TG Telegram Group Link
Channel: Akademi Tarbiah Sentap
Back to Bottom
Assalamualaikum semua. Saya daripada admin Tarbiah Sentap mengucapkan selamat datang ke dalam channel Akademi Tarbiah Sentap.

Ini adalah channel rasmi kedua Tarbiah Sentap selepas channel utama Tarbiah Sentap di pautan berikut :

https://hottg.com/tarbiahsentap

Channel ini akan memokuskan perihal dengan tips penulisan, buku, dan seumpamanya.

"Penulisan" yang saya maksudkan bukanlah semata-mata menulis buku, ia juga merangkumi ;

a) Penulisan blog.
b) Penulisan di media sosial.
c) Penulisan dalam karangan sekolah/universiti
d) Penulisan akademik/ilmiah
e) Penulisan untuk meluahkan perasaan (ini khas untuk mereka yang mengalami masalah depresi, anxiety, dan lain2).

dan seumpamanya.

Semoga bermanfaat. 😊

Jangan lupa untuk ajak kawan2 lain untuk join channel ini dan share channel ini kepada kawan2 yang berminat dalam bidang penulisan.

Kongsikan channel ini dengan pautan :

https://hottg.com/AkademiTarbiahSentap

😁
Akademi Tarbiah Sentap pinned «Assalamualaikum semua. Saya daripada admin Tarbiah Sentap mengucapkan selamat datang ke dalam channel Akademi Tarbiah Sentap. Ini adalah channel rasmi kedua Tarbiah Sentap selepas channel utama Tarbiah Sentap di pautan berikut : https://hottg.com/tarbiahsentap…»
3 TIPS NAK MULA MENULIS

Ada beberapa orang pernah tanya tentang, macam mana nak mula menulis. Tak kisahlah menulis buku, blog, media sosial dan sebagainya.

Saya nak kongsi beberapa 3 tips macam mana nak mula menulis.

1. FAHAMKAN apa yang nak ditulis.

Sebelum nak ulas atau menulis sesuatu perkara, kita mesti faham dan hadam sepenuhnya perkara yang nak ditulis. Jangan setakat faham separuh masak.

Kenapa kena faham? Sebab daripada situ, kita akan yakin dengan penulisan sendiri. Dan jika ada orang argue, kita boleh membalas dengan hujah yang baik.

2. Penulisan kena JELAS.

Setiap perkara yang ditulis, mesti terang dan jelas. Ada kajian menyatakan, sekitar 76% pembaca di laman web hanya membaca sekadar sekali imbas (scanning) saja tanpa memahami isi tulisan.

Macam mana nak menulis dengan jelas? Antaranya kenali siapa pembaca kita, tulis secara tersusun (berperenggan atau guna poin), jelaskan maksud istilah yang dirasakan sukar difahami, serta cuba jadikan ayat itu pendek dan ringkas.

3. Ada sifat EMPATI

Ini yang paling penting, empati. Kita kena memahami apa yang dirasakan oleh pembaca. Seperti seorang pemimpin yang berusaha memahami denyut nadi rakyat, begitulah penulis kena memahami keperluan pembaca. Bila ada sifat empati, maka penulisan kita akan banyak membantu menyelesaikan masalah atau menjawab persoalan pembaca kita.

Ada banyak lagi tips yang saya nak kongsi. Tapi cukup 3 perkarai ni dulu. Apa pun, berusalah untuk menjadi penulis yang boleh menolong, meyakinkan, menyelesaikan masalah dan menyebarkan kebaikan.

Apa yang ditulis secara ikhlas biasanya adalah apa yang datang dari hati.

Moga Allah membimbing kita semua. Ameen.

#ShukeryAzizan #KaryaPejuang
APA NAK BUAT KALAU TIBA-TIBA “BLUR” NAK TULIS APA?

Bila seseorang tanya saya,

"Apa nak buat kalau masa menulis je, tiba-tiba takda idea. Rasa nak menulis, tapi blur atau writer’s block. Apa nak buat?"

