TG Telegram Group Link
Channel: Nota Umrah DIY
Back to Bottom
IKTIKAF BACKPACKERS 10 AKHIR RAMADAN

Alhamdulillah, Ramai yang berminat untuk Iktikaf 10 malam akhir di Masjidil Haram. Ni sedikit perkongsian macam mana nak iktikaf secara total di Masjidil Haram untuk 10 hari terlahir Ramadhan tanpa perlu ptinggal di Hotel, berdasarkan pengalaman 2022 dan 2023.

Cadangan Keperluan:
• 1 Backpack (size 20-30 liter je) kalau boleh ada padding di blkg utk buat bantal
• 1 bag woven (utk isi food untuk bawa dalam Masjid)
• 2-3 powerbank (kalau dah abis minta tlg kawan/jemaah Iktikaf yang balik hotel tolong cajkan)
• 1 Jubah 1 helai berwarna (pilih yg plg selesa)
• 1 Jubah Raya (Optional)
• 1 Tshirt dry fit - sy beli decathlon
• 1 Seluar jubah (sy pakai trackbottom 3 quarter. Sbb dry fit)
• Minyak attar/oud/kasturi
• Toilettries (isi botol kecik2 untuk jimat ruang)
• Disposable Underwear.
• Pampers dewasa 1 (in case 😅)
• Ihram Umrah (leh buat selimut dan towel)
• Sambal2 paket kecik/sachet kopi (kopi bancuh ng Air Zam2 je)
• Sejadah duduk (rujuk gambo).
• Quran kecil (untuk ikut/semak bacaan Imam ketika Tarawih & Tahajjud)

Port Iktikaf
Tmpt yang sy pilih ialahdi new expansion di gate 136 (masuk ikut gate 114), sbb:
• selesa
• kurang traffic drp jemaah Umrah dan tandas yg sangat
• dekat
• Tapi tiada plugpoint (tu sbb bawak 2-3 Powerbank).

Berbuka/Sahur
• Iftar inshaAllah disediakan/ Sahur ramai je yang open

Lain-lain
• Mandi dan basuh baju di tandas (boleh jemur sekejap di luar)
• Perempuan pon ramai je iktikaf, kebanyakannya di tingkat 1.

Ada soalan boleh tny kt ruang komen ye. InshaAllah sy cuba jawab.

Posting asal
https://www.facebook.com/share/p/3TgTq5TTo37mjw1S/?mibextid=xfxF2i

@NotaUmrahDIY
🟢 #DidYouKnow | Palestinian Airlines was established in 1995, initially operated flights from El Arish International Airport in Egypt due to the lack of an operational airport in Gaza. The airline relied on Fokker F27 and F50 aircraft for regional flights while also utilizing a Boeing 727-200 (SU-YAK) #Airways #Aviation

📸: Perry Hoppe

@NotaUmrahDIY
AMAL SEDIKIT GANJARAN BANYAK

Firman Allah Subhanahu Wa Taala:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Maksudnya : Malam Al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.

(Surah Al-Qadr : 3)

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :

من قام مع الإمام حتى ينصرف كتب له قيام ليلة

Maksudnya : Barangsiapa yang bersolat malam/ tarawih(pada malam-malam Ramadhan) bersama imam sehingga dia bersurai(selesai solat), tertulis untuknya pahala solat semalaman penuh.

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga bersabda :

مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ فِى جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ قِيَامُ نِصْفِ لَيْلَةٍ وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِى جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ
'Barangsiapa yang menghadiri solat ‘Isya berjamaah, maka baginya pahala solat separuh malam. Sesiapa yang melaksanakan solat ‘Isya dan Subuh berjamaah, pula, maka baginya pahala solat semalaman penuh.'

(Hadis Riwayat Muslim dan al-Tirmidzi)

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :

كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ, ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ, حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ; سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ

Maksudnya : Dua kalimah yang ringan/mudah untuk disebut, tetapi berat di dalam Al-Mizan(timbang amalan di akhirat), dan dicintai Ar-Rahman :
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Maha Suci Allah dan segala pujian untukNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Banyak lagi amalan-amalan lain yang Allah janjikan ganjaran-ganjaran yang besar. Dalam memburu Lailatul Qadr di 10 malam terakhir Ramadhan ini, rancanglah apa yang kita mampu untuk laksanakan. Semakin banyak amalan kita semakin baik dengan syarat konsisten. Kerana Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam apabila ditanyakan tentang sebaik-baik amalan, baginda pernah menjawab :

أدومها وإن قل

Maksudnya : Apa yang konsisten walaupun sedikit.

