TG Telegram Group Link
Channel: Tips Matematik dan Bahan Pembelajaran
Back to Bottom
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mak-mak mesti faham dan selalu lalui situasi ini kan?

Rasa nak marah, tapi kena sabar. Nak marah, tapi kena sabarrrr. 🤣🤣

Buku latihan terbaru saya boleh dapatkan kat sini : https://shope.ee/6fKo72Jb5E

Kalau nak beli set lengkap untuk subjek teras klik sini : https://shope.ee/10gRMfiMEK

hottg.com/mohdfadlisalleh
Sekali tengok poster ni, kelakar dan tergelak juga. Namun sebenarnya, inilah Khianat Terhadap Ilmu.

hottg.com/mohdfadlisalleh
KHIANAT TERHADAP ILMU...

Melintas poster meme ini, tergelak seketika aku. Namun bila aku ingatkan, inilah dia khianat terhadap ilmu yang dilakukan segelintir guru.

Teringat aku lebih kurang 20 tahun lepas. Masa tu aku guru praktikum di sebuah sekolah di Selangor.

Sebagai guru pelatih, kami diberi seorang guru otai untuk kami belajar bagaimana mereka mengajar dan handle kelas.

Bila guru itu mengajar, kami turut sama berada dalam kelas perhatikan bagaimana cikgu tersebut mengajar dan mengawal kelas.

Khusyuk aku perhatikan guru itu mengajar. Hebat sekali. Cuma ada satu part aku sangat tak berkenan.

Masa tu cikgu tu menerangkan satu konsep asas dalam Matematik. Diajarnya cara biasa nak selesaikan masalah. Kemudian tiba-tiba cikgu tu berkata,

"Sebenarnya ada satu cara lagi nak selesaikan masalah ini dengan lebih pantas dan cepat. Jawapannya pula tepat.

Cuma cikgu tak ajar kat kelas. Cikgu ajar dalam kelas tuisyen yang cikgu ajar sahaja teknik itu. Siapa yang join kelas tuisyen cikgu akan dapat formula rahsia itu.

Siapa yang join kelas tuisyen cikgu? Betul tak apa yang cikgu kata?"

"Betul cikgu!"

Beberapa murid yang join tuisyen bersama guru tersebut mengiyakan. Kawan-kawan lain yang tak pernah join kelas tuisyen bersama guru tersebut terlopong mendengar pengakuan tersebut.

"Siapa nak belajar banyak lagi teknik dan formula rahsia, kena join kelas tuisyen cikgu".

Murid-murid pakat bercakap sesama, pakat nak join belaka.

Aku kat belakang geleng kepala.

Bagaimana sanggup seorang guru khianat terhadap muridnya sendiri? Khianat terhadap ilmu yang diberi.

Memilih untuk menyorok suatu formula dan teknik hanya untuk mengumpan murid join kelas tuisyen berbayar dia?

Tak ramai yang macam ni, tapi memang ada. Tak kurang ada yang jual buku, jual supplement konon lebih cepat pandai. Maka berduyunlah murid membeli kerana dipengaruhi oleh guru itu.

Aku buat buku latihan dah lama. Buat modul dan ebook online juga.

Namun sepanjang aku mengajar, aku tak pernah menjual buku-buku aku pada murid aku sendiri.

Jika aku nak gunakan buku tersebut dalam sesi pembelajaran di sekolah, aku beri percuma pada semua murid.

Pernah beberapa kali murid datang mencari aku dibilik guru,

"Cikgu. Mama kirim duit nak beli buku cikgu," dihulur duit pada aku.

Terus aku menolak baik-baik.

"Maaf, cikgu tak menjual di sekolah. Apa lagi pada murid cikgu sendiri".

Jika kebetulan buku yang dimaksudkan itu ada dimeja aku, aku terus bagi secara percuma sahaja. Jika tak ada, usaha sendiri beli kat luar, kat Shopee, Tiktok dan sebagainya.

Untuk aku menjual di sekolah, tidak sesekali. Tanyalah beribu murid yang pernah belajar dengan aku, tidak pernah aku menjual di sekolah. Dan tidak pernah ada satu pun ilmu yang aku ajar dalam ebook atau kelas LIVE aku sorok dari murid di sekolah.

