TG Telegram Group Link
Channel: Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia USIM
Back to Bottom
🔥[ EXPLORACE: JELAJAH USAHAWAN MUDA ]🔥

Anda seorang yang aktif, bersemangat, dan suka cabaran?
Gabungan aksi, strategi, dan ilmu keusahawanan menanti anda! 🏃‍♂️💡

📅Tarikh: 22 Jun 2025 (Ahad)
Masa: 8.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
📍Lokasi: Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM), USIM
💸Yuran Penyertaan: RM5 sahaja

👥Terhad kepada 50 orang peserta sahaja!
Tullabiyah direkodkan
🎁Hadiah menarik menanti anda!

📍Daftar Sekarang!
https://shorturl.at/FSKYU

📌Tempat adalah terhad! Daftar segera sebelum terlambat!

📲Dapatkan maklumat terkini melalui media sosial kami:

Instagram: https://url-shortener.me/1JMA
TikTok: https://url-shortener.me/1JMB
Group Hebahan: https://url-shortener.me/1JTZ

Ta'abud | Tazkiyah | Ta'amir

JAWATANKUASA MIKKI 2025
ADIK BERADIK PUSAT ISLAM 2024/2025


#mikki2025
#abpi2025
#pusatislamusim
#KompleksIslamTuankuMuhriz
💰[ 1 DAY LEFT: ROAD TO MIKKI 2025 ] 📢

Minggu Keusahawanan dan Kewangan Islam (MIKKI) 2025 semakin menghampiri!
Dah ready nak jadi usahawan bijak dan nikmati program-program menarik? 🤩

📍 Save the date, ajak kawan-kawan, dan jangan ketinggalan tau! 🫣

Butiran program adalah seperti berikut:

🗓Tarikh: 20 - 22 Jun 2025 (Jumaat - Ahad)
🕌Tempat: Dewan Utama, FPBU, Kompleks Islam Tuanku Muhriz dan Beryl’s Factory

📲Dapatkan maklumat terkini melalui media sosial kami:

Instagram: https://url-shortener.me/1JMA
TikTok: https://url-shortener.me/1JMB
Group Hebahan: https://url-shortener.me/1JTZ

Ta'abud | Tazkiyah | Ta'amir

JAWATANKUASA MIKKI 2025
ADIK BERADIK PUSAT ISLAM 2024/2025


#mikki2025
#abpi2025
#pusatislamusim
#KompleksIslamTuankuMuhriz
🛍️ [ BEG KUNING: NAK KAYA, MODAL CIPUT ]🛍️

"Aduh, poket dah nazak ni… Tapi impian nak jadi usahawan masih membara!"😫

JANGAN GIVE UP! 🔥Kami bawakan kepada anda program yang bakal UBAH HIDUP anda!

Nak mula business tapi takut risiko? Modal kecik pun boleh mula dari rumah🤩.
Jom kami tunjuk caranya! 🚀

Butiran program adalah seperti berikut:

🗓Tarikh: 20 Jun 2025 (Jumaat)
🕖Masa: 8.00 Malam - 11.00 Malam
🕌Tempat: Dewan Utama, FPBU
💰Yuran Penyertaan: RM5 sahaja!
📜 Tullabiyah Direkodkan
🍪 Pek Makanan Ringan Disediakan
🎊 Cabutan Bertuah

📍Jom Daftar Sekarang:
https://forms.gle/TygbJKBPBN8o8nag9

Tarikh tutup pendaftaran: 18 Jun 2025

📲 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Hannani: http://www.wasap.my/60182302381

📲Dapatkan maklumat terkini melalui media sosial kami:

Instagram: https://url-shortener.me/1JMA
TikTok: https://url-shortener.me/1JMB
Group Hebahan: https://url-shortener.me/1JTZ

Ta'abud | Tazkiyah | Ta'amir

JAWATANKUASA MIKKI 2025
ADIK BERADIK PUSAT ISLAM 2024/2025

#mikki2025
#abpi2025
#pusatislamusim
#KompleksIslamTuankuMukhriz
🔥[ DAPUR VIRAL CHALLENGE ]🔥

