TG Telegram Group Link
Channel: Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12
Back to Bottom
Berhati-hati dengan aqidah mujassimah
​​# Perbezaan Takwil Antara Muktazilah Dan Ahli Sunnah #

Berkata imam Abu Syakur As Salimi Al Maturidi ( 460h ) dalam karyanya At Tamhid Fi Bayani At Tauhid :

فأما التأويل عند المعتزلة واجب ، وعند أهل السنة والجماعة غير واجب ، ولكن يجوز أن يتاول المتشابه ، لأن المشبهة أخذوا بظاهر الآية وقالوا : إن لله صورة ويدا وإصبعا كسائر المخلوقات ، واعتقدوا ذلك، وذلك كفر. فيجوز التأويل عند تشبيههم لنفي الخطاء وزوال الشبهة.

ولكن لا نقول إن المراد منه ما ذكرنا من التأويل ، فنقول : إنه يجوز أن يكون كذلك ، ولكن لا يعلم تأويله في الحقيقة إلا الله.

Maka adapun Takwil disisi golongan Muktazilah sebagai wajib, dan disisi Ahli Sunnah wal jamaah tidak wajib, namun harus ditakwilkan Nas mutasyabihat kerana golongan mujassimah mengambil zahir Nas mutasyabihat, dan mereka mengatakan : Bagi Allah ada rupa , tangan jari sebagaima segala makhluk. Dan mereka beriktikad begitu sedangkan hal tersebut suatu kekufuran.

( Lantaran itu ) maka harus Takwil ketika tashbihan mereka bagi menolak kesilapan dan bagi menghilangkan syubhah.

Akan tetapi, kami tidak mengatakan : makna yang dikehendaki ( oleh syarak ) dari Nas mutasyabihat itu adalah makna yang kami takwilka .

Maka kami katakan : harus sahaja makna sebenar dari Nas tersebut apa yang kami takwilkan, dan tetapi sebenarnya tidak diketahui takwilan hakiki kecuali Allah SWT.

Intaha bil mafhum ms 143.

........................................

Kesimpulan dari kenyataan diatas :

1. Walaupun ada konsep Takwil antara golongan Muktazilah dan ahli sunnah namun method dan hakikat Takwil antara dua aliran ini berbeza .

2. Ahli sunnah berpandangan hukum asal tidak wajib Takwil Nas mutasyabihat.

Muktazilah pula mengatakan Takwil nas mutasyabihat wajib dan mesti.

3. Ada ketika takwilan diperlukan berdasarkan illah, seperti timbulnya pemikiran taysbih , maka bagi menjaga pemikiran orang awam dari terjerumus ke dalam kesilapan maka dibenarkan Takwil .

4. Takwilan Muktazilah merujuk kepada makna yang ditakwilkan berbentuk pasti dan qotei.

5. Ahli sunnah walaupun melakukan Takwil namun ianya bukan bersifat Qotei bahkan hanya zonni, dan hanya Allah SWT sahaja yang mengenai makna sebenar dari Nas mutasyabihat tersebut .

Imam Abu Syakur As Salimi merupakan antara ilmuan terawal dalam aliran Maturidiyah iaitu awal sedikit dari imam Nasafi .

Wallahualam Bis sawab

Ustaz Abdul Rashid Muhamat Akip
​​[SEJARAH AKIDAH HANABILAH & PENYELEWENGAN FAKTA 3 FASA IMAM ABUL HASAN ASY'ARI]
.
Bersama Kiyai Nur Hidayat Muhammad untuk membincangkan sejarah ilmiah krisis dan perpecahan dalam mazhab akidah hanabilah, mana satu kumpulan yang diiktiraf oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah? kemudian adakah benar dakwaan-dakwaan yang mengatakan Imam Abul Hasan Asy'ari mempunyai 3 fasa akidah yang mana asyairah zaman ini mengikuti fasa yang kedua adalah fasa yang telah ditinggalkan oleh Imam Asy'ari?
.
Hari: Rabu
Tarikh: 14 Julai 2021
Masa: 9.15 Malam
Pembentang: Kiyai Nur Hidayat Muhammad
Yuran: Seikhlas Hati
MAYBANK - 551137528151
ARG TRAINING & CONSULTANCY

Sila tulis yuran

Alhamdulillah. Jutaan terima kasih atas pembayaran yang telah dilakukan dan sokongan yang diberikan. Jazakallah Khairan Kathira.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku Allah Istiwa' Atas Arasy : Membedah Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah & Salafi Wahabi (RM 34) boleh hubungi www.wasap.my/60136633004


