TG Telegram Group Link
Channel: Coretan Sayang
Back to Bottom
Hari hari yang dilalui terasa semakin sunyi,
Sesendu hati yang mengingati memori,
Bilamana akal memutarkan apa yang terjadi,
Kuharapkan aku berada dalam sebuah mimpi,
Namun bangkitku dipagi hari,
Mentari menyedarkan bahawa inilah realiti hari ini,
Segalanya....semakin dimiliki terasa tidak mencukupi,
Pabila pergi,
Kau mula merindui......

-shuhada tsabts-
@coretansayang
https://hottg.com/coretansayang
Kata mereka,
Sebelum menemui bahagia,
Kau perlu menempuh berjuta duga,
Harus menghadapi pelbagai perkara,
Namun kau mungkin tertanya tanya,
Mengapa masih adanya segelintir yang kecewa setelah bahagia?
Lantas menggongcang semangatmu untuk terus berusaha,
Usah khuatir usah penat meneka,
Cukup kau lalui sahaja,
Percaya kepada takdir Yang Esa,
Kerana sbaik baik perancangan adalah perancanganNya....

-shuhada tsabts-
@coretansayang
https://hottg.com/coretansayang
Bukan kerana tiada cerita untuk diperkata,
Bukan juga kerana tiada idea untuk melontar suara,
Tetapi hakikatnya,
Tak semua benda harus dicerita,
Terkadang aku juga terfikir bahawa,
Pembaca semakin lama semakin bosan dengan coretan yang tertera,
Ayatnya seakan akan sama,
Walau tak semuanya serupa,
Yang sebenarnya akan tetap menjadi rahsia,
Antara aku dan Dia....

-Shuhada tsabts-
@coretansayang
https://hottg.com/coretansayang
Agak janggal apabila kau secara tiba²,
Tidak menyukai seorang manusia,
Padanhal hakikatnya kau dan dia sama,
Kedua duanya hamba yang Esa,
Tak perlu dengki,
usah iri hati,
Aabid itu diciptakan Indah oleh ilahi,
Masing² punya kelebihan sendiri,
Jangan hanya pandai menunding jari,
Ambil masa,cuba muhasabah diri!

-shuhada tsabts-
@coretansayang
https://hottg.com/coretansayang
Hati adalah raja dalam diri,
Tiada istilah mulut jahat tetapi hati suci murni,
Kerana hakikatnya mulut itu cerminan diri,
Segala yang dilontarkan dimulut,itulah yang ada dihati,
Hati² dengan hati,
Fikir berkali² sebelum melontar suara,
Boleh jadi kau dibenci kerana kata²,
Dosa dengan Pencipta,
Kau hanya perlu bertaubat sepenuh rasa,
Dosa dengan manusia?
Kau takkan pernah tau isi hatinya...

-shuhada tsabts-
@coretansayang
https://hottg.com/coretansayang
Wanita itu umpama marjan,
Berkilau terang tak terbanding dek bintang,
Lagi² apabila dilitupi oleh pakaian sopan,
Kerana yang cantik itu adalah yang kekal didalam bungkusan,
Bukannya yang disana sini dipandang,
Sungguh,menutup aurat itu tidak sedikitpun mengurangi kecantikan,
Malah kau semakin dihormati dengan hati yang penuh iman,
dicintai ramai lelaki bukanlah satu kemuliaan,
Melainkan hanyalah kehinaan yang jelas terbentang,
Jangan pernah malu menyarungkan stokin,
Disaat yang lain tanpa segan silu menyingkatkan kain,
Kerana dunia ini hanyalah perhiasan,
Dan sebaik baik perhiasan adalah wanita solehah...

-shuhada tsabts-
@coretansayang
https://hottg.com/coretansayang
Ujian,
Umpama lilin yang menyinari kelam,
Dimana saat ujian datang menghentam,
Aku bersembunyi dalam terang,
Seharusnya,terus ku susuri jalan,
Menamatkan permainan yang tiada permulaan,
Pengakhiran?
Entah bila wujudnya titik kesudahan,
Segalanya hanyalah 'mungkin' yang takkan pernah padam,
Kerana yang namanya kehidupan,
Kau takkan pernah lari dari takdir tuhan....

-shuhada tsabts-
@coretansayang
https://hottg.com/coretansayang
Pelik tapi benar,
Dimana jalan ceritanya telah tersusun dengan beribu liku,
Ya,seharusnya memeningkan bagi yang tidak tahu,
Barangkali,watak utama sudah mulai buntu,
Jikalau dulu itu berlaku,
Mungkin pelakonnya akan bersorak menangis tersedu,
Yang terindah itu,
Bukan seperti apa yang tergambar difikiranmu,
Sesungguhnya takdir itu,
Rahsia Yang Maha Satu,
Bangkit, mulakan cerita baru!

-shuhada tsabts-
@coretansayang
https://hottg.com/coretansayang
Jodoh,
Ia bersifat sunyi dan bersembunyi,
Telah diatur oleh ilahi,
Sebelum kau mengenal dunia ini,
Nyatanya jodoh itu punya dua sisi,
Antara teman hidup dan mati,
Persoalannya disini,
Jodoh manakah yang dulu kan kau temui?
Yang terakhir kali atau si dia yang kau impi,
Usah persoalkan ketentuan ilahi,
Tenang,persiapkan diri,
Agar bila kau dijemput pergi,
Kau sudah punya bekalan untuk dibawa nanti:)