Biasa saya akan sebut,

"If you can't write, READ. If you can't read, then WRITE.."

Hassan al Banna sebut dalam wajibat al Akh yang ke 14,

"Hendaklah al akh itu BIJAK dalam MEMBACA dan MENULIS, banyak mentelaah perutusan-perutusan, akhbar, majalah Ikhwan dan sebagainya.

Hendaklah membuat PERPUSTAKAAN SENDIRI walaupun KECIL, hendaklah kamu menjadi seorang yang pakar dalam bidang ilmu dan seninya jika kamu seorang ahli takhasus.

Hendaklah kamu menguasai hal-ehwal am Islam yang membolehkan kamu menggambarkannya dan memutuskan sesuatu hukum yang bertepatan dengan kehendak fikrah. "

Tanya pada diri sendiri,

1. Berapa banyak buku kita dah baca?
2. Berapa banyak artikel/buku kita dah tulis?
3. Dah ada perpustakaan sendiri?
4. Apa bidang yang kita pakar?
5. Sejauh mana kita kuasai isu semasa? Sama ada dalam negara atau luar negara?

Semua ini penting supaya kita boleh kekal berdisiplin dan ada momentum untuk menulis.

Moga manfaat.

Shukery Azizan.

Jom sertai channel telegram Akademi Tarbiah Sentap yang baharu di :

https://hottg.com/AkademiTarbiahSentap

Jangan lupa ajak kawan-kawan join sekali 😁

#ShukeryAzizan #KaryaPejuang
KENAPA ORANG TAK NAK BACA TULISAN KITA?

Mesti ada yang terfikir, "tulis panjang-panjang pun, bukan ada orang nak baca. Siap suruh minta lukis pula tu."

Kan?

Sebenarnya, selain daripada 'penyakit' TLDR (Too long, dont read), orang tak nak membaca tulisan kita kerana kita yang tak jumpa jalan untuk menarik minat mereka membaca tulisan kita. Hari ini saya nak kongsi 3 tips macam mana nak tarik orang membaca tulisan kita sampai habis. Nak tahu?

1. Tulis dengan ejaan penuh. Elakkan menggunakan singkatan, walaupun yang difahami oleh semua seperti 'utk' 'dlm' 'ak' dan sebagainya. Penulisan yang ditulis dengan ejaan penuh akan lebih selesa untuk dibaca oleh pembaca.

2. Ubah ayat kepada konsep story telling, iaitu konsep bercerita. Perasan atau tidak, kebanyakkan ayat al-Quran berkisar tentang cerita atau kisah. Hingga ada surah al-Qasas yang bermaksud "Kisah-kisah."

Menurut Syeikh Ibrahim Haqqi, ayat al-Quran yang berkisar tentang hukum-hakam cuma sekitar 2.5% hingga 17.2% atau 150 hingga 1100 ayat sahaja.

Nanti ada masa, insyaAllah saya kongsi macam mana nak buat story telling.

3. Kalau kongsikan fakta, tulis secara tersusun, iaitu sama ada bernombor, berperenggan dan seumpamanya. Dan sebaiknya, make it short. Ringkaskan ayat tetapi gunakan perkataan yang mempunyai makna yang kuat.

Contohnya, kalau nak sebut ayat berkaitan wawancara televisyen atau radio, guna perkataan "bicarawara".

Ha, dapat sesuatu daripada perkongsian ni? Moga bermanfaat!

Shukery Azizan.

Jom sertai channel telegram Akademi Tarbiah Sentap yang baharu di :

https://hottg.com/AkademiTarbiahSentap

Jangan lupa ajak kawan-kawan join sekali 😁

#ShukeryAzizan #KaryaPejuang
Saya di Tarbiah Sentap merancang nak buat Webinar Penulisan pada bulan september ini insyaAllah.

Antara perkara yang nak dikongsi termasuklah cara penulisan, tips mencari dan mensintesiskan idea, hinggalah terbit sebuah manuskrip.

