TG Telegram Group Link
Channel: Typewriter
Back to Bottom
Soalan:
Apa nak buat apabila marah anak?

Jawapan:
1. Kawal emosi.
2. Baca ayat kursi sambil sapu dada ikut lawan jam.
3. Jauhkan diri daripada anak sekejap.
4. Dah stabil baru cakap dgn anak.

(Ustaz Kamal Said)
Soalan:
Orang yang meninggal, mati lemas kerana nak selamatkan nyawa orang lain. Adakah dia dihukum mati syahid? Sedangkan dia tak pandai berenang. Niat dia tetap mahu tolong mangsa lemas tersebut.

Jawapan:
Ya. Mati syahid.

(Ustaz Saiful)
Soalan:
Kalau anak luar nikah, bolehkah ayahnya jadi walinya nanti masa anaknya kahwin?

Jawapan:
Tidak. Selain itu, faraid pon dia tak layak. Status auratnya adalah bukan mahram walaupun dia berkait secara biologi dengan ayah ibunya.

Soalan:
Siapa yang boleh jadi wali untuk anak luar nikah ni?

Jawapan:
Hakim.

(Ustaz Saiful)
Soalan:
Kita diajar supaya menundukkan pandangan. Tapi ada kawan kita yang dah kahwin selalu upload gmbr suami dia. Jadi, adakah berdosa apabila dia upload gmbr menyebabkan kita tak dpt menjaga pandangan?

Jawapan:
Kena fahami apa niat sebenar kita upload. Kalau ujub, riak dan seumpamanya, maka berdosa.

Kalau sekadar suka², ia lagha. Sampai masanya tetap berdosa juga.

(Ustaz Saiful)
Soalan:
Nak tanya apa hukum upload gmbr orang Islam dan bukan Islam yang tidak menutup aurat?

Jawapan:
Berdosa dan ia akan menjadi saham akhirat walau dengan izin atau tanpa izin.

Bukanlah ia dikira ijmak kerana banyak dalil yang cukup jelas dalam Al-Quran dan hadis.

Antaranya.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;

(Surah an-Nur 24 : 30-31)

Mengikut kaedah usul fiqh (ilmu usul).
Apa saja perkara yang membuka pada sesuatu yang haram ia juga dihukum haram.

Bab bertolongan dalam mengerjakan sesuatu yang haram.

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).”

(Surah al-Ma’idah 5 : 2)
Soalan:
Assalamualaikum, ustaz. Nak tnya:

1️⃣ Adakah boleh kita hidup sebagai orang kaya dengan niat sebab nak banyak bersedekah?

2️⃣ Lebih baik hidup sebagai orang kaya atau bersederhana? Sebab takut kalau jadi org kaya, banyak dihisab.

Jawapan:

Waalaikumussalam.

1. Boleh.

2. Benar banyak harta banyak hisab.
Ada pro dan kontra.

Namun begitu, dalam Al-Quran dikhabarkan bahawa orang yang dah mati mahu dihidupkan semula bukan sebab nak solat dan sebagainya tapi nak bersedekah.

Amalan bersedekah menjadi keutamaan kerana pahalanya senang kata boleh beranak-pinak walau seribu tahun kita dah mati pahalanya tetap berjalan.

Rasulullah ditanya tentang amalan yang paling dicintai Allah, Baginda menjawab:

"Amalan yang paling dicintai Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya atau engkau membayarkan hutangnya atau engkau hilangkan kelaparannya"

(HR Ath-Thabrani)

Semuanya berkaitan dengan harta. Semakin banyak kita menolong, semakin banyak kasih sayang-Nya.

Doa Muslim lain yang ditolong kita akan mempermudahkan hisab yang dikhuatiri.

“Orang-orang yang menginfakkan hartanya malam dan siang hari (secara) sembunyi-sembunyi maupun terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Rabb-nya.Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.”

(Surah Al-Baqarah 2 : 274)

“Sebaik-baik harta yang baik adalah untuk orang yang soleh”. (HR. Ahmad, no. 18236)

(Ustaz Saiful)

Jawapan:

1. Boleh. Itu yang Sayyiduna Abu Hurairah minta nabi doa.

2. Tak perlu takut banyak dihisab kalau tak buat benda haram, tak dapat kekayaan dari sumber/jalan haram, tak belanjakan duit ke jalan haram.

(Syapik)
Soalan:
Nak tanya kalau masa solat, tetiba kaki krem dikira tidak khusyuk ke?

Jawapan:
Antara iman para sahabah r.a saja yg dapat bertahan atas kesakitan begitu dan akan tetap khusyuk hingga usai solatnya.

(Ustaz Saiful)
Soalan:
Bolehkah solat sunat taubat dan solat sunat hajat selepas Asar?

