TG Telegram Group Link
Channel: Cintai PQS
Back to Bottom
📚 SEHARI SATU ISTILAH 📚

(169) Mujtahid : Seseorang yang layak membuat keputusan dan hukum mengikut kaedah tertentu.📝
KALENDAR ISLAM

RABU
28 Ramadhan 1444H
Bersamaan 19 April 2023


☀️ "Beri'tikaf pada 10 malam terakhir Ramadan adalah sunnah Nabi SAW.
Daripada Abdullah bin Umar RA beliau berkata: "Rasulullah SAW beri'tikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan."
(Riwayat Al-Bukhari)
#SelawatJanganTinggal
#SalamRamadhanAlMubarak
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
📚 SEHARI SATU ISTILAH 📚

(170) Qiyamullail : Berjaga pada sepertiga malam untuk melakukan ibadah tertentu seperti Solat Tahajjud dan lain-lain.📝
BELAJAR DARI KESILAPAN

Jika kita pernah melakukan kesilapan dalam kehidupan, jangan ulang kesalahan yang sama. Belajarlah di mana silap kita dengan mencari ilmu.

"Jika kamu tidak sanggup menahan lelahnya belajar, maka kamu mesti sanggup menahan peritnya kebodohan."

- Imam As-Syafi'ie -
GERHANA MATAHARI SEPARA

Fenomena Gerhana Matahari Separa dijangka berlaku pada 20 April 2023 bersamaan 29 Ramadan 1444H. Matahari, bulan, siang dan malam merupakan sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah SWT.

Islam menganjurkan umatnya untuk melaksanakan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana bulan atau matahari.

Fenomena Gerhana Matahari Separa di Putrajaya pada kali ini dapat disaksikan dalam tempoh 1 jam 44 minit bermula jam 11.04 pagi dan berakhir 12.47 tengahari.

#JAKIM
KALENDAR ISLAM

KHAMIS
29 Ramadhan 1444H
Bersamaan 20 April 2023


☀️ "Bagaimana mungkin air mata seorang mukmin tidak menitis tatkala berpisah dengan Ramadhan, Sedang ia tidak tahu apakah masih ada sisa umurnya untuk berjumpa lagi."
(Lathaaiful Ma’aarif: 217)
#SelawatJanganTinggal
#SalamRamadhanAlMubarak
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
📚 SEHARI SATU ISTILAH 📚

(171) Amanah : Sesuatu yang diserahkan kepada seseorang yang dipercayai untuk dijaga dengan sebaik-baiknya.📝
Forwarded from Himpunan Doa Ringkas
Doa Akhir Ramadhan 🤲

Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa-dosa kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke syurga untuk kami.

Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan mahupun selepas Ramadhan.

Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.

Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

Ya Mujibbasailin. Limpahilah kami dengan sifat2 kebaikan dan terpuji. Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

Ya Allah, Janganlah Kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang.

Tapi, andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu.

Ya Allah, jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.

Ya Allah, temukanlah kami dengan Lailatul Qadr. Pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr.

Ya Allah, terimalah amalan kami. Terimalah taubat kami. Ampunkanlah segala dosa kami. Amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi. Kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang Maha Luas Nikmatnya.❤️🤲

Aamin Ya Robbal Alamin 🤲🤲
KALENDAR ISLAM

JUMAAT
30 Ramadhan 1444H
Bersamaan 21 April 2023


☀️ "‎Alhamdulillah, masih ada kesempatan untuk kita semua memanfaatkan Ramadhan terakhir. Imam Ibnu Khuzaimah rahimahullah meletakkan dalam Sahihnya bab بَاب الْأَمْرِ بِطَلَبِ لَيْلَةِ الْقَدْرِ آخِرَ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ Bab perintah mencari Lailatul Qadar pada malam terakhir Ramadhan.
‎Sabda Nabi ﷺ : ‎Carilah Lailatul Qadar pada malam terakhirnya.
‎الْتَمِسُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي آخِرِ لَيْلَةٍ
(Sahih Ibnu Khuzaimah 2/47 no: 2189)
#SelawatJanganTinggal
#SalamRamadhanAlMubarak
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
📚 SEHARI SATU ISTILAH 📚

(172) Al-Jarah Wa At-Ta'dil : Ilmu yang membahaskan berkaitan status seseorang perawi hadis sama ada diterima atau ditolak periwayatan mereka.📝
Banyakkan berselawat pada hari Jumaat yang mulia ini.

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

#JumaatSayyidulAyyam
HTML Embed Code:
2024/05/17 14:27:37
Back to Top