TG Telegram Group Link
Channel: Ibu Rose - Mesejnya Kasih Channel
Back to Bottom
Jom kita belajar memahami perkembangan anak-anak.

Hari ini, Ibu Rose kongsikan berkenaan fasa PRA-REMAJA lingkungan 9-12tahun.

Moga bermanfaat ❤️

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02uRDcTY5cfdwZEsHQ77LP3pbP5pwVPMFs7Tx6FUPT6bSnPzKaPUdRFk86LGek3Jgfl&id=100044368691749&mibextid=Nif5oz
Teruskan berdoa. Hanya Allah yang Maha Berkuasa. Doalah untuk mereka & kita. Agar kita kuat iman hadapi ujian akhir zaman ❤️💚🤍🖤
Photo from Yasmin Sari
Assalamualaikum dan salam kasih sayang
🖤💚❤️🤍

Ehh....lama kita tak jumpa dalam live, kan?
Apa kata kita jumpa hari ini, cuma kita akan bersiaran di Zoom.
InsyaAllah kita akan bicara tentang Pa*lest*n. Apa peranan ibu bapa?

Kami yakin, ramai yang terkesan dengan apa yang terjadi di dunia sana. InsyaAllah, jom kita bergabung esok dan kita berbicara soal ini. Soal yang sangat dekat di hati kita.

Ingat tau, esok kita akan bersiaran secara EKSKLUSIF HANYA DI ZOOM. InsyaAllah zoom Ibu boleh muat 90orang. Jom...bagi penuh seat. Ajak ramai-ramai ye.

Jom set alarm anda dan ikuti live bersama Ibu Rose, Pn Shaimaa' dan Pn Yasmin Sari hari ini :

Tarikh : 3 Nov 2023
Hari : Jumaat
Masa : 3.00ptg
Lokasi : Zoom

Join Zoom Meeting
https://us02web.zoom.us/j/82267411308?pwd=NDBFcDhVYlBKdGV3MzNVT1lreWYrZz09

Meeting ID: 822 6741 1308
Passcode: 035656
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Semoga Allah memberikan kebijaksanaan dan sabar dalam mendidik anak-anak kepada semua parents di sini.
.
Anak-anak kita adalah pewaris kita. Binalah hormat dan keyakinan diri yang tinggi ke dalam diri mereka.
.
Mereka bakal menghadapi cabaran hidup yang kita tidak tahu apa. Hanya iman dan berpegang teguh kepada Allahlah yang boleh menyelamatkan mereka dari cabaran hidup yang luar biasa.
Sayang,
Adakalanya kita hilang kesabaran di dalam mendidik anak-anak yang kita kasihi.
Mungkin kerana kita dilanda stress yang besar atau masalah yang menghantui fikiran atau kita saja hilang kawalan.

Kita hanyalah manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan.
Malah dalam Islam, orang yang melakukan silap bukanlah akan dihukum selamanya.
Sebab itulah wujudnya TAUBAT yang membetulkan balik diri dan mengembalikan diri kepada Allah.

Di sini suka Ibu kongsikan 4 cara yang boleh anda lakukan sekiranya TELAH MARAH anak melebihi dari yang sewajarnya.

Pertama
- Jika anda muslim, maka beristigfarlah.
- jika anda bukan muslim, bacalah doa anda.

Kedua
- Maafkan diri anda.
- Usah lagi menghukum atau mengutuk diri berterusan.

Ketiga
- Kuatkan kembali

Jemput ikuti baca sepenuhnya di sini.👇👇 Moga bermanfaat

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0yWfA7Xik7fW2ih2zmszZjfED238DCohVYAyupJonESJpkaVdDDyTRi4kb1GnqsYul&id=100044368691749&mibextid=ZbWKwL
Redha Suami

Antara perkara tak mudah nak buat hari ni. Ibu akui dengan apa yang wanita miliki membuatkan kadang-kadang ada masa dia merasakan tidak bersuami lebih baik.

Mungkin wanita mempunyai kekuatan ekonomi sendiri.
Mungkin wanita mempunyai pangkat lebih besar dan aset yang lebih berbanding suami. Mungkin wanita mempunyai pendidikan yang lebih tinggi dari suami. 
Mungkin wanita ini terbiasa menjadi seorang decision maker dan suami selalu mengharapkan isteri untuk membuat keputusan.

Hanya IMAN dan TAQWA pemelihara diri.

Biasanya diawal perkahwinan sama-sama saling berusaha untuk menunjukkan sisi terbaik diri.
Tapi bila tempoh 'honeymoon' berakhir keluarlah warna sebenar diri masing-masing. Semestinya ujian mulai hadir.

Subhanallah.
Namun ujian-ujian itu sebenarnya hadir untuk menguatkan ikatan sesebuah perkahwinan.
Benar, untuk menguatkan.

