TG Telegram Group Link
Channel: MyFundAction Perak
Back to Bottom
Perayaan dan makanan berpisah tiada.

Setiap kali perayaan, makanan perlu ada bagi menyambut perayaan tersebut. Begitu juga dengan semua kaum dan agama.

Sempena Tahun Baru Cina ni, kami mencari jiwa baik yang nak berkongsi rezeki buat asnaf, orang kurang upaya, orang tua yang memerlukan perhatian kita.

Jom ringankan beban mereka menyambut perayaan ini dengan berkongsi kebahagiaan melalui pemberian barang asas dapur buat mereka.

_
MAYBANK
558293626427
YAYASAN KEBAJIKAN MUSLIM (MyFundAction)

#CNY
#kongsirezeki
#rezekiummat
#jiwabaik
#myfundactionperak
[Solat Jenazah Ghaib dan Solat Hajat Perdana Serta Pelancaran Solidariti Bencana Alam di Syria, Türkiye dan Lubnan]

Bencana gempa yang sangat teruk di  Syria, Türkiye dan Lubnan telah mengejutkan seluruh dunia. Lebih daripada 4,000 jiwa yang meninggal dunia, manakala lebih 9,500 jiwa tercedera.

Gempa bumi ini dengan magnitude 7.8 adalah yang terbesar dalam sejarah 25 tahun negara tersebut. Kemalangan jiwa, runtuhan bangunan, kekurangan bekalan makanan adalah antara ujian mereka sekarang ini.

Jadi, ayuh bersama menunaikan Solat Jenazah Ghaib serta Solat Hajat Perdana khas buat saudara kita yang terlibat di tiga buah negara tersebut. Maklumat lanjut seperti berikut;

Tarikh: 7 Februari 2023 (Selasa)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tempat: Berjalan serentak di tiga masjid utama;
1. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
2. Masjid Kota Damansara
3. Surau Al Furqan, Presint 11, Putrajaya

Semoga dengan usaha kecil ini mampu memudahkan urusan saudara kita di sana 😊

Terima kasih Jiwa Baik ❤️
Ramah Mesra MyFundAction bersama peniaga dan penjaja kecil sekitar Pulau Pinang dengan kerjasama Surplus dan J&T.

200 kotak Rezeki Ummat buat peniaga dan penjaja kecil golongan B40 dalam pada menyokong mereka untuk terus bersemangat dalam bidang perniagaan yang diceburi ini.

Edaran yang bertempat di Dewan Sekolah Agama Ridwaniah Sg Batu Bayan Baru ini turut dihadiri oleh En.Sophian Mohd Zain selaku Pengerusi Surplus, Tn. Hj Sazali Pengerusi Masjid Ridwaniah Sg Batu dan Tn. Hj. Zakarain Pengerusi Persatuan Nelayan Sg Batu.

Buat julung-julung kalinya, seribu penghargaan buat J&T Express Perak, rakan kerjasama utama dalam menjayakan penghantaran 200 kotak ini selamat tiba ke destinasi. Terima kasih diucapkan!

Semoga kerjasama ini menyambung silaturrahim dan menyebarluaskan lagi kebaikan-kebaikan kepada semua pihak yang terlibat dan disantuni.

Jom bersama kami dalam misi Rezeki Ummat.
https://myfundaction.org/campaign/ru-m01/

#myfundaction #JnT #Surplus
#peniagadanpenjajakecil
#kongsirezeki
#rezekiummat
#jiwabaik
#myfundactionperak
Kotak Rezeki Ummat buat pelajar asnaf tapi cemerlang akademik dan kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar.

Melalui kaunselor sekolah, kami menyantuni keluarga ini sekaligus menyampaikan pemberian ini sebagai pendorong semangat buat pelajar ini, agar terus berprestasi dan maju dalam pendidikan.

Sektor pendidikan merupakan antara bahagian yang dititikberatkan oleh MyFundAction. Semoga anak-anak muda yang disantuni terus berjaya dan seterusnya menjadi insan yang bermanfaat buat agama, bangsa dan negara.

Jom bersama kami dalam misi Rezeki Ummat.
https://myfundaction.org/campaign/ru-m01/

#myfundaction
#pendidikan
#kongsirezeki
#rezekiummat
#jiwabaik
#myfundactionperak
10 saat tanpa oksigen, kita mesti dah menggelupur, kan?

Bayangkan, situasi adik Qaseh yang berusia 11 tahun. Diuji perlu bergantung sepanjang masa pada tangki oksigen mudah alih.

Andai tiada mesin oksigen ni, adik Qaseh terpaksa lalui kesukaran bernafas kerana penyakit paru-paru tersumbat kroniknya. Sedihnya!

Sempena hari jumaat penuh barokah, jom kita membantu menjadi sumber kegembiraan adik Qaseh.

Mudah-mudahan ada kebaikan buat adik Qaseh. Menjadi ladang pahala pula buat kita.

“Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat.” -HR Muslim

Tonton video penuh Qaseh di
https://fb.watch/kCBA1GOFgd/?mibextid=qC1gEa
_
Bank in ke:

MAYBANK
558293626427
YAYASAN KEBAJIKAN MUSLIM (MyFundAction)
📌 Rujukan: Qaseh

#myfundaction #kongsirezeki #sebarkebaikan #kesihatan #jumaatbarokah
HTML Embed Code:
2024/05/20 08:25:34
Back to Top