-shuhada tsabts-
@coretansayang
https://hottg.com/coretansayang
Manusia itu,
Sifatnya ingin terus mencari,
Bersaing mengumpul hiasan duniawi,
Walau hilangnya maruah diri,
Dosa pahala ditolak ke tepi,
Mengejar tanpa henti,
Hingga tak percaya maut menanti,
Yang diingini itu bukanlah yang kekal abadi,
Kerana segalanya milik ilahi,
Mungkin dia alpa,
Boleh jadi juga sengaja dilupa,
Terlalu asyik mengejar dunia,
Tapi hakikatnya, dunia itu sendiri sementara;

-shuhada tsabts-
@coretansayang
https://hottg.com/coretansayang
Ibu itu,
Umpama ratu dalam gelap penuh liku,
Doa ibu,
Bersih tiada hijab yang menganggu,
Restu ibu,
Adalah segalanya bagi setiap yang berlaku,
Hakikatnya ibu itu satu,
Tak terbanding walau ditukar dengan wang beribu,
Lakukan semuanya demi ibu,
Kerana disitu letaknya syurgamu...

-shuhada tsabts-
@coretansayang
https://hottg.com/coretansayang
Terkadang perlu untuk kita bersendiri,
Seketika,bukannya sehari,
Bukan untuk meratapi nasib diri,
Tidak juga untuk dikesali,
Tapi untuk kita menyelami,
Mendalami segala mehnah yang diberi,
Atas setiap yang terjadi,
Cuba pandang dari perspektif yang berbeza,
Ikhlaskan jiwa untuk menerima sedaanya,
Ya, redha!
Dari situ kau akan sedar betapa tuhan itu maha cinta,
Ditangguhnya sesuatu supaya kau lebih bersedia,
Mendapatkan sesuatu yang tak kau jangka,
Jauh lebih baik daripada yang kau pinta!

-shuhada tsabts-
@coretansayang
https://hottg.com/coretansayang
Masaalah,
Semua jiwa mengalaminya,
Kan selalu ada selagi kita bernyawa,
Dia yang kau lihat selalu bergelak tawa,
Selalu beriak seolah olah tak berlaku apa²,
Adalah dia yang sedang menyembunyikan rasa,
Dia yang sebenarnya menyimpan berjuta rahsia,
Dia yang sarat menanggung derita,
Kerana pedihnya hanya dia yang tahu bagaimana,
Tanpa perlu memberitahu kepada sesiapa,
Tanpa perlu bercerita kepada seisi dunia,
Kerana hakikatnya,
Dia hanya manusia,
Yang mengharapkan seperkara,
menunggu 'izrail' tiba,
Menamatkan segalanya!
[Dia yang sedang putus asa]

-shuhada tsabts
@coretansayang
https://hottg.com/coretansayang
B-E-L-A-J-A-R,
Sampai satu masa kau akan rasa ia tersangat sukar,
Mampu menggugat hati melahirkan gementar,
Hari²mu dipenuhi debar,
Hingga kau mungkin memilih untuk berhenti mengejar,
Sabar,
Rehat, dan kau perlu terus melakar,
Mencipta sejarah yang kau sendiri takkan pernah gambar!

Shuhada tsabts-
@coretansayang
https://hottg.com/coretansayang
Aslih nafsak wad'u ghaira',
Sememangnya aku setuju,
Tapi kau tidak boleh menggunakan perkataan itu,
Untuk menutup segala doa yang kau laku!
Tidakkah kau rasa malu?
Disaat kau menegur manusia tentang sesuatu,
Dalam diam hal sama kau lakukan dek tiada orangkan tahu,
Kau menyuruh orang memakai stokin,
Disaat sama kau sendiri menyingkatkan kain,
Kau menyeru kami hiasi peribadi dengan akhlak yang terpuji,
Tetapi kau sendiri memakai skincare untuk dipuji,
Kau mungkin lupa seperkara,
Dakwah itu bukan tentang likes semata-mata,
Bukan juga pabila kau dikenali seisi dunia,
Ia tak bererti kau malaikat,
Kerana dakwah ialah bilamana kau terus mengajak masyarakat,
Setia menyebarkan cinta tanpa syarat...

shuhada tsabts-
@coretansayang
https://hottg.com/coretansayang
Doa,
Perkara yang sering aku langitkan,
Meraih sentuhan dalam gelap dan terang,
Namun terkadang,
Aku persoalkan,
Mengapa perlu terkumpulnya doa
Yang tak dimakbulkan,
Adakah si fulan,
Rintihannya tak didengar dek tuhan?

shuhada tsabts-
@coretansayang
https://hottg.com/coretansayang
Antara manisnya syahadat dan dahsyatnya syafaat antara hitungan tasbih, aku percaya bahawa sujudku dan sujudmu akan bertemu di 'aamiin' yang sama!
- sabki

Shuhada tsabts-
@coretansayang
https://hottg.com/coretansayang
Kerana rindu itu hanyalah satu kata,
Yang lahirnya suci dari jiwa,
Dirasai oleh dua insan yang saling bercinta,
Walau diasingkan dengan berlainan benua,
Dipisahkan dengan dua alam yang berbeza,
Antara realiti dan maya!

-shuhada tsabts
@coretansayang
https://hottg.com/coretansayang
Hidup ini sementara cuma,
Selagi mana kau punya nyawa,
Coretkanlah beribu cerita,
Lakarlah berjuta perkara,
Agar bilamana kau tinggalkannya,
Masih ada yang namanya 'sisa' ,
Untuk dikenangkan buat 'mereka';

-shuhada tsabts
@coretansayang
https://hottg.com/coretansayang
There're different between someone who u love n someone who love u,
Someone who u love will be with u when he had a free time,
But someone who love u will free his time to be with u!

-shuhada tsabts
@coretansayang
https://hottg.com/coretansayang
HTML Embed Code:
2024/05/15 18:39:05
Back to Top