TG Telegram Group Link
Channel: ✨ Hijrah Vibes ~
Back to Bottom
Minta maaf bukan tentang siapa yang salah tetapi siapa yang sanggup menurunkan ego untuk menjaga hubungan.

Minta maaf bukan petanda dia yang salah. Namun, tanda dia menang kerana telah mengalahkan ego.

❤️, @anishusnawrites
Yang menjadikan seseorang itu dapat ke masjid bukanlah kerana jarak rumahnya dengan masjid adalah dekat. Tetapi kerana hatinya telah terikat dengan masjid.

❤️, @anishusnawrites
Allah menjawab doa kita dengan cara-Nya bukan dengan cara kita.

Boleh jadi Dia mengabulkan doa kita melalui ujian.
Boleh jadi dengan cara menambah nikmat.

❤️, @anishusnawrites
Semoga diri kita pada tahun 2023 lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Tidak perlu bersaing dengan sesiapa cukup bersaing dengan nafsu sendiri untuk melawan hasutan syaitan dan mematuhi perintah Allah.

❤️, @anishusnawrites
Allah tetap ada dan sentiasa ada untuk kita walaupun kita ditinggalkan ramai manusia.

❤️, @anishusnawrites
Ramai yang takut untuk mula menutup aurat. Takut dikecam kerana akhlak tidak seiring dengan pakaian.

Nasihat saya, pakailah pakaian itu dan dalam masa yang sama jaga akhlak agar seiring dengan penampilan yang kita bawa.

Bila pakaian dah terjaga, perangai pula yang 'terpesong'.

Yang perlu tinggalkan ialah perangai itu bukan pakaian.

🤍😁
Terlalu meratapi apa yang hilang sehingga lupa untuk menikmati apa yang telah terhidang.
"Kebahagiaan adalah ketika seseorang mampu menguasai nafsunya, sementara kesengsaraan adalah ketika seseorang dikuasai oleh nafsunya."

- Imam Al-Ghazali

❤️, @anishusnawrites
"Nafsu bisa membuat seorang Raja menjadi Budak, sementara Sabar bisa membuat seorang Budak menjadi Raja."

- Imam Al-Ghazali

❤️, @anishusnawrites
"Hati itu seperti kerajaan.
Baiklah hati, maka baiklah anggota yang lain."
Bezanya kau dan aku bukanlah harta atau rupa tapi siapa lebih bertaqwa
mungkin boleh tukar cara kita menegur? lebihkan bercerita tentang nikmat dan ganjaran syurga - kerana kebiasaannya manusia lebih cenderung untuk melakukan perkara yang memberi ganjaran
Jika tiba-tiba bertemu Dia, apa yang mahu dijawab soal nikmat yang ditanya?

Mata digunakan untuk melihat apa?
Telinga digunakan untuk mendengar apa?
Lidah digunakan untuk bercakap tentang apa?
Kaki berjalan ke tempat apa?
Harta digunakan untuk apa?

Kita lupa semua ada hisabnya. Cuma tempatnya bukan di sini tetapi di sana.
HTML Embed Code:
2024/06/16 07:38:37
Back to Top