Tonton, Komen, Suka dan Kongsikan!
FB LIVE di:

Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group - ARG
https://www.facebook.com/ASWJResearchgroup

Sesi Soal Jawab dan Perbincangan Live di Zoom:
https://us02web.zoom.us/j/82562736798
Meeting ID: 825 6273 6798
Passcode: 697433

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat terkini tentang program-program ilmiah terkini ARG melalui whatsaap, boleh sertai disini: https://chat.whatsapp.com/IwAC4iAViZLGWI2m7zziVh
AKIDAH AHLUS SUNNAH OLEH IMAM ISMAILI

Ini adalah kitab berjudul "Akidah Ahlus Sunnah" yang ditulis oleh Imam Ismaili, seorang imam besar ahli hadis yang lahir pada tahun 277 H (lihat biografinya di Siyar A'lam Nubala https://islamweb.net/ar/library/index.php?page=bookcontents&ID=3603&flag=1&bk_no=60)

Sebagaimana judulnya, kitab ini berisi penjelasan tentang akidah yang dianuti oleh Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Menurut pentahqiq kitab ini, akidah penulis kitab ini adalah Salafi dan sesuai manhaj Ahli Hadis (salafiyyul i'tiqod 'ala toriqoti ahlil hadits). Pandangan saya, kalau yang dia maksudkan Salafi adalah sesuai pemahaman tiga generasi pertama yang terbaik (yaitu sahabat, tabi'in dan tabi'ut tabi'in), maka klaim ini benar. Tapi kalau yang dia maksud Salafi adalah pemahaman Ibnu Taimiyyah dan para pengikutnya (tampaknya ini yang dimaksud oleh si pentahqiq sebab di footnote ia selalu menjadikan Ibnu Taimiyyah sebagai pembanding), maka jelas salah, sebab akidah keduanya tidak sama.

Salah satu buktinya adalah ketika sampai pada penjelasan tentang sifat-sifat Allah yang disebutkan dalam riwayat-riwayat hadis (sifat khobariyah), Imam Ismaili tegas menolak makna-makna fisikal (jismiyyah) seperti organ tubuh (jawarih), panjang (thul), lebar (ardh), tebal (ghilazh), tipis (diqqah) dan semisalnya yang merupakan sifat-sifat khusus makhluk dan bukan sifat tuhan. Tapi si pentahqiq malah membantah dan memberikan komentar pada catatan kaki (footnote) bahwa istilah-istilah tersebut tidak ada dalam Al Quran, As Sunnah maupun riwayat dari Salaf dan merupakan istilah-istilah ahli kalam (mutakallimin) yang suka menafikan secara terinci sifat-sifat tuhan.

Dari sini, boleh diketahui keabsahan akuan di atas. Sebab, di situlah letak "titik perbalahan" (mahallun niza') sesungguhnya yang membedakan antara Salafi Asli dengan Salafi Palsu.

Semoga mudah dipahami.

Download PDF di sini: https://www.archive.org/download/easeas/eas.pdf

Dari Ustaz Danang Koncoro Wicaksono
​​Apakah liberalisme - Fatwa Kebangsaan
بسم الله الرحمن الرحيم.

✏️ Imam Abu Mansur Al-Maturidi dan Imam Abu Hasan Al-Ash'ari bukan ahli Bida'ah.

Kedua - dua Imam dalam mazhab aqidah seringkali dikatakan sebagai ahli bidaah yang membawa fahaman falsafah dalam aqidah Islam.

Hakikat sebenar mereka dibela oleh para ulama dalam karangan mereka sebagimana berikut :

Kata Imam Zabidi RH, diketahui bahawa 2 orang Imam Aqidah (Abu Hasan Al-Ash'ari dan Abu Mansur Al-Maturidi) - semoga Allah balas kebaikan mereka berdua atas jasa kepada Islam - mereka tidak merekayasa pandangan mereka tentang aqidah.

Mereka tidak mencipta mazhab, tetapi kedua - duanya memperakui mazhab aqidah Salaf.

Mereka mempertahankan aqidah yang dipegang oleh para Sahabat Rasulullah SAW.

Imam Abu Hasan mendirikan fahaman aqidah dengan menggunakan Nas-nas dari jalan Imam Syafi'e sebagai dalil bagi dirinya.

