TG Telegram Group Link
Channel: Nota Umrah DIY
Back to Bottom
SOAL JAWAB

Soalan
Assalamualaikum Datoโ€™ Seri, baru-baru ini saya menunaikan umrah dan ziarah pada bulan Ramadhan, kebetulan saya menyewa di Hotel Taibah di hadapan Masjid Nabawi bersebelahan dengan masjid Ghamamah, setiap kali masuk waktu solat, saya menuju ke masjid, dan saya bertambah hairan kerana ramai yang solat di hadapan imam, adakah solat mereka sah?

Jawapan
Klik link berikut untuk jawapan lanjut

https://maktabahalbakri.com/1329-saf-solat-melebihi-kedudukan-imam/

@NotaUmrahDIY
Selamat Tahun Baru 2024

Tahun 2023 meninggalkan kita dengan seribu kenangan. Semoga kedatangan 2024 akan lebih memaknai kehidupan, lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya untuk kita semua

Yang lepas dah jadi sejarah. Ambil iktibar, pasti ada hikmahnya

Kita fokus untuk kehadapan
dengan lebih baik dan lebih cemerlang

Tahun 2023 juga menunjukaan peningkatan ketara jemaah Malaysia yang menunaikan umrah secara DIY melalui perkongsian jemaah di Group Facebook dan telegram @ForumUmrahDIY yang begitu aktif sekali. Semoga ibadah umrah kita semua diterima Allah, Ameen

Namun 2023 admin (mungkin juga termasuk team) terasa kekurangan dipihak kami kerana ini merupakan kali pertama kami tidak menganjur trip terbuka seperti tahun sebelum-sebelum ini. Terasa ralat juga, tidak dapat merasai kemeriahan membawa jemaah kali ini

Dah serik ?

Hmm, kalau ikut team kami, depa lebih selesa berpakat dengan circle sediada saja nak ke mana pun. Sebab semua sudah sehati sejiwa tempuhi bersama

2023 dah tiada, bagaimana dengan 2024 pula ?

Antara azam admin tahun ini nak meneruskan kembali projek #CSR kami. Kembali menyantuni jemaah umrah dengan membawa seramai mungkin menunaikan Umrah DIY pada cuti sekolah bulan 12.2024 ini. Tetapi kali ini 100% umrah sahaja tanpa singgah ziarah ke negara lain, dengan syarat penyertaan yang lebih ketat. Doakan ia menjadi kenyataan. Semoga Saudia buat promo kaw-kaw lagi seperti sebelum ni ๐Ÿ˜ƒ

Jika anda ingin menyertai trip Umrah DIY dengan konsep yang sebenar, bolehlah sertai kami nanti. Satu-satunya fully guided DIY trip

Nantikan. . .

@NotaUmrahDIY
โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ BERITA BAIK PADA TAHUN BARU 2024, HARGA TOURIST VISA TURUN LAGI. ANDA JIMAT HAMPIR RM100 BERBANDING APPLY di platform visitsaudi atau VOA

Setelah beberapa masalah teknikal untuk permohonan visa dari warga Malaysia melalui platform https://ksavisa.sa/ sewaktu pelancarannya beberapa minggu lalu, kini anda boleh apply tourist visa tanpa rasa ragu menggunakan platform tersebut

Ya, harganya lebih murah dari apply di visitsaudi atau VOA

Harga bermula dari USD109.5 sahaja ~ RM502.6 tukaran terkini tarikh 1 Jan 2024. Harga akhir visa bergantung kepada pemilihan syarikat pengendali takaful / insurans kesihatan

Sebarang soalan boleh komen di halaman ini. Team kami akan membantu anda

๐Ÿ“ธ Look at this post on Facebook
https://www.facebook.com/share/B8FUCWNeg5F74j95/?mibextid=A7sQZp

@NotaUmrahDIY
Ya sememangnya terjadi

Nak Umrah DIY, kena pergi kursus umrah. Belajar berguru dan dalami. Bukan belajar dari youtube sahaja. Dah sampai sana, wajib ambil khidmat mutawwif untuk bimbing umrah anda sampai habis

Itu kekadang aneh-aneh tindak tanduk jemaah. Esok nak berlepas, hari ni masih tanya soalan miqat di mana. Itu belum yang berhelah ada urusan kerja di Jeddah lagi. Adeh

@NotaUmrahDIY
TH telah mengumumkan kadar Bayaran Haji bagi musim haji 1445H/2024M.