Tak habis setakat itu saja, saya juga bercadang untuk berkongsi dan membantu macam mana nak terbit buku pertama anda, sama ada dengan publisher luar ataupun terbit sendiri, berkongsi pengalaman berkaitan ISBN, pencetak, desain dalaman, editing, dan sebagainya.

Kemudian, saya teringin juga nak berkongsi dan membantu sehingga berjaya menjual 1000 naskhah buku pertama (meliputi jual di kedai buku atau jual sendiri).

Tetapi sebelum tu, saya nak juga buat survey tentang penerimaan orang ramai berkenaan webinar penulisan ni. Harap anda boleh bantu dan sebarkan pada lain2. 😁

https://tinyurl.com/SurveyWebinarPenulisan

Shukery Azizan
*SERANGAN PEMIKIRAN BARAT !*
*BAGAIMANA UNTUK MENGHADAPINYA?*

Dunia sedang menghadapi ancaman yg sukar dibendung iaitu serangan pemikiran.

عن أبي سعيد رضي الله عنه : أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : لتتبعن سنن من قبلكم شبرا وذراعا بذراع حتى لو سلكواجحر ضب لسلكتوه. قلنا يا رسول الله اليهود والنصارى ؟ قال : فمن.

Maksudnya : Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Kamu akan terikut-ikut dengan perjalanan ajaran orang-orang yang terdahulu daripada kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biawak, kamu akan ikut masuk sama. Lalu para sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Kristian, ya Rasulullah? Jawab Rasulullah saw : Maka siapa lagi?”

Anda tahu apa itu serangan pemikiran?
Adakah ia dapat merosakkan akal fikiran kita?
Mahupun maruah agama Islam kita?
Apakah tindakan yang sewajarnya?

Jom sama-sama kita dgr majlis ilmu ini yg akan disampaikan oleh Ust Shukery Azizan dari Tarbiah Sentap.

HARI : *01.09.2020 (SELASA)*
MASA : *08 MLM*
TEMPAT : *GOOGLE MEET*

Semoga apa yg disampaikan dapat manfaat buat diri dan semua. InsyaAllah.

Sebarang Pertanyaan :
👨🏻‍💼(Alif) : 018-2357175
👨🏻‍💼(Muaz) : 011-12965526


_ALIF LUQMAN BIN ROSLI_
_DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM DAKWAH_
_MAHASISWA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)_



#TarbiahSentap #Dakwah #KUIS
Channel photo updated
MEMPERKENALKAN ; AKADEMI TARBIAH SENTAP.

Setelah 6 tahun Tarbiah Sentap tertubuh iaitu sejak dari Ogos 2014, Tarbiah Sentap telah mendirikan beberapa bahagian seperti Tarbiah Sentap Production, Tarbiah Sentap Records, Tarbiah Sentap Consultancy dan Sentap Press Sdn. Bhd.

Dan kini, Tarbiah Sentap mendirikan satu lagi bahagian secara rasminya yang dinamakan sebagai Akademi Tarbiah Sentap.

Akademi Tarbiah Sentap bertujuan untuk memfokuskan perihal hal ehwal akademi, khususnya tentang penulisan dan antara projek terawalnya insyaAllah adalah Webinar Penulisan pada 26 dan 27 September 2020 nanti yang akan dikelolakan oleh Ketua Editor Sentap Press, Shukery Azizan.

Untuk follow perkembangan lanjut dan program berkaitan yang akan dianjurkan oleh Akademi Tarbiah Sentap, boleh :

1. Follow di Instagram @AkademiTarbiahSentap

2. Subscribe Telegram channel di https://hottg.com/AkademiTarbiahSentap

Terima kasih terus menerus menyokong dan mendoakan Tarbiah Sentap sehingga hari ini. Moga Allah pimpin kita semua dengan hidayah dan taufiqNya.

