TG Telegram Group Link
Channel: Khairul Hakimin Muhammad
Back to Bottom
Malam ini sahajaaa!!

Kelas Bina Konten, masukkan kupon KELASKHM20 ya! Diskaun RM20! Harga asal RM89 kini RM69!
29hb Jun - Bandar Baru Bangi
https://ezy.la/KelasBinaKontenJun

Kelas Buat Duit Dengan Tulis Ebook
masukkan kupon KELASKHM20 ya! Diskaun RM20! Harga asal RM89 kini RM69!
8hb Jun - Bandar Baru Bangi (tiada lagi selepas ini)
https://ezy.la/KelasBuatDuitDenganTulisEbookJun

YUDA! Masukkan kupon YUDA50 untuk diskaun RM50!
Kelas Intensif Pembangunan Konten
9 Modul tersusun!
Daftar di sini: https://ezy.la/YudaSesiPertama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
YUDA. Kelas intensif pembinaan konten secara tersusun. Ayuh! Daftar di sini. Kelas bermula 14hb Jun. 100% Online. https://ezy.la/YudaSesiPertama
KELAS TERAKHIR
KELAS TERAKHIR
KELAS TERAKHIR!


Tiada lagi kelas ebook selepas ini. Ini yang terakhir! Selepas ini saya fokus kelas konten sahaja. Ayuh!

Kelas Buat Duit Dengan Tulis Ebook
8hb Jun 2024
Bandar Baru Bangi (Kelas Fizikal)
RM89 sahaja

Daftar di sini: https://ezy.la/KelasBuatDuitDenganTulisEbookJun

Ayuh! Ini kelas terakhir! Tiada lagi kelas Ebook selepas ini.
tak ada idea nak buat apa
tak tahu nak tulis apa
tak reti nak menjana pendapatan
tak tahu nak bermula
serba serbi rasa serabut

Ha mari ke kelas buat duit dengan tulis ebook, kalian akan belajar tentang:

teknik memilih topik betul untuk dijual
ketahui teknik menjual walau belum ada pengikut
teknik mudah menulis tanpa perlu ada bakat
teknikaliti menulis ebook dengan mudah
belajar memasarkan karya sendiri
jana pendapatan tanpa modal
boleh jana melebihi RM10,000 sebulan

Ayuh kawan-kawan, link daftar di komen.

Kelas Buat Duit Dengan Tulis Ebook
8hb Jun 2024
Bandar Baru Bangi
11am-1pm
Daftar di sini jom!

https://ezy.la/KelasBuatDuitDenganTulisEbookJun
Kalaulah saya ini jenis fikir berapa like dapat, berapa share dapat, kenapa tak ada orang komen, sampai ke tahap kalau like sikit kena delete posting, aiyo amma memang tak adalah nak buat content weh. Like sikit, engagement sikit. Jadi buatlah sesuatu kasi naik.

Kasi tau semua audien kata posting itu slow sana slow sini. Minta bantuan belaka.

Dah kenapa sampai kena delete posting kalau like sikit? Like sikit dosa ke weh? Aiyo amma sekali lagi.

Haih macam-macam, orang semua sibuk jam 10 ada bau wangi, kau karang dapat pula bau penampaq. Nak? Hahahahahahaha
EP01: Penjenamaan di Media Sosial

https://vt.tiktok.com/ZSYBYv64R/

Tonton tau!
Modul ini adalah modul YUDA.

Saya padatkan dalam pembangunan modul tersusun. Semua tentang konten.

Konten bagus, membawa kepada pengikut bagus.
Konten bagus, menarik kuasa beli.
Konten bagus, menyentuh emosi pengikut.
Konten bagus, makin lama makin ramai pengikut.

Semua sifir ini bersifat teknikal. Ia bukan teori semata-mata. Kena buat langkah demi langkahnya.

Kena susun itu ini, kena lengkapkan begitu begini, kena buat sana sini, usahanya boleh tahan. Lalu hasilnya guna hebat.

Syukur alhamdulillah.

Ustazah Badariah dulunya jualan RM1,000 sehari, kini RM6,000 sehari.

Kawan-kawan, Kelas YUDA akan bermula 14hb Jun.
Ada 9 modul.

1 akaun daftar, boleh kongsi dengan pasukan.
100% online.

Daftar di sini ya! Ayuh! Klik sini sekarang
https://ezy.la/YudaSesiPertama

Kita yuda sama-sama! Yuda Konten!
Rutin ringkas orang berjaya:

- bangun awal.
- tahu apa yang nak dibuat pada hari tersebut.
- menunaikan kewajipan kepada Allah terlebih dahulu.
- menunaikan kewajipan kepada keluarga terlebih dahulu.
- menunaikan kewajipan kepada majikan dan tempat kerja.
- pergi kerja dengan semangat dan tanggungjawab.
- pulang kerja dengan harga diri dan penuh kekuatan kembali kepada keluarga.
- tidur dengan penuh rahmat dan kemaafan.