Imam Abu Mansur pula mendirikan fahaman aqidah dengan menggunakan nas - nas dari jalan Imam Abu Hanifah sebagai dalil bagi dirinya.

Dan mereka berdua berdebat dengan golongan bida'ah dan sesat hingga golongan ini berhenti terdiam dan berpaling kerana kalah dalam berhujah.

Ini adalah hakikat sebenar sumber Jihad yang benar.

Dari
اتحاف السادة المتقين بشرح احياء علوم الدين (2/6)

Sumber : Kitab Taudhihat Jaliyyah karangan Sheikh Dr. Hisham Kamil Al-Azhari.

Mohd Nasyran
Utara Perak
Siri Syarahan Sejarah Nizamiyyah - Sejarah Mazhab Ash'ari di Barat Dunia Islam.
Sesi kali ini akan disampaikan oleh Ustaz Izham Hakimi daripada Maghribi. Moderator ialah Ustaz Zainul Abidin.
Kuliah malam ini akan dijalankan di platform Zoom dan juga Live di FB Nizamiyyah Institute.
FB - Nizamiyyah Institute
Link Zoom : https://us02web.zoom.us/j/86210261134

https://www.facebook.com/nizamiyyah/videos/617698659146778/
Catatan Ringkas Perbincangan Dr. Umar Muhammad Noor Berkenaan Iljām al-'Awwām Imam Al-Ghazzālī & Polemik Hadith Mutashabihat Dan Ahli Hadith. Oleh السنوس الصفير

Semalam telah berlangsung forum yang sangat menarik berkisarkan buku Piawaian Tafwid oleh Imam Al-Ghazali ataupun judul asalnya ialah Iljam Al-' Awwam. Forum tersebut dibarisi oleh Habib Ali Baqir Al-Saqqaf & Dr. Umar Muhammad Noor. Pada hantaran ini, saya ingin kongsikan pandangan & huraian Dr Umar bagi saya sangat akademik & kajian yang kritis.

Disclaimer: Catatan bersumberkan huraian Dr Umar Muhammad Noor sendiri dalam forum yang dianjurkan oleh Hawzah Fikir. Segala ketidaksetujuan boleh utarakan kepada Dr sendiri.
.........................................

1. Perbincangan hadith mutashabihat semakin rancak akibat faktor politik terutamanya zaman Khalifah Ma'mun. Hampir dua dekad sekitar 210-230 H antara waktu paling dahsyat. Ianya menyebabkan ramai ulama dipenjara terutamanya Imam Ahmad, Imam al-Buwayti & lain-lain. Jadi, perkara yang asalnya akademik telah berubah ke isu politik. Bahkan pernah ada usaha untuk memberontak terhadap kerajaan namun berjaya di patahkan.

2. Pada 237 H, khalifah Mutawakil menyelesaikan mehnah ini. Lalu muktazilah pada asalnya di atas terus ke bawah. Maka ketika itu, terlalu ramai yang sangat benci dengan Mu'tazilah & juga perkara yang berkaitan mereka. Antaranya ialah takwil & ilmu kalam. Oleh itu, ramai dikalangan ahli hadith dikalangan hanabilah sangat membenci ilmu kalam & juga takwil kerana ketika itu, perkara ini sangat sinonim dengan Mu'tazilah. Mereka sangat allergic dengan muktazilah kerana 'trauma' dengan zaman Ma'mun.

3. Oleh itu, ramai dikalangan ahli hadith ketika ingin membantah muktazilah, mereka terkesan dengan mazhab tajsim dalam membantah muktazilah. Ini direkodkan & dikritik oleh ramai ahli hadith sendiri. Mereka berkata ini merupakan sikap yang melampau & berlebihan. Contohnya Imam Al-Khattabi (w. 388 H) mengkritik orang yang digelar 'syuyukh ahli hadith' yang diiktiraf dalam ilmu hadith & rijal, mereka ini berkata apabila nak berinteraksi hadith nuzul, sebahagian mereka menetapkan keharusan intiqal & taharruk/bergerak إن شاء تحرك. Imam Al-Khattabi berkata ini merupakan
خطأ فاحش.

