TG Telegram Group Link
Channel: KLINIK HATI
Back to Bottom
KLINIK HATI
Photo
Sebenarnya banyak lagi alasan, tapi setiap kes dikalangan cikgu yang berlaku, inilah top 5. Bezanya, watak berbeza dan senario juga sedikit berbeza.

Ada yang boleh bersabar dan berbaik dengan suami setelah dinasihati untuk kaunseling. Tapi, kalau isteri dah buat keputusan untuk failkan kes di mahkamah, itu bermakna tahap kesabarannya telah habis.

Cuma, jenis perceraian apa yang difailkan itu berbeza-beza mengikut fakta kes masing-masing. Pastinya, dapatkan nasihat yang betul sebelum bertindak dengan tindakan selanjutnya.

Ada ke cikgu yang baca perkongsian ini? Betul ke tidak ini yang selalu berlaku?

Fahmi Ramli
KLINIK HATI
Photo
PELAN PENGAJIAN ANAK HAFIZ

Ramai tanya saya, apa nak buat bila kita berminat sangat nak masukkan anak ke full tahfiz tapi masalahnya keluarga tak setuju. Lagi lah bila yang tak setuju tu adalah si suami.

Macamana nak yakinkan mereka ?

Caranya, kita "bentangkan" Pelan Pendidikan anak dari umur sekarang hingga umur anak keluar dari universiti supaya mereka tahu yang masuk ke madrasah full tahfiz tak bermakna anak takde masa depan yang lebih cemerlang dalam kerjayanya...malah dia boleh jadi lebih baik dari orang lain..sebab di dadanya ada 30 juzuk Al Quran. InsyaAllah.

Sebab apa lebih baik?

Sebab, kalau nanti dia jadi engineer, dia engineer yang hafiz

Kalau doktor, doktor yang hafiz

Kalau lawyer, kaunselor, pakar ekonomi...juga yang ada title Al Hafiz.

Tapi ini bukan title Al Hafiz yang biasa-biasa. Ini Al Hafiz yang HAFAZ 30 juzuk dan INGAT 30 juzuk. Al Hafiz jenis ini kebiasaannya mampu dilahirkan di madrasah-madrasah full tahfiz yang tiada akademik.

Baiklah. Apa yang perlu dibentang pada mereka ?

PELAN PENDIDIKAN ANAK

▪️Umur 4 hingga 6 tahun
Anak mula diajar Al Quran bermula dari Iqra. Sebaiknya ibu ayah ajar sendiri di rumah supaya anak cepat khatam. Usahakan anak khatam Al Quran seawal 6 tahun supaya semasa di darjah 1 anak sudah boleh mula diajar menghafal juzuk 30 dengan hukum bacaan yang betul.

Dari segi pemilihan tadika, pilih yang ada sistem Cepat Membaca supaya anak dah kuasai 3M bila naik ke darjah 1 nanti.

▪️Umur 7 - 10
Daftarkan anak di sekolah integrasi tahfiz supaya pergaulannya lebih terjaga. Integrasi Tahfiz = sekolah yang ada subjek Hafazan. Jika kawasan kita tiada sekolah integrasi, boleh aje daftarkan di sekolah kerajaaan biasa. Cuma pemantauan ibubapa kena lebih dari segi pemakaian, pergaulan anak dan aktiviti2 sekolah yang anak boleh dan tak boleh sertai.

▪️Umur 11 hingga 15
Daftar ke madrasah full tahfiz.
Targetkan anak habis hafaz selewatnya dalam masa 3 tahun. Tapi jangan terkejut kalau ada yang habiskan hafaz 30juzuk dalam masa 4-5 tahun lebih-lebih lagi kalau anaknya perempuan sebab isu haid. Bayangkan kalau haidnya 15hari, kiranya dalam sebulan menghafal hanya 15 hari yang berbaki.

Masa daftar ke madrasah tahfiz ni, pastikan anak sudah menguasai tajwid dengan baik supaya anak cepat layak ke Kelas Hafazan. Jika anak masuk ke madrasah dengan tajwid yang longgar, anak akan lama di Kelas Nazirah (kelas asas al quran). Bila lama di kelas Nazirah, maka terjejaslah target masa hafazan anak...terjejas jugalah pelan yang telah kita rancang.

