TG Telegram Group Link
Channel: Resepi Simple
Back to Bottom
Mushroom Seasoning Powder by Chef Ustazah

Rasa umami βœ”οΈ
Tanpa MSG βœ”οΈ

https://shope.ee/5KndWrTmRI
Menu sarapan yg mudah dan ringkas
Roti sardin celup telur -air fryer

Masa 5 min
Suhu 170
( adjust ikut garing sendiri) boleh buka basket af tu tgok.kalau rasa ok ..boleh keluarkan.

Bahan2:
Lebihan sambal sardin semalam
roti gardenia
2 biji telur
Semburan minyak

Sapu majerin@ butter pada roti
Letak inti sambal sardin
Lipat roti
Celup roti ke dalam telur yg telah di kocak
(Telur tu letak lada sulah ajishio)
Susun roti dlm basket
Spray minyak dan bakar

Masa bakar 5 min tu..depan belakang roti ye .
Kalau lama2 nnti rentung pulak

Sambil2 tu boleh buat kerja lain 😁

Kredit: FB Eniza M. Salim
Kueh Tiaw Goreng
Resepi Simple
Kueh Tiaw Goreng
Kuetiau goreng kering garing simple.

Geng tak suka berkuah angkat tangan?πŸ˜†

Akuler tu. Tak berapa in. Tapi kalau orang jamu aku makan aje. Alhamdulillah. Tapi kalau buat sendiri memang style kering macam ni. Kalau tengok orang chinese masak kuetiaw goreng kat reel telan ailio πŸ˜†selalu nampak kering je.

Maka kita buatla sendiri.

1. Ambil kuetiau bahagi dua masak separuh sahaja. Bolehlah makan 2-3 orang.

2. Tumbuk 7 ulas bawang putih bersama sejemput ikan bilis.

3. Panaskan kuali. Sejujurnya aku guna api besar sahaja bila masak kuetiau goreng ni dan TANPA AIR. pandai-pandaila bermain dengan api πŸ˜†

4. Masukkan minyak masak, masukkan bahan tumbuk, masukkan 2 sudu cili kering. Biar nampak merah.

5. Kacau-kacau sampai garing. Pecah sebiji telur ditepi. Kacau-kacau sikit telur tu. Telur dah nak masak masukkan kuetiaw. Aku masukkan kicap, garam, perasa, selepas masuk kuetiaw.

Telur sebelah, kuetiaw sebelah, perasa tengah.

6. Dah masuk tu terus gaul lagi dengan api besar. Kalau tak pandai lagi better pakai kuali non stick. Tapi aku suka pakai kuali legend tu. Gaul dari bawah ke atas, aku tak boleh kuetiaw hancur putus benyek.

7. Masukkan taugeh kalau ade. Aku ade tu je semalam.

8. Siap. Tutup api. Kuetiaw dia kering, garing sikit, tak hancur.

Selesai. Aku buat 4 portion.

Kredit FB: Syalfarina Razali
Resepi Simple
Photo
Ketika mood malas, selauk je lah ya kita masak. Chicken Stew Potato πŸ₯” & Carrot πŸ₯•Chinese Style is done βœ….. Bismillah

Chicken Stew Potato & Carrot Chinese Style.

Bahan Bahan :
1 ekor ayam potong kecil
3 biji ubi kentang potong empat
1 biji lobak merah potong empat
1 biji bawang holland hiris nipis
4 ulas bawang putih di ketuk
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
2 tangkai daun bawang hiris
2 sudu besar tepung jagung ( di bancuh bersama 4 sudu besar air )
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk lada hitam tumbuk
1 kiub stok ayam

Cara Memasak :
Tumis bawang holland dan bawang putih hingga keperangan. Masukkan ayam dan gaul rata hingga ayam menjadi sedikit keperangan.

Masukkan kicap pekat,sos tiram dan kicap air dan gaul rata bersama ayam.
Masukkan ubi kentang dan lobak merah. Masukkan air biar ayam, ubi kentang tenggelam dan kiub ayam.

Perasakan dengan garam secukup rasa, serbuk lada putih & serbuk lada hitam tumbuk dan renehkan di api kecil selama 30 minit hingga ayam, kentang & lobak masak.

Masukkan air jagung sedikit demi sedikit utk memekatkan kuah dan gaul rata. Tutup api dan taburkan daun bawang.

kredit : Eryn TJ
Noxxa Pressure Cooker harga ahli RM800. Bulan ini ada promo ansuran 4kali (RM200 4x) beserta free gift rak pinggan 2 tingkat.

Berminat nak tahu detail blh wasap saya wasap.my/60169545982/noxxapressurecooker β˜ΊοΈπŸ™‹β€β™€οΈ
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Noxxa Pressure Cooker nie periuk serbaguna tau. Memudahkan masak pelbagai jenis masakan. Jimat masa juga. πŸ€©πŸ‘
Kek Marble Noxxa Pressure Cooker πŸ˜πŸ‘
Resepi Simple
Photo
============================
Resepi Kek Marble Noxxa 5 Bahan
============================

Bahan-bahan:
250 gram butter (marjerin pelangi pun ok je)
250 gram tepung kek
5 biji telur grade B
Esen vanilla (1 penutup botol)
200 gram gula kastor

Cara-caranya: πŸ“

1) Masukkan gula dan butter dalam mangkuk, mix sampai kembang/putih (kite guna hand-mixer jer)

2) Pastu masukkan telur, esen vanilla dan tepung kek. Gaul/mix sebati.

3) Bila dah sebati adunan, bahagi pd 2. Ambil sedikit cocoa paste, masukkn dlm mangkuk 1 & kacau sebati. Satu mangkuk lg color asal. Tak mau color byk2, takut nak mkn πŸ˜…

4) Pastu, masukkan dalam periuk Noxxa (tak perlu alas) dan deko la ikut suka ati kome..kite lorek2 jer 🀣

5) Dah siap deko, boleh bakar guna function 'Cake' 50 minit dalam Periuk Noxxa. Pastikan tombol hala 'steam' ye. Dah siap, periuk bunyi tit tit tit..haaa bukak la tutup, baunyaaa sedap tau.

Senang je, kan? Takda oven pun boleh buat kek dengan Noxxa! Tak perlu preheat pun..❀️❀️

Jom try cuba. Nak share, save pun boleh....

Kredit FB: Nor Liza Mohd Zawi
4 Idea Koleksi Resepi Agar Agar
HTML Embed Code:
2024/06/03 17:39:51
Back to Top