TG Telegram Group Link
Channel: HawaQuotes
Back to Bottom
"Malam nisfu syaaban adalah malam yang menentukan semula takdir , kita punya nasib, rezeki, amal, umur. Takdir kita ditentukan balik oleh Allah taala. Oleh sebab itu, berdoalah, kita mohon agar semua ketentuan yang akan datang ini semua baik-baik." Ini adalah pesanan daripada Habib Zainal Abidin Hafizohullah taala.

Berdoalah.

1. Moga segala musibah akan ditukarkan menjadi rahmat.
2. Berdoa juga agar tahun mendatang semua takdir kita tentang baik dan bahagia.
3. Berharap juga diberikan kesihatan yang membaik agar terus boleh menyebar manfaat.
4. Rezeki yang akan datang ini berkat dan mengalir laju seperti air zam-zam yang tidak putus.
5. Diberikan istiqamah dan kekuatan untuk terus menjadi wanita solehah di akhir zaman.

Banyak lagi yang boleh dititipkan, doa itu jika 'kabulnya' bukan sekarang, pasti ia dikabulkan masa mendatang, kerana yang mendengar itu Tuhan.

Allah itu sangat tahu cara mengabulkan doa kita, tugas kita adalah agar tetap dan terus berdoa.
Wanita solehah itu, apabila mendiami sesebuah rumah, rumah itu akan menjadi aman dan tenteram.
Kalau ada yang bertanya tentang 'harapan' Ramadhan kali ini, doaku ringkas.

"Moga Allah memampukan aku untuk melakukan segala kebaikan dan ketaatan dengan mengambil berkat Ramadhan, dan moga diberikan kekuatan untuk istiqamah dalam amal sehingga bertemu Ramadhan seterusnya."

Ameen
Berubah itu tentang memberi peluang kepada diri sendiri untuk jadi lebih baik.

30 hari Ramadhan ni, kita usaha sungguh-sungguh untuk berjuang jadi terbaik.

Semua orang ada cerita, kita pun ada cerita,yang menariknya setiap cerita daripada kita tu semua ada 'pelajarannya.'.

Saya ada buat group whatsapp, sembuh dalam Ramadhan. Tiada bayaran pun.

Fokus group tu tentang sembuh dalam Ramadhan. Perbincangannya tentang 'laluan jadi lebih baik.'.

Kita akan bincang tentang.
- cara mudah bangun qiamullail.
-Berdoa dengan lebih efektif.
-Mula cinta selawat.
-Khatam quran cara mudah.
Belajarlah menjadi seorang yang tenang, Kerana emosi boleh membuat kamu kehilangan banyak perkara 🤍
HawaQuotes pinned «Setiap manusia ada ujian masing-masing. . Ada yang di uji dengan masalah orang sekeliling yang sering fitnah, kutuk dan membuka aibnya. . Ada yang di uji dengan masalah keluarga yang porak peranda. . Tak kurang juga ada yang diuji dengan kesenangan yang melalaikan.…»
HawaQuotes pinned an audio file
Apabila ditimpa ujian, ingatkan diri kita tentang ini.

1. Allah itu tidak akan pernah menzalimi hambaNya. Pasti sudah diukur dalam segenap semua perkara.
2. Allah mengambil sesuatu yang tidak baik untuk memberikan yang terbaik. Tidak akan diambil dari sisi kita melainkan perkara itu tidak baik.

Fahamkan benar-benar, ketika diuji kita lebih memilih mengikut perasaan dari logik akal. Bertenang dan mula berfikir dengan waras, kerana banyak perkara lepas yang kita sudah hilang hanya kerana terlalu mengikut perasaan.

@HawaQuotes
“ Orang yang beriman tidak akan berputus asa apabila dihadapkan dengan musibah demi musibah ”.

• Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

@hawaquotes
Rasa tenang dalam hati boleh hilang apabila kita merasa iri hati kepada orang lain.

Cemburu itu wajar, namun jangan sampai berniat agar orang 'itu' hilang nikmat dengan apa yang dia sedang miliki.

Buat diri kita percaa, semua yang ditakdirkan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita.

@hawaquotes
Dalam fasa mendewasa menjadi hamba yang taat ini, belajar untuk

- menjaga lisan dari berkata kasar
- menjaga tangan dari menyakiti seseorang
- menjaga prasangka baik kepada sesiapa
- menjaga niat baik untuk setiap amalan

Banyak lagi perkara baik saat dewasa untuk diperjuangkan, teruskan. Yang pasti kita akan penat, yang kita kena tahu, berehat bukan berhenti.

@hawaquotes
Assalamualaikum wbt semua! ❤️🥺
Siapa yang nampak , cuba tekan tekan bawah ni ha
Anonymous Poll
47%
Hai !
53%
❤️
Mendewasa ini, kita perlu lebih faham.

- Jika ada yang datang bercerita tentang 'perit' nya hidup dia, percayalah sudah lama dia bertahan sendiri.

- Kalau dia berkongsi jalan hidup dia dan menangis, percayalah sakitnya luar biasa, bukan manja, namun sudah lama memendam sendiri.

- Dia mintak kita doakan dia bukan sebab dia tak percayakan doa sendiri, namun mendengar doa kita juga sumber kekuatan dia.

Jangan remehkan orang yang sedang bersedih, boleh jadi kita penentu dia akan terus bersedih atau akan memilih bangkit.

@hawaquotes
Saat kekuatan mulai melemah,bukan berarti harus menyerah
Saat kemampuan mulai pudar,bukan berarti harus menghindar
Saat kegigihan mulai rapuh,bukan berati harus jatuh

Bentuk kasih sayang Allah tidak selamanya terasa manis
Kadang dia hadir dalam bentuk derita yang tragis
Di sinilah proses hidup berjalan
Hingga sampai pada puncak kemenangan

Kemenangan orang beriman adalah,saat kaki melangkah di surga dengan ringan

Maka senantiasa mengelola rasa lelah menjadi lillah adalah jaminan istiqamah di jalan hidayah.

@hawaquotes
Seketika, berdamai dengan alam

Tertarik dengan ayat ni, "Jika Allah berkehendak, tiada yang mampu untuk berkata tidak".

Dari itu, berfikiran jauh memang bagus, tapi jangan terlalu jauh sehingga dirimu merangkai kecewa padahal belum pun terjadi atau bahkan tak akan terjadi.

Kerana ketika kamu minta yang terbaik, maka Allah akan aturkan yang terbaik untukmu dengan cara-Nya. Bukan dengan logikmu.

Moga Allah sentiasa dengar dan kabulkan setiap dari doa-doa kita.

@hawaquotes
Pada akhirnya aku bersyukur , Allah masih menjagaku.

Allah tidak membiarkan perasaan ini membawaku pada hal yang tidak diredhai oleh-Nya.

- af 2.2.24 -
@hawaquotes
HTML Embed Code:
2024/06/15 00:58:55
Back to Top