▪️Umur 15 dan 16
Ini biasanya umur untuk anak berada di Program Syahadah yang akan berlangsung selama 12 bulan setelah khatam 30 juzuk. Program ini sangat penting buat para huffaz supaya hafalan mereka lebih mantap dan supaya mereka nanti keluar sebagai huffaz yang ingat 30 juzuk.

▪️Umur 16 dan 17
Jika anak tamat hafaz seperti yang dirancang, masa anak umur 16 tahun, daftarkan anak ke Tingkatan 4. Semasa umur 17, anak mengambil SPM. Hanya perlu ke PPD berdekatan untuk dapatkan surat penempatan ke Tingkatan 4 di sekolah yang dipilih.

Di sekitar Johor, terdapat 4 buah sekolah menengah yang menyediakan Fast Track SPM untuk pelajar-pelajar tahfiz berusia antara 17-18 tahun (Program Intervensi Tahfiz) - belajar 1 tahun di tingkatan 5.

i. SMK Bekok, Segamat
Pautan permohonan: https://cutt.ly/RTWtQOo

ii. SMK Benut, Pontian
Pautan permohonan: https://forms.gle/Lk1hkrzXn7tJoxqH8

iii. SMK Simpang Renggam, Kluang
Pautan permohonan: https://forms.gle/Dvd7FgJbyeR18sAZ7

Namun suka diingatkan, mata pelajaran di sekolah-sekolah ini mengikut mata pelajaran di sekolah biasa iaitu TIADA Bahasa Arab/Al Quran Wa Sunnah/Syariah Islamiah. Kiranya sekolah-sekolah sebegini sesuai untuk pelajar yang tidak berminat untuk mengikuti pengajian agama di peringkat STPM/Universiti.

Bagi ibu ayah yang berkemampuan, saya suka mencadangkan untuk ibu ayah tempatkan anak hafiz ini di sekolah-sekolah integrasi under Ikram Musleh kerana pergaulan dan adab pelajar-pelajar di sana lebih terjaga.

Senarai sekolah Ikram Musleh boleh klik sini : https://musleh.edu.my/
KLINIK HATI
Photo
Anak sulung saya berdaftar di sekolah under Ikram Musleh ni ketika dia berusia 17 tahun (masuk Form 4).

Tapi jika anak tamat hafaz/syahadah agak lewat boleh terus daftarkan untuk Fast Track SPM sama ada di,

1. Akademi Lembah Ilmu (selangor) : https://www.lembahilmu.my/

2. KUIM Melaka : http://www.kuim.edu.my/pusatislam/index.php/ms/ketua-pusat-islam-as-syafie-kuim/19-program-tahfiz-bestari-persediaan-spm

3. UNISEL : https://www.smarttahfiz.edu.my/

Tempat-tempat ini insyaAllah sesuai untuk anak hafiz kita yang berusia 18 tahun ke atas kerana menyediakan pengajian dengan suasana kolej.

Satu lagi sekolah menengah islam swasta di Johor yang menyediakan fast track SPM dan dalam masa yang sama menitikberatkan pengulangan hafazan adalah Sekolah Menengah Islam At Tanwiriah, Muar, Johor (bayaran rm600 termasuk asrama).

Anak perempuan saya yang kedua selepas tamat syahadah insyaAllah mengambil Fast Track SPM nya di sini ketika berusia 17 tahun (daftar 2024)

Pun begitu, jika ibu ayah risaukan pergaulan mereka, boleh aje tempatkan mereka di fast track tahfiz yang disediakan oleh madrasah seperti kalau di Johor,
1. Madrasah An Nur, Muar
2. Madrasah Al Jauhar, Kota Tinggi (lelaki sahaja)

Atas alasan ini lah, anak perlu ke madrasah tahfiz seawal 11 tahun, bukannya tunggu dia tamat darjah 6 supaya anak dapat khatam awal, dapat sudahkan syahadah tahfiz dahulu sebelum menduduki SPM.