Anda seorang yang suka memasak? 🍽️
Berminat untuk tunjukkan skill memasak anda kepada orang ramai? 👨🏻‍🍳👩🏼‍🍳

Ayuh! Tunjukkan kreativiti memasak anda dalam program DAPUR VIRAL CHALLENGE! 🥘

📅Tarikh: 21 Jun 2025 (Sabtu)
Masa: 8.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
📍Lokasi: Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM), USIM
💸Yuran Penyertaan: RM5 sahaja untuk setiap kumpulan

👥Terhad kepada 6 kumpulan sahaja!
Tullabiyah direkodkan
🎁Hadiah menarik menanti anda!

📲Dapatkan maklumat terkini melalui media sosial kami:

Instagram: https://url-shortener.me/1JMA
TikTok: https://url-shortener.me/1JMB
Group Hebahan: https://url-shortener.me/1JTZ

Ta'abud | Tazkiyah | Ta'amir

JAWATANKUASA MIKKI 2025
ADIK BERADIK PUSAT ISLAM 2024/2025


#mikki2025
#abpi2025
#pusatislamusim
#KompleksIslamTuankuMuhriz
🛍️ [ JAULAH: TRIP MAKE MONEY ] 🛍️

Nak belajar cara buat duit sambil berjalan-jalan?
Nak kenal dunia business secara hands-on dan santai?

Jom sertai program JAULAH bersama kami!🤩

📅Tarikh: 21 Jun 2025 (Sabtu)
🕑Masa: 2.00 – 6.00 Petang
📍Tempat: Beryl’s Chocolate Factory
💰Yuran Penyertaan: RM10 sahaja!
📜Tullabiyah direkodkan

💡 Program santai tapi padat dengan ilmu:
• Belajar nilai keusahawanan
• Kenal dunia perniagaan sebenar
• Lawatan eksklusif ke kilang coklat terkenal!

📲 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Wafaa': http://www.wasap.my/60189062548

📲 Dapatkan maklumat terkini melalui media sosial kami:

Instagram: https://url-shortener.me/1JMA
TikTok: https://url-shortener.me/1JMB
Group Hebahan: https://url-shortener.me/1JTZ

Ta'abud | Tazkiyah | Ta'amir

JAWATANKUASA MIKKI 2025
ADIK BERADIK PUSAT ISLAM 2024/2025


#mikki2025
#abpi2025
#pusatislamusim
#KompleksIslamTuankuMukhriz
🔥[ EXPLORACE: JELAJAH USAHAWAN MUDA ]🔥

Anda seorang yang aktif, bersemangat, dan suka cabaran?
Gabungan aksi, strategi, dan ilmu keusahawanan menanti anda! 🏃‍♂️💡

📅Tarikh: 22 Jun 2025 (Ahad)
Masa: 8.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
📍Lokasi: Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM), USIM
💸Yuran Penyertaan: RM5 sahaja

👥Terhad kepada 50 orang peserta sahaja!
Tullabiyah direkodkan
🎁Hadiah menarik menanti anda!

📍Daftar Sekarang!
https://shorturl.at/FSKYU

📌Tempat adalah terhad! Daftar segera sebelum terlambat!

📲Dapatkan maklumat terkini melalui media sosial kami:

Instagram: https://url-shortener.me/1JMA
TikTok: https://url-shortener.me/1JMB
Group Hebahan: https://url-shortener.me/1JTZ

Ta'abud | Tazkiyah | Ta'amir

JAWATANKUASA MIKKI 2025
ADIK BERADIK PUSAT ISLAM 2024/2025


#mikki2025
#abpi2025
#pusatislamusim
#KompleksIslamTuankuMuhriz
📣 [ BOOTH JUALAN MINGGU KEUSAHAWANAN DAN KEWANGAN ISLAM ] 📣

Pelbagai makanan dan minuman menanti anda!🤩

Berikut adalah butiran booth jualan dibuka:

📅 Tarikh: 22 Jun 2025 (Ahad)
📍 Tempat: Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM)
Masa: 8.00 Pagi – 1.00 Tengah Hari
💰 Sewa Tapak: RM15

