TG Telegram Group Link
Channel: ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎
Back to Bottom
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
Semakin besar harapan kepada makhluk @ impian kita, semakin besar juga rasa kecewa jika harapan itu tidak disandarkan bersama Tuhan. Yakinlah takdir Allah selalu terbaik walau belum mendapatkannya.

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
Mengeluh tidak menyelesaikan masalah, tapi mengadu dan merayu pada Allah akan hilangkan segala gundah. Zikirlah sebanyaknya,
لا إله إلا الله

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
“Saat Allah menghilangkan sesuatu yang menjadi milikmu, itu kerana DIA ingin mengosongkan tanganmu untuk menerima sesuatu pemberian yang lebih besar. Sangka baik selalu.”

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
Meski tiada siapa berterima kasih pada matahari, tetaplah dia setia menyinari dalam terang. Dirindui dalam hujan. Setia berzikir kepada Tuhan. Semoga kita juga begitu.

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
Pasti akan datang suatu saat nanti, bila Allah berkata “Kun fayakun.” Hargai saat-saat menangis dalam sujud, ia sebuah nikmat tiada tara. Hanya ada dirimu dan diri-NYA sahaja.♥️

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
Cuba duduk dan renung balik. Sudah berapa banyak doamu selama ini sudah dikabulkan oleh-Nya? Jangan sebab satu yang masih belum Allah bagi atau tahan, kita terlupa betapa sudah banyak yang Allah berikan nikmat-Nya.🥺

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
Allah tak minta kita terlalu fikirkan masalah, tapi Allah pinta kita banyakkan “minta tolong” dengan Allah. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ🤲🏻

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
Beruntunglah orang yang banyak berselawat. Dihapuskan dosa, diangkat darjat, dekat dengan Rasulullah SAW, diberikan nur cahaya di setiap urusan hidup.

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
Allah faham kita sangat struggle dengan ekonomi sekarang.Maka gandakan lagi ‘keakraban’ dengan Maha Kaya. Kejar dunia buat kita lelah dan letih. Kejar Allah, DIA bagi keduanya. Tenang dan kecukupan.

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
Bersunyian di tengah malam bersama-Nya itu sangat nikmat.Menangislah, luahkan segalanya pada DIA akan terasa lega.Tidak ada yang dapat bagi kita tenang dan kuat, kecuali Allah.

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (Sis Qowiy💕)
Percayalah, Allah Maha Baik. Tidak ditahan atau diambil sesuatu dari kita, kecuali DIA pasti ganti dengan lebih baik. Gandakan sabar, doa dan syukur.

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (HambaNya)
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀
💚️💙💙💚️


▪️SYARAT TAUBAT

▪️“Ada tiga syarat dalam melaksanakan taubat nasuha, ia termasuk individu itu mestilah mempunyai perasaan bersalah lalu terus meninggalkan perbuatan dosa berkenaan.

▪️“Kemudian, individu berkenaan perlu menyesalinya dan berazam tidak akan mengulanginya lagi, barulah ia akan diterima oleh Allah SWT,” katanya.

▪️Tambahnya, perbuatan dosa pula terbahagi kepada dua, iaitu dosa kecil dan besar. Dosa kecil akan diampuni oleh Allah dengan segala amal kebaikan yang dilaksanakan seperti solat fardu, membaca al-Quran dan beristighfar.

💚️💙💙💚️
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (HambaNya)
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀
💚️💙💙💚️


MATI MENGEJUT

Kematian mengejut antara tanda-tanda hampirnya berlaku kiamat. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya di antara tanda-tanda hari kiamat adalah…munculnya kematian mengejut.” 
(Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir - 1132)

Daripada Aisyah, beliau berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan kematian mengejut. Lalu Baginda bersabda maksudnya: “(Mati mengejut) adalah suatu kesenangan bagi seorang Mukmin dan penyesalan bagi orang derhaka.” 
(Riwayat Imam Ahmad - 25556)

Turut disebut di dalam kitab Fath al-Bari, sebahagian daripada ulama salaf tidak menyukai kematian yang datang secara mengejut. Hal itu kerana dibimbangi kematian mengejut tidak memberi kesempatan bagi seseorang untuk meninggalkan wasiat dan juga mempersiapkan diri untuk bertaubat serta melakukan amal soleh.