▪️Selepas SPM Nak Sambung Ke Mana?

Ada beberapa pilihan

Universiti Malaya / UIA / KUIS dll - memohon ke program Asasi Agama
Universiti Sains Islam Malaysia - memohon ke program Tamhidi Syariah dan Undang-undang
Universiti Awam/Swasta - program matrikulasi dan diploma
Universiti Madinah/Mesir/Jordan - bidang Pendidikan Islam, Qiraat, Farmasi, Perubatan, Pergigian.

PERMOHONAN KE UNI ISLAM MADINAH AL MUNAWWARAH
http://www.abuanasmadani.com/wp-content/uploads/2012/11/Maklumat-dan-Syarat-Permohonan-Belajar-Di-Universiti-Islam-Madinahbaru-1.pdf

PERMOHONAN KE MESIR/JORDAN
https://www.infoupu.com/permohonan-pengajian-timur-tengah/

Jika anak tidak mahu mengambil program asasi/diploma/ke luar negara, untuk pilihan bidang ijazah yang lebih luas, anak boleh mengambil STPM Tahfiz sebelum memilih pelbagai program ijazah sarjana muda di universiti tempatan.

Senarai pusat tingkatan enam yang menawarkan STPM aliran tahfiz.👇
1. SMK Agama Putrajaya
2. SMK Agama Kedah
3. SMK Agama Kerian
4. SMK Agama Maahad Muar
5. SMK Agama Tok Bachok
6. SMK Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail
7.SMK Agama Kota Kinabalu
8 SM Imtiaz YT Kemaman
9.SMK Agama Sheikh Hj. Othman Abd Wahab, Kuching

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun.
2. Lulus peperiksaan SPM
3. Minimum C Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari'ah Islamiah/ Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah
4. Minimum C Bahasa Arab
6. Telah menghafaz minimum 7 juzuk.

Jadi, jika kita merancang untuk anak ambil STPM Tahfiz, pastikan masa di peringkat SPM, anak mengambil senarai mata pelajaran yang diperlukan seperti di atas.

PERMOHONAN KE TINGKATAN ENAM (STPM) ALIRAN TAHFIZ
https://www.permohonan.my/permohonan-tingkatan-6-tahfiz-kpm/

Selesai ijazah sarjana muda, anak juga boleh menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan PhD jika berminat menjadi pakar akademik.

Bayangkan setelah kita menerangkan Pelan Pendidikan yang se-detail ini....adakah pasangan atau keluarga kita masih tegar berkata tidak setuju ?😅

Semoga penulisan ni dapat membantu ibu ayah merancang yang terbaik untuk anak masing-masing😊

Kalau ada apa2 persoalan atau penambahan ilmu/info, saya alu-alukan untuk tulis di ruangan komen.

CikguShainiRazali
Page Aku & Tahfiz
KLINIK HATI
Photo
STEP UNTUK BELI RUMAH🏡
——————————————

(Rumah 2nd lah macam ni)

❤️Step 1

-Semak kelayakan buyer (DSR)
-Buyer & Agent viewing rumah
-Sign Offer to Purchase form (OTP)
-Bayar 3.18% earnest deposit dan untuk lock unit .

❤️Step 2

-Submit document buyer kepada pihak bank untuk proses pinjaman.
-Loan approval 90% baru proceed.
-If reject deposit 3.18% refund 100%

❤️Step 3

-Selepas loan Approved, lantik laywyer (LA & SPA)
-Buyer sign Letter Offer (LO) daripada bank
-Lawyer prepare S&P baru, buyer and owner sign

❤️Step 4

-Lawyer akan apply consent daripada pihak berkuasa negeri untuk proses pindah milik

❤️Step 5

-Sekiranya Freehold, selepas SPA Stamping terus boleh keluarkan KWSP
-Sekiranya Leasehold, kena tunggu dapat consent dahulu baru boleh keluarkan KWSP
-KWSP boleh diguna untuk selesaikan baki 10% deposit (6.82%)

❤️Step 6

-Buyer Jumpa lawyer LA untuk sign Loan Agreement

❤️Step 7

-Bank serah 90% kepada lawyer (sekiranya loan lulus 90%)
-Lawyer check tunggakan bil rumah
-Sekiranya ada tunggakan owner akan lunaskan dan lawyer akan follow up

❤️Step 8

-File document di pejabat tanah untuk pertukaran nama di geran

❤️Step 9

-Buyer dapat 🗝rumah 😊
-Owner dapat balance 💵 jualan rumah.

