TG Telegram Group Link
Channel: Aiman Psikologi
Back to Bottom
Saya berhasrat nak buat lagi webinar seperti Luka Emosi sebelum ini. 4 malam berturut-turut, dengan harga yang terlalu rendah supaya ramai dapat join. Topik apa yang anda berminat?
Anonymous Poll
45%
Sambung kupasan Luka Emosi
63%
Berkaitan Anxiety & Overthinking
31%
Topik Mood Depresi
9%
Lain-lain (nyatakan:____ )
SEMINAR PERCUMA UNTUK IBU BAPA!

Selama ini saya kerap berkongsi tentang konsep penjagaan emosi anak-anak, supaya mereka tak mendewasa dengan luka, kan?

Walaupun saya bukanlah pakar parenting, ataupun parent yang sempurna, tetapi saya suka kupas daripada perspektif psikologi dan kesihatan mental tentang ini.

Sebab saya sangat percaya dengan peranan yang amat besar oleh ibu bapa dalam perkembangan emosi anak-anak, sebelum mereka melangkah alam dewasa.

Jadi, ini peluang untuk anda yang nak belajar tentang ini dengan lebih mendalam.

PROGRAM PERCUMA SAJA

🗓️ Ahad, 29 Oktober 2023
📍 Madrasah Darul Futuh
🕑 9.00 - 11.30 pagi

Bersama saya, dan Puan Julia sebagai penceramah kedua.

DAFTAR SIAP-SIAP!
Sebab tempat sangat terhad.
Makanan juga disediakan.

Imbas saja kod QR itu.

#ParentingSeminar #ParentingWorkshop #ParenthoodTips #ParentingSkills #SeminarForParents #ParenthoodSupport
#ParentingEducation #FamilySeminar #ParentingJourney #ParentingExperts
Ada satu pepatah buku ini (diterjemahkan),

"Hati kita macam awan putih yang berkepul. Bila kita alami kesedihan dan hati rasa susah, awan hati kita ini akan serap semuanya, melebihi kita mampu tanggung. Sampai akhirnya, ia jadi gelap dan berat. Bila sampai masa, kita akan 'hujankan' semua beban emosi yang kita serap tadi."

"Tetapi, selepas proses ini, kita akan rasa ringan, cerah, dan terasa sinar harapan semula."

Kadang-kadang, yang kita perlukan ialah telinga yang mendengar, bahu untuk kita menangis, dan sejadah tempat kita luahkan kesesakan kat hati.

Yang dah lama ditanggung berseorangan tanpa orang sekeliling kita tahu.

Supaya kita dapat kembali menjadi awan putih yang cantik dan cerah seperti asalnya.

1. Kenalpasti apa emosi yang kita rasai, dan izinkan kita rasainya.

2. Senaraikan semua perkara baik yang kita syukuri dalam hidup.

3. Berdamai dengan sesuatu yang dah berlalu dan di luar kawalan kita.

:')

Boleh baca sendiri chapter free 👇🏼
https://tinyurl.com/letters-fragile-heart
Rakaman webinar "Luka Emosi" berjumlah 4 episod selama 6 jam, kini dah boleh ditonton dengan akses seumur hidup.

Bagi mereka yang terlepas live 18-21 September lepas :)

Info lanjut:
https://akademi.aimanpsikologi.com/luka-emosi
Teaser sikit 🤭

Konsep macam sebelum ini. Harga rahmah, tetapi untuk 3-4 malam supaya lagi banyak boleh share ♥️
Macam mana perasaan "Anxious", iaitu emosi manusia, boleh bagi kesan pada fizikal kita?

Ada 3 penjelasan 👇🏼

1️⃣ Anxiety, atau bahasa kita, "rasa resah dan gelisah" ini sebenarnya hanya perasaan biasa, sama macam happy, sedih, marah dll.

Sejenis tindak balas biokimia badan, bila-bila kita berdepan dengan ancaman diri, sama ada binatang liar depan mata, atau ancaman berbentuk minda (assignment banyak, meeting berderet, kerja banyak submission belum hantar, exam semakin dekat dll)

Anxiety ialah emosi manusia, normal untuk kita lalui.