📲Dapatkan maklumat terkini melalui media sosial kami:

Instagram: https://url-shortener.me/1JMA
TikTok: https://url-shortener.me/1JMB
Group Hebahan: https://url-shortener.me/1JTZ

Ta'abud | Tazkiyah | Ta'amir

JAWATANKUASA MIKKI 2025
ADIK BERADIK PUSAT ISLAM 2024/2025


#mikki2025
#abpi2025
#pusatislamusim
#KompleksIslamTuankuMuhriz
[ IRSYAD HUKUM: HUKUM MEMAKAI KANTA LEKAP (CONTACT LENS) BERWARNA ]

Soalan
Apakah hukum memakai kanta lekap yang berwarna bagi wanita?

Jawapan
Berdasarkan penelitian, isu ini boleh dirumuskan bahawa tiada khilaf dikalangan para fuqaha, iaitu mereka membenarkan penggunaan kanta lekap berwarna ataupun tidak sekiranya penggunaan kanta lekap tersebut atas dasar perubatan dan hajat. Ini kerana kanta lekap adalah pengganti kepada kaca mata bagi mereka yang mengalami masalah penglihatan seperti rabun. Meskipun begitu, nasihat daripada doktor yang bertauliah mestilah di ambil kira untuk mengelakkan berlakunya komplikasi terhadap mata selepas menggunakannya yang mana boleh merosakkan mata.

Pendapat yang membenarkan pemakaian kanta lekap berwarna atas dasar perhiasan mengatakan bahawa ianya termasuk dalam perhiasan yang diharuskan penggunaannya selagi mana tiada dalil yang mengharamkannya. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

قُلۡ مَنۡ حَرَّمَ زِينَةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِيٓ أَخۡرَجَ لِعِبَادِهِۦ وَٱلطَّيِّبَٰتِ مِنَ ٱلرِّزۡقِۚ قُلۡ هِيَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا خَالِصَةً يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۗ كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ ٱلۡأٓيَٰتِ لِقَوۡمٖ يَعۡلَمُونَ

Maksudnya: "Katakanlah: Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hambaNya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik? Katakanlah: Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui."

(Surah Al-A'raf 7: 32)

Al-Imam al-Syaukani Rahimahullah menyebutkan bahawa perhiasan itu adalah apa-apa yang dihiaskan pada manusia dari segi pakaian atau selainnya seperti perkara-perkara yang dibenarkan dari bahan galian yang mana tidak terdapat larangan untuk berhias dengannya seperti batu permata dan lain-lain.

Maka hukum pemakaian kanta lekap sama ada berwarna ataupun tidak, adalah dibenarkan namun para ulama meletakkan beberapa syarat antaranya:

• Mestilah tidak memudaratkan mata si pemakai.
• Pemakaiannya tidak terdapat unsur-unsur penipuan, menunjuk-nunjuk serta bermegah-megah di hadapan orang lain, khususnya di hadapan bukan mahram. Adapun isteri yang memakai kanta lekap berwarna bagi tujuan berhias bagi suaminya, maka ianya dibolehkan. Begitu juga bagi perempuan yang bakal bertunang yang mana mengenakan kanta lekap berwarna dihadapan tunangnya bagi kelihatan cantik maka ianya tidak dibenarkan syarak kerana terdapat unsur penipuan di dalamnya.
• Tidak berlaku pembaziran kerana sesetengahnya dijual dengan harga yang mahal.
• Tidaklah kanta lekap itu menyerupai mata binatang, kerana tasyabbuh (menyerupai) dengan binatang adalah dilarang di dalam Islam.

Kesimpulan
Sekiranya penggunaan kanta lekap itu bagi tujuan perubatan maka ianya dibolehkan sama ada berwarna ataupun tidak berwarna.

Adapun memakainya bagi tujuan perhiasan, pada asalnya hukum pemakaiannya adalah dibolehkan namun perlulah diambil kira syarat-syarat yang telah digariskan oleh para ulama seperti yang telah disebutkan di atas yang mana jika tidak diikuti boleh jatuh kepada hukum haram pada pemakaiannya.