4. Ini juga yang ditekankan Imam Al-Ghazali iaitu Al-imsak. Jangan menambah & mencipta konsep baru dalam membicarakan hadith mutashabihat. Jadi, kalam Al-Khattabi sangat penting untuk diperhatikan kerana ianya membantu kita untuk memahami bahawa faktor tajsim kalam sebahagian ahli hadith berpunca daripada kebencian mereka terhadap Muktazilah. Orang awam tidak boleh disibukkan dengan perbahasan hadith mutashabihat. Mereka hanya perlu mengimani sepertimana yang disebutkan dalam al-Quran & Al-Sunnah.

5. Imam Abu Muhammad Al-Ramahrumuzi (w. 360 H) (penulis al-muhadith al-fasil yang merupakan buku pertama ditulis berkenaan muhadith). Dr Umar berpandangan tujuan Imam Ramahrumuzi menulis kitab ini ialah untuk peringatan mengenai bahawa sebahagian ahli hadith ini hanya pandai meriwayatkan tapi tak pandai nak mensyarahkan isi hadith. Beliau bersepakat dengan Imam al-Khattabi bahawa mereka itu tidak kuasai akidah dalam membahaskan isi hadith yang mereka riwayatkan. Beliau juga memperingatkan bahawa jangan kamu (wahai ahli hadith) sentuh perkara yang kamu sendiri tidak faham. Beliau juga berkata mereka ini punca ahli hadith terpalit dengan isu tajsim.

6. Begitu juga ahli hadith Imam Abu Hasan Ali Bin Muhammad al-Tabari (w. 380h), beliau berkata dalam muqadimah kitab beliau Ta'wil Ahadith al-Sifat al-Waridah bahawa firqah mushabihah selamanya tidak sama akidahnya dengan ahli hadith. Maka tidak boleh dinisbahkan kepada ahli hadith. Justeru, sebahagian ahli hadith yang mushabih tidak boleh akidahnya mewakili akidah ahli hadith umumnya.
​​7. Jika diperhatikan, ketiga ahli hadith ini berada di zaman yang sama iaitu abad ke-4 yang merupakan pasca-mehnah penguasaan muktazilah. Mereka ingin membersihkan nama ahli hadith daripada akidah tajsim akibat polemik muktazilah tersebut. Ini kerana mereka merupakan ahli hadith yang menguasai ilmu hadith, akidah & fiqh. Mereka juga mengetahui bahawa punca tajsim sebahagian ahli hadith itu sendiri bukannya kerana itu pegangan ahli hadith & salaf, akan tetapi berpunca daripada mehnah muktazilah.

8. Oleh itu, pendekatan yang dibawa oleh Imam al-Ghazali merupakan pendekatan yang sangat tepat dalam menjelaskan cara tafwid sebenar menurut salaf.

9. Imam al-Ghazali juga mengkritik sebahagian ahli hadith yang menggunakan hadith yang tidak sahih dalam berinteraksi dengan hadith mutashabihat. Ini kritikan terhadap al-Darimi, Ibn Battah & lain-lain. Bahkan al-Albani sendiri mengkritik perkara kerana mereka menghimpunkan hadith-hadith yang lemah, munkar & palsu berkaitan ayat mutashabihat.

10. Imam al-Ghazali juga mengkritik konsep penamaan hadith-hadith sifat sebagai judul buku kerana hadith mutashabihat kadangkala konteksnya tidak membawa kepada sifat Allah. Ini boleh membawa kepada tashbih seperti bab isbat yadd, isbat ra's, isbat al-ayn & lain-lain. Antara yang dimaksudkan oleh Imam al-Ghazali - menurut Dr Umar sendiri - ialah Ibn Khuzaimah dalam kitab Tawhid, Qadi Abu Ya'la, al-Harawi & lain-lain.
..............................

Berikut merupakan catatan ringkas saya yang tidak formal & ejaan juga kemungkinan berterabur sikit. Tak per, ini bukannya paper ilmiah atau jurnal afkar. Haha. Para pembaca boleh lihat perbahasan lebih lanjut dalam forum di Hawzah Fikir yang dikendalikan oleh Us. Mohamad Hilmi Bin Marjunit selaku penterjemah kitab Piawaian Tafwid sendiri.

Video forum 👇👇
https://www.facebook.com/HawzahFikir/videos/4233175776778618/
1. Menarik pembentangan Dr Umar USM mengenai sejarah pasca fitnah Muktazilah. Ia merungkai sudut perkembangan perbincangan akidah dan hala tuju yang berlaku setelah kejatuhan Muktazilah. Tidak sabar untuk membaca buku terbaru Dr Umar mengenai sejarah dan perbincangan hadis Sifat. Tentu banyak yang boleh diambil manfaat.