💚️💙💙💚️
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (HambaNya)
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀
💚️💙💙💚️

Dendam, hasad, rasa bersalah, takut, benci, dendam, bimbang, prasangka dan perasan curiga akan menyebabkan pelbagai kesakitan - kesakitan badan, perasaan, fikiran dan hati.

Petanda penyakit ini ialah hidup rasa 'serba tak kena'. Hendak dikatakan sihat, nampak dan rasa macam sakit. Hendak dikatakan sakit, bila diperiksa oleh doktor tidak ada apa-apa penyakit...

Semua itu ialah 'dosa hati'. Dosa itu pasti meresahkan jiwa, lebih-lebih lagi dosa hati!

💚️💙💙💚️
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (HambaNya)
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀
💚️💙💙💚️

Jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih.

Jangan mengharapkan penghargaan manusia kerana itulah punca kecewa dan dukacita.

Jangan bergantung kepada bantuan manusia kerana mereka boleh berubah atau terlupa.

💚️💙💙💚️
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (HambaNya)
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀
💚️💙💙💚️

Semalam aku bermimpi
Mimpi tentang mati
Ku hadapi kegelapan
Tanpa persediaan
Ku ditanya pelbagai soalan
Kaku lidah ku memberi jawapan
Peluh mercik dingin mencengkam
Mata buta kelam bungkam
Jiwa berteriak ingin kembali

Dinihari ini aku bangun
Syukur aku masih di sini
Belum...aku belum mati
Masih bersisa rasa ketakutan
Masih tertangguh satu penyesalan
Taubat ini belum terlambat
Kiranya masih ada kesempatan
Untuk ku ukir satu...
pembetulan!

💚️💙💙💚️
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (HambaNya)
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀
💚️💙💙💚️

🌺BERSIHKAN DIRI KITA DALAM 3 HAL🌺

🌺Bersihkan keyakinan kita kepada Allah daripada keraguan dan aqidah yang bathil.

🌺Bersihkan penyerahan kita kepada Allah. Janganlah sekali-kali kita ragu kepadaNya kerana semakin kuat penyerahan dan tawakal kita kepadaNya sebanyak itu jugalah kita akan dicukupkan segala keperluan kita.

🌺Bersihkan pergantungan kita kepada Allah. Janganlah sekali-kali kita berpaling daripadaNya kerana jika kita mengharap dan bergantung selain Allah maka semua akan hilang dan binasa.

🔰Bergantung pada manusia suatu hari akan mati.
🔰Bergantung pada harta suatu hari akan hilang dan merosot.
🔰Bergantung pada kepandaian suatu hari akan lupa dan tersilap.
🔰Bergantung pada kuasa dan pangkat suatu hari akan kembali kepada insan biasa yang tiada apa apa.

🌺Muhasabahlah selalu diri ini yang lalai dan sering terlupa siapakah diri kita sebenarnya.

💚️💙💙💚️
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀


http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (HambaNya)
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀
💚️💙💙💚️

🌹HATi🌹

🌹Akhlak yang mulia hendaklah menjadi 'pakaian rasmi' seharian kita. Semakin kita berakhlak semakin dekatlah kita dengan Rasulullah SAW kerana Rasulullah SAW adalah insan yang paling berakhlak..🌹

#muhasabah.diri

💚️💙💙💚️
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (HambaNya)
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀
💚️💙💙💚️

🍒MUHASABAH DIRI🍒

🍒Jika telapak kakimu meninggalkan bekas di bumi,

🍒Maka ucapan dan tulisan mu meninggalkan bekas dihati,

🍒Alangkah beruntungnya apabila kamu selalu sibuk mempemperbaiki diri sendiri, Sehingga tak ada hati yang tersakiti.

💚️💙💙💚️
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀


http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
Forwarded from ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎 (HambaNya)
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀
💚️💙💙💚️

HIKMAH MALAM JUMAAT

Hidayah itu tak perlu kita tunggu. Seharusnya kitalah yang menjemputnya. Segerakan lah niatmu untuk berubah, janganlah kita selalu menunda-nunda untuk berubah menjadi lebih baik lagi, jangan biarkan umurmu terbuang percuma, hingga datangnya suatu kematian...🤲🌹

💚️💙💙💚️
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀

http://Telegram.me/IsLamiLmuAmaL
HTML Embed Code:
2024/05/11 05:27:33
Back to Top