TG Telegram Group Link
Channel: Astro AWANI
Back to Bottom
Trump mengkritik naratif media yang didakwanya mengecilkan keupayaan dan kejayaan Amerika.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Calon muda berhaluan kiri, Zohran Mamdani, kini bersedia untuk menjadi calon Demokrat bagi jawatan Datuk Bandar New York selepas mencipta kejutan politik yang luar biasa.

Lapor media antarabangsa, ahli politik berusia 33 tahun itu, yang merupakan seorang demokrat sosialis, mengisytiharkan kemenangan dalam pemilihan parti pada Selasa, menewaskan pencabar utamanya, Andrew Cuomo yang merupakan seorang veteran politik dan bekas Gabenor New York.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sekurang-kurangnya 10 orang maut manakala 15 lagi cedera dalam kejadian banjir lumpur berhampiran bandar Medellin di Colombia, kata Gabenor Antioquia Andres Julian Rendon pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Rendon menggesa penduduk di bandar Bello dan kawasan sekitarnya supaya berpindah kerana kawasan itu masih terdedah kepada risiko tanah runtuh berikutan hujan yang berterusan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
War dominates headlines — but what about women giving birth in war zones?

With limited access to care, thousands of women are going into labor amid bombings, in makeshift wards — without proper medical support or safety.

#piaspectives
#AWANIinternational

https://www.tiktok.com/@poweraffairs/video/7519814066714594578
Canselor Austria Karl Nehammer mengumumkan pemberian bantuan kewangan berjumlah EUR3 juta (AS$3.21 juta) kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) bagi menyokong rakyat Palestin yang terjejas akibat konflik.

Agensi Berita Emiriah (WAM) melaporkan bahawa bantuan itu bertujuan membantu menyediakan bekalan air minuman, makanan dan tempat perlindungan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang wanita Malaysia berusia 46 tahun ditahan pada Isnin (23 Jun) kerana disyaki cuba menyeludup lebih dua kilogram (kg) dadah, termasuk ganja dan "ice", bernilai lebih S$142,000 (S$1=RM3.30), ke Singapura.

Dalam kenyataan bersama, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata pegawai ICA mengesan dua bungkusan yang dipercayai mengandungi dadah terkawal disembunyikan di bawah penutup bahagian hadapan motosikal yang ditunggang wanita itu semasa pemeriksaan dipertingkatkan di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Polis mengesahkan seorang pegawai kewangan sebuah syarikat perundingan kerugian RM4.17 juta selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud dalam talian baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata wanita berusia 60 tahun itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut semalam, mengadu diperdaya sindiket berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Jeneral Mohammad Pakpour memberi amaran kepada "musuh-musuh" Iran agar tidak melakukan sebarang "kesilapan" dalam satu ucapan pada hari Rabu (25 Jun).

"Semua pejuang kami sudah bersedia, jari di picu," katanya, sambil menambah, "Jika musuh melakukan kesilapan, mereka akan menerima tindak balas yang tegas dan kuat."
#AWANInews
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Fadlun Mak Ujud berkata projek itu kesinambungan kepada pelaksanaan perancangan Putrajaya, yang telah digariskan sejak awal membabitkan pembahagian kawasan kepada 20 Presint utama meliputi keluasan keseluruhan 4,931 hektar.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Rafael Grossi berkata Iran mempunyai keupayaan untuk membina semula kemudahan nuklearnya, di tengah-tengah laporan bercanggah mengenai tahap kerosakan akibat serangan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) hujung minggu lalu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Pengetahuan teknikal dan kapasiti industri memang wujud dan tiada siapa boleh menafikannya," katanya di luar mesyuarat krisis bersama kerajaan Austria di Vienna.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Hari ini 28 tahun yang lalu, novel "Harry Potter and the Philosopher’s Stone" mula diterbitkan di United Kingdom.

Ia merupakan sebuah kisah fantasi karya penulis British, J.K. Rowling, tentang perjalanan hidup seorang anak yatim piatu bernama Harry Potter, yang menyedari dirinya berketurunan magis & dijemput menyertai sebuah sekolah ajaib bernama Hogwarts School of Witchcraft & Wizardry.

Di sekolah itu, dia bersahabat rapat dengan Ron Weasley & Hermione Granger. Dalam menjalani kehidupan di Hogwarts, Harry mengetahui kebenaran tentang dirinya yang berhubung kait dengan seorang ahli sihir jahat bernama Voldemort.

Ilham hadir ketika Rowling, yang ketika itu penyelidik di Amnesty International, di dalam tren dari Manchester ke London. Draf pertama disiapkannya pada 1995, namun tak kurang daripada 12 penerbit menolaknya sebelum Bloomsbury sudi menerima & menerbitkannya pada 1997.

Tahun 1998 ia mula diterbitkan di Amerika Syarikat oleh Scholastic Corporation dengan nama "Harry Potter and the Sorcerer’s Stone." Ini novel pertama ditulis Rowling & pantas menjadi sensasi global, terjual lebih 120 juta salinan seluruh dunia & diterjemah kepada sekurang-kurangnya 70 bahasa.

