TG Telegram Group Link
Channel: Nota Parenting Taufiq Razif
Back to Bottom
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
😒 Rasa diri ibu yang Loser? 😒

Sebab itulah ibu ibu semua kena buat satu perkara ini :

πŸ‘‰ Small wins everyday

Small wins ni boleh jadi kejayaan kecil je tapi memberikan kepuasan & sense of achievement pada diri seorang ibu

Contohnya :

🌟 Berjaya baca 1 juz Al-Quran
🌟 Berjaya kemaskan stor
🌟 Berjaya buat artikel di fb
🌟 Berjaya buat sales di tiktok
🌟 Berjaya baca 1 chapter buku

Kadang rasa diri loser sebab kita tak buat sesuatu yang kita rasa puas & berikan sense of achievement

Belajar sesuatu? πŸ˜‰

#notaparentingTaufiqRazif
πŸ‘‹ 5 Pesanan Pada Anak Sebelum Pergi Beraya πŸ‘‹

1. Jgn ketuk pintu lebih 3x
2. Elakkan intai/masuk bilik tanpa izin
3. Buka sampul di rumah
4. Ucap terima kasih pada tuan rumah
5. Jangan sebut langsung tentang duit raya. Terima jika diberi, berlapang dada jika tak diberi apa apa

Dah tahu ni terus pesan pada anak anak ya πŸ₯°

#notaparentingTaufiqRazif
πŸ’« Selamat Hari Raya Aidilfitri pada lebih 190,000 Keluarga Besar Telegram Nota Parenting semua πŸ’«

Sebak juga sebab ada yang dah jadi keluarga besar telegram kita ni sejak 5-6 tahun lalu dah.

Banyak yang dilalui bersama. Semoga Allah limpahkan kebaikan, kebahagiaan, ketenangan dan kasih sayang pada keluarga kalian semua. aamin aamin

🀲 πŸ₯°

p/s : Semoga esok saya boleh mula kongsi tips & formula parenting setiap pukul 9 pagi seperti biasa. Hari ni tak sempat sebab buat open house di kampung mertua πŸ˜…

#notaparentingTaufiqRazif
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸƒβ€β™‚οΈ Nak anak pandai? πŸƒβ€β™€οΈ

Salah satu teknik untuk jadikan anak kita bijak & pandai adalah :

πŸ‘‰ Tukarkan KERETA kita menjadi CLASSROOM anakΒ²

Caranya adalah :

πŸš— Banyakkan buku dlm kereta
πŸš— Ganti lagu dengan ceramah
πŸš— Ganti musik dengan podcast
πŸš— Ganti radio dengan audiobook atau dokumentari

Tak ramai buat benda ni walaupun mereka dah tahu. Hanya yang bertindak je yang akan nampak kesannya pada anakΒ²

Siapa yang betul² nak praktikkan teknik saya ajar di atas dan jadikan anak bijak pandai sila klik icon ❀️

#notaparentingTaufiqRazif
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ˜₯ Anak lemau belajar? πŸ˜₯

Ya, antara penyebab anak jadi malas & lemau untuk belajar sebab dia tak terinspirasi (uninspired) πŸ™…

Ada 3 perkara nak bagi anak jadi rajin belajar & lebih 'inspired' :

1. Fokus gali Why anak. Bukan How & What semata

2. Bagi anak bermain & berehat santai juga sekali sekala. Kadang dia jadi ' uninspired' tu sebab 'Burnout'

3. Bagi anak nampak Figure & individu yang pernah berjaya sebelumnya. Ianya boleh jadi sumber inspirasi terbaik anak kita

Nampak kan apa nak buat lepasni? πŸ’ͺ

#notaparentingTaufiqRazif
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
😩 Risau anak stress? 😩

Zaman sekarang ni memang ramai anak jenis pendam stress

Sebab tu saya sendiri kadang memang sengaja pancing anak saya untuk bagi dia luahkan segala yang terbuku di dada dia

Kadang sampai dia menangis bila dia bercerita.

Kenapa?