Pada aku, itu adalah amanah terhadap murid, amanah terhadap ilmu.

Semoga perkongsian ini dibaca oleh adik-adik yang baru dalam bidang pendidikan.

Ingatlah adik-adik, jangan sesekali khianat terhadap ilmu.

Begitulah.

Buku latihan terbaru saya boleh dapatkan kat sini : https://shope.ee/6fKo72Jb5E

Kalau nak beli set lengkap untuk subjek teras klik sini : https://shope.ee/10gRMfiMEK

hottg.com/mohdfadlisalleh
Hari ni ajar Ali membaca. Dah 6 tahun usia tak pandai membaca lagi ni, bahaya jika dibiarkan.

Masuk Tahun 1 nanti, silibus BM dah tak ada kenal huruf. Mereka anggap asas membaca murid-murid dah belajar masa tadika.

Dalam ajar anak ni, kena guna dua teknik.

1. Ganjaran
2. Hukuman

Aku guna dua teknik serentak. Umpan dengan mainan, ugut dengan hanger. Hahaha.

Kasyah baru 4 tahun pun sibuk nak belajar juga. Aku dah agakkk. Sebab tu aku sengaja beli dua buku terus. Kalau tak, dia akan ganggu buku Ali.

Aku guna buku BM untuk 4&5 tahun ni : https://s.shopee.com.my/5KpcBKk9hA

Buku BM yang 6 tahun pun aku dah beli siap-siap dah. Habis buat buku ni, sambung buku yang 6 tahun pula. InsyaAllah dalam masa 4-5 bulan lagi pandai la membaca. Amin.

hottg.com/mohdfadlisalleh
Okey, dah belajar 10 minit. Stop jap. Kita main dulu 5 minit. Lepas tu sambung balik belajar.

Budak-budak ni fokus mereka maksima 30 minit sahaja. Kalau baru usia 4-6 tahun, 15 minit je boleh fokus.

So setiap 10 minit aku benarkan rehat dan main jap. Pastu sambung balik. 😁

Aku ajar guna buku ni : https://s.shopee.com.my/5KpcBKk9hA

Ingat ya. Jangan paksa anak-anak belajar direct lebih 30 minit. Tak masuk dah ilmu tu. Kena rehat sat or buat apa-apa aktiviti sebelum sambung semula belajar.

hottg.com/mohdfadlisalleh
Kat rumah saya ni ada 3 rotan dah sebenarnya. Masa cari rotan tadi, tak jumpa. Saya syak budak-budak ni juga yang sorok ni. Haishhh, ada je akal mereka.

Hilang 3, saya beli baru 10. Apa ada hal, baru 74 sen je sebatang. Yang cari rotan, klik sini : https://s.shopee.com.my/1qFk2PLZqq
Pendaftaran Tahun 1 dah dibuka ya. Last daftar, 30 Jun 2024.

Daftar sini : https://idme.moe.gov.my

hottg.com/mohdfadlisalleh
Malam esok dan lusa InsyaAllah ada kelas ya.

Ready anak-anak Tahun 4 & Tahun 2.

Nota : Anak-anak Tahun 5&6 boleh join kelas Tahun 4. Asas yang sama walau berbeza tahun.

Anak-anak Tahun 3 boleh join kelas Tahun 2. Asas yang sama.

Anak-anak Tahun 1 rehat la dulu ya. Nanti ada topik khusus untuk Tahun 1 saya buat kelas juga.

hottg.com/mohdfadlisalleh
Untuk kelas esok dan lusa, saya guna buku Praktis Kendiri ni ya. Buku terbaru saya. Boleh dapatkan untuk kita belajar sama-sama masa LIVE nanti.

Buku latihan terbaru saya boleh dapatkan kat sini : https://shope.ee/6fKo72Jb5E

Kalau nak beli set lengkap untuk subjek teras klik sini : https://shope.ee/10gRMfiMEK
Bayaran kelas boleh dibuat kat sini ya.
8603691515
Cimb - MFS BIZ EMPIRE

Asnaf dan anak yatim PERCUMA. Jika ada nak bayarkan niat untuk asnaf dan anak yatim pun boleh. Cuma RM5 satu sesi.
Malam ni InsyaAllah jam 8:30 malam ada kelas Matematik untuk Tahun 4. Malam esok Tahun 2 pula, InsyaAllah.