Dari mata kasar, nampak rutin itu adalah untuk orang lain. Namun, jika dilihat itulah kekuatan seseorang untuk dirinya sendiri.

Dia berjaya kerana dia ada rutin hebat yang sentiasa mendahului jiwanya untuk jadi terbaik setiap hari.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Kita tentukan rutin kita.
Kita tunjuk kereta baharu, tunjuk rumah terpaling besar, segala benda dibeli ditayang, sudah dikongsi semua, kemudian LHDN nampak, buat taksiran, kita marah. Pemilik bangunan nampak, naikkan sewa, kita marah.

Kawan-kawan,

Orang lain tayang, depa bayar je LHDN juta-juta setahun. Mereka ini dah sedia kenaikan sewa dalam tempoh 10-20 tahun.

Kita yang tak bersedia, jangan duk buat. Simpan baik-baik apa sahaja yang kita beli.

Tak semua benda kita wajar tayang. Kadang-kadang yang itulah bawa bala.

Ini orang tayang, kita pun sibuk nak tayang. Tumpang ombak katanya. Kita tak sedar dia bawa kapal persiaran. Jualan dia siap boleh bawa orang cruise antara negara, yang kita sampan kecil masih memancing ikan pesisir pantai kat kampung kita sahaja. Hah sekali badai je terbalik lemas terus sampai hilang kat dasar laut orang lain tak jumpa-jumpa dah.

Tengok diri sendiri dahulu ya.

Tanya diri sendiri nak like ke nak happy. Kalau sekadar nak like sehari, natijahnya sad hari-hari. Namun kalau nak happy hari-hari, simpan dan hayati keseronokan diri itu sesama keluarga sahaja. Itu jauh lebih bahagia.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad.
Bebel selepas subuh. Gituh.
Sifir mudah mulakan bisnes.

Mesti produk yang diperlukan orang. Bukan kita yang suka tentang produk tersebut. Buang ayat ini dalam kepala “Saya buat bisnes ni sebab saya sendiri suka produk ini.” Dan gantikan dengan ayat “ramai orang perlukan produk ini, saya kena belajar dan sentiasa perbaharui ilmu tentangnya.”

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Buat bisnes bukan sebab orang lain buat bisnes.
Soalan: Bang saya jual Takaful. Saya tak tahu bagaimana nak tulis #content apa di media sosial. Bila up pasal insuran, hal Takaful haram tak ada orang suka. Macam mana bang?

Jawapan: Asingkan content untuk kehidupan dan juga untuk jana wang. Tak boleh semua posting itu tentang duit duit duit. Ia akan ubah mentaliti orang lain kepada akaun media sosial kita.

Kalau hari-hari kita kemaskini tentang hal sama yang menjana duit, posting itu pula semuanya berbentuk iklan, maka orang akan kata akaun kita ini adalah KEDAI, bukan MANUSIA. Dan itu menyebabkan orang akan mula berundur perlahan-lahan.

Akaun kita ini kita yang jaga. Dan kita kena jadi manusia biasa.

Hal kehidupan, kita up content kehidupan. Tak perlu peribadi sangat. Sekadar kemaskini perkara yang orang boleh ikut dan faham terus. Dari situ akan naik rasa percaya.

Dari percaya, terus kepada setia.
Saat sudah setia, jual produk dan perkhidmatan.
Di situ akan mula jana kewangan.

Ingat kawan,

Susun posting. Sekejap-sekejap kehidupan, sekejap-sekejap iklan.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Jual buku, kelas dan periuk. Hihihi.
Nak ke kelas content, terus ke sini ya https://ezy.la/KelasBinaKontenJun
reti nak buat hantaran media sosial
tak tahu nak buat topik apa
buat hantaran, tapi sendu
penat taip, like tak ada, share lagilah tak ada
follower tak naik-naik
nak menjual tapi tak tahu macam mana
macam mana nak dapat 100k follower pun tak tau
zero kos, tak ada duit nak pakai ads
konten pun tak tahu apa benda, tak faham

Kalau kalian di sini, saya boleh bantu. Modul saya ini digunakan oleh hampir semua pempengaruh di luar sana.

Sama ada mereka sendiri yang datang ke kelas saya, atau mereka hantar team untuk hadir.

tahu bagaimana nak kumpul 100,000 follower
senangnya menjual apabila dah tahu susunan topik
dah tahu apa strategi konten yang betul
dari 1 perkataan rupanya boleh jana 1,000 posting
jualan RM1k sehari boleh cecah RM50k sehari
senangnya membuat posting apabila dah ada topik betul

Semua ini saya bantu kongsikan ilmunya. Modul tersusun dan berstruktur. Tak ada sembang teori petik bintang di langit.

Ia ada langkah demi langkahnya.

Kelas fizikal terakhir. Selepas ini 100% secara online. Ha nak jumpa, ayuhlah.

29hb ini, sabtu. 2 jam sahaja kalian akan dapat rahsia pempengaruh membina konten tersusun di platform yang mereka pilih.