Kredit to: Aini Wahidah
Jangan cari pasangan sekadar mahu hilangkan kesunyian kau. Masalah kesunyian kau tidak akan pernah selesai dengan adanya pasangan. Apabila kau rasa sunyi, itu tandanya mudah, kau terlampau hanyut dengan dunia, terlampau bersungguh-sungguh hingga terlupa akhirat.

Ya pasangan kita boleh memenuhi setiap masa kau tapi apabila niat kau bersama seseorang itu sudah salah, kau akan kecundang dan bosan di akhir cerita.

Bersamalah seseorang ketika kau betul-betul sudah fikir untuk terima baik buruk.
“Kalau kamu bilang anak adalah pengikat hubungan , kamu silap .

Kalau kamu bilang saling mengerti juga pengikat hubungan , kamu juga silap .

Yang paling utama untuk kekalkan hubungan sampai mati adalah doa dan dekatkan diri dengan Allah .

“ ya Rabb , aku hambaMu yg lemah , aku hambaMu yg mudah digoda oleh nafsu dan dusta , jauhilah aku dari godaan nafsu dan berikan aku iman untuk terus bertaubat dari segala kesesatan. Kekalkan jodohku bersama isteriku sampai ke jannatul firdaus Mu ya rabbilaamin. “

Doa yg tidak sampai 30saat dan inshaAllah sentiasa dirahmati rumahtangga terus bahagia biar apa pun kesusahan yg melanda .

Semoga bermanfaat , amalkan k inshaAllah ❤️
KLINIK HATI
Photo
Saya sengaja naik ofis tadi. Ingat nak lepak dengan budak budak team. Buka je pintu, tengok takde sape. Lampu terbuka. Saya pun melangkah masuk.

Saya pandang kiri, saya pandang kanan. Nampak bawah meja seperti ada kelibat. Bulu roma mula meremang. Tangan kiri saya masih standby pegang pintu. Kot ada apa apa senang nak lari huhu.

Bunyi macam ada aktiviti bawah meja. Saya tak puas hati. Saya cekalkan hati. Apa nak jadi, jadi. Saya masuk menjenguk.

Saya pandang dia, dia pandang saya. Habil rupanya, tengah duduk sebelah rice kuker. “Aik Habil. Apa buat ni? masak nasi ke apa lauk?”

Dengan wajah takut, dia menggelupur berdiri sambil capai kopiah “Eh tuan sori Tuan, saya masak nasi tak makan lagi”

Saya hairan “Habil bukan minggu ni income dah seribu lebih ke? kenapa tak makan dekat kedai bawah?”

Dia garu garu kepala. “Duit saya Tuan. Cuma minggu ni nak bagi mak. Mak tak ada pun minta, cuma saya kesian dekat mak. Kalau saya bagi duit, mak boleh guna beli baju ke, makan ke, boleh pakai untuk adik adik sekali”

Habil ni saya tahu, ayahnya sudah meninggal dunia beberapa tahun dulu. Habil baru berusia 19 tahun datang merantau dari Kuala Lipis.

Sebak pula hati. Saya peluk dia. Saya cakap “Takpe saya join Habil makan. Kita makan sama sama okey! Saya turun bawah, beli lauk dan kami makan sama sama.

Ayat paling saya terkesan waktu Habil cakap “bukan apa Tuan. Saya pun tak tahu sampai bila mak ada. Sementara mak ada ni, saya nak bagi mak hepi. Saya takpe tak ada tanggungan. Lagipun saya dah pandai nak cari duit setiap hari”

Tergamam.