Dia jadi masalah bila:
- berlebihan daripada biasa/normal
- berlarutan hampir sepanjang hari, selama berbulan-bulan
- sampai kacau rutin hidup, tak boleh fokus, susah tidur, hilang selera makan dll
Aiman Psikologi
Macam mana perasaan "Anxious", iaitu emosi manusia, boleh bagi kesan pada fizikal kita? Ada 3 penjelasan 👇🏼 1️⃣ Anxiety, atau bahasa kita, "rasa resah dan gelisah" ini sebenarnya hanya perasaan biasa, sama macam happy, sedih, marah dll. Sejenis tindak balas…
2️⃣ Bila kita ada "ancaman" nak kena hadap atau dalam fikiran, sama ada anjing liar depan mata, ataupun ancaman berbentuk stres kerja/belajar:

- badan kita akan masuk ke fasa fight-or-flight, iaitu bersedia nak lawan-atau-lari daripada ancaman tu

- Banyak tenaga diperlukan, dan badan kita kena bersedia

- Nafas jadi laju, darah mengalir cepat, sebab nak bagi oksigen banyak-banyak

- Mata terbeliak, sebab nak bagi cahaya masuk banyak-banyak dan kita nampak jalan keluar (andai kata nak lari)

- Saluran pernafasan jadi luas, supaya boleh nafas lagi laju

Semua perubahan fizikal badan kita ini, diperlukan dan penting, sebab nak berhadapan dengan ancaman depan mata kita tu (contohnya ada anjing liar nak kejar).

Tapi bila dah lawan-atau-lari dan anjing tu dah tak ada, selesai dah ancaman. Kita pun rasa selamat, tenang balik, dan perasaan resah gelisah tadi pun berlalu.

Kita jadi tenteram semula, nafas pun slow, sebab masuk semula ke mod "Parasimpatetik", iaitu sistem sarah manusia bila dalam keadaan yang tenang.

Yang jadi problem, bila badan kita tak masuk-masuk balik ke keadaan tenteram ini, walaupun ancaman kita dah berlalu.

Ini yang kita selalu panggil "rasa anxiety", sebab seolah-olah ancaman itu tetap ada depan mata.
Aiman Psikologi
2️⃣ Bila kita ada "ancaman" nak kena hadap atau dalam fikiran, sama ada anjing liar depan mata, ataupun ancaman berbentuk stres kerja/belajar: - badan kita akan masuk ke fasa fight-or-flight, iaitu bersedia nak lawan-atau-lari daripada ancaman tu - Banyak…
3️⃣ Jadi, badan kita pun dah terbiasa untuk selalu rasa dalam keadaan "bersedia dengan ancaman", walhal kita dalam situasi yang relaks saja, contohnya tidur.

Badan nak rehat, tetapi minda masih 'tersangkut' dalam kitaran anxiety, sampai jadi susah tidur.

Nak makan jadi hilang selera, sebab pemikiran asyik berpusing-pusing dan jadi overthinking.

Nak 'healing' tepi pantai, taman, hutan dll, pun jadi susah, sebab kepala kita asyik teringat dengan stres kerja tak siap lagi.

Bos pula mesej waktu weekend (yang patutnya waktu untuk kita rehat daripada ancaman), atau banyak kerja tertangguh dan kena siapkan secepat mungkin.

Jadi, kita pun melekat lah dalam kitaran yang sama, iaitu kitaran rasa resah dan gelisah.

- badan jadi penat, sebab non-stop dalam keadaan "terancam"

- tidur terganggu, sebab otak asyik berfikir dan tak dapat tenang

- jantung rasa berdegup laju dan kita selalu rasa semalam, ibarat ada benda je tak kena.

Selagi kita tak putuskan kitaran anxiety ini, selagi itu kita akan terus tersangkut dalam emosi sebegitu, yang sampai bagi kesan pada fizikal badan kita.
Aiman Psikologi
3️⃣ Jadi, badan kita pun dah terbiasa untuk selalu rasa dalam keadaan "bersedia dengan ancaman", walhal kita dalam situasi yang relaks saja, contohnya tidur. Badan nak rehat, tetapi minda masih 'tersangkut' dalam kitaran anxiety, sampai jadi susah tidur.…
4️⃣ Kalau keadaan kita berpanjang begini, dapatkan bantuan profesional

- Pergi ke klinik kesihatan atau klinik mentari untuk buat saringan
- Dapatkan surat rujukan KK, dan bawa ke unit psikiatri hospital terdekat anda
- Tarikh temu janji akan diberi, dan hadir appointment itu

Waiting list sekarang panjang, jadi sementara menunggu tarikh:

1. Urus pemikiran dengan teknik pernafasan

2. Belajar untuk letak 'boundary' antara kerja dan keluarga (mana satu perlu stres, mana satu perlu tenang)

3. Amalkan gaya hidup sihat, dari segi pemakanan, senaman fizikal, sleep hygiene, dan sebagainya.

Saya pernah buat satu kursus online PERCUMA, tentang 5 teknik/coping skill yang boleh buat untuk kendalikan simptom tekanan kita.

Percuma saja, akses seumur hidup.
No string attached.

Memang dibuat dengan tujuan untuk luaskan kesedaran dan kefahaman skil mengurus kesihatan mental sendiri.

