiri.
Paling utama bersangka baik kepada Allah.

Kerana Allah bersama sangkaan hamba-Nya.

Salam kasih,
Ibu Rose & Yasmin Sari (Team Ibu Rose)

Jemput kongsikan perkongsian Ibu ini moga bermanfaat ❀️
hottg.com/iburoselove
Ibu ditanya dengan satu soalan.

"Ibu, bagaimana nak atasi rasa kesakitan terhadap sesuatu perkara? Saya berusaha sekuat mungkin agar kesakitan saya tu tak beri kesan tak baik pada orang lain dan dalam masa yang sama tak nak kesakitan tu makan diri saya sendiri.

Selalunya saya hanya akan telan sendiri dan ini membuatkan saya rasa sangat sakit."

Allahu Akbar.
Soalan ni adalah antara soalan yang sering ditanya.

Kat sini Ibu kongsikan 3 langkah ni :

1. ISTIGHFAR

Bila diuji begitu antara perasaan yang akan hadir adalah sedih, kecewa, marah dan yang seumpama dengannya. Dengan emosi yang begitu seseorang akan mudah menjadi pasif, banyak menyendiri, banyak menangis. Keadaan ini adalah keadaan terbaik untuk syaitan mula cucuk jarum.

Jadi, untuk menjaga emosi dan jiwa, beristighfar lah. Mohon perlindungan daripada Allah datipada gangguan makhluk yang tidak dijemput ni.

2. ZIKIR

Bukankah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Berzikir juga salah satu cara agar kita sentiasa connected dengan Allah.
Banyak kelebihan zikir ni.

Antara sebab kita perlu banyak berzikir adalah supaya state kita dapat diperbaiki.
Biiznillah.

3. MESEJ KASIH ALLAH

Setelah ISTIGHFAR dan BERZIKIR, InsyaAllah keadaan kita menjadi lebih tenang dan minda lebih rasional. Mudah kata, 'state' kita jadi lebih baik.

Masa ni kita boleh perlahan-lahan melihat ke dalam diri, melihat apa yang telah terjadi itu dengan menggunakan 'helicopter view'.

Melihat pada sudut pandang yang lebih luas dan besar, InsyaAllah akan membantu kita nampak apakah Mesej Kasih yang Allah anugerahkan bersama-sama ujian ini.

Masya-Allah akhirnya dengan memahaminya kesakitan tadi akan bertukar menjadi kesyukuran kepada kita.

Semoga Allah kurniakan kita hati yang sentiasa sabar, redha dan bersyukur atas apa jua yang Allah takdirkan.

Aminn Ya Rabb

Salam kasih,
Ibu Rose & Yasmin Sari (Team Ibu Rose)

Jemput ikuti perkongsian Ibu di sini hottg.com/iburoselove
Mari semua.
Awal pagi ni kita pasang niat siap-siap.
Kita doa siap-siap.

Moga sepanjang hari ini perkataan yang keluar dari lidah kita hanyalah perkataan yang baik-baik.

Moga sepanjang hari ini perkataan yang keluar dari lidah kita hanyalah perkataan yang mendatangkan kebahagiaan buat orang lain.

Moga sepanjang hari ini perkataan yang keluar dari lidah kita hanyalah perkataan yang akan membahagiakan kita di hari akhirat nanti.

Proses dahulu setiap kali mahu mengeluarkan perkataan.
Fikirkan dahulu apabila mahu berkata-kata.

Sesungguhnya perkataan itu boleh jadi perkataan yang menghidupkan atau mematikan jiwa-jiwa.

La hawala quwwata illa billah.
Tolong kami Ya Allah, permudahkan lah niat kami ini.

Aminn Ya Rabb

Salam kasih,
Ibu Rose & Yasmin Sari (Team Ibu Rose)

Jemput kongsikan perkongsian ini. Semoga bermanfaat.
hottg.com/iburoselove
Allah Maha Tahu segalanya.
Teruslah bersangka baik dengan segala takdir yang sedang dilalui.