Ameen.
Azeem seorang penulis buku muda yang rajin. Dia telah berjaya menghasilkan 10 buah buku seawal usia 25 tahun. Dia meletakkan impian untuk memastikan salah satu bukunya menjadi bestseller, iaitu 10,000 naskhah terjual.

Atau sekurangnya terjual lebih 1000 naskhah di pasaran.

Kesemua bukunya diterbitkan dengan lima buah syarikat/rumah penerbitan yang berbeza, di mana setiap dua buku, diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan.

Azeem menerbitkan karyanya dengan penerbit yang berbeza kerana ingin membandingkan syarikat penerbitan mana yang akan bertungkus lumus mempromosi bukunya di pasaran agar impiannya tercapai.

Namun sayang, apa yang diharapkannya tidak menjadi kenyataan. Kesemua buah buku yang ditulisnya hanya terjual tidak lebih daripada 200 buah naskhah sahaja walaupun kelima-lima syarikat telah berusaha mempromosinya.

Anda rasa, pihak mana sebenarnya yang perlu bertungkus lumus mempromosi buku Azeem agar impiannya itu tercapai?
Anda rasa, pihak mana sebenarnya yang perlu serius mempromosi buku Azeem agar terjual lebih 1000 naskhah?
Anonymous Quiz
53%
Azeem sendiri
16%
Pihak Penerbit
11%
Kedai-kedai Buku
17%
Agen dropship
2%
Keluarga Azeem
Berbalik pada kisah Azeem, si penulis muda malam tadi.

Azeem terlupa beberapa perkara besar dalam dunia penulisan.

Antaranya seperti, penulis buku bukan semata-mata bertanggungjawab atas apa yang ditulisnya, bahkan dia juga bertanggungjawab di atas bagaimana bukunya dipromosikan kepada orang ramai!

Hari ini, setiap penulis buku tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada penerbit, pengedar, kedai-kedai buku ataupun agen penjual buku semata-mata untuk mempromosi buku mereka. Sebab mereka juga ada buku lain yang perlu dipromosi.

Penulis bertanggungjawab sepenuhnya untuk mempromosi buku sendiri, dan JANGAN MALU untuk mempromosikannya. Itu adalah karya anda, dan anda adalah pejuang kepada karya anda sendiri!

Malah, kalau dibuka kisah sejarah, promosi buku ini pernah dilakukan oleh ulama silam antaranya seperti Imam Syatibi, pengarang kitab maqasid syariah yang terkenal dan terawal, iaitu kitab Al-Muwafaqat.

Semasa Imam Syatibi berjaya menyelesaikan kitab al-Muwafaqat, beliau memberikan kitabnya itu kepada beberapa orang ulama terkemuka di Andalusia untuk dibaca dan di-review penulisannya. Tidak cukup sekadar itu, dia juga turut 'mempromosikan kitabnya itu kepada beberapa ulama' di Mekah agar dapat membaca dan menilai kitabnya.

Namun, kitab al-Muwafaqat ketika itu tidak terkenal semasa hayatnya. Kitab al-Muwafaqat terkenal dan menjadi rujukan utama selepas dia meninggal dunia, dan selepas Andalusia runtuh. Selepas itu, kitab al-Muwafaqat menjadi rujukan utama sehingga hari ini.

Jadi apa saya nak sebut adalah, jangan malu untuk promosi buku sendiri sekiranya anda dah terbit buku kelak.

Baik, sebelum Webinar Penulisan Buku yang akan dijadualkan berlangsung pada 26 & 27 September nanti bermula, saya nak anda buat beberapa "assignment".

Kenal pasti 5 orang penulis buku terkenal di Malaysia, kemudian kaji sekurang-kurangnya 5 cara mereka mempromosi buku masing-masing.

Sama ada secara online mahupun offline. Buat catatan, dan simpan atau tampal di dinding. Sekiranya anda dah ada buku sendiri, cuba aplikasikan apa yang mereka dah buat.