Daftar sini:
https://akademi.aimanpsikologi.com/5-teknik-tenangkan-diri
Pernah tak terfikir cabaran sebagai anak pertama? Ada anak sulung kat sini?

Ini kisah fiksyen, Yusri, abang sulung kepada 3 adik-beradiknya:

Dia dah bekerja dah pun. Tapi, ada satu luka emosi yang dia simpan sejak kecil, walaupun fizikal dah dewasa.

Berbanding dengan adik-beradiknya, kehidupan dia dibesarkan sangat berbeza.

Adik-adik selalu dapat perhatian, diraikan emosi dan disayangi, Yusri selalu dianggap untuk menjadi "dewasa" dalam kalangan adik-beradiknya, walaupun dia masih remaja.

"Mengalah lah dengan adik-adik tu, awak kan abang."

"Ni mesti salah abang, takkan lah adik tiba-tiba nak bergaduh."

"Abang tak boleh la macam ni, kena jadi contoh kepada adik-adik."

Terlalu kerap disuruh mengalah, disuruh matang walaupun belum usia, dan paling menyedihkan, kerap dibandingkan dengan adik-adik.

Sebabnya?

Waktu Yusri baru lahir, kedua ibu bapanya pertama kali dan belum ada pengalaman untuk besarkan seorang manusia.

Baca sambungan:
https://www.facebook.com/share/ULBvp2X2hFMfRE8R/?mibextid=xfxF2i
"Skil urus kesihatan mental sendiri sepatutnya asas untuk kita semua tahu, bukannya hanya golongan mampu saja."

September lepas, saya ubah hala tuju konsep webinar yang biasa buat.

Biasanya webinar 2 jam, kos sekitar RM50-70 tetapi walaupun ada sedikit keuntungan, capaian tak jauh dan tak ramai nak hadir.

Sebenarnya objektif terbesar saya, untuk pastikan semakin ramai cakna dan dapat belajar topik-topik psikologi dan kesihatan mental ini.

Sebelum ini saya cuba buat cara baru, yang webinar Luka Emosi September lepas bawah RM10 untuk 4 malam! (kerja gila la juga).

Tapi kepuasan yang saya dapat daripada webinar 4 malam itu, susah nak gambarkan. Tak terkata..

Terasa istimewa sangat-sangat, terutama perkongsian yang dekat daripada hati sendiri, sebagai seorang anak, ayah, dan pelajar psikologi klinikal sendiri.

Jadi webinar kali ini, insya Allah dijalankan konsep sama.

Semoga dengan harga yang teramat rendah ini, lebih ramai dapat hadir dan belajar.

👇🏼
https://akademi.aimanpsikologi.com/resah-gelisah
Salam semua. Saya jemput seorang ahli psikologi klinikal bertauliah untuk buat sesi Q&A berkaitan topik Anxiety.

Beliau dah biasa kendalikan sesi rawatan pesakit anxiety melalui psikoterapi Low Intensity CBT, selain daripada kes-kes trauma dan OCD sejak 2022 dulu (kebanyakannya isu pasca-pandemik)

Sesi online dan PERCUMA saja, terbuka kepada sesiapa nak.

Kita buat Sabtu ini, jam 9-10 malam. Berminat?

Daftar sini ya, PERCUMA saja 😉
https://tinyurl.com/qna-risau
Kalau nak belajar lebih mendalam dan praktikal tentang topik Anxiety, teruskan baca post ini sampai habis.

17 Disember nanti, kami akan dianjurkan Bengkel "Risau", khas untuk memahami dan mengurus simptom Anxiety dalam diri sendiri.

Bengkel ini selama 4 jam di Bangi, ada dua sesi (secara hybrid). Boleh pilih nak pagi atau petang, ikut kesesuaian masa anda.

Tiga elemen utama akan dikupas nanti:

1. Prinsip dan kerangka asas tentang Anxiety daripada perspektif biologi dan psikologi manusia.

2. Teknik praktikal untuk mengurus simptom (latihan ketenangan, ruang risau "Worry Time" dan banyak lagi!).

3. Bahan bengkel seperti buku kerja, kertas latihan dan eBuku akan diberi sekali ketika pendaftaran.

.

Bengkel ini berlaku secara praktikal dan penuh dengan aktiviti, bukan sekadar ceramah sehala ya.

.

Selama 24 Jam Sahaja, Anda Boleh Dapat 35% Diskaun Untuk Pendaftaran Sebelum 4 Disember.

Baca selanjutnya kat sini 👇🏼
https://akademi.aimanpsikologi.com/risau
HTML Embed Code:
2024/06/12 05:14:31
Back to Top