Ia juga diterjemah ke layar perak pada 2001 terbitan Warner Bros. dibintangi Daniel Radcliffe, Rupert Grint & Emma Watson. Novel ini menjadi pemula kepada 6 lagi novel sekuel yang sama hebat & masing-masing turut menjadi filem pecah panggung.

Rowling diangkat sebaris dengan penulis legenda terdahulunya seperti Jane Austen, Roald Dahl serta penglipur lara Greek Purba, Homer kerana gaya penulisannya yang mudah difahami, menyentuh segenap emosi & susunan plot yang bijak.

Semasa menyiapkan novel ini, Rowling mengharungi tempoh sukar; kematian ibu, penceraian, kehilangan kerja & terpaksa bergantung kepada bantuan kebajikan ketika membesarkan seorang anak kecil. Dia mengalami kemurungan & hampir membunuh diri.

Begitupun, novel tersebut telah melonjak kehidupan Rowling menjadi seorang bilionair, yang kemudian hilang status itu kerana banyak hartanya disumbangkan kepada usaha-usaha kebajikan.

Sumber: Britannica, Wizarding World

#PeristiwaHariIni
Palm Oil Industrial Cluster (POIC) di Lahad Datu ialah kawasan perindustrian strategik yang dibangunkan kerajaan Sabah bagi memacu industri hiliran dan logistik.Terletak di pesisir timur Sabah dalam koridor BIMP-EAGA, ia menempatkan satu-satunya pelabuhan laut dalam di pantai timur menjadikannya hab penting untuk perdagangan masa depan negeri.

Nantikan AWANI Sabah+ setiap Khamis dan Jumaat jam 8.25 malam di semua platform Astro AWANI.

#AWANISabah+
#AWANInews
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI*| 🌥 Setakat 9 pagi

*Berita Penuh*
🔗 https://bit.ly/3Ga3Gxq
🔸Pertikai pelantikan Leftenan Jeneral, Pas beri amaran tindakan disiplin
🔸Israel lancar serangan balas besar-besaran selepas anggota tentera maut
🔸Bank-bank akan mula laksanakan cukai perkhidmatan terhadap perkhidmatan kewangan mulai 1 Julai depan

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
Unifi Business rakan media Astro AWANI akan melancarkan satu program yang dinamakan "Impak Biz" pada Julai depan kepada pemain Perusahaan Mikro Kecil Sederhana, (PMKS) bagi mengukur tahap digitalisasi perniagaan mereka.

Menurut Ketua Pegawai Komersial Strategi Pengguna dan Perniagaan Unifi, Shanti Jusnita Johari, program tersebut disusun selepas Unifi Business mendapati PMKS telah menggunakan solusi digital dalam menyelesaikan masalah pemasaran mereka sejak beberapa tahun kebelakangan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ketegangan di Gaza kembali memuncak selepas tujuh anggota tentera Israel terbunuh dalam satu serangan bom di Khan Younis, selatan Gaza, pada hari Selasa.

Sebagai tindak balas, pasukan tentera Israel melancarkan serangan udara dan darat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 79 rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam, menurut pegawai kesihatan tempatan.

Insiden yang meragut nyawa tujuh askar - terdiri daripada seorang leftenan dan enam sarjan dari batalion kejuruteraan tempur - merupakan hari paling berdarah bagi tentera Israel sejak beberapa bulan lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang pelajar wanita sebuah universiti tempatan ditemui mati dalam keadaan mencurigakan di kediamannya di Cyberjaya, pada Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 10.28 pagi, hari yang sama.

Menurut beliau, mangsa berusia 20 tahun dan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebulat suara bersetuju menawarkan semula jawatan Presiden kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang mengosongkannya November lalu.

Persetujuan itu dicapai Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) MUDA susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan semalam.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet semalam.

"Masih ada orang mengeluh, katanya orang kampung, orang miskin hendak juga makan epal. Orang dulu kata ‘An apple a day, keeps the doctor away' tak betul itu, 'a banana' sebenarnya, sebab pisang mempunyai potasium tinggi.

"Jadi semalam kita (putuskan) beri kelonggaran import buah-buahan memang ada sedikit cukai tetapi dikecualikan epal dan oren," katanya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Iran menegaskan bahawa konflik yang sedang dihadapi negara itu tidak akan menjejaskan kestabilan rantau Asia, termasuk Asia Tenggara, malah bersedia memperkukuh kerjasama ekonomi dan diplomatik dengan ASEAN.

Duta Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi berkata, Tehran mempunyai kepentingan besar untuk memperluas hubungan dengan rantau ini, khususnya melalui kerjasama pelbagai hala bersama blok serantau seperti ASEAN.

“Iran menganggap Malaysia sebagai sahabat baik dan hubungan antara kedua-dua negara kekal utuh. Apa yang berlaku (konflik) tidak akan menjejaskan hubungan ini, mahupun kestabilan rantau,” katanya dalam satu temu bual khas bersama media di Kuala Lumpur.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
HTML Embed Code:
2025/06/27 15:58:43
Back to Top