Jawapan:
Boleh jika berada di haramain (Mekah dan Madinah).
Soalan:
Kalau sembahyang berjemaah Subuh, imam tak baca Qunut, makmum boleh baca Qunut ke atau ikut imam?

Jawapan:
Wajib ikut imam.
Imam tak baca.
Makmum tak boleh baca juga.

Soalan:
Kalau makmum baca juga, adakh tak sah solat?

Jawapan:
Tidak sah kecuali niat mufarakah.
Soalan:

Orang yang tidak berkait dengan Solat Jumaat boleh solat Zuhur di rumah ke? Macam orang lelaki yang tidak dibenarkan Solat Jumaat di masjid tapi terhad hanya orang² terpilih saja (40org) yang dipilih dibenarkan datang. Orang yang tidak dibenarkan datang apabila masuk wktu Zuhur boleh terus solat ke?

Jawapan:

Untuk pkp saja boleh awal waktu. Waktu lain² diharamkan atau dimakruhkan berdasarkan keadaan.

Soalan:

1️⃣ Kalau seseorg musafir atau ada sebab² lain (bukan masa pkp), adakah boleh solat Zohor pada awal waktu?

2️⃣ Haram tu bermaksud tak sah solat ke?

3️⃣ Adakah perkara ini hanya tertakluk untuk lelaki sahaja?

Jawapan:

1. Boleh. Dijamakkan lagi elok.

2. Tidak sah.

3. Ya.

(Ustaz Saiful)
Soalan:

Adakah salah jika kita tidak mahu menjelaskan siapa diri kita sebenarnya seperti umur dan tempat tinggal?

Jawapan:

Tak salah pun.
Seperti yang kita sedia maklum.
Apa saja perbuatan,percakapan kita pasti akan timbul pro dan kontra.

Baik bagi kita tapi mungkin tak elok bagi org lain.

Perempuan kena memprivasikan hidupnya sesempurna mungkin.

Dari Abu Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amr Al Anshari Al Badri r.a, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia dari kalimat kenabian terdahulu adalah, ‘Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesukamu.’” [HR. al-Bukhari]

Malu itu sinonim bahkan signifikan dengan "privacy".
Teruskan. Kerana begitu banyak kisah² wanita muslimah zaman Nabi SAW, para sahabah r.a, tabiin dan tabi tabiin yang senada dengan prinsip cik.

Soalan:

Jadi, kalau seseorang mengatakan bahawa kita tidak bersangka baik. Macam mana kita nak jelaskan dengan orang tersebut?

Jawapan:
Cakaplah. Sy ikut sunnah nabi SAW.
Wanita di zaman nabi SAW.
Soalan:

Jika solat fardhu, adakah boleh berhenti solat sekiranya ibu bapa panggil?

Jawapan:

Tidak boleh.

Soalan:

Jika solat sunat, adakah boleh berhenti solat sekiranya ibu bapa panggil?

Jawapan:

Boleh.
Soalan:
Boleh ke klau kita nk puasa ganti sekali dengan puasa hari putih?

Jawapan:
Bab khilafiyah.
Afdhalnya, buat asing².

(Ustaz Saiful)
Soalan:

Nak tnya tentang topi sudu dan seluar jeans.

1. Apa hukumnya?

2. Adakah seorang ustaz boleh pakai?

3. Bagaimana seorg isteri pakai purdah tapi suaminya pakai mcm tu?

Jawapan:

1. Harus bagi lelaki. Haram bagi perempuan kecuali untuk tontonan mahramnya saja. Namun begitu, perempuan boleh pakai cuma perlu ditutup dengan kain. Kalau nak pakai sangat, ada ke fasyen mcm tu?
Lelaki dan perempuan boleh pakai topi sudu diatas tudungnya.

2. Boleh kerana topi sudu tidaklah ia termasuk dalam pemakaian syariat agama di luar dari Islam. Siapa² boleh pakai. Ustaz Don pon jual cap lambang terompah Nabi SAW. Nak khabarkan bahawa, selipar nabi s.a.w jauh lebih mulia dari mulianya kepala kita ni.

3. Tak ada masalah. Asal tak pakai waktu solat fardhu,sunat. Waktu solat jenazah boleh pakai tapi ia jadi syaz (pelik, aneh) dan kurang adabnya terhadap mayat.

(Ustaz Saiful)
Soalan:

Jika seseorang keluar darah melebihi 15 darah, bagaimanakah dia ingin mengetahui jumlah hari haid dan istihadah?

Jawapan:

1️⃣ Warna darah

Warna darah ni kena ikut susunan.

Hitam
Merah
Perang
Kuning
Keruh

Kalau datang warna hitam dengan merah, hitam dikira haid. Merah dikira istihadah. Perkara ni terpakai jika darah keluar lebih 15 hari. Kalau tak lebih, datanglah warna hitam, merah, kuning, tak de masalah. Semuanya haid kalau tak lebih 15 hari.