Namun seeloknya ditinggalkan pemakaian kanta lekap berwarna demi mengelakkan diri dari terjebak ke dalam fitnah seperti penipuan dan pembaziran.

Wallahu a'lam.

Rujukan
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/1857-irsyad-al-fatwa-ke-143-hukum-memakai-kanta-lekap-contact-lens-berwarna

Terus ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/spmmofficial

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"

LAJNAH PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2024/2025
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


#irsyadhukum
#rndspmm
#spmm2425
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 BICARA SISWI: "DUNIA HANYA PERSINGGAHAN, AKHIRAT DESTINASI IDAMAN"
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Sukacita dimaklumkan bahawa Lajnah Hal Ehwal Wanita (HELWA) SPMM USIM membawakan kepada anda Bicara Siswi yang bertajuk "DUNIA HANYA PERSINGGAHAN, AKHIRAT DESTINASI IDAMAN" yang pastinya akan memberikan banyak pengajaran serta input menarik yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan.

📌Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 27 Jun 2025 (Jumaat)
Masa: 12.00 - 1.00 Tengah Hari
Platform: Live Instagram (@helwausim)

🧕🏻Penceramah Jemputan:
🎙️Puan Nurul Syuhada Amer
(Pendakwah Bertauliah)

🗣Moderator:
🎙️Nur Fatin Najya
(Timbalan Presiden 2 SPMM)

🔗Link Pendaftaran:
https://forms.gle/dbaGQwM1f2UqncTp9

Justeru, semua mahasiswa USIM dijemput hadir bagi memeriahkan Bicara Siswi pada kali ini🤗.

📌Tullabiyah Direkodkan

Instagram:
https://www.instagram.com/helwausim?igshid=OGQ5ZDc2ODk2ZA==

"Siswi Teras Pembangunan Ummah"

LAJNAH HAL EHWAL WANITA
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2024/2025
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


#helwausim
#mediaspmm
#spmm2425
[ SALAM MAAL HIJRAH 1447H ]

Hijrah, satu ungkapan penuh makna bagi mereka yang benar-benar menghayatinya. Jika kita menelusuri bersama sirah baginda Nabi SAW, penghijrahan dari Mekah ke Madinah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi permulaan kepada misi agung dalam menegakkan agama Allah SWT.

Peristiwa ini telah memadamkan api permusuhan, mencetus kedamaian, dan membentuk masyarakat rabbani yang sejahtera. Inilah intipati yang dibawa oleh tema Sambutan Maal Hijrah 1447H kali ini iaitu "Membangun Ummah Madani".

Sebuah frasa yang menyeru kepada pembinaan masyarakat Islam yang progresif, berdaya saing, dan berteraskan nilai-nilai Islam yang syumul. Namun di sebalik pembangunan ummah yang syumul ini, terselit pengorbanan besar demi mempertahankan akidah dan membina kehidupan yang lebih diredai Allah SWT.

Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱلَّذِينَ هَاجَرُوا۟ وَجَـٰهَدُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أُو۟لَـٰٓئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ ٱللَّهِ ۚ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌۭ

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat daripada Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang."

(Surah Al-Baqarah 2: 218)

Ayat ini mengingatkan kita bahawa keimanan yang sebenar mesti disertai dengan usaha dan pengorbanan. Hijrah bukan hanya berpaksikan perpindahan tempat, tetapi lebih utama ialah perubahan dalaman. Itulah hakikat hijrah yang sebenar, satu perjalanan menuju reda dan rahmat Allah SWT. Semoga Maal Hijrah 1447H ini menjadi titik mula untuk kita bermuhasabah, memperbaharui tekad, dan membuka lembaran baru dengan penuh tawakal dan harapan kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Salam Maal Hijrah 1447H, Membangun Ummah Madani.

Teruskan ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/spmmofficial

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"

Ta'abud | Tazkiyah | Ta'amir

SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 24/25
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM 24/25
SEKRETARIAT RAKAN SISWA YADIM 24/25
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


#mediaabpi
#abpi2025
#pusatislamusim
#KompleksIslamTuankuMuhriz
HTML Embed Code:
2025/06/28 11:33:06
Back to Top