Jadi kalau sayang mungkin di fasa awal perkahwinan dan melalui ujian ada 2 peraturan yang perlu dipatuhi.

Peraturannya :
1. Bersabar
2. Rujuk peraturan yang pertama😅

Paling ampuh ambillah apa yang Allah pesan dalam Al Quran sebagai jalan keluar.
Antara pesanan Allah dari Surah Al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud:
"Wahai mereka yang beriman, jadikanlah SABAR dan SOLAT itu sebagai penolongmu."

Allahu Akbar.
Nampak tak pada ayat ni Allah highlight SABAR dahulu kemudian barulah SOLAT. Ibu bukanlah orang yang layak untuk mengulas ayat ini. Sayang boleh cuba cari guru tadabbur untuk lebih memahami ayat ini ya.

InsyaAllah dengan memahami ayat ini lebih dalam InsyaAllah ia boleh jadi ayat healing dan ayat penguat jiwa sayang untuk tetap tabah menghadapi apa jua cabaran dalam kehidupan berumahtangga ini.

Ingat sayang kita suami isteri tidak maksum. Pasti akan melakukan kesilapan.

Firman Allah lagi dalam Surah Asy-Syura (ayat 40) yang bermaksud :
"Maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (jaminan) Allah.”
Malah ada ulama yang menafsirkan jaminan ini dengan infiniti yakni hanya Allah yang tahu berapa besar pahala yang Dia berikan.

Allahu Akbar.

Siapa pun suamimu itu sekarang, dialah insan terbaik untukmu yang Allah takdirkan.
Pasti ada kebaikan atas segala takdir Allah.
Good or bad, everything is good.

Ya Allah kurniakanlah kami keluarga yang sentiasa sakinah mawaddah warahmah dalam penjagaan kasih sayangMu.

Aminnn Ya Mujib

Salam kasih,
Ibu Rose & Yasmin Sari  (Team Ibu Rose)
"Sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri. Buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi."

Bait kata-kata ini sangat indah.
Pesanan daripada lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Sebagai suami isteri pasti ada ketikanya tidak sependapat, ada perkara yang tidak berkenan dihati, adalah yang tak kena di mata. Apapun jua ketidaksepakatan usahlah dibiarkan berpanjangan.

Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Jadikan cabaran dalam berumahtangga ini sebagai medan saling memberi.
Memberi kemaafan.
Memberi kasih sayang.
Dan jadikan juga sebagai medan meminta maaf..

Insya-Allah kerukunan rumahtangga akan sentiasa terpelihara.
Tiada antara kita yang maksum.
Hanya Rasulullah saw yang terpelihara daripada dosa-dosa.

Meminta maaf, memberi kemaafan dan berlapang dada pada setiap ujian yang melanda.

Ibu mendoakan semoga Allah sentiasa memelihara kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga yang sayang bina bersama pasangan yang tersayang.

Aminn Ya Rabb

Salam kasih,
Ibu Rose - Mesejnya Kasih & Yasmin Sari (Team Ibu Rose)
"Siapa menutup aib orang lain, Allah akan menutup aibnya di hari kiamat."
Itu diantara intipati penting sabdaan Nabi Muhammad saw pada kita semua.

Sayang,
Untuk berdiri di hari kiamat nanti bukanlah satu perkara yang mudah.
Tiada siapa yang boleh membantu.
Tiada apa yang boleh menolong kita.

Melainkan
Melainkan
Hanya Rahmat Allah dan Syafaat Nabi Muhammad saw dan beberapa syafaat lain.

Mudah kata, tak mudah untuk 'hidup' di akhirat nanti.

Suami dan isteri tidur sebantal.
Baik buruk pasangan semua tahu.

Pesan Ibu, simpan kemas aib pasanganmu melainkan dalam batasan yang dibenarkan syarak.
Hidup ini sebenarnya mudah andai syariat didahulukan.

Andai ada sesuatu yang berlaku di antara pasangan, bertenanglah.
Jangan terburu-buru.

Ingat apa jua tindakan yang mahu diambil perhatian apakah kita sedang berada di mana.
Apakah di ZON NAFSU atau ZON TAKWA.

Menjadi orang yang bertakwa bukanlah bermakna menjadi orang yang pasif.
Hanya berhati-hati dengan setiap langkah yang diambil agar tidak mendatangkan murka Allah.

Salam kasih,
Ibu Rose & Yasmin Sari (Team Ibu Rose)
Anak remaja merokok? Alahai..

Hati ibu mana yang tak risau jika anaknya terlibat dengan rokok. Yelah, cabaran dunia remaja hari ini besar. Itu belum lagi bercakap tentang vape yang pelbagai bentuk dan perasa.