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Dr Abu Anas Madani

@NotaUmrahDIY
Alhamdulillah. Dah tersenarai dalam entiti amaran 🤲🏻
Scammer terhebat di bumi Madinah

Nama : Nur Zaidani Akmal @ Rezeki Madinah
Nama Syarikat : Hiddan Travel & Pasaraya Nur
Group FB : INFO Umrah Diy (INFO ye bukan FORUM)

Sesiapa yang akan berurusan dgn dia. Minta batalkan niat.

Yg mana dh berurusan dgn dia. Saya doakan urusan anda dipermudahkan.

PASTIKAN ANDA BETUL2 PASTI SIAPA PEMILIK AKAUN YG ANDA TRANSFER.

Yg mana masih lagi backup dia. Nt bgtau dia. Balik la Malaysia. Nak raya dh ni

Kredit : FB Muhd Aliff

Posting asal
https://www.facebook.com/share/p/oKrgq8dHBxYaeAAP/?mibextid=A7sQZp

@NotaUmrahDIY
Bas Awam No 13

Sekiranya mana mana jemaah yang memilih untuk bermalam di Jeddah dan menginap di Al Balad. Tetuan boleh memilih menaiki bas awam ke Airport Jeddah dengan mengambil bas awam no 13 di hadapan Golden Palm Mall berhampiran Lulu Express Supermarket dan Saudi General Post Office Jeddah.

Tambangnya Sr20. Saya jangkakan pembayaran boleh secara tunai sebab nampak konduktor bas pegang wang tunai.

Kredit : Meor Zainuddin

@NotaUmrahDIY
Fly to Jeddah as low as RM2,300 return per pax and enjoy RM300 promo codes at https://my.trip.com/w/saudi-t

Apply <SUPERSAUDI300> to get RM300 off with min. spend of RM5,000 with SV Saudia Airlines
Apply <SUPERSAUDI200> to get RM200 off with min. spend of RM4,000 with all airlines

Limited redemptions only. T&C apply.

Credit : www.trip.com

@NotaUmrahDIY
Umrah musim sejuk Jan 2025 + cuti sekolah hanya RM1,830 dengan Air Arabia!

Contoh tarikh:
✈️ KUL - Sharjah
Tarikh: 20 Jan 2025
Harga: RM519

✈️ Sharjah - Jeddah
Tarikh: 21 Jan 2025
Harga: RM395

✈️ Madinah - Sharjah
Tarikh: 28 Jan 2025
Harga: RM389

✈️ Sharjah - KUL
Tarikh: 1 Feb 2025
Harga: RM527

TOTAL: RM1,830

Semua tiket termasuk bagasi 20KG + snek untuk semua penerbangan.

Tempahan boleh dibuat terus di website Air Arabia secara berasingan.
Saudi Airlines
Kul - Med - Kul
RM 1699 return
8 - 19 Mei 2024
1 Baggage x 23 kg

Terdapat banyak lagi pilihan tarikh untuk harga ini. Sila buat semakan lanjut sebelum membuat pembelian

Boleh beli di app trip.com dan platform lain. Pastikan sign up dahulu sebelum beli untuk dapat harga terbaik. Rujuk posting berikutnya cara untuk sign up

@NotaUmrahDIY
Nak dapat discount lagi ? Nah sign up trip•com guna link dibawah sebelum beli tiket

Sign up to Trip·com to get up to £10 off every flight ticket you buy - with no restrictions. Follow the link to sign up!

https://uk.trip.com/sale/4283/referee.html?locale=en-GB&referCode=4A408B1EDD0E1A2C7C836F898834FF78

@NotaUmrahDIY
Saudi Airlines
Kul - Jed - Kul
RM 1861 return
7 - 17 Mei 2024
1 Baggage x 23 kg

Terdapat banyak lagi pilihan tarikh untuk harga ini. Sila buat semakan lanjut sebelum membuat pembelian

Boleh beli di app trip.com dan platform lain. Pastikan sign up dahulu sebelum beli untuk dapat harga terbaik. Rujuk posting sebelumnya cara untuk sign up

@NotaUmrahDIY
Episod scam pakej haji menggunakan visa pelancong sudah bermula. Skrip yang sama setiap tahun cuma mangsa saja yang berbeza.

