TG Telegram Group Link
Channel: Traveller ✈
Back to Bottom
Korang suka style posting macam mana?
Anonymous Poll
82%
Short paragraph
18%
Long paragraph
Salam Maghrib 🤍

Okay nampaknya berdasarkan apa yang korang vote, ramai yang nak quotes & hadith sharing. Perkongsian prefer dalam dua² bahasa in short paragraph. Takde ye vote english terkejut admin hahaha korang anti eh english pengaruh Mat Kilau ke ni 😂

InsyaAllah dinotakan
Terima kasih semua sudi vote!
Dah go solat now! Jangan lewatkan solat ye semua. Solat mesti on time okay! 🤗
Hadis 40 Imam Nawawi🤍

1⃣ Sesungguhnya Setiap Amalan Itu Dengan Niat

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radhiallahuanhu, berkata,

Aku mendengar Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam bersabda:

"Sesungguhnya setiap perbuatan adalah bergantung kepada niat dan bagi setiap manusia itu balasan apa yang diniatkannya."

2 Muharram 1444H | 31 Julai 2022
NIAT🤍

Jadi apa yang korang faham dengan niat? 🤔

Niat adalah lintasan hati untuk melakukan sesuatu kerana Allah. 🤗

Contoh terdekat dengan kita adalah solat subuh pagi tadi. Bangun tak subuh? 👀

Kita lintaskan dalam hati bahawa sahaja aku solat fardhu subuh 2 rakaat kerana Allah Taala.

Bila dah niat, kita kena fokuskan sepenuhnya diri kita kepada solat dan bukan hal-hal lain. ☺️

Faham ke faham? Hehe 🙈
Niat jugak boleh guna contoh kehidupan seharian kita. 🤗

If kita niat bantu parents buat kerja rumah untuk dapat duit belanja, maka duit belanja lah kita dapat. 🤑

If kita niat bantu parents buat kerja rumah ikhlas untuk dapat pahala, maka pahala lah kita dapat. 😍

So, sentiasa lah pandu niat kita untuk kearah kebaikan dan bukan sebaliknya. Mudah kan nak buat pahala hari-hari. 🥰
Faham tak konsep niat?
Anonymous Poll
100%
Faham
0%
Kurang faham
Alhamdulillah semua faham konsep niat, insyaAllah esok admin share hadith kedua pulak ye. Nantikan! 🤩
Esok isnin kan? Korang kerja or masih study?
Anonymous Poll
57%
Team kerja
29%
Team study
14%
Team kerja sambil study
Morning kesayangan 💕

Semoga dipermudahkan urusan semua pada hari ini.
Hadis 40 Imam Nawawi🤍

2⃣Hadis Jibril a.s.

Dari Umar Ibn Al-Khattab radhiallahuanhu, katanya,

Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah shallahualaihi wa sallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun di antara kami yang mengenalnya lalu duduk ia bersama Rasulullah shallahualaihi wa sallam lalu berkata :

Si Pemuda: Khabarkan aku tentang Islam ?

Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.

Si Pemuda : Benar katamu.

3 Muharram 1444H | 1 Ogos 2022
Dah balik kerja or kelas ke tu? How was your day today?
Anonymous Poll
29%
Excellent
47%
Good
24%
Meh
📝 Korang ada suggestion cerita best tak? Tak kisah movie ke kdrama ke apa² meh la share bawah ni hehe 👉👈

Nurul: nada cinta

Nama Diberi: Mat Kilau

Khairina: The uncanny counter

Siti Aisyah: Alchemy of souls

👥 4 people have voted so far.
📖 Personal Board
Hadis 40 Imam Nawawi🤍

3⃣ Islam Dibina Atas Lima Perkara

Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda:

Islam didirikan di atas lima perkara;

Bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan bahwa nabi Muhammad utusan Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan puasa sebulan Ramadhan.

4 Muharram 1444H | 2 Ogos 2022
Hadis di atas merujuk kepada?
Anonymous Poll
10%
Rukun Iman
90%
Rukun Islam
Hadis 40 Imam Nawawi 🤍

4⃣ Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya

Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu beliau berkata: Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam telah menceritakan kepada kami:

Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya sebagai setitik mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi segumpal darah selama empat puluh hari, kemudian seketul daging selama empat puluh hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya.

5 Muharram 1444H | 3 Ogos 2022
Hadis 40 Imam Nawawi 🤍

5⃣ Siapa yang mengada-ada dalam urusan (agama) kami ini

Dari Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah radiallahuanhu berkata Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: Siapa yang mengada-ada dalam urusan (agama) kami ini yang bukan (berasal) darinya, maka dia tertolak. (Riwayat Bukhari dan Muslim),

dalam riwayat Muslim disebutkan: siapa yang melakukan suatu perbuatan (ibadah) yang bukan urusan (agama) kami, maka dia tertolak).

6 Muharram 1444H | 4 Ogos 2022
Dah baca Al-Kahfi ke harini?
Anonymous Poll
82%
Alhamdulillah, dah 😊
18%
Belum lagi 😅
Hadis 40 Imam Nawawi 🤍

6⃣ Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas

Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir radiallahuanhu katanya Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda,

Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak.

Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya.

7 Muharram 1444H | 5 Ogos 2022
Apakah dosa yang dihapuskan bagi orang yang berpuasa ‘Asyura’? Adakah meliputi dosa-dosa besar atau hanya khusus buat dosa-dosa kecil?

🔗 https://maktabahalbakri.com/1068-dosa-yang-dihapuskan-bagi-orang-yang-berpuasa-asyura/
HTML Embed Code:
2024/05/21 16:11:29
Back to Top