Good or bad everything is good.

Terima adalah langkah pertama untuk hidup lebih tenang dan bahagia.

Apa jua takdir yang datang, berlapang dadalah, bersyukur.

Kerana semua itulah kita menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelum itu.

Hasbunallah wanikmal wakil.

Salam kasih,
Ibu Rose & Yasmin Sari (Team Ibu Rose)
Mungkin ada yang dalam perjalanan ke tempat kerja.
Mungkin ada yang mahu menyelesaikan tugasan di rumah.
Mungkin ada yang bakal bermusafir menjemput anak dari asrama atau bercuti ke kampung halaman.

Mungkin ada yang bakal menghadiri mesyuarat penting.
Mungkin ada yang bakal memasuki dewan pembedahan.

Apa jua yang bakal dilakukan atau dilalui, Ibu mendoakan agar semuanya mendapat keberkatan daripada Allah swt.

Dengan keberkatan ini akan memancarkan ketenangan, kebahagiaan dan kelancaran.

Bersamalah kita menjaga segala tuntutan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Moga dengan ini, kita sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah.
Aminn Ya Rabb.

Salam kasih,
Ibu Rose & Yasmin Sari (Team Ibu Rose)

https://www.facebook.com/share/p/Qoe2fpP3Y9GGs5wt/?mibextid=CDWPTG
Ibu..perananmu sangat penting.

Satu peranan yang sangat besar untuk ummah...untuk negara!

Bila ibu sebagai madrasah, ibu itu perlu berilmu.
Belajarlah, semudah bermula dengan membaca.

Berilmu bukan bermakna mempunyai sijil, diploma, degree, master atau yang seumpama dengannya.

Ibu yang berilmu adalah ibu yang dapat memimpin dirinya dan anak-anaknya ke jalan yang diredhai Allah.

Jasa paling besar seorang ibu adalah bila mengajarkan anaknya mengenal Allah, mengenal Al Quran, mengenalkan mereka kepada Rasulullah dan ahli keluarga baginda.

Subhanallah.
Sampai masanya ibu itu akan kembali kepada pencipta.
Namun, asuhan yang ditinggalkan menjadi ladang pahalanya di alam barzakh.
Satu alam persinggahan yang tak tahu sampai bila ibu itu akan mendiaminya.

Lahawlawala quwwata illa billah

Salam kasih,
Ibu Rose & Yasmin Sari (Team Ibu Rose)
🌟SERTAI KAMI DALAM PERBINCANGAN MENARIK BERSAMA IBU ROSE, FAMILY & LOVE GURU! 🌟
.
πŸ“£ Anda dijemput untuk menghadiri sesi Dialog Pendidikan episod 4: 'Bagaimana Sekolah Berperanan Membentuk Akhlak Ummah' dalam perbincangan yang menginspirasi tentang peranan penting sekolah dalam membentuk akhlak generasi masa depan.
.
πŸ“… Tarikh: 29/2/2024 (Khamis)
⏰ Masa: 9.00pm-10.00pm
πŸ–₯️ Platform: Zoom (Link akan diberikan selepas pendaftaran)
.
Dalam sesi ini, kita akan menerokai strategi dan pendekatan terbaik yang boleh digunakan oleh sekolah untuk memperkasa dan melatih akhlak pelajar, mencipta impak positif dalam masyarakat.
.
Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapat pandangan berharga dan menyumbang kepada perbincangan yang penting. Daftarlah sekarang!
.
Klik pautan dibawah untuk menyertai kamiπŸ‘‡πŸ»
.https://bit.ly/DPS_IbuRose
.
☎️Maklumat lanjut, hubungi:
012-6105548 (Nizam)
013-6680904 (Sha)

#ParentingTalk #PendidikanAkhlak #SekolahBerkualiti #ZoomDiscussion
HTML Embed Code:
2024/03/29 07:30:46
Back to Top