Masalah ini takkan selesai selagi ada demand dan supply. Sukar dibanteras cuma tugas kita hanya mampu beri pendedahan dan kesedaran sahaja

https://www.facebook.com/share/p/7KjdwCYhA53SGziA/?mibextid=xfxF2i

@NotaUmrahDIY
Peluang menunaikan Umrah MKM secara percuma, khas buat OKU sahaja. Penyertaan terhad!

Khas buat OKU sahaja...
Khas buat OKU sahaja...
Khas buat OKU sahaja
...

Isi maklumat disini, semoga terpilih

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdXN3V3M5UlQCASN3aX3Mra6aLHu4PYrF9K3UgKTOrZWCGR3Q/viewform

Oleh MKM Travel

@NotaUmrahDIY
‘Jemaah Tabung Haji jalan kaki lagi jauh dari kita’ - kata pembedal Haji.

Semalam saya dapat messenger dari jemaah berumur wanita 60’an yang sedang berada di mekkah. Dia tanya saya ‘betul ke makcik kene jalan 35km nak pergi arafah?’ dan dalam konteks lain makcik ini kongsikan,

1. Makcik pergi dengan pakej RM47k
2. Kursus haji buat sendiri
3. Janji visa mujamalah dan di airport kasi visa tourist hanya di berikan arahan dalam wassap group. Apabila di tanya Tour leader (TL) jawab visa masalah eh visa mujamalah akan dapat di saudi.
4. Tiada petugas di airpot. Semuanya cara DIY. Sebelum bayar pakej macam macam di janji
5. Makcik ni beli pakej ni sebab dia kata awal visa haji dah confirm
6. Makcik bayar 10k deposit dan balance TL datang rumah ambil duit cash.
7. Makcik keluarkan semua duit simpanan dan gadai emas untuk tunai haji
8. Makcik ni terbang awal pada bulan ramadan.
9. Sampai di airport jeddah, ada orang luar yang ambil. TL dan petugas langsung tak muncul.
10. Dalam bus sepanjang perjalanan ke Mekkah sunyi sepi.
11. Janji hotel di ajyad rupanya duduk apartment macam setinggan.
12. Makcik ni dapat roomate kebetulan sakit. Pada awalnya semua ok, sejak perjalanan yang ketat, nak keluar apartment pun kene hati hati. Kata TL jika nampak polis jangan kasi tau rumah kat mana dan tujuan hanya umrah.
13. Makcik dah tak sedap hati nak teruskan atau balik
14. Setiap hari dalam group kene voice note dengan TL dan katanya asik berikan larangan sahaja dan marah jemaah yang share info bersama waris
15. Makcik dah pening kepala tak sanggup nak teruskan kerana terpaksa berbohong dengan waris
16. Makcik tak larat jalan jauh pastu kene pula jaga roomate
17. Jika kene jalan 35km memang makcik tak boleh
18. Apabila di tanya TL kenapa kena jalan kaki ke arafah dan tiada kenderaan, jawapan dia senang je, babit dan comparekan dengan Tabung Haji.

Sambunganya disini...

https://www.facebook.com/share/v12MXNNpgryUiWnH/?mibextid=xfxF2i

Tugas kita adalah memberi pendedahan dan kesedaran supaya tiada lagi yang terjebak. Ayuh sebarkan

@NotaUmrahDIY
Discover the enchanting city of Jeddah, where ancient history and modern architecture blend seamlessly. Jeddah is waiting to captivate you with its unique charm and beauty, enjoy RM300 OFF flight when you book on Trip.com mobile app, view more info 👉👉https://my.trip.com/w/saudi-t

Book before 15 May 2024, while stocks last. T&C apply.

Source : Trip.com

@NotaUmrahDIY
Terang dan jelas. Visa haji perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum tiba di Arab Saudia

Segala jenis visa seperti tertera tidak boleh digunakan untuk pergi haji

📷 MOHU

@NotaUmrahDIY
HTML Embed Code:
2024/05/16 22:44:05
Back to Top