Alhamdulillah, TH masih meneruskan Bantuan Kewangan Haji Bersasar untuk bakal haji Muasassah daripada kalangan B40 dan M40 pada tahun ini.

Tabung Haji

@NotaUmrahDIY
SOAL JAWAB

Soalan
Permohonan online visa tourist ni banyak medium boleh apply ke ?

Jawapan
Untuk permohonan online sebelum berangkat, yang rasmi 2 sahaja seperti di bawah ini. Yang lain semua 3rd party dan harga sembelih. Selain mohon online, boleh juga mohon visa tourist sejurus ketibaan di Airport Saudia (VOA : visa on arrival)

1. ksavisa.sa
- paling reliable dan murah

2. visa.visitsaudi.com
- sejak 2019

@NotaUmrahDIY
โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธPERHATIANโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ

Permohonan di portal http://ksavisa.sa bagi warga Malaysia yg menetap di Malaysia setakat ini adalah terhad kepada TOURIST VISA SAHAJA.

Walaupun terdapat option Transit Visa, permohonan anda akan SELAMANYA berstatus โ€œSend to Representativeโ€ sehinggalah ke hari penerbangan. Tak perlu buang duit dan masa memohon di sini, walaupun anda boleh cancel dan meminta refund selepas tersedar.

JADI, ELAKKAN dari MEMOHON TRANSIT VISA melalui portal ksavisa. Setakat ni, hanya permohonan melalui website Saudia sahaja yg berjaya mendapatkan transit eVisa.

Jangan habaq kami โŒ payung info

@NotaUmrahDIY
SOAL JAWAB

Soalan
Assalamualaikum.

Maaf saya perhatikan ramai jemaah berminat ziarah Al-Ula, tetapi sefaham saya tempat ini diwarta tempat yang dilarang oleh Rasulullah untuk pergi (Kota terkutuk). Mungkin ada kesilapan fakta tentang maklumat sebab Saya cuma google & dapat maklumat menerusi video saja. Jika ada yang arif mungkin boleh beri pencerahan. Saya budak belajar. Terima kasih. โ˜บ๏ธ

Jawapan
Al Ula tu besar tuan

Nabi ada solat di kawasan al Ula, dan tempat tu ada binaan Masjid.

Yang ditegah tu, kawasan al Hijr (Madain Salleh)

Tuan bayang KL, ada Setapak, Gombak, Selayang, Kepong dll. Katakanlah Madain Salleh tu di Kepong, tak kan kita nak kata mereka yang pi Gombak pun pi kawasan yang dilarang

Mereka pegi ke Old City, Jabal al Fil, tu semua jauh dari kawasan al Hijr

Jadi tidak tepat mengatakan Al Ula keseluruhan itu tempat yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W

#soaljawab

@NotaUmrahDIY
Inshaallah team admin bersama elite circle @NotaUmrahDIY & @ForumUmrahDIY seramai 52 orang kesemuanya akan mula berangkat awal pagi nanti ke Europe dengan menggunakan Saudi Airlines

Trip rareunion kali ini sedikit unik kerana akan turut mengerjakan Umrah DIY. Sebahagian menggunakan visa transit, mohon di website Saudia. Sebahagian menggunakan visa pelancong kerana akan tinggal lebih dari 4 hari (96 jam) di Saudi

Alhamdulillah dapat tiket promo Saudi sekitar RM 2600 saja. Plus pakej ground europe boleh jimat RM 2000 seorang berbanding pergi dengan agensi pelancongan tempatan. Jimat dan trip pula lebih lama. Walaupun trip urus sendiri, macam biasa persiapan rapi tetap dilakukan

Rajin-rajin jenguk Saudia kerana Saudia yang sekarang dah tak macam dulu. Selalu buat promo

