Bagaimana ahli keluarga anda ditahan tetapi tiada pihak yang memberitahu lokasi ditahan?
Baru-baru YYCC terima aduan tentang adik lelaki ditahan tapi keluarga tidak tahu lokasi serta ditahan di atas kesalahan apa.
Menurut majikan adiknya, Polis memberitahu ditahan di Sungai Buloh.
Saya bertindak menghubungi rakan yang bertugas sebagai warden di Penjara Sg. Buloh.
Hasil semakan rakan warden, pemuda terbabit tidak ditahan di Penjara Sungai Buloh.
Sebaliknya di Pusat Koreksional Puncak Alam ditahan kesalahan Seksyen 15 (1) ADB.
Hari ini, ahli keluarga bertemu adik yang dalam tahanan sejak April lalu.
Lebih dua bulan ditahan dalam Pusat Koreksional Puncak Alam padahal dibenarkan ikat jamin sementara menunggu laporan kimia.
Gara-gara keluarga tidak tahu dan pegawai penyiasat gagal memaklumkan keluarga, lebih dua bulan pemuda berusia 20 tahun dalam tahanan.
Perkara sebegini boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja kerana salahguna kuasa.
Rosak Dewan Bahasa Pustaka, perkataan Correction dijadikan bahasa Melayu Koreksional.
>>Click here to continue<<