Sekiranya anda belum ada buku pertama lagi, bersedia untuk aplikasikan kaedah mereka. Boleh?😉

Moga dipermudahkan
Amat perit nak terima kenyataan apabila hari ini, Doktor yang memantau ibu saya di IKN cakap,

“Keadaan infection kuman makin kuat. Lepas ni akan diberikan antibiotik yang paling kuat. Selepas ini, saya akan panggil doktor paliatif untuk hal selanjutnya..”

Dengar istilah “doktor paliatif” je, saya terus tersandar pada kerusi. Air mata mula bertakung, tetapi saya kuatkan hati.

Saya berpegang dengan kata2 almarhum pak utih saya,

“Selagi malaikat maut tak jemput, selagi itu mesti ada peluang untuk sembuh..”

Daripada tadi, saya ajarkan ibu zikir, kalimah syahadah dan ambilkan wuduk untuknya. Hanya kepada Allah daku meletakkan pengharapan dan bertawakal.

Saya dengan rendah diri memintan kepada sahabat2 yang mengenali saya, mohon buat solat hajat dan doakan khusus untuk ibu saya, Jamiah Binti Mahmood agar diberikan kesembuhan dan terpilih menjadi cancer survivor. Ameen.

Pada Allah kami berserah.

Shukery Azizan,
Institut Kanser Negara.
3 Mitos Tentang Penulisan

Saya banyak kali berjumpa dengan soalan-soalan tentang tips nak menulis (tak kisah buku, blog, media sosial, dll), macam mana nak mula menulis, dan sebagainya. Kemudian, mereka pun meluahkan beberapa masalah berkaitan menulis.

Bila saya dengar, pada saya kebanyakkan hanyalah mitos ataupun assumption sendiri sahaja. Apa mitos yang selalu ada dalam kalangan orang nak menulis ni?

1. Merasakan TAK ADA orang akan baca.

Ini yang biasa orang kata, "kalau aku tulis, bukan ada orang baca pun." Ketahuilah, ia salah. Sebab, semua penulisan mesti ada orang baca. Mesti. Cuma sedikit atau banyak je. Paling sikit, kita seorang diri je yang baca.

2. TAKUT tersalah fakta.

Ini juga masalah. Macam mana kita nak tahu, fakta yang kita faham itu betul atau salah kalau kita tak mula menulis? Cara nak tahu kefahaman kita salah atau tak dengan tiga cara,

a) Bertanya pada orang.
b) Membaca
c) Menulis apa yang kita faham.

Kalau salah, dan ada orang tegur, maka jangan kita EGO untuk terima teguran tu, kalau teguran itu betul dan tepat.

3. TUNGGU IDEA datang baru tulis.

Ini pun tak tepat. Sebenarnya, bukan kena tunggu idea datang ataupun masa lapang untuk menulis, tetapi kita kena MENGERAH IDEA dan MELAPANGKAN MASA untuk menulis.

Cuma ada masa, idea tu datang mencurah-curah. Sama ada tengah memandu, makan, hatta dalam tandas. 😅 Cuma macam mana nak kumpul dan susun idea tu, nanti lain kali insyaAllah saya kongsikan.

Ini antara 3 mitos yang ada berkaitan penulisan. Sebenarnya banyak lagi. Apa lagi yang korang rasa berkaitan penulisan? Jom kongsikan di ruangan komen. 😁

Shukery Azizan

Jom sertai channel telegram Akademi Tarbiah Sentap yang baharu di :

http://l.tarbiahsentap.com/XvCl

Jangan lupa ajak kawan-kawan join sekali 😁

#ShukeryAzizan #KaryaPejuang
MACAM MANA NAK DAPAT IDEA MENULIS?

Sejak saya terbitkan buku tahun 2015 dulu, antara soalan yang banyak kali saya dapat ialah,

“Macam mana nak korek idea banyak-banyak untuk menulis?”