❌ Sebab kita taknak dia pendam unprocessed thoughts & emotions

βœ… Kita galakkan dia meluah (verbal expressions)

InsyaAllah anak yang pandai meluah akan lebih tenang jiwanya 🌷

#notaparentingTaufiqRazif
πŸ™‹ Ada anak remaja? πŸ™‹

Cara parenting anak remaja ni tak sama macam parenting anak kecil dah

Kena tukar strategi & kaedah dah 🀷

Jangan tinggal 2 perkara ni untuk parenting & didik anak remaja ya :

1. Kurangkan suruhΒ²
2. Banyakkan didik melalui contoh & perbuatan kita

Contohnya : Nak anak remaja cakap elok- elok dengan kita, kita dulu kena baiki cara kita bercakap dengan mereka πŸ—£οΈ

Contohnya: Nak anak remaja jadi orang yang pembersih & suka kemas bilik, kita dulu yang kena ubah diri dan jadi lebih pembersih dan suka mengemas 🀝

Teknik macam ni memang makan masa untuk bagi kesan pada anak kita tapi percayalah kesannya akan lebih kekal daripada suruhan semata mata.

Dah tahu ni terus praktik ya. Deal? πŸ˜‰

#notaparentingTaufiqRazif
😭 Risau anak remaja? 😭

Tak ramai mak ayah tahu antara musuh utama anak remaja adalah :

πŸ‘‰ Ketagihan / addiction

❌ Ketagih game
❌ Ketagih pornografi
❌ Ketagih vape
❌ Ketagih rokok
❌ Ketagih seks
❌ Ketagih makan manis
❌ Ketagih dadah & minuman keras


Dan bermacam lagi sebenarnya. Ketagihan ni kebanyakan terjadi sebab si anak remaja ni cuba untuk 'isi kekosongan dalam diri'. Ketagihan tu semua coping mechanism mereka je

Boleh jelaskan dalam bahasa yang mudah tak?

Mereka sebenarnya perlukan kasih sayang & secured attachment daripada kita sebenarnya 😭

#notaparentingTaufiqRazif
😭 Tanda² anak tak dapat Secured Attachment daripada kita 😭

πŸ“Œ Self Esteem dia sgt rendah
πŸ“Œ Anak benci diri sendiri
πŸ“Œ Dia rasa dia cuma beban
πŸ“Œ Dalamannya sunyi
πŸ“Œ Hati dia rasa sangat kosong
πŸ“Œ Dia cari benda lain untuk isi kekosongan hati dia seperti ketagihan game, kapel dan lainΒ²

Jadi mulai sekarang boleh ke mak mak semua belajar tentang Attachment & cara untuk bentuk Secure Attachment dengan anak masing-masing? 🫰

#notaparentingTaufiqRazif
😰 Apa penyebab Attachment anak dengan kita terganggu? 😰

Antara penyebab utama adalah bila kita :

πŸ‘‰ Ada childhood trauma hingga menyebabkan cara parenting kita menjadi Reactive

TandaΒ² Reactive Parenting :

😣 Tangan laju je pukul anak
😣 Laju je marah anak
😣 Fikir nak hukum anak je
😣 Banyak guna ugutan
😣 Sangat kurang puji anak
😣 Suka betul paksa paksa anak

dan banyakk lagi sebenarnya.

Yang alami benda ni semua jangan cepat mengalah tau. Semuanya boleh diubah kembali insyaAllah. Teruskan belajar jom wahai ibu ibu mithali semua 🫰

#notaparentingTaufiqRazif
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ₯² Kita ni terlalu PERFECTIONIST ke ek? πŸ₯²

Antara ciri mak ayah perfectionist adalah :

πŸ₯΅ Anak tak boleh silap
πŸ₯΅ Anak kena betul sentiasa
πŸ₯΅ Terlalu micromanage anak

Sebab tu kalau kita rasa kita terlalu Perfectionist, kita kena buat 3 perkara ni :

β€οΈβ€πŸ©Ή Bagi anak buat silap
β€οΈβ€πŸ©Ή Belajar ketap bibir
β€οΈβ€πŸ©Ή Belajar turunkan standard & expectation kita pada anak kita

Boleh ke tak boleh ni? Kalau boleh bagi ❀️ sikit

#notaparentingTaufiqRazif
πŸ₯΅ Tepu jadi surirumah? πŸ₯΅

Bila asyik buat rutin yang sama setiap masa memang boleh buatkan surirumah sampai ke TITIK JENUH hingga diri tu jadi lesu dan tepu sangat sangat

Kalau boleh sesekali tu buatlah juga :

πŸ‘‰ Social Self-Care

Self-care ni bukan sekadar rawat & manjakan diri sahaja. Antara cara Social Self-Care :

🌿 Libatkan diri dalam persatuan
🌿 Cari circle yang baik & tak toxic
🌿 Aktif dalam aktiviti komuniti taman/perumahan

Belajar sesuatu?

#notaparentingTaufiqRazif
HTML Embed Code:
2024/04/29 01:16:27
Back to Top