Untuk trip terbuka Inshaallah hujung tahun ini kami akan anjurkan kembali trip Umrah DIY Winter 6.0. Rasai pengalaman trip Umrah DIY sebenar dengan menyertai trip kami cuti sekolah hujung tahun ini

Akan dilancarkan sedikit masa lagi bila semuanya sudah sedia. Nantikan

Kalau anda flight sama SV841 pukul 2.15 pagi ni, bolehlah bertegur sapa nanti ๐Ÿ˜

@NotaUmrahDIY
ADAB-ADAB DAN KAEDAH MENZIARAHI NABI SAW

Berikut adalah adab-adab dalam menziarahi makam Rasulullah SAW berdasarkan kitab fiqh kontemporari yang terkenal dalam mazhab al-Syafiโ€™e iaitu al-Fiqh al-Manhaji โ€˜ala Mazhab al-Imam al-Syafiโ€™e.

Antara adab-adab yang disebutkan adalah:

โœ… Sunat berazam menziarahi Nabi SAW dan masjidnya ketika menuju ke Madinah supaya mendapat pahala kedua-duanya. Begitu juga, sunat memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW dalam perjalanan tersebut.

โœ… Sunat mandi sebelum masuk Madinah sekiranya ada kemudahan. Jika tiada kemudahan, mandilah sebelum masuk ke dalam masjid dan pakailah pakaian yang paling bersih.

โœ… Apabila sampai di pintu masjid, Nabi SAW melangkah masuk dengan kaki kanan sambil membaca:

*ุฃูŽุนููˆู’ุฐู ุจูุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุนูŽุธููŠู’ู…ู ูˆูŽุจููˆูŽุฌู’ู‡ูู‡ู ุงู„ูƒูŽุฑููŠู’ู…ู ูˆูŽุจูุณูู„ู’ุทูŽุงู†ูู‡ู ุงู„ู‚ูŽุฏููŠู’ู…ู ู…ูู†ู ุงู„ุดู‘ูŽูŠู’ุทูŽุงูู† ุงู„ุฑู‘ูŽุฌููŠู’ู…ูุŒ ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ูุŒ ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏูู„ู„ู‡ุŒ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏูุŒ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ. ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ู„ููŠ ุฐูู†ููˆู’ุจููŠ ูˆูŽุงูู’ุชูŽุญู’ ู„ููŠ ุฃูŽุจู’ูˆูŽุงุจูŽ ุฑูŽุญู’ู…ูŽุชููƒูŽ*

Maksudnya: โ€œAku memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung, dengan zat-Nya yang Maha Mulia dan dengan kekuasaan-Nya yang Maha Qadim, daripada syaitan yang direjam. Dengan nama Allah dan segala puji-pujian bagi Allah. Ya Allah, berselawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarganya, dan sejahterakanlah mereka! Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah pintu rahmat-Mu untukku.โ€

Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: โ€œZikir dan doa ini sunat dibaca di setiap masjid, sebagaimana yang dinyatakan dalam beberapa hadith sahih dan yang lainnya.โ€

โœ… Setelah bersolat di Raudhah, pergilah ke maqam Baginda yang mulia. Berdirilah di situ dengan membelakangi kiblat dan menghadap dinding maqam kira-kira 4 hasta jaraknya daripada bahagian kepala.
Sambil tunduk menghadap dinding maqam, kosongkanlah fikiran daripada hal-hal keduniaan, seolah-olah berhadapan dengan Baginda dengan segala kemuliaan dan kedudukannya yang tinggi dan ucapkanlah *salam dengan perlahan*:

*ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู’ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ูŽุŒ ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ูŠูŽุง ู†ูŽุจููŠู‘ูŽ ุงู„ู„ู‡ูุŒ ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ูŠูŽุง ุฎูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุงู„ู„ู‡ูุŒ ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ูŠูŽุง ุฎูŽูŠุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู’ู†ูŽ. ุฌูŽุฒูŽุงูƒูŽ ุงู„ู„ู‡ู ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู’ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ูŽ ุนูŽู†ู‘ูŽุง ุฃูŽูู’ุถูŽู„ูŽ ู…ูŽุง ุฌูŽุฒูŽู‰ ู†ูŽุจููŠู‘ู‹ุง ูˆูŽุฑูŽุณููˆู’ู„ุงู‹ ุนูŽู†ู’ ุฃูู…ู‘ูŽุชูู‡ู. ุฃูŽุดู’ู‡ูŽุฏู ุฃูŽู†ู’ ู„ุข ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุงู„ู„ู‡ูุŒ ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ู„ุงูŽ ุดูŽุฑููŠู’ูƒูŽ ู„ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽุฃูŽุดู’ู‡ูŽุฏู ุฃูŽู†ู‘ูŽูƒูŽ ุนูŽุจู’ุฏูู‡ู ูˆูŽุฑูŽุณููˆู’ู„ูู‡ู ู…ูู†ู’ ุฎูŽู„ู’ู‚ูู‡ูุŒ ูˆูŽุฃูŽุดู’ู‡ูŽุฏู ุฃูŽู†ู‘ูŽูƒูŽ ู‚ูŽุฏู’ ุจูŽู„ู‘ูŽุบู’ุชูŽ ุงู„ุฑู‘ูุณูŽุงู„ูŽุฉูŽุŒ ูˆูŽุฃูŽุฏู‘ูŽูŠู’ุชูŽ ุงู„ุฃูŽู…ูŽุงู†ูŽุฉูŽุŒ ูˆูŽู†ูŽุตูŽุญู’ุชูŽ ุงู„ุฃูู…ู‘ูŽุฉูŽุŒ ูˆูŽุฌูŽุงู‡ูŽุฏู’ุชูŽ ูููŠ ุงู„ู„ู‡ู ุญูŽู‚ู‘ูŽ ุฌูู‡ูŽุงุฏูู‡ู*

Maksudnya: โ€œSejahtera atasmu wahai Rasulullah. Sejahtera atasmu wahai Nabi Allah. Sejahtera atasmu wahai insan pilihan Allah. Sejahtera atasmu wahai insan pilihan Tuhan seluruh alam. Semoga Allah memberi balasan kepadamu bagi pihak kami wahai Rasulullah, sebaik-baik balasan yang Allah berikan kepada Nabi dan Rasul bagi pihak umatnya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa engkau adalah hamba-Nya dan Rasul dari kalangan makhluk-Nya. Aku bersaksi juga bahawa engkau telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah, menasihati ummah dan berjihad untuk Allah sebenar-benar jihad.โ€

โœ… Kemudian, bergeraklah sedikit ke kanan di tempat kubur Abu Bakar dan ucapkanlah salam:

*ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ูŠูŽุง ุฃูŽุจูŽุง ุจูŽูƒู’ุฑู ุงู„ุตูู‘ุฏู‘ููŠู’ู‚ู*

Maksudnya: โ€œSejahtera ke atasmu wahai Abu Bakar al-Siddiq.โ€

โœ… Kemudian, bergerak lagi ke kanan di tempat kubur Umar bin al-Khattab dan ucapkanlah salam:

*ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ูŠูŽุง ุนูู…ูŽุฑูŽ ุจูู†ู’ ุงู„ู’ุฎูŽุทู‘ูŽุงุจู*

Maksudnya: โ€œSejahtera ke atasmu wahai Umar bin al-Khattab.โ€

โœ… Kemudian, keluar ke kawasan lapang dan jika ingin berdoa, sambil menghadap kiblat, berdoalah untuk diri sendiri dan semua orang Mukmin, sebarang doa yang dihajati. Sesungguhnya itulah masa berdoa yang mustajab, Insya-Allah.

Wallahu A'alam.

Kredit : Dr Abdul Basit Abdul Rahman

@NotaUmrahDIY
Amat penting buat semua yang dianugerahkan peluang ke tanah suci ( yang membimbing dan yang dibimbing ) supaya sentiasa mengulang baca adab-adab ketika di tanah mulia tersebut .