2️⃣ Pekat / cair

Pekat = Darah kuat
Cair = Darah lemah

3️⃣ Busuk / Tak busuk

Busuk = Darah kuat
Tak busuk = Darah lemah

Darah kuat ialah darah haid manakala darah lemah ialah darah istihadah. Ni kalau boleh bezakan sifat darah. Ada juga perempuan yang tak boleh bezakan sifat darah seperti semuanya hitam, busuk dan pekat. Maka, kena tengok adat.
Soalan:

Boleh jelaskan mengenai keputihan yang sedikit dan banyak?

Jawapan:

Sedikit:

1️⃣ Bukan daimul hadas.
2️⃣ Kena bersihkan, istinjak sebelum berwuduk.
3️⃣ Boleh ambil wuduk sebelum masuk waktu solat.
4️⃣ Wuduk seperti biasa, bukan seperti orang daimul hadas.
5️⃣ 1 wuduk boleh digunakan untuk semua ibadah. Nak qada solat dengan banyak pun boleh dengan 1 wuduk.
6️⃣ Tidak perlu sumbat kemaluan / pakai pad.

Banyak:

1️⃣ Daimul hadas.
2️⃣ Kena bersihkan, istinjak sebelum berwuduk.
3️⃣ Boleh ambil wuduk selepas masuk waktu solat.
4️⃣ Wuduk seperti orang daimul hadas.
5️⃣ 1 wuduk hanya untuk 1 solat fardhu dan banyak solat sunat. Jika nak qada solat, maka kena istinjak dan berwuduk sekali lagi.
6️⃣ Perlu sumbat kemaluan / pakai pad.
Soalan:

Apakah situasi solat hormat waktu?

Jawapan:

1. Orang yang sakit nak bersalin. Masuk waktu solat. Masa tu dia sedang nak bersalin. Sedang meneran. Maka, dia solat sambil meneran.

2. Dalam bas. Pemandu tidak berhenti. Kalau berhenti, kena tinggal. Solat duduk atas kerusi. Nak berdiri, tidak boleh sebab bas sedang bergerak.
Soalan:

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pasangan tidak menunaikan solat?

Jawapan:

Duduk bersama boleh. Berkasih sayang atau ada perasaan, tak boleh. Haram.
Kena benci tingkah lakunya.

Isteri merupakan hamba kepada suami. Kita dibeli oleh suami, iaitu dibayar mahar.

Suami ada kuasa, boleh cerai isteri. Isteri boleh minta cerai tapi itu kalau suami bagi. Sebab kita ni hamba. Isteri boleh minta fasakh.

Sebelum berkahwin, kena selidik pasangan.

Jika pasangan tidak menunaikan solat:

1️⃣ Jika tak pandai solat, ajarkan.
2️⃣ Denda.
3️⃣ Pisah tempat tidur.
4️⃣ Cerai / minta fasakh.

Kena dakwah dulu, baru boleh putus silaturahim, baru boleh minta cerai.

Putus silaturahim selain berkenaan solat, berdosa besar.

Putus silaturahim sebab solat, boleh.

Sentiasalah berdoa dan sebarkan dakwah.

Wallahu a'lam.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Soalan:

Ketika sedang berpuasa pada bulan ramadhan. Tiba-tiba, ada keluar darah berwarna koko. Dah nak dekat waktu berbuka, iaitu pada jam 6.30 petang.

Jadinya, batalkah puasa tu kalau ia cukup syarat sah haid?

Jawapan:

Apabila nampak darah, tahan diri daripada makan dan minum.

Jika darah keluar tidak cukup 24 jam, maka ia istihadah. Jika istihadah, maka puasa yang dilakukan pada hari tersebut sah.

Jika darah keluar melebihi 24 jam, maka ia haid.

Jangan bersedih apabila nampak darah keluar hampir nak masuk waktu Maghrib.

Mentaati perintah Allah dengan tidak berpuasa disebabkan datang haid, dapat pahala. Banyak lagi ibadah lain yang boleh dilakukan pada bulan Ramadhan seperti mendengar ceramah, menulis penulisan dakwah melalui media sosial, berselawat, menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa. Menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa ni, kita dapat pahala seperti orang yang sedang berpuasa.

Wallahu a'lam.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Soalan:

Jika keluar darah pada bulan puasa, tak boleh terus berbuka puasa?

Jawapan:

Nak buka puasa pun boleh. Sebab dah datang haid.

Tak nak buka puasa pun lagi, boleh juga sebab boleh jadi darah yang keluar ialah istihadah. Tapi biasanya darah yang keluar ialah haid, bukannya istihadah.

Wallahu a'lam.
HTML Embed Code:
2024/04/30 16:25:33
Back to Top