Antara saya belajar malam ni :

1. Kita ni, usah lokek dengan mak ayah. Terutama sekali mak. Kadang tu kita takut sangat tak cukup duit kalau bagi mak. Sedangkan, rezeki Allah bagi. Lagi banyak kita buat baik dekat mak, insyaAllah hidup kita diredhai.

2. Betul juga kata Habil. Waktu kecil, apa kita nak mak sedaya upaya tunaikan. Kadang tu benda yang kita tak minta pun mak bagi. Bila dah besar, kalau nak tak minta kita tetap kena bagi. Moga moga, mak redha kita, Allah pun redha dengan kita.

Jom kita sama sama buat baik dekat mak dan ayah. Jika mereka sudah tiada, kita bantu dengan doa anak yang soleh okey.

.
Percayalah, perkara plg mahal ramadhan ni: bangun 5 pg qiam & sahur, pi masjid solat subuh, mengaji, zikir tk tinggal, buka puasa & solat terawih. Nampak simple tapi berkahnya BESAR. Cara nk istiqomah spnjg rmdn, lihat 1st komen
KLINIK HATI
Photo
Menjadi Wanita Tenang

1. Bangunlah seawal pagi. Mandi ni wajib. Jika saya bangun jam 5 pagi, saya akan segera mandi. Jika saya sedar 5.30 pagi, saya pasti akan mandi. Sebelum buat apa-apa, mandi dahulu. Mandi sebelum Subuh ini adalah petua awet muda dan sihat tubuh badan.

2. Buatlah Solat sunat Tahajud. Dua rakaat atau empat rakaat. Solat tahajud adalah senjata. Apa yang dimohon masa tahajud sama macam anak panah. Tepat ke sasaran.

3. Bacalah Al Quran sebelum masuk azan Subuh. Amalkan berterusan secara istiqamah. Walaupun hanya satu halaman Al Quran.

4. Selepas solat Subuh baca Yassin. Yassin adalah hati bagi Al Quran. Banyak kebaikan baca Al Quran terutama Yassin di awal pagi. Saya amalkan setiap hari bersama Kelab 7 Pagi.

5. Ini sangat dituntut iaitu Sedekah Subuh. Saya juga mengamalkannya melalui Kelab 7 Pagi. Masyaallah luar biasa kebaikannya.

6. Selawatlah kepada Rasulullah SAW. Baca sekurang-kurangnya 100 kali. Paling baik 1000 kali sehari. Sambil memandu boleh, sambil memasak boleh, menunggu di kaunter bank boleh, selepas solat fardu boleh. Inshaallah semua urusan hidup akan dipermudahkan jika kita rajin berselawat. Mahu apa saja, berselawatlah.

7. Jika masih ada ibu dan ayah, telefonlah mereka setiap hari. Jika mak ayah kita menggunakan smart phone, buat video call pun sangat bagus. Tengok wajah mak ayah yang menjadi pintu syurga kita. Minta berkat dan doa sebelum mula bekerja atau berniaga. Mohon ampun setiap hari, mohon restu dan doa mereka.

8. Solat dhuha jangan tinggal. Wajib ditunaikan. 2 rakaat, 4 rakaat atau sehingga 12 rakaat. Waktu kita menjadi berkat, banyak urusan boleh dibuat dengan baik dalam waktu yang ditetapkan. Masa menjadi lebih panjang.

9. Amalkan solat sunat lain. Solat sunat Qabliah dan solat sunat Baadiah. Paling hebat sebelum Subuh. Umpama dapat dunia dan seisinya. Lepas tu sebelum dan sesudah Zohor. Kemudian tambah sikit-sikit sampai cukup 10 minimum sehari. Lagi banyak buat lagi bagus. Dikatakan jika solat sunat kita melebihi 40 rakaat sehari, nama kita akan dipadamkan dari senarai ahli neraka. Masyaallah

10. Buat briswalk setiap hari atau senaman ringkas. Sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Jika briswalk, 5000 step sehari. Atau apa-apa senaman yang sesuai dan kita suka.

11. Secara beransur-ansur, kurangkan jumlah makan. Atau tukar kepada pemakanan yang lebih sihat. Biar badan ringan untuk bergerak. Beribadat.

