TG Telegram Group Link
Channel: NakPesanBoleh
Back to Bottom
"Setiap situasi buruk yang menimpa pasti ada sisi positifnya. Bahkan jam dinding yang rusak sekalipun akan menunjukkan waktu yang tepat selama dua kali sehari. Maka tetaplah berpikir positif dalam hidup. Allah maha tahu apa yang terbaik buatmu."

🌹 @NakPesanBoleh
"Ketika hidupmu sedang terpuruk, pada saat itulah kamu berada dalam posisi sempurna untuk berdoa, dan jangan pernah berhenti untuk terus berusaha."

🌹 @NakPesanBoleh
"Apabila sesuatu yang kau senangi tidak terjadi maka senangilah apa yang terjadi." – Ali bin Abi Thalib.

🌹 @NakPesanBoleh
Agak tidak adil jika orang yang kita suka, buat salah pun kita kata betul tapi jika orang yang kita tidak suka, buat benda betul pun kita kata salah.

Contoh : orang yang kita suka, membuat zalim pada seseorang tetapi kita hanya membiarkan sahaja.

Contoh : orang yang kita tidak suka difitnah, tindakan kita pula, buat tidak endah sahaja.

“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kalian semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan kebenaran kerana Allah, lagi menerangkan keadilan; dan janganlah sekali-kali kebencian kalian terhadap sesuatu kaum itu mendorong kalian untuk tidak berlaku adil. Hendaklah kalian berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kalian lakukan.” (Surah al-Ma’idah: 8)

🌹 @NakPesanBoleh
Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan. Tetapi bila ikan sudah mati. Secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya.

Begitulah juga HATI kita, HATI yang hidup, ianya sukar untuk dinodai. Tetapi bila HATI sudah mati, ianya mudah dipengaruhi!

Semoga Allah sentiasa memelihara

HATI kita


🌹 @NakPesanBoleh
Maaf sebentar lagi nyawa anda akan saya cabut - Malaikat Izrail.

Mudah jika adanya peringatan sebelum Malaikat Izrail nak cabut nyawa kita tetapi takkan ada peringatan sebegitu. Jadi mengapa kita masih selesa dengan maksiat yang kita lakukan?😔

🌹 @NakPesanBoleh
Jika nasi mampu membuatmu
kenyang di saat kamu lapar,

Semoga solatmu mampu membuat
tenang di saat kamu gelisah.


🌹 @NakPesanBoleh
Mudahan kita diberikan sekeping hati sebagaimana hati Rasullullah SAW.

Dicemuh tidak membalas, dipuji tidak meninggi diri.

اللهُمَّ صلِّ على سيِّدِنا محمد وعلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

🌹 @NakPesanBoleh
Minyak dan Air kalau disatukan takkan bercampur.

Begitu jugalah dengan ketaatan dan kemaksiatan kepada Allah.

Bolehkah dosa & pahala itu bercampur?

🌹 @NakPesanBoleh
Selalu kita sangka maksiat tu zina sahaja tapi maksiat itu luas. Ghibah juga maksiat, tidak menutup aurat juga maksiat.

Maksiat itu apa? Maksiat itu adalah perbuatan mengingkari perintah Allah.

Betulkan jika saya salah.

🌹 @NakPesanBoleh
Dekat dunia kalau buat silap, buat dosa boleh patah balik, patah balik untuk apa? Untuk bertaubat nasuha tetapi kalau sampai mata dah terpejam, apa pun dah tak boleh buat.. Melainkan tulang belulang yang patah kena balun dengan malaikat munkar nakir. Bertaubatlah sebelum terlambat kerana syarat mati bukan tua atau sakit tetapi syarat mati bernyawa..

Ya Allah aku tidak layak ke SyurgaMu tetapi aku jugak tidak sanggup ke NerakaMu😭😭..

🌹 @NakPesanBoleh
Buat maksiat tetapi rezeki lancar,
Buat dosa tetapi rasa selesa,
Tak solat tapi kaya,

Ketahuilah itulah yang dinamakan ISTIDRAJ.

🌹 @NakPesanBoleh
Fokus pada dosa sendiri bukan fokus pada dosa orang lain.

Jika fokus pada dosa orang lain siapa yang nak perbetulkan dosa kita sendiri?

🌹 @NakPesanBoleh
Jangan malu untuk berubah ke arah yang lebih baik tetapi malulah jika terus-terusan melakukan maksiat tanpa jemu.

Allahu.

🌹 @NakPesanBoleh
Kita bukan org baik walaupun kita rasa kita baik.

Mulut yg berselawat inilah mulut
yg menghina org lain.

Mulut yg membaca Al Quran inilah mulut yg mencaci org lain.

Mulut yg berzikir inilah mulut yg
mengumpat & membuka aib org lain.

Kejahatan ini kita masih lakukan
sehingga saat ini.

Semoga bulan Rejab tahun ini kita sama² bertaubat & memohon keampunan kpd ALLAH.

🌹 @NakPesanBoleh
Sebaik-baik harta adalah yang membawa manfaat bagimu.

Sebaik-baik ilmu adalah yang mengangkat darjatmu.

Sebaik-baik rumah adalah yang membawa ketenangan di hatimu.

Sebaik-baik kawan adalah yang sentiasa menasihatimu."


🌹 @NakPesanBoleh
Ya Allah...

Ajar hatiku untuk kuat apabila diuji...
Ajar hatiku untuk rendah diri apabila dipuji...
Ajar hatiku untuk istighfar selalu pada-Mu Ya Allah.

Terima kasih ya Allah...
Kerana kasih sayang-Mu dibalik setiap ujian...

Terima kasih ya Allah...
Untuk teguran-Mu dibalik setiap permasalahan.

Terima kasih ya Allah...
Kerana mengingatkan diriku bila aku lalai dari tujuan.

Terima kasih ya Allah...
Kerana banyak mengajar diriku erti Bersabar dalam Diam...


🌹 @NakPesanBoleh
NakPesanBoleh pinned Deleted message
SAYA NAK BAGI IPAD PRO 12.9

☑️ Condition 9/10
☑️ 128gb + Grey
☑️ WIFI + Cellular
☑️ Sesuai untuk student

Hanya RM 1999 siap freegift stylus pen, handsock dan tudung Palestine.

Terpaksa bagi harga murah sebab agak urgent, kalau tak harga biasa RM 2-3K ke atas.

Sebab jual: Jarang guna dan nak beli laptop baru.

DM @HijrahAnnur sekarang untuk lebih details.
HTML Embed Code:
2024/05/09 09:00:52
Back to Top