Ada yang rasa sampai kering otak dibuatnya sebab nak memerah idea. Hehe. 😅

Pada saya, idea ini sentiasa ada je. Sentiasa ada. Hatta orang yang terlantar di hospital pun tetap akan ada idea. Cuma tinggal lagi, kita pandai simpan, susun dan salurkan ke tempat yang betul atau tidak.

Apa pun, pertamanya kita kena faham, idea datang daripada dua cara,

Pertama: Datang sendiri.
Kedua: Kita sendiri yang datangkan.

[1] Cara pertama ini biasanya datang dengan tiba-tiba. Dalam kebanyakkan masa, idea yang datang cara ini biasanya mahal dan berharga. Umpama kita jumpa emas di celahan batu. Walaupun mahal, ia juga hadir dalam kadar yang sekejap. Jadi, kita kena cepat-cepat catat dalam buku “bank idea”. Apa itu “bank idea”? Nanti saya kongsi InsyaAllah.

Dan satu lagi, jangan tunggu idea ini datang. Sebab ia akan merencatkan momentum kita nak menulis buku.

[2] Cara kedua pula, kita yang paksakan idea datang. Dan cara ini kita mesti kuasai sehabis baik. Macam mana nak ia datang? Ada banyak cara, antaranya ;

1. Membaca. Baca apa?

- Al-Quran, hadith, seerah Nabi, sejarah/biografi ulama atau tokoh tertentu.
- Peristiwa penting, isu semasa
- Novel, komik,
- Filem, drama
- kartun, anime
- Buku non-fiksyen.
Dan sebagainya.

2. Memerhati. Nak perhati apa?

- Alam semulajadi
- Tingkah laku manusia atau haiwan,
- pengalaman diri atau orang lain,
Dan sebagainya.

Ada banyak perkara yang boleh dibaca atau perhatikan. Cuma tinggal lagi kita baca dengan teliti, catit, rekodkan seterusnya sintesis segala maklumat yang kita dapat untuk menghasilkan idea.

Kebolehan dan kemahiran untuk menukarkan pembacaan, pemerhatian, penelitian serta data yang kita dapat kepada idea yang baik memerlukan latihan yang lebih spesifik. Latihan macam mana?

Antaranya dengan cara pergi bengkel untuk dapatkan kemahiran ini. Biasanya bengkel atau seminar penulisan akan ajar macam mana nak rekod, cerap, sintesis, dan menghuraikan maklumat sehingga menjadi idea yang mahal. Faham? 😁

Dapat sesuatu malam ni?

Shukery Azizan.

Jom sertai channel telegram Akademi Tarbiah Sentap yang baharu di :

http://l.tarbiahsentap.com/XvCl

Jangan lupa ajak kawan-kawan join sekali 😁

#ShukeryAzizan #KaryaPejuang
Assalamualaikum kepada semua subscriber Akademi Tarbiah Sentap.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, saya merancang untuk menjalankan Webinar Penulisan pada bulan september ini. Namun, kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang.

Bulan september ini juga saya diuji dengan ibu saya yang semakin tenat dan nazak kerana penyakit kanser serviksnya semenjak 8 september yang lalu.

Kemudian, pada malam semalam (15/9/20), sekitar jam 1.17 pagi, Allah lebih menyayangi ibu saya, ibu saya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah dan sisi saya.

Moga Allah mengampuni ibu saya, merahmatinya, memberikannya pahala berterusan, melindunginya daripada azab dan fitnah kubur serta menjadikan kuburnya seperti taman-taman Syurga seterusnya mengurniakannya Syurga Firdaus tanpa hisab.

Oleh itu, Webinar Penulisan InsyaAllah akan ditangguhkan ke bulan Oktober. Tarikh akan dimaklumkan kelak.

Terima kasih kerana terus menyokong dan mendokong Tarbiah Sentap. Moga Allah merahmati kita semua.

Shukery Azizan,
16 September 2020

#KaryaPejuang
HTML Embed Code:
2024/04/29 20:16:32
Back to Top