2. Kemunculan imam Abu Hasan al Asy'ari (w336h) juga tidak terlepas daripada suasana ini. Method imam al Asy'ari yang cenderung kepada manhaj ibnu Kullab, al Muhasibi dll serta versi beliau dalam memahami mazhab salaf tidak disenangi oleh ahli hadis daripada kelompok pengikut imam Ahmad bin Hanbal. Catatan sejarah termasuk daripada tokoh utama aliran Hanabilah yang sezaman seperti ibnu Mandah (w395h), menyelar dan mengkritik teruk aliran Asya'irah dengan tuduhan sesat dan ahli bid'ah. Bagi mereka, salaf yang mereka kenali daripada panduan imam Ahmad bin Hanbal tidak demikian. Ini termasuk isu takwil yang dibolehkan oleh imam al Asy'ari, walaupun bagi beliau, tafwidh adalah tetap diutamakan.

3. Aliran Asya'irah seperti yang disebutkan oleh ulama, ia bukanlah satu mazhab akidah baru yang diasaskan oleh imam al Asy'ari. Beliau menegaskan dan memperkenalkan pendekatan baru dalam menonjol dan mempertahankan pegangan salaf yang sedia maklum bagi beliau. Sesiapa yang menuruti pendekatan ini digelar Asy'ari. Kata imam Tajuddin al Subki,

اعْلَم أن أبا الحسن لم يبدع رَأيا ولم ينش مذهبا وإنَّما هُوَ مُقَرر لمذاهب السّلف مناضل عَمّا كانَت عَلَيْهِ صحابة رَسُول الله ﷺ فالانتساب إلَيْهِ إنَّما هُوَ بِاعْتِبار أنه عقد على طَرِيق السّلف نطاقا وتمسك بِهِ وأقام الحجَج والبراهين عَلَيْهِ فَصارَ المقتدى بِهِ فى ذَلِك السالك سَبيله فى الدَّلائِل يُسمى أشعريا

طبقات الشافعية الكبرى للسبكي ٣/‏٣٦٥ — السبكي، تاج الدين (ت ٧٧١)

Menariknya, perkara yang sama turut berlaku kepada aliran akidah Hanabilah. Tokoh-tokoh yang bersuara lantang pasca fitnah Muktazilah ini dalam isu akidah terutama bab Quran Kalamullah dan sifat Allah digelar sebagai Hanbali, merujuk kepada imam Ahmad bin Hanbal. Penisbahan ini bukan kerana imam Ahmad memperkenalkan mazhab akidah yang baru juga, tetapi pendekatan imam Ahmad yang menonjol dan peranan beliau dalam menzahirkan mazhab salaf ketika bid'ah Muktazilah dan Jahmiah berleluasa. Justeru penisbahan Hanbali kerana peranan menonjol imam Ahmad dalam mengutarakan mazhab salaf juga. Kata imam ibnu Taimiyah menukilkan daripada imam Abdul Qadir Jailani,

بل قد قيل للشيخ عبد القادر الجيلي قدس الله روحه هل كان لله ولي على غير اعتقاد أحمد بن حنبل؟ فقال: لا كان ولا يكون والاعتقاد إنما أضيف إلى أحمد لأنه أظهره وبينه عند ظهور البدع وإلا فهو كتاب الله وسنة ورسوله حظ أحمد منه كحظ غيره من السلف: معرفته والإيمان به وتبليغه والذب عنه كما قال بعض أكابر الشيوخ الاعتقاد لمالك والشافعي ونحوهما من الأئمة والظهور لأحمد ابن حنبل.

درء تعارض العقل والنقل ٥/‏٥ — ابن تيمية (ت ٧٢٨)

Oleh itu, gelaran dan penisbahan Asya'irah dan Hanabilah merujuk kepada akidah salaf dalam versi dan sudut yang berbeza, bahkan berlawanan dalam beberapa isu.

4. Ulama hadis dari aliran Hanabilah pasca fitnah Muktazilah banyak terjun dalam perbincangan akidah dan mereka berpegang teguh kepada pendekatan isbat. Ketika ini, aliran Hanabilah masih boleh dikatakan baru dan tokoh yang muncul dari kelompok ini berada pada peringkat Ashab dan perawi mazhab. Suasananya sama seperti awal kemunculan mazhab Syafie, di mana tokoh mazhab pada waktu tersebut membawa pandangan yang disifatkan sebagai aqwal dan wujuh. Proses pematangan berlaku kemudian di mana semua pendapat dan nukilan dinilai dan disaring, kemudian ditentukan pendapat yang muktamad mewakili aliran atau mazhab tersebut.