12. Dengar paling kurang satu nasihat setiap hari. Manusia ni hatinya berbolak balik. Dan kena selalu diingatkan. Carilah cara ingatkan diri sendiri dengan cara yang kita suka.

13. Tambah satu ilmu satu hari. Dengan teknologi serba canggih hari ini, dunia boleh diperolehi dengan mudah. Hanya melalui smart phone. Ilmu akhirat lebih baik. Supaya kita sibuk dengan usaha untuk upgrade diri sendiri. Orang yang sibuk upgrade diri tak sempat nak lihat benda lain yang downgrading. Baca buku. Lihat youtube, masuk seminar, dengar ceramah dan sebagainya.

14. Saya amalkan bacaan Al Mulk setiap hari sebelum tidur. Ia akan menyelamatkan kita di alam barzakh nanti. Pasang Youtube dan follow bacaan. Lama-lama Surah Al Mulk dah ingat dan melekat dalam minda. Alhamdulillah

15. Jom sama-sama kita amalkan untuk hidup tenang dan bahagia. Sebagai wanitabyang amat sibuk dengan urusan bisnes, saya sentiasa berusaha mencari masa dan ruang untuk istiqamah dengan amalan-amalan ini. Semoga Allah merahmati kita semua.

16. Foto saya ketika dalam Haramain High Speed Railway dari Madinah ke Mekah ketika mengerjakan umrah yang lalu. Jika dengan bas, 7 jam perjalanan. Dengan train laju ini, dua setengah jam boleh sampai. Alhamdulillah.

Sumber: FB Faridah Mohd Ali

#ohbulan
KLINIK HATI
Photo
Guru saya pesan, rumahtangga yang hebat itu, suami isterinya selalu bersembang hal ini;

1. Tentang iman. Bagaimana supaya suami isteri bertambah iman.

2. Bagaimana Islam itu lebih dapat diamalkan dalam keluarga.

3. Bagaimana hendak memajukan pelajaran anak-anak.

4. Apa yang hendak dilakukan supaya akhlak anak-anak lebih halus.

5. Bagaimana supaya anak-anak kekal mentaati Allah, Rasul dan dua ibu bapa.

6. Bagaimana hendak melahirkan kasih sayang antara anak dengan anak.

7. Bagaimana anak-anak tidak terjebak dengan gejala tidak sihat.

8. Bagaimana menghadapi anak yang nakal.

9. Bagaimana memberi hiburan yang halal supaya anak-anak tidak bosan.

10. Bagaimana hendak melatih anak-anak suka berkhidmat kepada orang lain, terutama ibu bapa dan keluarga.

Inilah contoh perbualan bagi suami isteri yang ada cita-cita Islam dalam rumahtangga.

Begitulah.

Firdaus Mokhtar,
Masih belajar juga.

Sekali sekala ambil gaya atas pelamin. 😌
- My comfort zone ❤️🥹
Selepas berkahwin barulah kita sedar bhw kekayaan & rupa hanyalah sebahagian dr makeup pernikahan. Yang sebenarnya kita perlukan dari pasangan kita adalah teman berbual/jalan2/mengemas rumah/beribadah dan tempat mengadu pahit manis kehidupan.
Apa saya buat bila menantu saya bersalin.

1- saya educate anak saya apa dia kena buat sebagai suami Dan sebagai bapa baru. Ajar semua Dan suruh semua. Semua yang isterinya tolong dia buat masa isterinya sihat maka dia kena buat masa isterinya tak sihat.

2- saya ajar rutin berpantang pada menantu Dan anak. Ajar bakar tungku, ikat bengkong, ambil herba, berparam berpilis. Ceritakan rasionaliti kenapa kena pakai. AJAR juga apa isteri boleh makan Dan tidak pada anak saya. Tunjuk cara masak menu pantang agar dia mampu nak buat walau saya tak ada.

3- bagi perlepasan pada menantu buat keputusan. Jangan terlalu memaksa. Ajar cara lembut. Dengar juga pendapat Dan KEINGINAN derg. Jangan semua ingat kita betol. Kekadang kita ni dah old school. Orang zaman sekarang banyak ja idea yg bagus Dan bernas.