Ada 2 sesi.

Pilih salah 1, kelasnya di INSPEN, Kajang.

Ayuh sertai!

Sesi pagi ada lagi 141 kerusi
Sesi petang ada lagi 193 kerusi

Ayuhhh! Ini sesi terakhir untuk kelas fizikaaaal!

Klik sini: https://ezy.la/KelasBinaKontenJun

Daftar lekas! Sendiri tak dapat hadir, hantar pasukan andaaaa!
Kita ada lagi sekitar 6 bulan untuk capai target jumlah follower dan sales tahun ini.

6 bulan = 182.5 hari.

Jika kita boleh konsisten memuat naik #content “crowd” pada setiap hari sebanyak 1 kali. Dan status itu mendapat lebih 100 share, boleh jadi kenaikan follower sebanyak 30-50 orang sehari.

182.5 hari x 50 orang = 9,125 orang follower masih boleh dikejar tahun ini.

Dan sekiranya jika kita membuat jualan sebanyak 1 kali sehari, susun strategi supaya orang membeli dan membeli serta merekomenkan kepada orang lain, jaga servis serta sentiasa alert dengan rungutan dan sebagainya, maka kita boleh dapat sekitar RM200-500 sehari.

182.5 hari x RM500 sales sehari = RM91,500 sales lagi tahun ini.

***

Kawan-kawan, tinggal nak susun sahaja semuanya.

Bagaimana saya buat, kalian boleh sahaja tiru. Saya bina bank content.

1. Bangun tidur 4.30 pagi setiap hari, baca sekurang-kurangnya 5 muka surat apa sahaja buku.

2. Sediakan sekurang-kurangnya 1 write up sebelum waktu subuh. Mulakan dengan minima 100 patah perkataan. Terpulang nak tulis di telefon atau laptop, saya suka guna Ms Word.

3. Selesaikan hal anak nak sekolah, hantar anak dan terus ke pejabat (jika suri rumah, sediakan ruang kerja 1 meja dan kerusi untuk dapatkan mood ini).

4. Sampai di pejabat, terus buka laptop dan sediakan lagi 1 write up selepas baca 5 muka surat lagi mana-mana buku. Kemudian mula kerja

5. Setiap waktu lunch, ambil 10 minit untuk membaca sebanyak-banyaknya perkara yang anda suka untuk up di media sosial. Jika suka memasak, baca buku resipi, jika suka bercerita, baca novel dan sebagainya.

6. Sambung kerja, jumpa orang dan sebagainya. Sambil-sambil tengok keliling untuk dapatkan story.

7. Habis kerja, susun semua write up yang ditulis tadi (biasanya saya tulis di Ms Word) kemudian masukkan dalam folder. Ini yang dinamakan sebagai bank content.

8. Buat posting untuk keesokan harinya atau hari-hari lain. Tak semestinya write up hari ini untuk hari ini. Boleh sahaja susun untuk esok, lusa, minggu depan, bulan depan.

9. Kita sentiasa akan ada #content dan #Story untuk up.

10. Rajin observe, rajin melihat dan mendengar. Dan yang paling saya suka buat ialah memohon kepada Allah semasa saya bangun tidur (nombor 1) dengan doa “Ya Allah, beri aku cerita yang baik hari ini untuk aku kongsi di media sosial aku Ya Allah.”

Saya akan tidur sekitar 11.00 malam ke atas. Sebelum tidur pun saya pastikan saya membaca 5-10 muka surat lagi. Yang ini saya akan cuba cari bacaan tentang Surah Yusuf, ada sangat banyak buku tentangnya. Masukkan juga tafsir Al-Quran. Di situ punca segala cerita dan adab dalam berkomunikasi.

Letak Tuhan di hadapan akan jadikan kita sentiasa fokus dan masih dalam jalan yang bagus.

Nak hasil, buat. Bangun dan cergas. Berhenti tengok orang lain. Fokus kepada diri sendiri. Orang lain tak bayar bil kita. Semua kita kena usaha sebaik-baiknya.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak kaya, mulakan sekarang. Nak kelas, terus ke sini https://ezy.la/YudaSesiPertamaOgos
Kawan-kawan, sudi-sudikan dapatkan naskhah terbaharu saya ya, "Ya Tuhan, Rezekiku Di Mana?"

Ebook ini boleh dibeli dengan harga serendah RM1. Ikut kalian nak beli harga berapa, saya terima aja.

Terima kasih ya

Klik sini https://ezy.la/YaTuhanRezekikuDimana
Mayday mayday

Saya dah mula kena shadow banned kerana tulis pasal Ismail Haniyeh

Mohon bantuan kasi engage (like ke apa ke) 2 posting ini

https://www.facebook.com/share/p/3fgQkkvUht4Jg8b7/?mibextid=WC7FNe

https://www.facebook.com/share/p/UASdKHDegojq81q1/?mibextid=WC7FNe
Terima kasih ya
HTML Embed Code:
2025/06/28 18:18:22
Back to Top