TG Telegram Group Link
Channel: Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)
Back to Bottom
AMARAN HUJAN BERTERUSAN 🌧️🌧️🌧️

Dikeluarkan pada: 6:00 petang, 29 Disember 2024
Selamat Tahun Baharu 2025 kepada Seluruh Rakyat Malaysia!

Marilah kita bersama-sama mengukuhkan perpaduan, memelihara keselamatan dan kedaulatan negara dengan menyebarkan semangat muhibbah antara kita dari segenap lapisan masyarakat.

Bersama-sama kita membangunkan Malaysia Madani!
AMARAN HUJAN BERTERUSAN 🌧️🌧️🌧️


Dikeluarkan pada: 11:35 pagi, 10 Januari 2025
AMARAN HUJAN BERTERUSAN 🌧️🌧️🌧️


Dikeluarkan pada: 8:00 malam, 10 Januari 2025
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU CINA 2025!

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina di Malaysia.

Semoga sambutan perayaan ini dapat diraikan dalam suasana harmoni bersama ahli keluarga sahabat handai dan rakan taulan.

Xin Nian Kuai Le, Gong Xi Fa Cai!

#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#PemikiranStrategikPuncaKemenangan
#HappyChineseNewYear2025
Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2025 buat seluruh warga Putrajaya, Kuala Lumpur, dan Labuan πŸŽ‰πŸŽ‰

β€œWilayah Persekutuan Kita”

#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#PemikiranStrategikPuncaKemenangan
Seluruh warga Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN, JPM) merakamkan ucapan takziah dan turut berdukacita atas pemergian Allahyarham Lt. Kol. Mohd Zahir bin Wahab, Ketua Penolong Pengarah (ATM) yang bertugas di Pusat Pengurusan Operasi Negara (PPON), MKN, JPM.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

#MalaysiaMadani
#TaatSetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#PemikiranStrategikPuncaKemenangan
Gempa bumi lemah telah berlaku di Kota Marudu, Sabah pada jam 10:39 pagi, 10 Februari 2025

Koordinat : 6.3Β° Utara dan 116.8Β° Timur
Magnitud : 3.8
Jarak : 27km Selatan dari Kota Marudu,Sabah
Kedalaman : 10 km

Gegaran mungkin dirasai di Kota Marudu, Sabah.
Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.

Mohon tuan/puan yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soalselidik di pautan ini

https://forms.gle/k1owPntC45VwoVda6
Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada semua masyarakat Malaysia yang beragama Hindu.

Semoga perpaduan dan semangat muhibbah yang kita amalkan terus disuburkan dengan nilai-nilai murni demi kesejahteraan kita rakyat berbilang bangsa dan agama di negara tercinta Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ

#MalaysiaMadani
#TaatSetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#PemikiranStrategikPuncaKemenangan
Penyiaran radio telah banyak memberi impak kepada kehidupan kita. Sejak 1921, set pertama radio dibawa ke Malaya dan terus mengembangkan era penyiaran radio di negara kita.

Hari ini, 13 Februari setiap tahun diumumkan sebagai Hari Radio Antarabangsa bagi mengenang sumbangan dan kepentingan radio dalam meningkatkan interaksi, pengembangan informasi semasa dan pendidikan kepada masyarakat.

Buat rakan-rakan media warga penyiaran radio, MKN, JPM mengucapkan selamat menyambut Hari Radio Antarabangsa 2025.

#MalaysiaMadani
#TaatSetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#PemikiranStrategikPuncaKemenangan
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—˜π—‘π—¬π—”π— π—•π—¨π—§ π—•π—¨π—Ÿπ—”π—‘ π—₯𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗑 πŸ­πŸ°πŸ°πŸ²π—›

Seisi warga Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN, JPM) mengucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Semoga Ramadan kali ini membawa barakah untuk meraih keampunan dan rahmat Allah SWT.

𝗠𝗔π—₯𝗛𝗔𝗕𝗔𝗑 𝗬𝗔 π—₯𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗑

#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#PemikiranStrategikPuncaKemenangan
β€œ(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah Al-Baqarah: 185)

Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Semoga malam yang penuh berkat ini menguatkan iman kita, menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya, dan memperoleh keberkatan dari dunia sampai akhirat.

Setulus ikhlas daripada seluruh warga Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.

#MalaysiaMadani
#TaatSetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#PemikiranStrategikPuncaKemenangan
Saksikan Perutusan Aidilfitri 2025 oleh YAB Perdana Menteri di semua saluran media tempatan pada jam 9.00 malam ini.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#Aidilfitri2025
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Takbir Hari Raya Aidilfitri Ketua Pengarah Keselamatan Negara bersama-sama pengurusan tertinggi Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN, JPM) 1446H/ 2025M
#MalaysiaMadani
#TaatSetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#PemikiranStrategikPuncaKemenangan #takbirraya
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil Hamd.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA

Semoga Aidilfitri ini menyemai kasih sayang dalam budaya maaf-memaafi, memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang bangsa dan menjadi inspirasi untuk memperkasakan usaha islah agar membawa kebaikan dapat dijelma dan dihayati bersama-sama.

Setulus ingatan,
Seluruh Warga Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri

#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#PemikiranStrategikPuncaKemenangan
#Aidilfitri2025
KEBAKARAN PAIP SALURAN GAS DI PUTRA HEIGHTS - LALUAN SEAFIELD - SAUJANA PUTRA DI LEBUH RAYA ELITE DITUTUP KEPADA SEMUA KENDERAAN

Berikutan satu insiden kebakaran di Putra Heights berhampiran lebuh raya ELITE, laluan di antara Seafield hingga ke Bandar Saujana Putra kini ditutup untuk semua kenderaan sebagai langkah keselamatan.

Sehubungan dengan itu, pengguna yang menghala ke selatan akan dilencongkan ke Plaza Tol Seafield dan masuk semula ke lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Bandar Saujana Putra.

Pengguna yang menghala ke utara diarahkan keluar di Plaza Tol Bandar Saujana Putra dan masuk semula ke lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Seafield.

Pada masa yang sama, semua laluan masuk ke lebuhraya ELITE nenerusi Plaza Tol USJ dan Putra Heights juga ditutup kepada semua kenderaan.

Pengguna juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Map pada ketika ini.

PLUS mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menegaskan orang ramai agar tidak menerbangkan dron di kawasan berlakunya kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Puchong, Selangor.

Larangan ini bertujuan bagi mengelak sebarang kejadian tidak dingini terutamanya membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang ramai serta pasukan penyelamat yang sedang menjalankan operasi pemantauan udara di lokasi kejadian.

Lokasi kejadian ini juga terletak di laluan kritikal penerbangan. Justeru, larangan ini adalah penting bagi memastikan keutamaan diberikan kepada keselamatan pesawat yang sedang beroperasi.

CAAM ingin mengingatkan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Civil Aviation Directives (CADs).

#LaranganDron
HTML Embed Code:
2025/06/26 21:30:47
Back to Top