Apabila tidak mengetahui adab , tidak mustahil untuk seseorang itu melakukan apa sahaja yang terlintas di hatinya.

Ketika di tanah suci , tidak sedikit mereka yang lebih kerap ke kedai makan berbanding ke masjid untuk solat fardhu 5 waktu . Tidak sedikit juga mereka yang bilangan hantarannya di media sosial lebih banyak berbanding membaca Al-Quran .

ุฌุนู„ู†ุง ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ูˆุฅูŠุงูƒู… ู…ู…ู† ูŠุณุชู…ุนูˆู† ุงู„ู‚ูˆู„ ููŠุชุจุนูˆู† ุฃุญุณู†ู‡ .


Oleh
Muhammad Abdul Adzim Husin

@NotaUmrahDIY
Lagi isu bedal haji

Usah tertawan dengan iklan pakej bedal murahan walaupun si penjual itu berjanggut dan lebai kerana ramai berkata berniaga agama lagi untung dari berniaga unta

Tanggungjawab kita dengan menyebarkan mesej kesedaran

https://www.facebook.com/share/p/AzoA6a8SNiKSnmqE/?mibextid=xfxF2i

@NotaUmrahDIY
UMRAH ADALAH IBADAH, BUKAN PELANCONGAN โ€œKEROHANIANโ€

‎1. Tawaf adalah satu ibadah, sebagaimana mencium hajar aswad juga adalah ibadah. Beza keduanya adalah, tawaf itu wajib dan mencium hajar aswad adalah sunat. Bahkan di sisi ulama Syafiโ€™iyyah, hukum asal bagi wanita adalah tidak disunatkan bagi mereka mencium hajar aswad kecuali keadaan di mataf agak lengang.

‎2. Jika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain, atau membahayakan, hukum mencium hajar aswad adalah haram. Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari.

‎3. Agak janggal bila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya. Saya juga lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau hajar aswad di media sosial. Jika ia hanya sekadar โ€œtrendโ€ untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah โ€œtrendโ€ yang merugikan itu.

Sewajarnya di hadapan Baitullah, kita fikirkan dosa kita, keampunan daripada Allah, termasuk doa-doa kepada-Nya. Dengan itu sahaja pun kita sudah cukup sibuk tanpa sempat memikirkan peluang untuk mencipta content!

‎ู‚ูู„ู’ ุฅูู†ูŽู‘ ุตูŽู„ุงุชููŠ ูˆูŽู†ูุณููƒููŠ ูˆูŽู…ูŽุญู’ูŠูŽุงูŠูŽ ูˆูŽู…ูŽู…ูŽุงุชููŠ ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ุฑูŽุจูู‘ ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†ูŽ
‎Katakanlah: โ€œSesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. [Surah al-Anโ€™am: 162]

https://umrahdanhaji.com

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

@NotaUmrahDIY
Harga tiket penerbangan ke Jeddah untuk tarikh 10 malam terakhir Ramadan ๐Ÿ‘‡๐Ÿฝ

Saudi Airlines
KUL - Jeddah; Madinah - KUL
RM2,927

โœ… 2X23kg checked baggage
โœ… end of Ramadan
โœ… direct flight. No transit

Tempahan menggunakan app Traveloka. Masukkan coupon code โ€œTTF208โ€ untuk dapat diskaun sebanyak RM208. Kalau harga tiket lebih RM3200, boleh guna kod โ€œTTF338โ€ (disc. RM338)
๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฉ๐—œ๐—ฆ๐—” ๐—ง๐—ข๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—ง

Sekatan masuk Makkah masa Musim Haji ๐Ÿซฃ

Berhati-hatilah dengan tawaran manis Haji Visa Tourist /Pelancong; tidak dibenarkan berada di Makkah dalam tempoh tersebut.
.
Prof Saidfudin Mas'udi

@NotaUmrahDIY
Perancangan Ramadhan oleh Ustaz Shamsuri Ahmad. Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari sebelumnya

https://www.youtube.com/watch?v=82-VqR2ZAa4

@NotaUmrahDIY
HTML Embed Code:
2024/06/14 00:57:56
Back to Top