4- selalu pantau waktu makan SI ibu sebab Tau lah anak kita lelaki kadang2 dia meleweh. Bini x makan lagi waktu dah lewat. Jadi selalulah ingatkan jadual Dari jauh.

5- Jangan tekan siibu dengan PENYUSUAN bayi. Dia mampu menyusu Dan nak menyusu bagi dia menyusu. Kalau nampak susu dia kurang atau susah nak menyusu boleh ja bagi botol. Bukan anak x menyusu buat ibu tu fail. Atas badan masing masing.

6- Bagi menantu rehat yg cukup. Ingatkan anak kita yg bini dia kena rehat. Dah penat mengandung 9 bulan. Jaga elok elok. Mak bapak dia dah amanahkan pada kita. kalau sakit anak orang tu aku cekek leher ko. Dia penat mengandung Dan bersalinkan keturunan awak. Jangan ambil mudah aja.

7- saya ingatkan semua anak anak lain bagi support pada akak ipar derg. Tolong mana patut. Support mana boleh. Adik beradik ni macam lidi. Bila sebatang senang patah. Tapi bila segenggam susah patah. Akak awak tengah sakit, jangan mudah kecik hati Dan Jangan nak menyakitkan hati.

Akhir sekali nak pesan pada mak mak mertua, janganlah selalu nak nampak Salah menantu aja. Lain orang lain didikan. Anak kita pon banyak kekurangan. Setiap orang ada lebih ada kurang. Kita pon sama. Rai kelebihan Dan tampung kekurangan dengan bijaksana. Menantu perempuan atau lelaki bila dah masok keluarga kita syg lah derg mcm anak sendiri. Ajar bemesyuarah Dan ajarlah toleransi.

Kalau kita acu elok, insyaallah cantik jadinya.

Akhir kata:- tq buat menantu saya yang sudi bertarong nyawa untuk melahirkan cuci saya. Moga Allah balas tiap titisan darah kamu dengan pahala yang boleh MEMBAWA kamu ke syurga. Buat anak anak ibu, Jadilah suami yg baik yg dapat memberi contoh pada ganerasi Korang pulak nanti.

❤️ Ibu

Kak eja Berpantang By Nazira Keepdara

P/s saya tak jaga mana menantu saya tapi saya ajar suami Dan adik beradik dia jaga menantu saya. Sesama buat semua.

Bagi yang berpantang sendiri yang tak ada yg bantu, anda hebat. Jangan mudah down, jangan terasa hati na. Insyaallah kalau kita x dapat layanan yg baik, nanti kita boleh layan menantu kita dengan baik. Ambil yg positive dalam tiap sesuatu ya... Kalau kita tak Mula, ianya takkan bermula.
“Balik kampung 5 hari boleh solat qasar dan jamak ke?”🧐

Jawapannya adalah boleh! sekiranya termasuk hari pergi dan hari pulang ke rumah (rujuk poster).

= 1 hari pergi + 3 hari menetap + 1 hari pulang.

Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (1/186) menyebut salah satu daripada syarat sah solat jamak dan qasar bagi musafir ialah;

“Tidak berniat menetap SELAMA empat hari di tempat yang dituju SELAIN pada hari mula sampai dan pada hari akan keluar…”

Sekiranya anda telah merancang (berniat) untuk menetap di kampung lebih daripada tempoh seperti di atas;

maka hanya boleh solat qasar dan jamak dalam perjalanan pergi dan pulang sahaja ye.

📝 Nota musafir.

1/ Kewajipan solat atas diri orang yang bermusafir.
2/ Perjalanan bertujuan baik.
3/ Jarak sekurang-kurangnya 2 marhalah (81KM).
4/ Menetap 3 hari sahaja, tidak termasuk hari pergi dan pulang.
5/ Tidak mengikut imam yang bermukim.

Semoga bermanfaat.

Kongsikan poster ini kepada sahabat anda yang lain sempena hari raya nanti.❤️
HTML Embed Code:
2024/05/31 23:36:08
Back to Top