5. Pematangan dan saringan juga berlaku dalam aliran Hanabilah. Oleh kerana perkara yang berbangkit ialah isu akidah, maka pendapat atau nukilan yang bersalahan dengan asas mazhab disaring dan diketepikan, kemudian ditentukan pendapat yang muktamad berdasarkan panduan 'tuan asal' iaitu imam Ahmad bin Hanbal.
6. Saya bawakan dua contoh saringan yang berlaku dalam aliran akidah Hanabilah yang berkaitan dengan pendapat daripada mutaqaddim (tokoh terdahulu) yang terpalit dengan unsur tajsim.

1 Pertama, beberapa pendapat akidah imam Harb bin Ismail al Kirmani (w280h) dalam kitab akidah. Beliau adalah seorang murid dan perawi kepada pendapat fiqh imam Ahmad. Imam Zahabi menyebutkan bahawa kitab periwayatan fiqh beliau antara yang paling bernilai.

Beliau juga terlibat dalam perbincangan akidah pasca fitnah Muktazilah. Namun pembawaan akidah beliau terpalit dengan unsur tajsim seperti menisbahkan Harakah dan Tempat kepada Allah SWT. Ulama hadis luar dari aliran Hanabilah seperti imam al Ramahurmuzi (w360h) mengkritik keras pendekatan imam Harb yang mencampuri urusan akidah yang bukan bidang beliau. Aliran Hanabilah sendiri dalam proses saringan dan penetapan pendapat muktamad, telah mengenepikan pendapat akidah imam Harb ini. Mereka tidak mengiktiraf dan tidak memuktamadkan pendapat ini walaupun daripada murid imam Ahmad sendiri. Ini kerana ia bersalahan dengan nukilan yang sabit daripada imam Ahmad dan pendekatan Hanabilah yang mengisbatkan apa yang sabit daripada Allah dan rasulnya tanpa campur tangan berlebihan. Ini disebut oleh tokoh aliran akidah Hanabilah, imam ibnu Taimiyah,

وقد نقل فِي رِسالَة عَنهُ إثْبات لفظ الحَرَكَة مثل ما فِي العقيدة الَّتِي كتبها حَرْب بن اسماعيل. ولَيْسَت هَذِه العقيدة ثابِتَة عَن الإمام أحْمد بألفاظها فإنى تَأمَّلت لَها ثَلاثَة أسانِيد مظْلمَة بِرِجال مَجاهِيل والألفاظ هِيَ ألْفاظ حَرْب بن إسْماعِيل لا ألْفاظ الإمام أحْمد ولم يذكرها المعنيون بِجمع كَلام الإمام أحْمد كَأبي بكر الخلال فِي كتاب السّنة وغَيره من العِراقِيّين العالمين بِكِتاب أحْمد ولا رَواها المعروفون بِنَقْل كَلام الإمام لا سِيما مثل هَذِه الرسالَة الكَبِيرَة وإن كانَت راجت على كثير من المُتَأخِّرين

الاستقامة ١/‏٧٠ — ابن تيمية (ت ٧٢٨)

2 Kedua, pendapat mengenai nuzul yang bermaksud perpindahan, dan istiwa yang memberi makna sentuhan. Pendapat ini dinisbahkan kepada Abu Abdillah al Hasan bin Hamid al Warraq (w404h). Ibnu Hamid ini disifatkan oleh ibnu Abi Ya'la dan Zahabi sebagai imam Hanabilah pada zamannya. Beliau terkenal dengan penafsiran berunsur tajsim dalam isu istiwa dan nuzul.

Pendapat beliau mengenai istiwa dan nuzul ditolak oleh ulama Hanabilah apabila perbandingan pendapat dilakukan. Pendapat beliau disifatkan salah dan diketepikan daripada pendapat muktamad mazhab Hanabilah. Kata Abu Ya'la yang merupakan muridnya,

واختلفوا في صفته، فذهب شيخنا أبو عبد الله إلى أنه نزول انتقال. قال: لأن هذا حقيقة النزول عند العرب، وهو نظير قوله في الاستواء بمعنى: قعد....وحكى شيخنا عن طائفة أخرى من أصحابنا أنهم قالوا: نثبت نزولاً لا يعقل معناه هل هو زوال أو بغير زوال، كما جاء الخبر، ومثل هذا ليس يمتنع في صفاته، كما يثبت له ذاتاً ينفي عنها ماهيتها، وهذه الطريقة هي المذهب

Menurut Abu Ya'la, nuzul yang tidak diketahui makna adalah muktamad dalam mazhab.