#MFS

hottg.com/MohdFadliSalleh
Ni contoh slide Nota Bestari untuk Matematik Tahun 4. Nota dalam bentuk slide show, disertakan dengan beratus soalan klon. Skema jawapan disediakan juga.

Senang sebagai rujukan dan terus buat latih tubi. Nota Bestari dan soalan klon ini cuma RM5 untuk satu bab.

Untuk dapatkan Nota Bestari ni, klik je sini : https://forms.gle/NVeY9Es6TozxKJpa6

hottg.com/mohdfadlisalleh
Jom sekarang sertai live: https://www.facebook.com/xbgsx666/videos/1001889564949416

Kelas Matematik Tahun 4 .
KELAS 5 RINGGIT. Asnaf dan anak yatim percuma sahaja. Bayaran boleh dibuat di nombor akaun ini ya :

8603691515
MFS BIZ EMPIRE
CIMB

hottg.com/MohdFadliSalleh
Suami OKU, dan rasanya puan ini cuma suri rumah.

RM5 pun tiada dalam acc bank. Kena tunggu duit OKU suami masuk baru boleh bayar.

Allahu... Kawan-kawan. Saya selalu tulis, saya selalu ingatkan, untuk mereka yang tak mampu, kelas saya PERCUMA. PERCUMA. PERCUMA.

Tak perlu bayar walau seringgit.

InsyaAllah saya akan kirim buku-buku saya, Nota Bestari dan koleksi soalan klon kepada puan ni secara percuma juga.

Cukup doakan saya diberi kesihatan yang baik pun sangat saya hargai.

hottg.com/mohdfadlisalleh
Kelas Tahun 4 siri 1 : https://www.facebook.com/xbgsx666/videos/473365741786669

Kelas Tahun 4 siri 2 : https://www.facebook.com/xbgsx666/videos/1001889564949416

Siapa yang terlepas kelas sebelum ni, masih boleh tengok rakaman kat wa FB saya ya.

Rakaman ni hanya kekal untuk 30 hari sahaja, selepas itu FB akan delete. So, guna peluang dalam masa 30 hari ni untuk ulangkaji ya.

hottg.com/mohdfadlisalleh
Jom sekarang sertai live: https://www.facebook.com/share/v/GZdFV8QWUYKGuSxP/?mibextid=kqHFok

Kelas Matematik Tahun 2 .
KELAS 5 RINGGIT. Asnaf dan anak yatim percuma sahaja. Bayaran boleh dibuat di nombor akaun ini ya :

8603691515
MFS BIZ EMPIRE
CIMB

hottg.com/MohdFadliSalleh
Alhamdulillah. Semalam pun lebih kurang 1200 orang yang join. Hari ni pun sama.

Dengan Tahun 2 ni kena guna pedagogi berbeza ajar mereka. Banyak game sikit, jerit2 semangat sikit.

Siapa join kelas malam ni cer klik emoji love. Nak kira berapa orang dari Tele yang join. 😊

hottg.com/mohdfadlisalleh
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Filem yang dinanti-nanti akhirnya akan masuk panggung wayang pada 30 Mei ini.

Ramai dah aku perasan kawan-kawan guru up pasal movie ni. Filem yang bakal membuat ramai merah mata. Lakonan mantap Rosyam Nor pula. Fuh, tak sabar!

Filem ini adalah kisah benar garapan seorang pelajar yang pernah berguru dengan guru-guru garang dan tegas. Diadaptasi dari novel Azizi Hj Abdullah.

Filem ini menyentuh hati dan memberi inspirasi.

Buat semua yang pernah bergelar pelajar, pasti filem ini menggamit kenangan lalu.

Buat yang bergelar guru, pasti filem ini mampu memberi satu makna baharu tentang siapa itu guru.

Fuh, kena pula dengan Hari Guru 16 Mei nanti, memang tak sabar sungguh.

Filem-filem seperti ini perlu diperbanyakkan kerana mempunyai nilai kemanusiaan dan memberi inspirasi.

Tahniah pada pengarah, Dato Arisz Ab Rahman kerana menerbitkan filem sebegini.

#MFS
HTML Embed Code:
2024/05/05 08:36:40
Back to Top