Sekali terjebak, tak mudah nak berlepas diri daripadanya. Kena pula kalau ini anak lelaki yang menjadi harapan. Mestilah 'rasa' tu jadi lebih dalam.

PROAKTIF

Jadilah ibu bapa yang proaktif. Sediakan anak sebelum masanya tiba. Ibu tahu kebanyakan sekolah hari ini memang ada program khas anti merokok, anti dadah dan sebagainya. Itu peranan yang pihak sekolah lakukan. Sangat bagus.

Apa pula peranan ibu bapa?

Banyak.
Antaranya bercakaplah dengan anak soalan ni. Selalulah bersedia lebih awal. Persiapkan anak dengan ilmu dan kefahaman bahaya rokok dan vape ni.
Paling penting buat anak rasa dia sentiasa boleh pergi pada ibu ayahnya bila ada sesuatu yang tak selesa pada dirinya.
Jadi ibu bapa yang selalu terbuka untuk mendengar permasalahannya.

BERSANGKA BAIK

Ibu bapa perlu sangat berhati-hati terhadap sangkaan yang terbit terhadap anak-anak. Allah dah kata dalam Al Quran yang Allah bersama sangkaan hamba-Nya.

Lagi-lagi ibu bapa, sangkaan yang terbit dalam hati mudah-mudah saja Allah kabulkan.
Jadi pesan Ibu, hati-hati pada setiap sangkaan terhadap anak.

"Entah..entah anak ni dah pandai curi-curi merokok, tapi pandai cover.'
"Entah-entah dia gunakan duit belanja beli rokok/vape."
"Entah-entah dia melencong ke tempat lain sebelum balik ke rumah."
"Entah-entah...."

Inilah bahaya...entah-entah yang boleh menjadi realiti kerana 'doa-doa' yang ibu bapa submit pada Allah tanpa sedar.

"Jadi Ibu, apa saya kena buat? Tapi hati saya rasa tak tenang. Rasa ragu ada, tapi Ibu kata bahaya bersangka-sangka."

DOA

Sangkaan itu sangat bahaya. Jadi, stop sangkaan yang bukan-bukan.
Saranan Ibu, bangunlah di sepertiga malam. Bangun...mohon dan berdoa kepada Allah minta jalan keluarnya.
Minta sungguh-sungguh agar Allah menjaga anak-anak kita dari anasir tidak baik di sekelilingnya.

TUNJUKKAN KASIH SAYANG - BINA HUBUNGAN BAIK

Nak selesaikan sebarang isu akan jadi lebih mudah andai ibu bapa memang ada hubungan yang baik dengan anak-anak.
Anak-anak memang dah selalu terbuka dengan ibu bapa, mudah bercerita dan meluahkan.
InsyaAllah, bagi kes begini lebih mudah.

Jika belum ada hubungan yang baik, jangan terburu-buru, takut jadi 'backfire' pula pada ibu bapa. Bina dahulu hubungan baik. Sabar dan jangan berputus asa.

TANYA SAJA

Mudah bagi ibu bapa yang memang mempunyai hubungan yang baik dengan anak.
Tanya saja terus, usah bersangka-sangka.

Cuma pastikan masa tanya tu keadaan sama-sama sedia, tenang, sesuai.
Biar masa tu hanya berdua bukan depan ahli keluarga yang lain.

Tanya pula mesti dengan cara yang betul, bukan seperti menuduh atau menyalahkan.

GUNA KAEDAH SANDWICH

Seperti sandwich, atas roti tengah inti bawah roti.
Maksudnya pembukaan dan penutup cakap tentang kebaikan anak.
Tengah-tengah tu baru cakap tentang mesej kita.

SAYANG TANPA SYARAT

Anak adalah manusia yang bukan maksum. Yang sama seperti kita. Kita sendiri selalu melakukan kesilapan dalam hidup.
Tapi kata Allah manusia yang Allah paling sayang bukanlah manusia tak pernah buat dosa, tapi adalah manusia yang kembali BERTAUBAT apabila menyedari akan dosa-dosanya.

Sayangilah anak tanpa syarat. Terimalah dia andai dia ada melakukan kesilapan. Sabarlah dalam mendidik. Diri sendiri pun tak mudah kita nak didik. Inikan pula orang lain.

Hasbunallah wanikmal wakil

Salam kasih,
Ibu Rose & Yasmin Sari (Team Ibu Rose)
Assalamualaikum sayang, selamat bercuti buat yang bercuti. Jemput untuk ajak sahabat dan keluarga ke Telegram Ibu. Insya-Allah Ibu akan lebih aktif berkongsi di sini.

Ini link telegram ibu. ❤️❤️
hottg.com/iburoselove
HTML Embed Code:
2024/04/28 19:33:26
Back to Top