Ibnu Aqil al Hanbali komen kepada pendapat ibnu Hamid dalam isu nuzul perpindahan,

"هذا قول رجل صالح غير عارف بما يجوز على القديم"

" Ini adalah pendapat seorang yang Salih tetapi tidak mengetahui apa yang harus kepada yang Qadim "

Kata ibnu Hamdan al Hanbali dalam kitab akidahnya yang masyhur mengenai tafsir istiwa dan nuzul oleh ibnu Hamid

"ورده ابن عقيل وغيرُه، وخطؤوه فيه، وذموه، وأصابوا في ذلك دونه".

" Ia ditolak oleh ibnu Aqil dan lain lain. Mereka menyalah dan mencelanya. Tindakan mereka adalah betul, bukannya dia (ibnu Hamid) "

Abu Ya'la ketika membandingkan antara pendekatan ibnu Hamid dan Abu Hasan al Tamimi dalam isu istiwa berkata,

' apa yang disebutkan oleh Abul Hasan al Tamimi lebih sahih dan ia lebih menyerupai perkataan imam Ahmad.

7. Dua contoh di atas merupakan gambaran saringan yang berlaku dalam aliran Hanabilah sendiri terhadap beberapa nukilan dari tokoh mereka yang terawal yang mempunyai unsur tajsim. Saringan ini berdasarkan kepada nukilan, pendapat dan panduan yang diberikan oleh imam Ahmad sendiri.
Bukan itu sahaja, ulama Hanabilah terkemudian juga memberikan penjelasan dan meletakkan syarat dalam memahami akidah mereka, terutama apabila mereka isbat Uluw, Jihah, Yad dan lain lain.

8. Walaupun Hanabilah sedaya upaya menolak tajsim dan menghukum kafir kepada pentajsim, aliran mereka tetap berbeza dengan Asya'irah. Hanabilah mengharamkan takwil, menolak kalam nafsi, mensabitkan Sout dan huruf pada Kalamullah dan mengisbat Uluw dan Arah di sini sebahagian mereka. Pada masa yang sama, mereka menerima tafwidh seperti pendekatan Asya'irah. Ini berbeza dengan aliran salafi yang menolaknya.

9. Oleh kerana sesetengah perbezaan Hanabilah dan Asya'irah agak ketara, maka hubungan mereka ada kalanya panas dan dingin, serta ada kalanya harmoni. Ada pasang surutnya bergantung kepada sikap pembawaan. Tuduh menuduh, gelar menggelar adalah perkara yang biasa dijumpai dalam sejarah hubungan Hanabilah dan Asya'irah.

10. Di sebalik apa yang berlaku, ulama terkemuka terkemudian tetap meletakkan ahli sunnah Waljamaah merangkumi Asya'irah, Maturidiah dan Hanabilah. Inilah yang dipegang oleh universiti al Azhar dalam kenyataan mereka yang terakhir beberapa tahun lepas.

11. Jika kita jelas mengetahui perbezaan antara dua aliran akidah ini, maka tidak lah tepat untuk menyanggah satu pendapat dalam aliran Asya'irah dengan menukilkan pendapat dalam Hanabilah. Kedua memang berbeza dari sudut pendekatan dan asas pembinaan. Ini banyak berlaku. Menyanggah takwil yang dibenarkan oleh Asya'irah kerana ia diharamkan oleh Hanabilah, atau sebaliknya. Ia seperti kita menyanggah qunut subuh mazhab Syafie dengan membawa pandangan mazhab Abu Hanifah. Memang selamanya tidak sama kerana perbezaan usul yang mendasari kedua mazhab.

Wallahualam.

Ustaz @MuslimMustapa
"Mereka yang mengaitkan peristiwa Mikraj untuk menyatakan bahawa Allah berada di langit adalah sesat dan bercanggah dengan Ijmak" Fatwa Dar Al-Ifta Al-Misriyyah
HTML Embed Code:
2024/04/29 09:48:19
Back to Top